Friday, October 2, 2015
Day 1 : Montebello & Rieviera Du Loup
Hari pertama...semangat berkobar-kobar nak pergi mlancong ke Canada Timur. Perjalanan bermula dari Ottawa, Ontario menuju ke Riviera du Loup, Quebec. Papa jangka akan sampai selepas 6 jam drive tapi hahaha...macam biasa banyak tempat tersinggah on the way tu like Montebello.
Thursday, October 1, 2015
upper canada village
On the way blik dari Avonmore, papa bawa anak-anak jejalan ke uppper canada village. Tetapi sebab terlambat sampai kg canada tu dah tutup. kami sampai pukul 5pm, kg tu tutup pukul 4pm.
Monday, September 28, 2015
Majlis Korban dan Akikah baby Zada di Avonmore
Hari raya korban ke 3 kami ke Avonmore untuk maljis korban dan malis akikah baby Zada. Kambing untuk Zada yang paling besar tu.
Thursday, September 24, 2015
Hari raya haji di Kingston
Selamat Hari Raya AidilAdha!
Raya hai kali ni adalah raya yang terakhir kami di Canada. Nak balik dah ...insya Allah lepas mama habis belajar dengan jayanya hehehe..
Raya hai kali ni adalah raya yang terakhir kami di Canada. Nak balik dah ...insya Allah lepas mama habis belajar dengan jayanya hehehe..
Friday, September 4, 2015
Seri Muka paling simple dan sedap di makan ...
Seri muka ni mama buat sambil tengok tv je. Kaedahnya mudah je, tak perlu le nak rendam beras pulut tu 2 -3 jam. Mama kukus kuih ni pun guna kuali (wok) sebab takde pengukus. Make sure air panas paras separuh loyang kuih je...bukan apa takut air masuk loyang jadi seri muka masak pengat ler.
Bahan-bahan A:
3 cups beras pulut
2 cup santan pekat
1/2 tsp garam
Periuk berisi air panas mendidih diatas api sederhana (untuk double boiler)
Aluminium foil (untuk menutup loyang kuih)
Cara-cara:
1. Basuh beras dan rendam dalam air panas mendidih selama 15 minit. Selepas 15 minit buang air dan tos beras menggunakan penapis.
2. Campur garam ke dalam santan pekat.
3. Masukkan beras kedalam loyang kuih yang bersesuaian. Masukkan santan pekat setakat paras beras sahaja. Jika kurang santan boleh ditambah sedikit air sehingga mencecah paras beras. Sekiranya paras santan+air melebihi paras beras dikuatiri pulut akan masak lembik.
4. Tutup loyang kuih menggunakan aluminium foil. Masukkan loyang kuih kedalam periuk yang mengandungi air mendidih. Selepas 30 minit pulut akan masak.
5. Apabila pulut telah masak, keluarkan loyang daripada periuk. Tekan pulut mengunakan senduk sehingga pulut menjadi padat di dalam loyang. Ketepikan.
Bahan-bahan B
4 cups santan
4 biji telur
2 cups gula
1 cup tepung gandum
1/4 tsp esen vanilla
1 tsp garam
2 helai daun pandan (potong kecil)
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di dalam blender. Blender semua bahan sehingga hancur dan sebati
2. Tapiskan bahan yg telah di blender ke dalam loyang yang mengadungi pulut yg telah dipadatkan tadi.
3. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit - 1 jam sehingga masak.
4. Apabila masak sejukkan kuih seri muka terlebih dahulu sebelum memotongnya.

Monday, August 24, 2015
KZs went camping at Ferris Park
Pengalaman berkhemah dn bercamping bersama-sama kekawan sangat la berharga. Terima kasih Kak Rahidah, Kak Su dan Abang Harim.
Thursday, August 13, 2015
Summer Road trip: Ontario - Quebec - New Brunswick - Nova Scotia - Prince Edward Island
Perjalanan di mulakan di Ottawa selepas ambil kereta sewa dari Enterprise. Kenapa kami guna kereta sewa sedangkan ada kereta sendiri? sebabnya enterprise ni ada di semua destination yg kami nak pergi dan sekiranya ada teradi apa-apa di perjalanan kami boleh dapatkan kereta ganti terus dan tak perlu pikir kos tambahan untuk ke bengkel kereta. Satu lagi sebab adalah untuk keselesaan perjalanan sebab kereta sewa kat sini semuanya kereta baru, kereta kami tahun 2007 huhuhu.
Destinasi hari pertama Riviera du Loup di Quebec. Dalam perjalanan tu kami singgah sekejap di Fairmont de Montebello, hotel dari kayu log yang terbesar di dunia. Biasanya kalau kita tengok rumah dari susunan kayu log pun dah ter impress kan, n boleh tengok sebesar-besar hotel yang dibina dari susunan kayu log dan dihias dengan langkap yang cantik.
![]() |
kakak dan adik depan Hotel Fairmont de Montebello, Quebec |
Subscribe to:
Posts (Atom)