Thursday, July 31, 2014

Hari Raya Aidilfitri pertama di perantauan



Kami menyambut hari raya puasa pada hari Isnin 28 July 2014. Malam tu mama papa kakak dan adik tidur lambat sebab dok sibuk menyiapkan rumah untuk menyambut hari raya. Papa nak buat makan-makan sikit selepas solat raya. Papa nak rumah meriah sebab kalau beraya kat Klang sure penuh rumah orang datang beraya.

Pagi raya tu hujan turun dengan lebat, berlari semua anak-anak kereta. Nak dijadikan cerita, mama lupa check kat mana tempat solat raya , ingatkan kat masjid rupa-rupanya kat dewan lebih kurang 1 km dari masjid tu. Bila sampai nak cari parking dah takes time, so tak sempat la nak sembahyang raya tapi sempatlah dengar khutbah raya tu.

Kat dewan tu ada 4 orang je Jejaka Malaya yang berbaju melayu lengkap, so ramai jugak la orang datang bertanya papa asal dari mana. Ada yang datang nak bergambar sesama. Diaorang tak pernah tengok pakaian kebangsaan kita ni. Lepas dah abis papa berjumpa kawan-kawan dan bergambar, kami pun balik kerumah.

Tengahari hari raya, kekawan anak-anak start datang, termasuk kekawan mama dan papa. Penuh rumah kami yg memang bersaiz kecik molek tu. Baru terasa suasana hari raya walaupun jauh diperantauan. yang penting anak-anak still dapat merasai kemeriahan raya selepas berpuasa selama 18 jam setiap hari.  Mama masak simple je, nasi lemak sambal udang dan ketupat nasi rendang ayam. Biskut raya memang dah siap buat seminggu sebelum raya lagi.






Monday, July 21, 2014

Iftar bersama-sama Geng Kingston dan Geng Ottawa

Hari ke 25 puasa, papa bagitau mama yg kawan-kawan papa nak singgah Kingston otw mereka balik dari Toronto ke Ottawa. Kingston ni dok dipertengahan perjalanan Ottawa-Toronto atau Montreal-Toronto...kalau orang New York nak ke Ottawa tu..jemput la singgah Kinston gak ye :)

Mama dok pikir nak masak apa ek...so mama decided untuk masak nasi ayam dan kari kambing. Ini je yang mama pandai buat selain nasi lemak dan sambal udang. Nasi ayam paling senang nak buat sebab cuma perlu perap ayam je ...yang lain tu simple matter macam masak nasi dan buat sup. Kari kambing plak untuk dapat kari yang sedap ditekak mama...rempah kari tu kena tumis sampai betul-betul masak...mek punya petua..sampai naik minyak la (jangan sampai hangus plak ye hehehe).

Masa berbuka tu penuh satu rumah. Apartment kami ni kecik je..so bila 5 keluarga berkumpul memang terasa penuh. pastu ditambah dengan kepanasan summer...alahai  3 kipas pun tak cukup nak menyejukkan badan, papa kena instal aircond ni hehehe...




Monday, July 7, 2014

Lavender Festival at Prince Edward County Lavender

Lavender farm yang paling dekat dengan Kingston adalah Prince Edward County Lavender. Bila mama dengar ada Lavender Festival terus mama ajak papa pergi visit. Jauh juga la la tempat ni dari rumah tapi sebab tak pernah tengok ladang bunga lavender ni, digagahi juga walaupun dalam bulan puasa.


Bila sampai je dah ramai orang, nasib baik dapat parking. Ladang ni takde la besar sangat tapi boleh la setakat nak bergambar ala-ala dikelilingi bunga purple ni. Ada satu couple pengantin tengah bergambar. Anak-anak tak kisah pun ngan bungan ni, mama yang terlebih excited sebabdok berangan dari rumah lagi hehhee. Anak-anak pergi buat face painting pastu pergi tengok clown. Bila dapat belon dari clown punya la suka, pastu menangis bila belon meletup.

