Wednesday, October 1, 2014

Open house sekolah Adik dan Nina

Open house kat sekolah ni adalah salah satu cara sekolah ni nak menggalakkan involvement parent dalam persekolahan anak-anak.Teacher dan ibubapa dapat meet and berbual dalam suasana informal. Ada BBQ lagi. Anak-anak part yang paling diaorang excited masa nak pergi tengok kelas diaorang. Macam-macam nak ditunjuk kat papa.


Tuesday, September 30, 2014

Autumn at Lemoine Point

Papa datang pickup mama kat Queen's lepas ambik anak-anak kat sekolah. Then papa cakap lets go for a picnic. Yeahhh...nak picnic kat mana ek. Mama decide kita gi Lemoine Point la sebab mama nak tengok daun-daun yang colorful kat situ.



Lemoine point ni one of conservation area kat Kingston ni dan tak jauh pun dari rumah kami. Lepas makan-makan tu kami pun berjalan kat one of the trail dalam hutan simpan ni. Daun pokok-pokok kat sini dah banyak betukar color dah especially the maple trees.



Kebetulan masa kami sampai dah hampir sunset so papa bawa kami ikut trail yang paling pendek, crossed hutan dan menghala ke tasik. Air tasik dah surut banyak compared to the last time kami datang bawak anak-anak swimming kat sini. Air pun macam kurang bersih sebab dah banyak lumut dan bulu-bulu itik. Itik stop kat sini on the way to migrate to southern area.


Kat tepi tasik tu papa ajar macamana nak baling batu atas air. Riuh rendah semua lawan batu siapa boleh flipped 3 kali. Of course la papa yg menang hehehe. On the way balik papa bawak round-round tepi tasik tengok rumah orang kya-kaya kat Kingston ni sambil berangan ngan mama hehehe


Monday, September 29, 2014

Ikan Bass masak 3 rasa ...simple recipe

Papa bawak balik sekor ikan bass yg besar. rasanya dalam 1kg beratnyer. Papa cakap ikan ni bukan dia yg dapat tapi syed yg tangkap so  mama kena masak sedap, papa nak ajak syed dan rizal datang makan.

Mama decide masak ikan 3 rasa, rasa manis, masam dan pedas (masin include :P). So as ususal resepi mama ni simple dimple jek...tak sempat nak  buat kalu very complicated. Kena jimat masa sebab asignment bertimbun, term paper mama tak start reseach pun lagi, tesis nyer literature review baru siap rough draft huhuhuhu.

Dan resepinya adalah.....

Ikan Bass masak 3 rasa

Bahan Ikan:
1 ekor ikan yg dibasuh besih dan dilumurkan garam kunyit
Minyak sekuali untuk mengoreng
Cara:
1.  Panaskan minyak didalam kuali yang bersesuaian diatas api sedrhana selama 5 minit.
3. Apabila minyak panas, goreng ikan sehingga hampir garing di kedua belah bahagian ikan.
4. Angkat ikan dan letakkan diatas pingan yang dihias daun salad.


Bahan Sos 3 rasa

1 biji bawang besas dihiris memanjang
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 inci halia di mayam halus
1 tbs sos ikan*
1 tbs sos tiram*
4 tbs sos cili*
1 tsp gula putih*
1 tbs cili giling* (kalu cili giling tu pedas, letak 1 tsp pun ok dah)
1/2 kiub ayam*
1/2 cup air
1 tbs minyak untuk menumis
Sebiji tomato dipotong dadu#
3 helai daun bawang dipotong kasar#
1 tbs jagung #
1 tbs peas#
2 tbs nenas dipotong halus#


Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2. masukkan air dan bahan bertanda * sehingga mendidih.
3. Apabila sos mendidih , masukan semua bahan bertanda #. Kacau rata selama 3 minit.
5. Tuangkan sos 3 rasa ke atas ikan yg telah siap dihidang.


Senang kan :)

Nota:
Mama guna sos magi cili pedas manis. Kalu kat Malaysia boleh guna sos cili magi atau sos cili life. kalu guna sos cili brand lain mama takpasti rasanya jadi 3 rasa atau terlebih pedas. Mama pernah try guna sos cili masala. Memang rasanyer kureng.

