Tuesday, April 22, 2014

Menikmati panorama Montreal di Mont Royal




More on Mont Royal,click here

Bus Stop Swings- 21 Balancoires, Downtown Montreal


Best kan kalau dapat naik buaian ni....mama dah target nak gi montreal sebelum mama datang canada lagi bila mama tengok gambar bus stop swings ni circulated dalam FB. So bila start spring dan kereta pun dah ada, mama ajak papa gi jalan-jalan kat montreal ni.

Masa mama tanya kawan mama pasal buaian ni dia cakap tak pernah nampak pun kat montreal, so mama pun google and luckily kami ternampak masa nak ke McGill. Apa lagi papa cari parking dan anak-anak suka la dapat naik buaian yang ada music. Buaian ni kalau dapat synchronize ke empat-empat buaian akan menghasilkan satu lagu, tapi kalau masing-masing buai hanya akan hasilkan music biasa je.

Yang penting anak-anak mama enjoy!

More on 21 Balancoires click here

Menghargai alam sekitar di Biosphere, Montreal





More on Biosphere, click here

Monday, April 21, 2014

1st visit ke Montreal, Quebec

Last Friday cuti Good Friday so kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Montreal. Montreal ni lebih kurang 2 jam drive from Kingston, so papa decided utk bertolak lepas mama habis kelas kelas. Tetapi macam biasa la, bila anak2 dah ramai ni (baru 4 org hehehe), nak bersiap aje dah 2 jam. So papa kata lepas magrib la kita bertolak. Tak dapat jugak. Lastly pukul 9pm baru settle semua.

Otw tu jalan jam pulak kat Highway 401, ada trailer terbakar rasanya, so kena detour masuk Cornwall. Sepatutnya kena masuk ke kanan tetapi papa tgk jalan kekiri kosong je, jalan kekanan tu berderet lori beratur kat traffic light. Papa pun dgn confident je masuk kiri, nasib baik la ada si garmin tu, jumpa jugak la jalan keluar. Kalau tak dok pusing la kat Cornwall tu :)

Sampai ke Montreal kami tumpang tidur kat ruma Ellie dan Saidi. Terima kasih ye tuan rumah, best makan nasi beriani dan tiramisu. Nanti jangan lupa datang ke Kingston.


Thursday, April 17, 2014

Karipap Ranggup

Papa suka makan karipap. Everytime ada apa-apa event, bila mama minta pendapat papa apa nak bawak utk event tu mesti mama akan dpt jawapan yg sama. Karipap paling best! So jangan bosan bila buah tangan mama adalah karipap ek. Everytime buat karipap mesti teringat kenangan silam tolong mek buat karipap pusing inti ubi stelo (keledek). Upah tolong bukan dpt duit tapi mek akan belikan tudung baru :).
*Resepi ni utk Karipap Rangup bukan karipap pusing. Karipap pusing next time ye. Banyak resepi utk kulit karipap ni. Yg ini kalau goreng sampai ke petang kulit dia tetap tegang dan ranggup.



Bahan utk kulit karipap:

2 cups tepung gandum
1tbs tepung beras (optional)
1tbs tepung ubi kayu (optional)
1/4 cup minyak masak
1/2 cup air ais
2 tbs butter
1/2 tsp garam

Cara-cara:
1. Sukat gandum, tepung beras dan tepung ubi kayu dan ayak ke dalam bekas bersesuaian. Masukkan butter ke dalam camuran tepung dan gaul/ramas butter bersama tepung sehingga sebati dan tekstur menjadi seperti serbuk roti yg halus.
2. Panaskan minyak di atas api sederhana (electric stove no 5) selama 5 minit. Apabila minyak telah panas, tuangkan minyak ke dalam bekas gandum dan kacau dgn spatula/senduk kayu sehingga sebati.
*Peringatan:
Sila berhati-hati semasa mengendali kuali berisi minyak panas ni. Sebaiknyer bekas gandum diletakkan bersebelahan dapur utk memudahkan penuangan dan mengelakkan kecederaan tanpa sengaja.
3. Masukkan air ais ke dalam bekas tepung dan uli sehingga menjadi doh. Uli selama 10 minit.
(Mama guna bread maker so mama just masukkan air ais diikuti tepung dan pilih Dough. Biarkan je mesin tu menguli sehingga siap)
4. Apabila doh telah siap di uli, masukkan ke dalam plastik. Tutup kemas dan masukkan ke dalam peti ais selama 30minit - 1 jam.
5. Apabila doh dah sejuk. Keluarkan dan bahagikan doh ke 5 atau 6 bahagian. Golehkan setiap bahagian doh tu menjadi panjang , seperti keropok lekor (diameter max 2 inci). Potong doh yg dah digolekkan tu 1/2 inci tebal dan start canai guna rolling pin. Doh yg dicanai tu jangan terlalu nipis dan seeloknya bulat cantik supaya senang nak letak inti dan kelim tepi.

Bahan utk inti

10 biji potatos (dipotong dadu)
2 tbs serbuk kari (dibancuh dgn 1tbs air dahulu)
1 tbs cili giling
1/4 cup daging/ayam cincang
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji bawang putih (di dadu halus)
1/2 inci halia (di mayam halus)
2 tbs minyak utk menumis
1/2 cawan air
2 tbs gula
3/4 tbs garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau/keperangan.
2. Bancuh serbuk kari dgn 1 tbs air dan tumis bersama bawang sehingga pecah minyak
3. Masukkan cili giling dan air. Kacau rata dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan daging/ayam dan gula+ garam. Kacau rata. Biarkan sehingga daging masak.
5. Masukkan potato, kacau supaya daging dan potato bercampur sekata. Tutup kuali dan biarkan sehingga potato masak empuk. Jangan lupa kacau sekali sekala untuk mengelakkan bahagian bawah hangus. Biasanya dlm 30 minit inti ni akan masak, bergantung dgn kuantiti potato yg digunakan.
6. Biarkan inti sejuk seketika dahulu sebelum gunakan.

Apabila sudah siap, karipap ni boleh digoreng utk hidangan petang atau boleh dijadikan karipap frozen. Mama biasanya akan goreng sekejap karipap sebelum frozenkan. Takut melekat kalau simpan karipap raw. Kalau nak kurang berminyak boleh bakar sekejap dalam oven suhu 300F selama 10 minit. Then boleh pack untuk frozen.