Sunday, September 7, 2014

Kingston Multicultural Art Festival 2014

Ini kali kedua kami ke Kingston Multicultural Art Festival. Pagi-pagi lagi mama masak nasi goreng untuk picnic kat situ. Tahun lepas pun mama bawak bekal nasi goreng jugak. Papa parking agak jauh hari ni sebab jalan depan Confederation Park tutup. Sampai je kat park tu, anak-anak terus berlari ke booth face painting. Yaya jadi cat, Nina jadi Princess and Adik jadi dargon. Kakak taknak buat face painting sebab malu kalau terserempak ngan kekawan dia.

Lepas berfacepainting, papa cari spot best bawh pokok tepi marina untuk picnic. Sedapnyer makan sambil dihembus angin tasik. Hari ni sejuk sikit dalam 22 C. Tengah makan tu terdengar music dari stage, so anak-anak ajak gi tengok. Ada banyak performance, yang sempat kami tengok windpipe by scottish society dan dancing by chinese society. Nina nak buat origami kat Japanese booth.


Saturday, September 6, 2014

Papa memancing di Kingston Mill bersama anak-anak

Dah lama pulak papa tak gi mancing. Masa fishing kat camping trip hari tu takde rezeki, luas sangat tasik tu, ikan taknak makan umpan. So papa ajak mama dan anak-anak gi teman papa fishing kat Kingston Mill. Last papa fishing kat sini dengan kekawan papa from Ottawa tu dapat 3 ekor ikan besar. Mana tau kali ni ada rezeki lagi..Insya Allah.

Si yaya ni bila cakap nak pergi fishing dia sibuk tanya boleh mandi tak kat situ. Takut dia terjun, sampai je Kingston Mill tu mama terus pakaikan Yaya dan Nina life jacket. Life jacket ni mama bawak dari Malaysia sebab takut tak jumpa cari brand yang sama kat sini. Memang takde pun, life jacket yang biasa adalah bukan yang betul-butl snug fit kat body.

Yaya pun bila tengok kakak join papa fishing, dia pun nak fishing gak, so papa prepare rod superman yg papa beli special untuk nina dan yaya. Nak beli rod barbie mahal plak, rod superman ni preloved dapat CAD2 je hehehehe.

Yaya ni bila kakak dia tolong cast je terus dia reel...cast reel...cast reel...bila ikan nak makan umpan tu? Lastly dia bosan sebab tak dapat fish. Selepas sepetang...dapatlah 2 ekor ikan. Alhamdulillah. Balik goreng 3 rasa pun sodap.



Thursday, September 4, 2014

Mandi-manda di Avery Beach, Huntsville, Ontario

Kami singgah di Avery Beach ni masa perjalanan balik dari Algonquin Park. Masa tu mama dan papa sengaja ikut jalan ke west gate ni. Bila dah lalu pekan Huntsville tu , mama check dalam GPS, cari the nearest park yang ada beach untuk singgah lunch.


Lepas makan-makan tu ingat nak bawak anak-anak main kat gigi air je, tapi macam biasalah anak-anak ni bila dah jumpa air, lagi-lagi sandy beach macam tu , terus minta izin nak berendam. Yang juara berendam siapa lagi kalau bukan si Yaya. Taknak keluar dari air pun. Lagi bila kekawan dia pun join sekali mandi. Baby Aqeef pun nak main air jugak. Mama letak kaki dalam air sungai tu pun dah sejuk.

Lepas dah main-main pasir dan dipujuk baru la Nina dan Yaya nak naik dari pantai sungai tu. Takde air nak siram, so siram je sikit ngan air mineral botol je. Nanti kita sampai rumah mama mandikan bersih-bersih ek.

Wednesday, September 3, 2014

Ornamental Garden Ottawa, Ontario


Kami singgah di Ornamental Garden ni sebenarnya secara tak sengaja. Ada orang nak ke bilik air, kebetulan lalu dan nampak sign toilet so papa pun singgah kat depan building depan tu. Bila jalan-jalan tu baru ternampak ada garden yang sangat cantik.



Di Garden ni pokok-pokok bunga di tanam berselang seli dengan pokok sayur yang daun ada color. Mama pun tak kenal apa nama sayur-sayur tu tapi arrangementnya sangat cantik. Pastu ada taman bunga ros lagi. Ada hikmah jugak kakak nak ke toilet, dapatlah mama menikmat pemandangan taman bungan yang cantik.



more on Ornamental Garden, click here

Algonquin Park Visitor's Center

Kami singgah kat visitor center ni masa on the way nak balik. Sebenarnya masa first day kami dah singgah tapi sebab sampai dah 4.45pm, dah nak tutup dah center ni  so papa cakap nanti ada masa kami akan datang lagi.


Kat center ni ada exhibition berkenaan park dan wildlife serta first people yang hidup kat sini pada zaman dahulu sehingga sekarang. Mula-mula kami round tengok exhibition dulu, ada pasal bear, wolf, moose dan lain-lain binatang lagi.



Then kami naik ke 2nd floor tengok pameran berkenaan first people dan activity pembalakan di hutan tu. Lepas tu kami masuk teater tengok tayangan berkenaan park tetapi half way skrin jadi blank. So anak-anak keluar ke viewin deck tengok pemandangan indah park dari puncak bukit. Subhanallah...cantik sungguh.

to know more about the visitor center, click algonquin_visitor_centre

Logging Museum di Algonquin Park, Ontario



Logging museum ni kami singah masa on the way balik ke Algonquin Park daripada Whitney. Tak pernah melawat museum yang berkaitan kayu ni so teringin jugak la nak tahu apa yang dipamerkan kat museum ni.

