Saturday, November 30, 2013

Sledding is fun


Seperti yg dijanjikan, semalam papa pergi walmart belikan anak2 sleds. So, hari ni family activity is main sled kat small hill depan rumah. Check suhu sebelum keluar -4C, so anak2 kena pakai double layer full attire. Kakak plak baru teringat tertinggal glove kat dlm locker sek. its ok pakai je double glove dulu. Nak siapkan 6 org ni dah take time hampir 1jam. Kakak tanya mama tak study ke hari ni. Takpe kakak, esok mama cover double. Hari ni nak join anak2 main snow.


Sampai je kat bukit kecik dpn sek adik tu, dah ada 1 family of 3 tgh main, so we all join sekali la. punya la laju sled tu turun bukit. berpusing-pusing. anak2 enjoy. papa pun tumpang sekali, bawa Yaya turun bukit. After awhile, ada family lain dtg. Bila dah ramai, beberapa kali near miss accident hampir berlaku. so memandangkan tangan mama dah kesejukkan sebab kakak dah pinjam glove mama dan Yaya pun menanggis nak susu. Kita tangguh aktiviti ni ke next time.

Thursday, November 28, 2013

Today's Quotes


Kenangan Semalam


Tinggal kenangan. Alfatihah untuk Allahyarham Atuk Murad. Masa ni atuk tengah bagi kata2 nasihat kat kami berdua. Pemergian atuk memang tamparan yg hebat kepada papa. Banyakkan bersabar ye papa. mama masih ingat komen papa " kita pun tak kira berapa hari kita dah kat sini, tapi cuba tanya atuk, mesti dia ada jawapan berapa hari"

Wednesday, November 27, 2013

Today's Quotes


Waking up to find it's snowing


Pagi ni anak2 sgt excited to see snow blanket all over the place. Adik siap keluar rumah in advance sebab nak touch the snow. Mamapapa rasa beryukur sgt sebab dpt peluang bagi anak2 rasa pengalaman ni. Masa nak htr Nina pergi sekolah, she insist on walking on the snow instead of walking on road. Lepas tu bila tgk kekawan dia sliding kat small hill nera her school, siap berangan nak minta papa belikan dia satu sled. Yaya pulak taknak pakai mitten sebab nak pegang snow. A new experience for the whole family :)

Kingston's Santa Parade


Sebelum pergi ke downtown, mama ada borak ngan member pasal parade ni. Dia suggest bawak fordable chair or blanket to sit on. tapi kami tak bawak pun sebab memang takde pun that kind of chair. Dining chair ada la :). Pastu bila sampai downtown, rupanya warga Kingston ni bukan setakat kerusi, siap bawak selimut lagi. semua siap dok sepanjang Princess st. Bila suhu semakin lama semakin sejuk, mamapapa pun wish kami bawak toto gak sebab sejuknya tak boleh tahan. Kakak siap menyorok belakang tiang. Cover dari angin. sesekali angin dtg. mengigil. tapi Yaya rileks je tido dikelilingi org yg mengigil kesejukkan. Adik plak sebab tak tahan asyik tanya mama bila nak abis ni? Kesian plak tgk ramai kanak2 yg join parade ni dlm costume yg tak berapa tebal. tapi papa kata its ok, diaorang dah biasa kot sebab lahir dan besar di sini. sejuk dah sebati dlm darah mereka. macam kita ni dari iklim panas, memang la tak tahan. Anyway anak2 really enjoy the parade. Yg paling mama suka live band by k-rock. sedap betul vocalis dia nyanyi. Nina tgk cheerleader nak jadi cheer leader tgk group gymnastics nak belajar jadi gymnast. Bila dah abis , anak2 kena round up masuk Shoppers panas kan badan. Lepas tu, ingat nak Singgah Tim Horton, tapi cancel sebab mesti ramai org beratur nak beli hot coffee di malam yg sejuk ni, so kitaorg masuk Dollarama , cuci mata sambil kill the time nak tunggu bus sampai. kalu dok kat luar sejuk.