Saturday, February 22, 2014

Taffy on Snow

Maple taffy or tire d'érable  is made by boiling maple syrup then poured in a molten state upon clean snow whereupon the cold causes it to rapidly thicken. 





Kami beli 1 je, nak cuba makan. share ramai-ramai. sedap gak cuma cepat cair dan manissss.

Friday, February 21, 2014

Rainbow Meringue Kissess

This morning mama buat Rainbow Meringue Kissess utk Nina. Nina suka meringue ni sebab ia akan melt in her mouth. No need for her to gigit and chew with her limited teeth tu. Kenapa mama suka buat meringue ni saiz kisses?? Sebab:- 1. saiz kecik 2. tak liat (chewwy) 3. cepat masak (jimat masa hehehe)

Bahan-bahan:

2 biji putih telur
1/4 cup gula icing
1/2 tsp cream of tartar
1/8 tsp salt
1/2 tsp vanilla essence
Food coloring

Cara:
1. Beat putih telur sampai berbuih. masukkan cream of tartar and salt. beat again until fluffy.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit diselangi esen vanilla sampai semua gula larut. keep on beating the mix sampai mixture menjadi berkilat dan terasa pekat utk di pukul/beat. the mixture is ready bila dah rasa pekat.
3. Asingkan mixture ke 4 mangkuk berasingan in even portion. agak-agak je. dropkan 2-3 titis food coloring. mama guna biru, hijau, merah dan putih (origina mixture color).
4. Jangan kacau, fold in je color tu sampai sebati. Jgn kacau ye nanti turun pulak mixture tu. tak jadi meringue tu nanti.
5. Preheat oven 200F atau 100C.
6. Masukkan selang seli each color dlm piping bag atau plastic zip lock (gunting sikit hujung). pipekan keatas loyang cookies yg dilapik kertas. buat kecik-kecik je.
7. Bakar selama 30 minit. kalau kisses tu saiz besar kena bakar selama 45 minit ke 1 jam baru outer layer akan garing.
8. bila dah masak, tutup api, jgn terus keluarkan. renggangkan sikit pintu oven dan biarkan sejuk di dalam oven. Mama biasanya biarkan sejuk dlm oven dlm 15 minit je. Then keluarkan terus ngapp. Yummy!

Nota: tips dari Mek: kalau nak masak apa2 yg manis kena letak sedikit garam, rasa manis tu akan lagi sedap, bukan manis lecah. ( mek bagi mama tips ni masa mama masak jjemput pisae, bukan masa mak meringue ni ;p)


Resepi mama ni inspired by Cherrylane's Cupcakes 





Poligami itu hanya Indah ketika ia belum Bermula.

Bila ada org raise up isu poligami di FB ke or dlm borak-borak kosong sambil minum teh tu. Mama teringat kata-kata Arwah Ayah semasa arwah dlm wad kat Hospital Kota Bahru. Arwah komen "sesiapa yg teringin nak berbini dua, mari jumppo ambo dulu. Ambo nok goyat toksoh la bbini lagi". Wahh...from the mouth of org yg live that life lah...and on another occassion in the same wad, arwah ada komen " Jizah lah bini yg paling baik!"..erkkkk..why all this komen masa both Bini s not around???!

On mama personal experience, the earliest and happiest memory mama ngan arwah is before he took a second wife. After that all bleak, sad and misery childhood until I escape to boarding school, then university then kahwin. Kesian adik-adik mama yg stay at home with Mek. They sufferred in silent indeed. In the nutshell, poligami is only benefitted the Man and the Favored Family. The other family will live the lives of the forgotten one, undernourished body and soul! Those comments in the wad is 2 decades too late....

The good part of this bad life experience is, ia mengajar mama tentang survival, independent, dan berusaha sendiri untuk mencapai apa jua cita-cita mama, like dtg ke Canada ni :). 

AlFatihah.

Note: Jizah is my beloved Mek.

Thursday, February 20, 2014

Fluffy Cream Puffs

The earliest memori mama dgn cream puff ni adalah makan cream puff MokSu di Pasir Putih. Masa kecik-kecik dulu, mama selalu ikut MokAji gi rumah PokSu Halim. Naik bus dari Peringat. Dan disitula mama blh merasa mkn cream puff yg sangat sedap. Sampai sekarang still ada memori tu.

Resepi cream puff mama simple dimple je. Super easy utk di buat. Cream puff mama ni lembut dan sangat sesuai utk dimakan oleh si Nina yg takde gigi tu :P

A: Cream Puff Shell (the kuih)

Bahan-bahan
1/2 cup tepung gandum (di ayak terlebih dahulu)
1/4 cup butter
1/2 cup air
2 biji telur

Cara-cara
1. Masukkan air dan butter di dalam periuk. Masak diatas api sederhana sehingga mendidih.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam periuk tersebut sambil mengacau campuran tepung dan larutan butter sehingga semua tepung bercampur dgn sebati. Teruskan mengacau sehingga campuran berbentuk doh dan tertanggal dari dinding periuk.
3. Angkat dari dapur dan biarkan doh sejuk. Selepas 5 minit, masukkan telur kedalam periuk yg berisi doh dan kacau sehingga terbentuk campuran doh dan telur yg lembut.
4. Pre heat oven 350F atau 180C
5. Masukkan doh kedalam piping bag atau plastik zip lock (potong sedikit hujung). Pipe kan doh ke atas loyang yg telah dilapik kertas.
6. Masukkan loyang ke dalam oven yg telah di panaskan, Bakar selama 20 minit sehingga keperangan.
7. Keluarkan dari oven dan biarkan cream puff shell sejuk ke suhu bilik

