Wednesday, February 19, 2014

Ayam Goreng a la KFC

Masa kami berkunjung ke rumah kawan kat Gatineau hari tu, hidangan mkn tengahari ada lauk ayam ala ala KFC.Sedap plak tu. Sejak dok Canada ni, belum merasa lagi makan KFC ni. Kat Kingston tu ada KFC tapi tak halal.  Mama pun apa lagi terus la tanya tips nak masak ayam ni sambil 'tolong tengok' tuan rumah memasak kat dapur hehehe.

Balik je rumah sendiri terus cuba buat. Kali pertama kurang melekat tepungnya sebab mama main campur sekali tepung dgn ayam dlm mangkuk. Kali kedua, Alhamdulillah, ikut step by step baru jadi. Berselera anak-anak makan. Terima kasih Shima Syakir atas resepi yg marbeloss.

Bahan untuk perap ayam

1/2 ekor ayam (dipotong)
1/2 tbs lemon juice
1 tsp salt

Bahan untuk tepung a la KFC
1/2 cup tepung gandum
1/4 cup tepung jagung
2 tbs pepper
1 tbs baking powder
1/2 tbs serbuk halia (*optional)
1/2 tsp oregano (*optional)
1/2 tsp serbuk kayu manis (*optional)
1/2 tsp garlic salt (*optional)
1/2 tsp onion powder (*optional)
1/2 tsp sage powder (*optional)
1/4 tsp clove powder (*optional)
1 biji telur ayam
1/2 tsp salt utk campur dlm tepung
minyak utk mengoreng

Cara
1. Gaulkan potongan ayam dng 1 tsp garam + lemon juice. Ketepikan
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, pepper, baking powder, 1/2 tsp garam dan bahan bertanda * kedlm mangkuk. Gaul sebati.
3.  Masukkan 2 tbs campuran tepung ke dalam mangkuk berisi ayam. Gaul sebati.
4. Panaskan minyak di dalam kuali di atas api sederhana.
5. Pecahkan telur di dalam mangkuk.
6. Celup ayam ke dlm telur dan golek kan ke dlm mangkuk tepung sehingga seluruh ayam bersalut tepung. Untuk salutan maksima, elakkan memegang ayam semasa ayam digolek di dalam tepung, nanti  tepung melekat kat jari.
7. Masukkan ayam yg bersalut tepung ke dlm minyak yg panas. Tutup kuali. Goreng ayam selama 20 minit sampai keperangan di atas api sederhana. Masa memasak mengikut saiz ayam. Lagi besar lagi lama.
8. Angkat, tos minyak dan hidangkan. Seeloknya tos selama 5 minit.



Nota: Menurut Shima, kalau ada Custard powder blh campur sekali. Mama takde tepung custard so mama gantikan dgn tepung jagung :) . Dan bahan Optional tu mama letak bila bahan tu ada kat rumah ni. kalau letak lagi sedap.

Tuesday, February 18, 2014

Nina and her Ottawa's BFF


ntah apa la yg dibualkan tu. Nina really excited nak jumpa wafa. seminggu sebelum bertolak ke Ottawa dah kemas baju dia n all sort of toys n books yg dia nak share ngan wafa.

Panjat slide sambil berpegangan tangan



Rideau Canal Skateway, the World's Largest Skating Rink!



Masa visit Ottawa tu, kami singgah jap kat Rideau Canal yg dah frozen solid tu. Rideau Canal ni adalah one of UNESCO World Heritage Site. The Skateway is 7.8 kilometres long, and begins just steps from Canada’s Parliament Buildings all the way to Kingston. Maknanya kami pun boleh naik boat dtg Ottawa dari Kingston tu. Read more about the Rideau Canal here 



Kalau tak ambik gambar kat starting point skateway ni kira tak sah dtg ni. Masa ni weekend. Ramainyer org dok berskating kat sini. Nak bergambar pun ada je yg lalu lalang kat depan. More on Rideau Canal Skateway click here

Monday, February 17, 2014

First Time Main Ski-Edelweiss, Wakefield, Quebec


Atas permintaan Kakak dan Adik dan persetujuan semua, papa booking a ski session di Edelweiss. Edelweiss Valley ni is a ski resort located in Wakefield, Quebec, 30 minutes north of Ottawa. Kami bertolak lepas solat zuhur dari Gatineu. 

Permandangan all the way sangat cantik, berbukit bukau yg dipenuhi salji. Ada rumah-rumah di celah-celah pokok yg dah tak berdaun. Bila lalu bukit yg penuh dgn pokok  pine terasa macam kat dm iklan high country plak. Mama sibuk snap gambar, tapi sebab guna camera handphone je, tak berapa cantik. Otw nak naik ke Edelweiss tu, ada satu pekan kecik yg breathtaking. If ada trip lagi next time, mama nak stop kat tempat-tempat yg cantik, nak bergambar dulu b4 sampai ke destinasi. 