Museum ni ada pameran indoor dan outdoor. Mula-mula kami masuk ke dalam building museum dulu. Disini dipamerkan macamana industri pembalakan di jalankan di Algonquin park pada zaman dulu. Tough jugak la kerja jadi lumberjack kat sini sebab diaorang kerja masa winter. Pengalaman pertama winter disini memang sejuk dari peti ais tu. Macamana la pekerja-pekerja tu boleh endure kesejukkan di tanah tinggi Algonquin ni.

Lepas tu kami tengok teater dan surprise untuk anak-anak lepas teater tu habis, skrin tu rolled up dan terbuka la satu pintu untuk keluar ke outdoor part of this museum. Tengok pintu tebuka je terus berlari keluar anak-anak ribena ni.




Selepas penat mengelilingi satu bukit, papa masuk semula ke  gift shop dan beli badge Algonquin untuk tampal kat beg sekolah kakak dan adik.

to know more about this museum, click algonquin-logging-museum

1st time camping di Algonquin Park, Ontario

Camping! tak pernah mama pergi camping trip kat Canada ni. Excited pun ada. Takut pun ada. Anak-anak dan papa rilek je. So it took about 2 days papa mama prepare utk pergi camping. Takut ada yang tertinggal. So mlm sebelum bertolak dah siap2 susun barang dlm kereta. Sarat kereta dgn barang. 

Kami join camping trip kekawan dari Waterloo so kami sekeluarga je la yang datang dari east side of Ontarion dan 4 family datang dari west side,  jumpa kat destinasi terus. Kos sewa tapak untuk 4 hari 3malam adalah CAD160. 2 bulan sebelum nak pergi dah kena booking dah.

Pagi2 tu bwk makanan utk perjalanan and off we go. 4 jam juga nak sampai camp site ni, campur berhenti so 5 jam jugak lah. Perjalanan dari east agak dekat berbanding dari west kot sebab kami sampai awal hehehe...tapi tak leh gi mana-mana sebab kat Algonquin Park ni semua tempat kena ada park permit kecuali dok menunggu kat parking lot pejabat permit. Sampai2 nampak sign beware of bears. Haha.. kene hati2 lah.. suka pun ada.. hehe, so makanan kene simpan elok lepas ni supaya tak menjemput beruang (simpan dlm kereta). 

Masa menunggu tu, kami makan lunch dulu. Mama bawak bekal kari kambing dan roti je. Masa tengah makan tu ada sekor chipmunk datang nak join sekali so anak-anak takde la bosan sangat sebab sibuk dok mengejar chipmun yang sekor ni. Bila chipmunk tu lari, Yaya dan Nina round dalam bush kutip pines dan main pasir kat volleyball court.

 Petang baru kami boleh masuk ke tapak khemah tu. Daftar masuk.. cari tapak..pasang khemah.. pump air bed.. susun barang. Dekat 2 jam juga nak siap pasang 2 khemah, 1 net tent, 3 airbed.. fun.Tempat kami agak jauh gak ngan geng waterloo sebab kami booking 2 bulan lambat tapi its ok kira exercise lah berjalan ke sana. Aktiviti masak, bbq dan makan semua kat situ. Anak-anak seronok dapat kawan baru...ni kira perjumpaan kali kedua lepas kami beraya kat waterloo bulan lepas. Kakak dan Adik berkawan sesama sendiri hehehe sebab anak-anak yang lain lebih kurang umur Nina dan Yaya je. Camp site nie dekat dengan toilet and ada electric supply. Cuma kene ada cable wire panjang untuk tarik electric supply. Activity sepanjang  camping - memasak,  makan2, mandi manda, jalan2, memancing,  camp fire, relax, etc... 



Chipmunks banyak betul.. hari2 anak2 layan chipmunks yg comel siap bagi nama.. Chilly. Jinak2 pulak tu. So, sepanjang 4 hari 3 malam, sempatlah melawat Logging Museum, Algonquin Visitor Centre and recreational centre lain dlm area park. Banyak betul tasik dalam park nie. Ada yg kecik ade yang besar. Nak jelajah semua mmg tak sempatlah. Cuaca pulak kekadang hujan.. kekadang panas. Time hujan anak2 main hujan... suka lah.  Lepas tu kesejukkan. Tido malam memang sejuk.. maybe dlm 14° - 18° macam tu. Nasib baik papa mama dah standby air bed dgn sleeping bed cukup utk semua. Kalau tidak sure tido dalam kerete sambil on heater jawabnya. Malam yang tak hujan lebih sejuk dari malam yang hujan. Bbq time.. masing2 keluar kan ayam, kambing, sotong perapan masing2.  Meriah meriah. Makanan sentiasa banyak dan berlebihan. Sambil bakar, sambil makan, sambil sembang. 

Mandi manda kat sand beach.. nak ke lokasi kene naik kereta.. sbb jauh2 jugak lokasinya. So ada banyak sandy beach kat sini so kene pilihlah yang mana nak dituju. Air nya jernih nampak dasar dan sejuk. Tapi anak2 macam tak rasa sejuk pun expecially Yaya. Paling awal masuk 'big swimming pool' (dia panggil tasik tu) dan paling last keluar. Yang bagus nya tempat mandi nie dia ada pasang float keliling so anak2 tak terlajak keluar ke tengah dan always dalam kawasan selamat.  Papa as usual.. meng-casting kat tepi tasik tu mencari sambaran sang ikan. Mama jadi paparazzi and camera women.. ambil gambar and video.




Semasa camping ni setiap family ada hari bertugas, family mama bertugas hari sabtu sekali ngan family Halim&Yani. Menu breakfast Nasi Lemak Ayang Goreng, Lunch Nasi putih lauk ikan goreng 3 rasa, Ikan rebus goreng, Kari daging pekasam, sayur dan sambal belacan.