Disebabkan hari panas, lepas bergambar dan round tengok distilation processuntuk extract lavender oil, kami balik. Takut nanti ada yang minta nak buka puasa :P

More on Prince Edward County Lavender, click here

Saturday, July 5, 2014

Popiah basah

Popiah basah...yang penting sambal dia...kalau sambal menjadi...letak la sayur apa pun dalam Popiah tu sure sedapnyer....masalah mama kat sini bila nak buat Popiah basah tu kulit Popiah basah tak jual kat Kingston ni...nak buat sendiri tak berapa nak menjadi walaupun dok ngadap youtube belajar...ahhh. ..susah sangat mama buat kulit Popiah ala crepe je...hehehe



Resepi popia basah ni terbahagi kepada 3 bahagian:

A: Kulit Popiah
Nota: kulit ni mama buat ala crepe tau...sebab tangan mama ni tak tahan panas nak leser tepung atas kuali panas.

Bahan
2 cup tepung gandum
1 tbs tepung jagung
1 tbs tepung kastard (optional)
1 tbs tepung beras (optional)
1 biji putih telur
1 tbs cuka
1 tsp garam
6 cup air

Cara
1. Campur kan semua bahan kedalam bekas yang bersesuaian dan kacau sehingga tepung bercampur sebati menjadi lautan tepung. Sekiranya ada ketulan tepung, boleh blender larutan tersebut seketika.
2. Panaskan kuali flat. Satukan sikit butter. Curah kan  sesenduk kecik larutan tepung ke dalam kuali dan golekkan kuali supaya semua permukaan kuali di saluti larutan tepung.
3. Masak kulit popiah diatas api kecik selamat 5 minit. Apabila dah masak terus angkat. Tidak perlu di terbalikkan dan di masak sebelah atas kulit Popiah tersebut.
4. Ulang langkah 2 sehingga semua tepung habis.

B. Sambal

Bahan
1 biji bawang merah besar - diblender
5 biji bawang putih- diblender
2 tbs cili giling
1 tbs gula perang
2 tbs kicap manis
1/8 tsp garam
1/4 tsp belacan
1 tbs minyak utk menumis

Cara

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yg telah diblender. Apabila naik bau masukkan cili giling. Tumis sehingga naik minyak.
2. Masukkan gula perang, kicap dan belacan. Kacau sehingga sambal pekat dan sedikit kering.

C: inti

Bahan
1 batang carrot yang disagat halus
1 mangkut kobis yg dipotong halus
1 biji bawang merah besar yang dipotong memanjang halus
3 biji bawang putih dipotong halus
2 tbs ikan bilis goreng
2 tbs bawang goreng
2 tbs kacang tanah yg di goreng dan di tumbuk kasar.

Cara
1.Gaul rata semua bahan untuk inti
2. Bentangkan kulit popiah. Sapukan sambal di seluruh permukaan kulit popiah kecuali 2 cm dari hujung kulit.
3. Letak kan 1 tbs inti dan lipat dan gulung popiah ke bentuk yg di kehendaki.
4. Ulang langkah 2.
5. Sebelum dihidangkan sapu sedikit sambal diatas permukaan popiah dan tabur sedikit kacang tanah.

Thursday, July 3, 2014

Roti Jala dan Kari Ayam

Roti Jala...bila sebut roti jala je terus teringat Cik Na bff Kakma yang pandai buat roti jala tu...mama ni bukan pandai sangat pun...pandai makan ada la...hehehe

Hari ni tergoogle resepi berbuk...terkeluar lah gambar roti jala so...menu berbuka hari ni adalah roti jala dicicah dengan kari ayam...oh so yummy!


Roti Jala

Bahan
3 cup tepung gandum
2 cup susu segar
1 cup air
1/2 tsp garam
1 tsp gula
2 tbs butter cair
3 biji telur
secubit kunyit atau yellow food coloring

Cara
1. Satukan semua bahan dalam blender kecuali tepung gandum. Blender semua bahan sehingga semua bercampur rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil blender. Teruskan blender semua bahan sehingga tepung habis.
2. Panaskan flat pan diatas api sederhana
3. Masukkan adunan dlm acuan. mama guna acuan 1 lubang je.
4. sapu sedikit butter di atas kuali dan jalakan aduanan keseluruhan permukaan kuali.
5. Apabila roti jala dah masak. Angkat ke atas pinggan, lipat dan gulung.
6. Ulang langkah 4 sehingga adunan habis.


Nota:
Kalau takde acuan...itu bukan masalah ...tebuk penutup air mineral yg 500ml tu...then guna botol tu as acuan roti jala...tadaaa!!!

