Wednesday, February 4, 2015

Air Terjun Beku di Parc de la Chute-Montmorency

Air terjun Parc de la Chute-Montmorency ni antara a must visit place untuk sesiapa yang datang visit Quebec City. Mula-mula tu ingatkan air terjun ni kat dalam hutan simpan or jauh dari bandar. Rupa-rupanya air terjun ni 10 minit je dari Old Quebec dan terletak di tengah-tengah residential area dan boleh nampak dari highway Sainte-Anne Autoroute.



Air terjun Montmorency ni 30 meter lebih tinggi dari Niagara Falls. Ada 2 lokasi untuk ke air terjun ni, direct ke Manoir Montmorency atau naik kereta kabel dari stesen keretapi di tepi autoroute Ste-Anne. Papa direct ke atas bukit, untuk masuk ke area manor kena bayar sebanyak $7.50CAD. Lepas parking, papa belikan tiket untuk naik kereta kabel. Tiket ni untuk unlimited ride dari atas bukit ke stesen kat bawah bukit. 


Dari dalam kereta kabel boleh lihat dengan jelas air terjun Montmorency yang beku, ada sebahagian kecil je yang masih mengalir laju masuk ke tasik beku kat kaki bukit terus ke dalam Sungai St Lawrence yang juga beku. 

Kat tepi tasik beku tu ingat nak berjalan cross ke water fall tapi bila tanya staff kat cafe tu, dia cakap boleh jalan atas tasik tapi atas risk sendiri la...bila tengok takde orang pun yang berjalan kat atas tasik tu terus cancel lah...lagipun jauh jugak la nak sampai ke kaki waterfall tu...so kami sekadar bergambar kat tepi tasik je la berlatar belakang kan waterfall.

Lepas dah bosan minum hot coklat dan makan coklat (gemukla hehehe) kat cafe, anak-anak ajak naik jambatan yang merentasi air terjun. 



Papa tarik yaya dan nina dalam sleigh sepanjang walkway dari manor ke bridge. Gayat jugak la bila atas jambatan tu tapi satu pengalaman baru dapat tengok air terjun yang tinggi dan besar beku. Walaupun sejuk anak-anak enjoy trip ni. Asal jumpa air mata air yang frozen je terus perasan jadi Elsa :P.








more about this waterfall click here

A visit to Old Quebec, Quebec City

Winter kali ni papa bawa mama dan anak-anak berjalan-jalan ke Quebec City. Trip ni dah dirancang dari tahun lepas tapi asyik kena postponed je. Kami bertolak dari Ottawa, singgah Trois-Rivieres kejap dan continue ke Old Quebec di Quebec City.



Masa sampai tu hari dah gelap, dari jauh nampak skyline Quebec City yang meriah dengan lampu. First komen mama kat papa "besar gak bandar ni ye". Di Old Quebec tu kami menginap di Hotel L'Intendant yang terletak di kaki bukit. Hotel ni agak berpatutan dan sangat selesa untuk kami 6 orang. Pagi-pagi dapat makan breakfast crepe dan croisant bersama homemade jam and maple syrap. Kyra suka betul makan crepe tu. Mama kena start masak crepe untuk anak-anak lepas ni hehehe. 



Sebab kami sampai masa musim sejuk...sesungguhnya memang sejuk sesangat di Quebec City ni. First day kami ronda-ronda dalam real feel -30C. Papa round sekali semua area yang nak visit dulu lepas tu baru cari parking. Parking 30 minute je untuk jalan-jalan sekitar area tu dan bergambar lepas tu semua lari masuk kereta panaskan badan. 









Lepas tu papa drive ke next spot, parking 30 minute lagi untuk sightseeing and berposing. Punya la sejuk sampai jari mama numb nak tekan camera kat handphone papa sebab camera nikon tetiba rosak masa kat sana. Ada satu time tu handphone papa tetiba shutdown sendiri...agaknya camera pun tak tahan sejuk hehehe... Alhamdulillah, banyak jugak la tempat yang sempat kami visit pada hari pertama tu, 




Bila hari dah start gelap, kami dinner di restoran L'épicerie Quatre-Bourgeois, makanan middle eastern. Ok la rasanya dan big portion ...makan share 2 orang sepinggan. Lepas makan kami bertolak balik ke hotel sebab anak-anak memang tak tahan sejuk. Bila masuk ke bilik yang warm, riang gembira pulak anak-anak tengok tv dalam french. Walaupun tak faham diaorang layan je asalkan cartoon.





Hari kedua kurang sikit sejuk tapi still -20++C...ambik ubat siapa yang nak datang ke sini masa winter ni. Lepas breakfast kami check out dan sambung semula lawatan ke old quebec yang tak sempat habis semalam. Sambil tu singah jap kat kedai beli fridge magnet untuk kenangan. Adik berkenan pulak kat sweater dan nina as usual dia nak beli gift untuk teacher kelas dia.




Kami singgah jap kat tepi Fairmont Chateau de la Frontenanc tu untuk bergambar. Anak-anak ternampak pulak sleigh ride kat tepi chateau tu, nak cuba naik. Tingginya gayat mama tengok. Anyway, apa saja yang anak-anak request papa akan tunaikan so lepas bayar $10CAD per ride untuk 4 orang, papa tarikla sleigh tu naik ke atas bukit dengan anak-anak. 