Saturday, September 20, 2014

Princess Street Promenade

Ini kali pertama kami pergi event ni, kalau tengok dalam website City of Kingston, event ni dah buat last ogos tapi mama tak tau pun. Kebetulan mama baca paper ada iklan pasal Princess Street Promonade ni so mama ajak la papa bawak anak-anak jalan-jalan downtown jap.

Hari sabtu anak-anak ada kelas Bahasa Arab sampai pukul 1pm. So after pick up diaorang kami terus menghala ke downtown. Dekat je, 10 minit dah sampai. Papa parking at depan metro, then terus kami ke Princess St depan metro tu, dari jauh dah dengar bunyi live band.


Lepas cross jalan je, Nina dan Yaya ternampak bouncing castle. Berlari teus ke castle tu, masuk dan melompat-lompat. Depan castle tu ada booth kedai computer so papa tengok-tengok apa yang menarik. Adik dan Kakak dok makan sweets/lollipop free kat booth tu.



Penat melompat, kami jalan-jalan lagi. Singgah booth beli baju untuk Nina/Yaya. Budak kecik duaorng ni dah pakai baju sama saiz so kira beli selai boleh share hehehe. Bila sampai kat tempat petting zoo, kecoh tengok binatang. Ada kambing, lembu, Ilama, ayam...babe pun ada. Yaya terkejut bila ada sekor kambing nak cium tangan dia. Terus ajak balik.



Lepas dan bosan mewarna lukisan dan main lego, kami balik. Papa nak cepat sebab papa kerja hari ni.

Friday, September 12, 2014

Keropok Lekor made in Kingston

Mama teringin sesangat nak makan keropok lekor. Tapi mana la nak cari kat bumi Canada ni. Masa mama gi beraya kat Waterloo hari tu, alhamdulillah dapat makan keropok lekor. So mama pun mintak resepi ngan member mama, Yani dan sambil tu try gak la google resepi kat internet. Mama dah adaptasi dan simplified resepi untuk menyenangkan hidup mama so that bila-bila craving for keropok lekor, mama boleh siapkan dalam tempoh less 1 hour. Bestnyer!!

Bahan-bahan.

1 tin mackerel in water
1 cup tepung ubi kayu
1 tbs tepung gandum
1/2 tsp garam
2 tbs air ais

1 periuk air mendidih


Cara:
1. Isi air ke dalam periuk. Paras air 3/4 periuk dan didihkan diatas api sederhana.
2. Buang kesemua air dari tin mackerel, guna isi ikan je. Lenyek/ramas isi ikan tu sampai hancur.
3. Masukkan tepung gandum, ubi kayu dan garam kedalam, bekas yg berisi ikan. Gaul rata, renjiskan air sedikit demi sedikt sambil mengaul semua bahan sehingga semua bahan bercampur sebati dan menjadi doh. Kalau terlebih air dan doh menjadi lembik, tambah kan sedikit tepung ubi kayu sehingga mencapai kosistensi doh yang tidak melekat ditangan.
4. Bentukkan doh menjadi panjang berdiameter 1/2 inci. Panjang doh keropok tu buat la besesuaian dengan saiz periuk.
5. Masukkan doh keropok lekor ke dalam air mendidih. Doh yang masak akan timbul dipermukaan air. Masak selama 10 minit.
6. Angkat dan toskan .
7. Keropok lekor ready untuk digoreng. Kalau nak frozen, masukkan je keropok lekor dalam ziplock dan bekukan.



Senangkan :)

Wednesday, September 10, 2014

First time nampak moose kat its natural habitat

Moose ni kami teserempak kat tepi highway 60. Dari jauh nampak banyak kereta stop...kiri kanan jalan. Ingatkan accident ke apa...bila dekat baru ternampak seekor moose tengah makan rumput...apa lagi kami pun berenti la sebab bukan senang nak dapat peluang bergambar dengan moose di original habitat ni. Sebelum ni anak-anak tengok moose kat petting zoo di Toronto je.