Kari Ayam

500 g ayam dipotong sederhana
2 biji potato di potong dadu
1 batang carrot dipotong dadu kasar
5 biji bawang merah -diblender
3 ulas bawang putih-diblender
2cm halia-diblender
2 tbs rempah kari
1 tbs cili giling
1 batang kulit kayu manis
5 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 cup santan pekat
2 cup air
1 tsp garam
1/2 tbs gula
1 tbs air asam jawa
1 tsp jus lemon
1/4 cup minyak utk menumis

Cara

1. Panaskan minyak. Apabila minyak sudah panas tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah diblender serta cili giling dan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau dan warna keperangan.
2. Masukkan rempah kari, kacau rata dan tumis sehingga naik minyak dan berbau wangi
3. Masukkan ayam dan gaul rata ayam bersama rempah kari. Masukkan garam dan gula. Kacau rata dan masak sehingga ayam separuh masak.
4. Masukkan potato dan carrot. gaul rata
5. Masukkan santan dan air. Kacau rata. Dan biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala bagi mengelakan bahagian dasar berkerak,
6.Masukkan air asam jawa dan jus lemon dan kacau rata
7. Biarkan kari mereneh di atas api sederhana sehingga berbau harum semerbak kari.
8. Apibila kentang telah empuk. Tutup api dapur dan boleh dihidangkan


Saturday, June 28, 2014

Bulan Puasa Pertama di Canada- Berbuka

Bangun tidur je mama terus terfikir apa nak masak untuk berbuka. Kat sini bukanya ada bazar ramadhan  nak gi beli juadah berbuka. Masa mama kat Kuantan dulu, berbuka ni biasanya mama beli makanan dah siap macam nasi kerabu, nasi ayam, nasi beriani, nasi goreng kampung dan lauk pauk untuk besahur. Senangnya puasa di Malaysia kan. Bila dah jauh dari comfort zone ni kena la mama ke dapur berteman kan ipad untuk mengoogle resepi-resepi yang senang dan sedap hehehe.

So, juadah berbuka hari pertama ramadhan adalah nasi butter, udang goreng kacang buncis, daging masak hitam berhalia, air termbikai dan sira pisang. Masa masak sira pasang ni teringat masa dok asrama sek naim dulu. Mek hantar 1 bekas tahan seminggu.


Judah berbuka untuk hari kedua ialah nasi hujan panas, ayam masak merah,  dalca kambing, acar timun dan carrot,  air mango dan kuih tepung pelita.  Ini kali pertama mama masak tepung pelita ni....rupanya senang je. ..selalu mama beli je kat pasar malam tu rm 2 dapat 5 biji.


Hari ke tiga puasa, mama masak nasi lemak sambal tumis bilis dan ayam goreng. Untuk pemanis mulut mama buat trifle strawberries. Trifle ni alang alang buat Mama buat extra untuk kekawan kakak. Suka betul member kakak tu dapat iftar makan trifle.


Hari ke empat, mama seharian baca dan menulis literature review so tak sempat lah nak masak special, mama tanya papa...bubur nasi makan dengan serunding dan ikan bilis ok tak. Papa ok sesangat la...teringat beratur ambil bubur lambuk kat masjid Kampung Baru masa papa kerja kat Gombak dulu-dulu. Bila berbuka tu seperiuk bubur habis hehehe. Kuih mama sempat bancuh Kuih Sekaya simple...tahun lepas mama balik Jelawat je mesti gi Pasar Jelawat cari kuih ni buat berbuka.

Hari  ke lima puasa, anak-anak request spagetti meatball...alamak tak sempatlah mama nak buat meat ball, jadi mama potong je sausages dan minta anak-anak cucuk spagetti ke dalam sosej tu. Sos as usuall la...sos bolognese resepi a la mama sal hehee...amat mudah dan tak payah rasa sure boleh makan nyer. Dah dekat nak berbuka tu, mee rebus Auntie Ayu sampai...sedapnyer. for dessert tu mama masak jala mas..hehehe...fisrt time buat tak macam jala mas yang biasa beli tu..ini macam juraian telur yg direndam dalam air gula je..next time buat sure menjadi nyer...



