Friday, September 4, 2015

Seri Muka paling simple dan sedap di makan ...

Seri muka ni mama buat sambil tengok tv je. Kaedahnya mudah je, tak perlu le nak rendam beras pulut tu 2 -3 jam. Mama kukus kuih ni pun guna kuali (wok) sebab takde pengukus. Make sure air panas paras separuh loyang kuih je...bukan apa takut air masuk loyang jadi seri muka masak pengat ler.

Bahan-bahan A:

3 cups beras pulut
2 cup santan pekat
1/2 tsp garam

Periuk berisi air panas mendidih diatas api sederhana (untuk double boiler)
Aluminium foil (untuk menutup loyang kuih)

Cara-cara:
1. Basuh beras dan rendam dalam air panas mendidih selama 15 minit. Selepas 15 minit buang air dan tos beras menggunakan penapis.
2. Campur garam ke dalam santan pekat.
3. Masukkan beras kedalam loyang kuih yang bersesuaian. Masukkan santan pekat setakat paras beras sahaja. Jika kurang santan boleh ditambah sedikit air sehingga mencecah paras beras. Sekiranya paras santan+air melebihi paras beras dikuatiri pulut akan masak lembik.
4. Tutup loyang kuih menggunakan aluminium foil. Masukkan loyang kuih kedalam periuk yang mengandungi air mendidih. Selepas 30 minit pulut akan masak.
5. Apabila pulut telah masak, keluarkan loyang daripada periuk. Tekan pulut mengunakan senduk sehingga pulut menjadi padat di dalam loyang. Ketepikan.

Bahan-bahan B

4 cups santan
4 biji telur
2 cups gula
1 cup tepung gandum
1/4 tsp esen vanilla
1 tsp garam
2 helai daun pandan (potong kecil)

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di dalam blender. Blender semua bahan sehingga hancur dan sebati
2. Tapiskan bahan yg telah di blender ke dalam loyang yang mengadungi pulut yg telah dipadatkan tadi.
3. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit - 1 jam sehingga masak.
4. Apabila masak sejukkan kuih seri muka terlebih dahulu sebelum memotongnya.

Monday, August 24, 2015

KZs went camping at Ferris Park




Pengalaman berkhemah dn bercamping bersama-sama kekawan sangat la berharga. Terima kasih Kak Rahidah, Kak Su dan Abang Harim.

Thursday, August 13, 2015

Summer Road trip: Ontario - Quebec - New Brunswick - Nova Scotia - Prince Edward Island

Summer road trip yang ni dah lama di rancang tetapi baru beraya di laksanakan. Setahun gak la berjimat cermat untuk kos perjalanan melalui 4 province di Canada ni , maklumla kami datang sini dengan elaun belajar je. Tetapi sebab alang-alang daah sampai ke canada ni kami ambil peluang untuk berjalan-jalan kenal negara orang.

Perjalanan di mulakan di Ottawa selepas ambil kereta sewa dari Enterprise. Kenapa kami guna kereta sewa sedangkan ada kereta sendiri? sebabnya enterprise ni ada di semua destination yg kami nak pergi dan sekiranya ada teradi apa-apa di perjalanan kami boleh dapatkan kereta ganti terus dan tak perlu pikir kos tambahan untuk ke bengkel kereta. Satu lagi sebab adalah untuk keselesaan perjalanan sebab kereta sewa kat sini semuanya kereta baru, kereta kami tahun 2007 huhuhu.

Destinasi hari pertama Riviera du Loup di Quebec. Dalam perjalanan tu kami singgah sekejap di Fairmont de Montebello, hotel dari kayu log yang terbesar di dunia. Biasanya kalau kita tengok rumah dari susunan kayu log pun dah ter impress kan, n boleh tengok sebesar-besar hotel yang dibina dari susunan kayu log dan dihias dengan langkap yang cantik.

kakak dan adik depan Hotel Fairmont de Montebello, Quebec


Ombak besar di atas darat, Halifax Waterfront, Nova Scotia 



Nina takut Smaug! Windsor Park, Montreal, Quebec


Thursday, July 23, 2015

Mandi Manda di Calypso water park


Calypso water park ni kat Ottawa. Dah lama nak bawak anak-anak gi mandi-manda kat waterpark. Mula-mula tu nak bawak diaorang gi mandi kat water park kat Niagara Fall tu, tak adi, then nak bawak ke Canada Wonderland, pun tak adi so last summer kat Canada ni kami bawak anak-anak ke Calypso.

Menonton Northern Lights di Parliament Hill


Anak-anak nak tengok northern light show kat Parliment hill Ottawa ni. Cantik gak la compared to Mosaika yg kami tengok tahun lepas tu. Light show kali ni banyak pasal sejarah Canada.

Aidilfitri ke dua di Canada

Depan masjid Kingston selepas solat raya
Bersama keluarga Roy & Ayu serta KakArni di Community Centre Suuyside Kingston
beraya di Branford di rumah Kak Rahidah

Thursday, July 9, 2015

a new addition in the family - A Girl!

Tepat jam 1.50am Ahad 5 July 2015 lahir seorang baby girl di Kingston General Hospital.