Lepas dah puas jalan-jalan kami singgah dinner di Epicerie Boucherie Assalam. Makanan middle eastern juga, cuma agak murah dan portion pun kurang compared dengan restoran semalam. Masa makan tu adik komen kesian kekawan arab dia...mama tanya kenapa? Tak sedapnye makanan diaorang... huhuhu

Nota: Tips untuk sesiapa nak visit Quebec City masa winter kena prepare full winter gear ala-ala macam nak gi ski ye...kalau boleh bawak facemask sekali takpun tutup muka dengan scartf sebab memang tak tahan sejuknya...ditambah pulak dengan belaian angin yang bertiup dari puncak bukit. Mengigil.

more info about Quebec City click here

Winterlude Gatineau 2015



Tahun lepas kami dah pergi ke winterlude di Gatineu ni. Tahun ni anak-anak dah tahu dah apa game diaorang nak main kat winterlude tu. Anak-anak suka betul naik giant slide...lepas satu round repeat lagi satu round. Masa ni suhu agak sejuk, anak-anak ok la sebab pakai full gear...mama dan papa pakai jaket dan glove je huhuhu...selepas puas main kami singgah ke khemah yang disediakan untuk visitor winterlude ni untuk panaskan badan sambil minum hot chocolate dan makan beaver tails.

Winter trip to Ottawa

Dah lama kami tak ke Ottawa, last pergi masa hari raya puasa tahun lepas. Kali ni papa bawa kami ke sana sebab nak melawat kawan papa yang baru masuk hospital...

Papa borong ayam goreng popeye untuk kekawan di Ottawa makan...kebetulan orang Montreal datang Ottawa gak...so rezeki boleh kenduri ayam goreng popeye sesama. Masa kat Ottawa tu kami tidur kat rumah Dayang...siap dapat makan kari turkey dan mee kari lagi...terima kasih ek tuan rumah :)


Bila gi rumah Kak Laili dapat pulak makan mee sup rusuk lembu...kat Kingston tak pernah jumpa lagi orang jual rusuk lembu yang halal... Terima kasih Kak Laili jemput kami...sedapnyer sup tu...





Tuesday, January 20, 2015

Kuah Yong Tau Foo

Alkisahnyer jadinya masak kuah yong tau foo ni sebab papa salah beli barang yg mama kirim. Papa pergi Asian Market so mama kirim keow teow tapi papa terbeli rice rolls. So apa nak buat dengan rice roll ni? ingat nak masak kuah laksam, takde santan pulak, nak buat kuah tteokbokki tak cukup bahan so mama buat kuah yong tau foo je la...

Bahan-bahan

2 cups air
2 tbs gula perang
1 tsp cili kisar (kalau nak lagi pedas boleh tambah lagi)
1/4 tsp belacan
1 tbs sos tiram
1/4 tsp garam
1 tbs tepung jagung dicampur 1/4 cup air (kacau sehingga jadi larutan air tepung jagung)

Cara-cara:
Panaskan air bersama gula perang sehingga larut. Masukkan cili, belacan dan sos tiram sehingga mendidih. Kemudian masukkan garam dan air tepung jagung. Kacau sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Boleh tambah garam, gula dan cili lagi mengikut selera masing-masing. Siap :)

resepi ni mama adaptasi daripada banyak blog mengikut bahan yang ada kat dapur :P

Wednesday, December 24, 2014

New Halal Fried Chicken Restaurant in the Town :)

Last sunday papa bawak anak-anak gi makan kat ayam goreng kat Popeye. Restoran ni  baru je 3 hari buka...bestnyer dapat makan fried chicken ...sebelum ni kami dah beberapa kali makan ayam goreng kat Mary Brown dekat Highway 15, tapi mengenangkan restoran tu jauh dari rumah...jarang-jaranglah dapat merasa...Popeye ni 10 minit walking distance je dari rumah...so papa boleh la selalu bawak anak-anak datang sini ek hehehehe...


Saturday, December 13, 2014

Makan-makan kat Avonmore

Hari ni kami gi Avonmore ...actually trip ni ad hoc je sebab papa kerja petang ni tapi kesian plak kat anak2 sebab lama tak bawak jalan-jalan...semenjak hari raya haji hari tu...diaorang dok terperap je kat rumah sebab mama kena study untuk final exam plus nak kena siapkan asingment dan term paper yg kena submit before final...

Last week mama dah abis exam so pagi ni ...mama suggest kat papa ...bawak anak2 gi Avonmore la kejap lagipun KakNor buat makan-makan...so dlm 30 minit semua siap...disebabkan mama tak sempat nak masak apa-apa yg special papa singgah Marybrown kat Highway 15 tu tapau 18 x2 ketul box ayam...mesti suka anak2 dan kekawan diaorang nanti makan fried chicken ni...kat Kingston ni ..ayam goreng halal hanya kat Marybrown ni je...yg lain-lain mcm KFC ke tak halal... bestkan dok kat Malaysia...dimana-mana senang nak beli makanan halal...kami kat sini sebelum keluar berjalan kena masak bekal dulu hehehe...

Jarak ke Avonmore dari Kingston ni lebih kurang 1.5 jam... so bila kami sampai geng-geng ottawa dah lama sampai walaupun waktu bertolak sama. Dari Ottawa ke Avonmore lebih kuran 45 minit je.. meriah sungguh menu makan tengahari...ada nasik kerabu lagi ...sedapnyer...Dayang siap tebar roti canai...emmm.. best dapat makan roti canai fresh ni...

Lepas makan-makan dan borak -borak jap...kami pun balik sebab papa nak kena masuk kerja pukul 4.30pm. Anak2 tak puas main lagi ngan kekawan...lain kali kita jala-jalan lagi ekkk...