Hari ke enam, tengah mama dok borak ngan papa. papa komen lama tak makan roti jala kan. so mama pun faham la hint tu...mama tak pernah buat sendiri roti jala..tolong orng gulung roti jala pernah la...so after mengoogle resepi yang simple..akhirnya berjaya la sebekas roti jala. rupa-rupanya senang je nak buat. Tapi dok kat Malaysia tu, tak pernah terfikir pun nak buat sendiri sebab bila-bila masa nak makan roti jala boleh cari kat kedai tak pun hello je kat supplier. So menu berbuka hari ke enam adalah- Roti Jala di cicah dengan Kari Ayam dan Cottage Pie by Auntie Ayu (Merci!)

Hari ke tujuh- menu favorite mama hehehe iaitu Nasi Ayam, karipap dan bubur jagung. Actually mama masak bubur jagung untuk nina. Nina ni asyik nak makan bubur jagung macam tokwan masak je...lepas tu papa komen...papa tak minat bubur jagung...habis tu papa minat nak makan apa? papa nak makan karipap. Masa tu dah pukul 6.30pm dah...mama pun buat la doh kulit karipap...papa tolong potong kentang...alhamdulillah sempat la siap karipap tu untuk papa berbuka. Dan rezeki datang lagi, Uncle Roy hantar Kuih Kemboja yang Melur masak. Terima kasih ^.^. Sedap!



Hari ke lapan- Hari ni mama masak kuih je sebab adik pagi-pagi lagi request nak makan pizza tortilla...alahai dik oi..daripada makan pizza tortilla tu baik mama order piza dari pizza pizza..sedap dan senang hehehe. Kuih yang mama masak today is Popiah Basah. Punyala mencabar nak buat kulit popia basah kalu ikut resepi sebenar...mama ni malas lah nak menyusahkan dan membakar tangan mama...sehingga jumpa kedai yang jual kulit popia basah segera atau mama dapat idea macamana nak buat kulit popiah tu dengan tools...kita makan popiah basah guna crepe gandum as kulit hehhehe...So menu berbuka hari ni adalah Pizza Cheese and pepperoni, popiah basah a la mama sal, serta bubur nasi dan kuih cara berlauk dari Auntie Ayu. Air minum adik nak minum root beer ais...Alhamdulillah...sedap.


Hari ke sembilan, hari ni tak sempat nak masak beriya sebab semua kepenatan gi Lavender Festival, sampai rumah pun dah pukul 6pm. Mama masuk dapur masak kari kambing je (atas permintaan papa) dan goreng telur dadar. So menu untuk hari ke sembilan ni adalah nasi putih, kari kambing dengan kentang dan bendi, telur dadar dan bubur kacang by Auntie Ayu :)

Hari ke sepuluh, menu berbuka adalah nasi putih, kuzi kambing, potato salad dan bihun goreng by Auntie Ayu. Hari ni anak-anak pergi Loblaws pastu balik citer kat mama ...terliur tengok cream caramel...mama pun masak la ikut resepi member kat FB...buat dua bekas...sebekas potong empat bagi kat kekawan kakak. Sebekas lagi untuk anak-anak makan...yummy!

Hari ke sebelas, mama masak ayam percik putih...lama dah teringin nak makan percik ayam tapi tak berkesempatan nak buat.. pastu mama masak gulai lemak cili api telur...guna telur ayam je...mana nak cari telur itik kat sini..dekat nak berbuka Chicken Pot Pie by Auntie Ayu sampai...best nyer...so menu berbuka hari ke sebelas adalah nasi minyak, ayam percik putih, gulai lemak cili api telur ayam, terung goreng sambal, chicken pot pie, timun cina, potato salad dan air rutbir ais.

Hari ke 12, mama dari pagi sampai ke petang di school...otw balik mama tanya papa nak makan apa untuk berbuka. Papa cakap makan spagetti sedap gak. Balik rumah nina mengamuk lapar...mana tak lapar nyer..lunch box tak berusik...main je nina ni...nina nak makan whipped cream...bila yaya tengok nina beat cream dia pun nak buat jugak...so yaya punya turn mama bagi dia beat batter untuk chocolate brownie...fulamak harum semerbak bau dapur mama dengan keharuman brownie tengah masak dalam oven. Bila dah siap, mama bagi je Yaya dan Nina frosting brownies tu dengan chocolate ganache...tabur sprinkle chocholate lagi...Rizal datang tengok bola bawak setin rambutan so kita berbuka minum air rambutan la hari ni...rezeki datang lagi bila uncle Roy hantar quinche ...so menu berbuka hari ni adalah spagetti sosej dengan sos bolognaise, quinche, brownies, potato salad dan air rambutan...Alhamdulillah