B. Custard Cream Filling

Bahan-bahan
1/4 cup gula
1/4 cup tepung custard/gandum
1/4 tsp garam
1 cup susu
2 kuning telur (yolk)
1 tsp esen vanila

Cara-cara

1. Bahagi susu kepada 2 bahagian. Separuh susu campurkan dengan tepung sehingga semua tepung larut sepenuhnya. Separuh lagi susu tu dicampurkan dgn kuning telur, kacau sehingga sebati.
3. Masukkan larutan tepung+susu dan larutan telur+telur bersama gula, garam dan esen vanila ke dalam periuk. Masak diatas api sederhana selama 30 minit sehingga campuran menjadi kastard yg pekat. Campuran perlu sentiasa dikacau untk mengelakkan tepung berkumpul di bahagian bawah periuk dan campuran berketul. Kacau sehingga tekstur kastard hampir menyamai tekstur kaya.
4. Alihkan dari dapur dan biarkan sejuk ke suhu bilik.

C. Whip Cream (optional)
Mama guna 1 paket instant dream whip cream. Sediakan mengikut arahan dipaket.

Cara hidang
boleh pipekan terus custard ke dalam cream puff shell atau belah secara horizontal di tengah shell (jgn sampai putus dua pulak) dan isikan filling.



Family Day is a Holiday

Bila mama dtg Canada ni baru tau yg ada cuti umum utk Family Day rupanya kat negara ni. So mama papa pun ambil opportunity for the long weekend tu utk melawat  kawan mama ShimaSyakir di Gatineau, Quebec. Kami pergi 2 keluarga + 1. Family SabSal, Family RoyAyu and Hafiz. Terima kasih tuan rumah atas layanan 1st class. Tengs XOXO


ps: semoga tangan Melur cepat sembuh.

Wednesday, February 19, 2014

Ayam Goreng a la KFC

Masa kami berkunjung ke rumah kawan kat Gatineau hari tu, hidangan mkn tengahari ada lauk ayam ala ala KFC.Sedap plak tu. Sejak dok Canada ni, belum merasa lagi makan KFC ni. Kat Kingston tu ada KFC tapi tak halal.  Mama pun apa lagi terus la tanya tips nak masak ayam ni sambil 'tolong tengok' tuan rumah memasak kat dapur hehehe.

Balik je rumah sendiri terus cuba buat. Kali pertama kurang melekat tepungnya sebab mama main campur sekali tepung dgn ayam dlm mangkuk. Kali kedua, Alhamdulillah, ikut step by step baru jadi. Berselera anak-anak makan. Terima kasih Shima Syakir atas resepi yg marbeloss.

Bahan untuk perap ayam

1/2 ekor ayam (dipotong)
1/2 tbs lemon juice
1 tsp salt

Bahan untuk tepung a la KFC
1/2 cup tepung gandum
1/4 cup tepung jagung
2 tbs pepper
1 tbs baking powder
1/2 tbs serbuk halia (*optional)
1/2 tsp oregano (*optional)
1/2 tsp serbuk kayu manis (*optional)
1/2 tsp garlic salt (*optional)
1/2 tsp onion powder (*optional)
1/2 tsp sage powder (*optional)
1/4 tsp clove powder (*optional)
1 biji telur ayam
1/2 tsp salt utk campur dlm tepung
minyak utk mengoreng

Cara
1. Gaulkan potongan ayam dng 1 tsp garam + lemon juice. Ketepikan
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, pepper, baking powder, 1/2 tsp garam dan bahan bertanda * kedlm mangkuk. Gaul sebati.
3.  Masukkan 2 tbs campuran tepung ke dalam mangkuk berisi ayam. Gaul sebati.
4. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana.
5. Pecahkan telur di dalam mangkuk.
6. Celup ayam ke dlm telur dan golek kan ke dlm mangkuk tepung sehingga seluruh ayam bersalut tepung. Untuk salutan maksima, elakkan memegang ayam semasa ayam digolek di dalam tepung, nanti  tepung melekat kat jari.
7. Masukkan ayam yg bersalut tepung ke dlm minyak yg panas. Tutup kuali. Goreng ayam selama 20 minit sampai keperangan di atas api sederhana. Masa memasak mengikut saiz ayam. Lagi besar lagi lama.
8. Angkat, tos minyak dan hidangkan. Seeloknya tos selama 5 minit.



Nota: Menurut Shima, kalau ada Custard powder blh campur sekali. Mama takde tepung custard so mama gantikan dgn tepung jagung :) . Dan bahan Optional tu mama letak bila bahan tu ada kat rumah ni. kalau letak lagi sedap.

Tuesday, February 18, 2014

Nina and her Ottawa's BFF


ntah apa la yg dibualkan tu. Nina really excited nak jumpa wafa. seminggu sebelum bertolak ke Ottawa dah kemas baju dia n all sort of toys n books yg dia nak share ngan wafa.

Panjat slide sambil berpegangan tangan