More on Edelweiss click here


Winterlude in Ottawa


Winterlude ni adalah one of Canada winter celebration which is held in Ottawa-Gatineu. Di Ottawa is Crystal Garden at Confederation Park dan di Gatineu is Snowflake Kingdom at Jacques-Cartier Park.

Since kami sampai kat Gatineu ni dah petang so  malam tu kami ke Snowflake Kingdom at Jacques-Cartier Park. Kat sini ada banyak gelonsor yg dibuat dari snow and ice.


Masuk je terus anak masuk Giant Slide.Giant Slides ni ada untuk individu dan group. Anak2 main redah je, termasuk lorong individual.





Banyak kategori ice slides kat Jacques-Cartier Park, ikut kategori umur. Nina main yg kanak2 punya.



Antara ukiran ais di situ:












And colorful lights are everywhere.



( More on Snowflake Kingdom at Jacques-Cartier Park, click here )

On Monday, kami singgah di Confederation Park Ottawa nak tgk crystal garden plak. Kat sini kami parking kat National Art Museum Public Parking, just beside the park.






Papa tambah sikit lah story nih. Dekat Confederation Park tu banyak ice sculpture. Ada big train, Trojan man, abstract figure, and macam - macam lagi. Paling excited untuk anak - anak is the candy look ice sculpture. Sebenarnye benda tu is colored ice yang di sediakan untuk pengujung datang and tampal ikut suka kat sculpture yang dah disediakan, biasa nya anak - anak lah yang berkerumun kat situ. Khayraa pulak pantang lepa ja lari ke candy look sculpture and nak makan ice tu. Memandangkan hari tu last day untuk celebration so ramai orang turn up. 

More on Crystal Garden at Confederation Park click here 

Thursday, February 13, 2014

Murtabak Mini Simple, Senang dan Sedap

Murtabak. Bila sebut murtabak je terus teringat Murtabak Raja Kota Bharu yg pastinya marbelosss tu. Dicicah ngan kuah jeruk bawang merah. Ohh..sungguh sedap. Tapi di bumi Kingston ni, mana nak cari murtabak yg sedap? So, this is resepi yg mama dah try, dan hasilnya masak satu habis satu, laju je anak2 mama makan. Berebut lagi.hehehe..

Resepi ni simple dan senang sebab mama guna kulit popiah segera as penganti kulit murtabak. Hero mama tak abis lagi belajar tebar menebar ni.  Jeruk bwg pulak Adik buat one day earlier. Memang cukup masam manis.


Bahan
Kulit popia segera
2 biji telur

Inti:
1 cup daging kisar
2 garlic (mayam halus)
3 onion (mayam halus)
1 tbs serbuk kari (cairkan guna 1 tsp water)
1 yellow onion ( potong dadu)
1/2 cup sayur campur
1-2 potato (potong dadu)
1 tbs Minyak utk menumis ( mama guna minyak sapi)
Salt & sugar secukup rasa
1/2 cup air

Cara:
1. Panaskn minyak dan tumis garlic+onion. Masukkan serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air,  daging kisar dan potato.
3. Apabila air mendidih dan kentang empok, masukkan yellow onion, sayur campur, garam dan gula.
4. Masak sehingga inti hampir kering.
5. Angkat dan biarkan sejuk

6. Apabila inti dah sejuk, pecah telur ke dalam bekas inti. Kacau rata. ( pastikan inti sejuk, kalau tak telur akan half cook by the heat)
7.Panaskan kuali leper (flat). Griskan kuali dgn sedikit minyak. Mama guna minyak sapi. Letak kulit popiah di atas kuali dan letak 1 tbs inti di tengah kulit popiah tu. Lipat dan bungkus inti tu.
8. Masak sehingga kedua belah murtabak garing.
9. Angkat dan hidang

Kuah Jeruk Bawang
Bahan
3 biji bawang merah ( mayam)
15 ml cuka mkn
15 ml air*
1 tbs gula*
Food coloring -red*
(* blh ganti dgn 15ml sirap ros)

Cara
Campur semua bahan, gaul sebati, biarkan semalaman di suhu bilik.

Tuesday, February 11, 2014

Kingston Feb Fest





Adik dan Nina ice sliding

Ice Skating Performance

Nina & her friend with the Beenie Boos

Anak-anak ice skating sambil dengar live band

To know more about Kingston Feb Fest, click here