Hari ke 13, apa nak masak ek?? Buka freezer nampak daging steak yg papa hari tu...masak kicap sedap ni...so buka puasa hari ke 13 adalah nasi putih, daging kicap, salad, sambal cili, macaroni cheese (buat sepinggan je untuk kakak-masak macaroni dalam susu dan bila dah masak tu masukkan cheddar cheese ...yummy!), akok kedut, garlic bread dan ais lemon tea

Hari ke 14, penyakit tak tau nak masak apa melanda lagi, so mama tanya la adik nak makan apa ek hari ni...mama masak megi goreng ok tak? pastu mama bake portugis egg tart...lamanyer tak makan egg tart ni...dulu every jumaat kalu mama gi east cost mall mesti mama akan singgah beli sebiji seorg...sedapnyer...ada pastri lebih 4 biji so papa pun buat meat pie...pandai gak papa buat pie ni hehehe...so menu berbuka hari ke 14 ialah meggi goreng udang (udang besar!), telur mata sunny side up ^.^, portugis egg tart, meat pie dan jus apple ais...yummy!


Hari ke 15, mama masak rendang ayam hari ni...1st time mama masak rendang start from scratch...selalunya mama guna pes rendang segera yg mama beli kat Klang tu...dok kat sini mana nak cari pes rendang tu so kena la buat semua tu sendiri...anak2 mama macam biasa la bab memotong bawang diaornag yg siapkan...dari kecik kena train..nanti dah kawin kena sindir ngan mak mertua tak pandai menolong kat dapur hehehehe... hari ni masak extra sikit sebab papa jemput kawan dia datang berbuka sesama...so menu berbuka hari ni adalah Nasi lemak, sambal bilis, ayam goreng, telur rebus, brownies, sushi, cupcakes (by Melur ), tembikai dan iar rutbir ais.


Buka puasa hari ke 16, hari ni masak simple je. Menu berbuka adalah nasi putih dan daging masak merah. puding lapis oreo, chocholate cupcake, donut dan ais lemon tea. Kakak takde kat rumah hari ni , tu yg buat mama kureng mood nak masak beriya-iya.

Buka puasa hari ke 17, mama teringin nak makan ayam KFC, tapi kat Kingston ni KFC tak halal. So papa kata kita goreng ayam KFC sendiri la. So bab ayam goreng papa akan sediakan. Mama masak burger Malaysia, buat doh roti je, sambal bilis memang dah ada dalam peti ais. So menu berbuka hari ke 17 adalah, Ayam goreng a la  KFC cicah sos dan burger Malaysia serta air mango.

Buka puasa hari ke 18, mama masak kari kepala ikan salmon letak bendi banyak-banyak...semakin lama semakin simple je lauk...pastu mama 'dera' papa buat puff pastry from scratch...sebab tangan mama tak kuat nak golek doh sejuk yg keras kejung tu...alhamdulillah...papa berjaya siapkan puff pastry tu so mama tumis sardin setin...mari kita bakar sardin puff...sedapnyer...lama tak makan sardin puff yg kulitnya memang crunchy dan gebu...kruk kruk kurk je bila gigit...so menu berbuka hari ke 18 adalah nasi putih, kari kepala ikan salmon campur bendi, sambal cili, salad, sardin puff, brownies (from Melur) dan air jus nenas.

Buka puasa hari ke 19, adik request nasi ayam, papa pulak nak makan karipap...so mama decided nak buat karipap pusing la hari ni...buat doh senang je...masuk dalam bread maker tu ...biarje mesin tu menguli...mama wish dapat beli food processor...mahal betul mama tengok kat Canadian Tire dan Walmart hari tu...bila la nak ada sales ni..bagi discount banyak sikit...kalu ada mesin ni..banyak lagi la yg mama boleh buat hehehe...so as usual nasi ayam senang je nak buat...Kakak dan Adik dah tahu apa nak buat...kakak masak nasi dan adik siapkan rencah untuk sup..papa potong ayam-perap-bakar. Mama jadi chief chef...tempat rujukan resepi...ala mama pun google jugak resepi tu hahahaha....so menu berbuka hari ni adalah nasi ayam, honey roasted chicken, sup ayam sampur brocoli dan cauliflower, karipap, sardin puff (ini buat second time guna kulit karipap pusing je...kurang fluffy tapi still crunchy...boleh la untuk makan sendiri), macaroni bakar (from Aunty Ayu-merci!) dan jus mango. Yummy! 

