Wednesday, June 10, 2015

Picnic di Rideau River Provincial Park


Picnic tahun ni 10 keluarga berkumpul ... kebanyakkann dari Ottawa kecuali satu family dari Montreal,  satu dari Cornwall dan dua family dari Kingston termasuklah kami hehehe...Aktiviti biasalah...makan-makan...menyembang...anak-anak swimming kat beach..lepas tu naik boat dan tube di tengah sungai.




Wednesday, June 3, 2015

Nasi Kerabu di Perantauan

Dok di perantauan ni ...apa makanan yang teringin nak makan kena masak sendiri. Bahan-bahan pun terpaksa guna yang mana ada kat kedai kat sini. Hari ni tekak mama ni teringin sesangat nak makan nasi kerabu ala mek. Nasi kerabu mek ni  bila-bila je mek datang kuantan or kami balik tualang salak mesti habis seperiuk nasi.

Resepi

A. Nasi

3 cawan beras
4 cawan air
pewarna makanan biru dan merah (2 titik setiap warna)
sehelai daun pandan

Cara:
Cuci beras sehingga bersih. Masukkan air, pewarna makanan dan daun pandan. Tanak nasi sehingga masak.

B. Sambal Kelapa

1 cawan kelapa kering putih (dibasahkan semula dengan sedikit air)
3 ulas bawang merah#
1 inci halia#
1 batang serai#
1 bahagian ikan mckerel (dari tin mackerel in water)#
½ tbs gula#
½ tsp garam#

Cara:
1. Goreng kelapa kering yg telah dibasahkan sedikit diatas api kecil sehingga kering dan bertukar warna keperangan. Kelapa goreng akan mengeluarkan bau yang sangat harum.
2. Ricik serai halus-halus dan tumbuk bersama halia sehingga hancur. Masukkan bawang merah, tumbuk lagi sehingga bawang merah hancur. Kemudian masukkan isi ikan, garam dan gula, tumbuk sehinga semua bahan bersatu.
3. Keluarkan campuran halia, serai, bawang dan ikan yang telah siap ditumbuk tadi kedalam bekas.
4. Tumbuk kelapa kering bersama sedikit bahan# yang telah ditumbuk tadi berselang seli sambil menumbuk sehingga habis semua kelapa kering. Kelapa kering tidak perlu ditumbuk sehingga pecah minyak. Sekadar bercampur antara kelapa kering dan semua bahan # tersebut.
5. Masukkan sambal kelapa kedalam bekas dan gaul rata.

C. Tumis santan
1 cawan santan pekat (dari tin)
1 cawan air
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawan putih*
1 inci halia*
1 tbs cili giling
1 keping asam keping
1 batang serai dititik
½ tbs gula#
½ tsp garam#
1 tsp budu
1 tbs minyak masak

Cara:
1. Blender hancur bawang merah, bawang putih dan halia
2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah diblender sehingga keperangan dan naik bau. Masukkan cili giling dan tumis sekejap.
3. Masukkan santan, air, asam keping dan serai. Masak sehingga mendidih. Masukkan budu, gula dan garam. 
4. Masak lagi sehingga tumis santan sedikit pekat dan naik minyak.

D. Ulam-ulaman
Daun Salad, seleri, pudina dan dil di hiris halus dan dicampurkan dengan ricikan nipis sebatang carot.



Nasi kerabu kali ni mama hidangkan dengan keropok kering, telur masin, budu, ikan goreng dan sambal cili. Ikan yang dalam gambar tu adalah ikan yellow perch yang papa pancing. Isinya sangat sedap dan lembut ala-ala ikan kerisi. 

Selamat menjamu selera :)

Kenduri di Kg Mawar aka Roseneath

Weekend hari tu kami jalan-jalan ke Roseneath, Cobourg, rumah Abg Harim dan Kak Suryani.


Kat rumah ni ada kambing dan ayam. Yaya asyik dok kejar kambing, tapi bila kambing tu dekat ngan dia, teredek-kedek lari plak. Ayam kat sini pun jinak, senang je kakak tangkap.




Selain kenduri ada sesi mancing. Papa suka betul dapat ikan Walleye.


Tuesday, May 26, 2015

Anak-anak memancing di Kingston Mills


Weekend hari tu, papa bawak anak-anak memancing di Kingston Mills. Kebetulan Melur datang rumah so kami bawa dia sekali. Tanya Melur pernah ke fishing? This is her fist experience la...and guess what...ikan yang paling besar ni Melur yang dapat hehehe...lucky her :)

Mula-mula tu mama tengok dia beriya tarik joran...ingatkan mata kail terlekat kat rumput-rampai kat dasar sungai...tapi tengok macam berat je...papa datang to the rescue...rupa-rupanya sekor ikan carp. Hebat jugak melawan ikan ni...

Yaya menanggis takut tengok ikan. Tapi lepas papa lepas kan ikan tu...menangis sekali lagi sebab yaya nak touch the fish.

Balik papa belanja minum dan makan donut di Tim Hortons.

Monday, May 25, 2015

Tulips Festival Ottawa 2015


Tulips Festival Ottawa kali ni kami pergi on the last weekend. First day tu ingatkan nak direct ke Dow's Lake tapi punya la ramai orang so papa decide untuk ke Major's Hill. Bunga-bunga tulips kali ni dah tak secantik tahun lepas, mungkin sebab cuaca yang panas kot. Banyak bunga dah kembang semangkuk dan ada yang dah gugur ke tanah tinggal tangkai je...

Maman ...si ibu labah-labah


Dah lama mama teringin nak bawak anak-anak bergambar ngan ibu spider ni tapi setiap kali gi Ottawa asyik tak berkesempatan je. Alhamdulillah...berjaya gak sampai ke sini.