Buka puasa hari ke 21, masak nasi goreng je sebab papa buka puasa kat luar hari ni...tinggal mama dan anak2 je kat rumah. Masak awal sebab nak siapkan bekal untuk papa. Pukul 6pm dah start kebosanan, mama, adik dan nina buat muffin cheese, first time buat...tak sangka sedap gak. Dekat nak berbuka, Melur datang hantar semangkuk kari ayam...Alhamdulillah...

Buka puasa hari ke 22, hari ni ada tetamu dari Ottawa nak datang...so mama masak lebih...alang-alang masak papa jemput kekawan kat Kingston sekali memeriahkan lagi rumah. Penuh sesak rumah kami yg kecik ni...menu berbuka hari ke 22 adalah Nasi Ayam, Ayam bakar madu, Sup brocoli dan mushroom, Sambal bilis tempe, Kari Kambing,Karipap pusing, Chocolate cupcake, donut tim hortons, kurma, buah anggur dan cherry, air mango

Hari ke 26, mama masak nasi kerabu hari ni sebab  telur masin pun dah ready. Tak sangka mama bejaya buat telur masih sendiri sebab dok cari berbulan-bulan kat sini nak beli telur masin..tak jumpa..telur jeruk cuka ada la...


Hari ke 27, hari ni berbuka makan nasi lauk ayam masak merah dan sayur campur je...dah late ramadhan ni, kureng mood dah nak masak. lagipun papa pun dah jarang berbuka sekali kat rumah sejak papa dah mula kerja ni.












Friday, June 27, 2014

Bulan Puasa pertama di bumi Canada-Sahur

Hari ni hari pertama ramadhan. Mama seperti biasa no idea nak masak apa untuk anak- anak sahur. Untuk mama sendiri no problem, nasi putih dengan telur rebus cicah budu pun ok. Pikir punya pikir, masak ayam goreng a la kfc lah...dah lama tak makan ayam kfc ni huhuhu...mana ada kfc halal kat Kingston ni. Dah siap je masak, papa balik dari terawih bagitau ada tetamu nak join sahur sekali. So mama pun kenalah bersilat lagi kat dapur- tambah lauk. Mama masak sup ayam letak sayur campur...mushroom takde pulak...kalu ada boleh buat sup ayam cendawan. Takpe esok mama nak ajak papa gi shopping lauk mentah.

Menu sahur hari ni adalah Ayam Goreng a la KFC dan Sup Ayam.

Sahur kedua, menu adalah Kuzi Lamb Shank (papa beli kat Ali Baba Kabab, Downtown Kingston) dan telur dadar.  Nina macam semalam gak suruh kejut sahur tapi bila dah time sahur taknak bangun.

Sahur ketiga, udang goreng dengang kacang, ayam masak merah dan dalca.

Sahur keempat, mama masak bubur nasi lagi untuk sahur sebab permintaan ramai nak makan bubur mama. Papa nyer komen...patutlah anak-anak makan bertambah...bubur nasi mama sedap rupanya...ehem..ehem :P

Sahur ke lima, disebabkan semua masih kekenyangan...mana tak kenyang...buka puasa pukul 8.54pm...sahur pukul 2.30am...papa cakap tak payah masak apa-apa...papa nak makan spagetti lagi...so mama pun masak megi kari je la...teringin nak makan megi kari...teringat masa attachment kat korea..everyday makan megi sebelum pergi kerja...sebab hotel yang dok tu takde brekfas...kalau kebetulan kerja luar baru la makan bubur nasi dengan kimci...rasanyer mama punya trip je dok hotel tu sebab duration lama..org lain yg dtg after dan before mama semua dok hotel best...anyway its ok...pengalaman itu yang penting kan...

Sahur ke enam-menu sahur adalah roti jala dan baki cottage pie semalam. senangnyer hehehe

Sahur ke tujuh- nasi ayam dan karipap. Papa kata tak payah la nak masak beriya untuk sahur. Mama ok je

Sahur ke lapan- Pizza dan Bubur Nasi ditambah dengan serunding daging ...yummy!

Sahur ke sembilan- Bangun lewat! Anak-anak sempat minum air kosong dan makan kurma je...