Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label ustaz fathul bari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ustaz fathul bari. Papar semua catatan

Ahad, 6 April 2014

Video Penuh Tazkirah Maghrib @ustazfathulbari Di Malam Cinta Rasul #BalingBerselawat #KedahBerselawat #SelawatPerdana


Video penuh Tazkirah Maghrib dari Ustaz Dr Fathul Bari semalam di Majlis "Malam Cinta Rasul" , Baling..


Walau hujan membasahi Muslimin dan Muslimat di awal Majlis tersebut. Namun Muslimin dan Muslimat tetap tidak berganjak untuk menzahirkan kecintaan terhadap Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W..

Jumaat, 21 Februari 2014

Video Penjelasan !!! Apakah Benar Tun Mahathir Seorang Yang Anti Hadith


Penjelasan Ustaz Fathul Bari berkenaan isu Ideologi Anti Hadith Kassim Ahmad yang dikaitkan dengan Ayahnda Tun Mahathir kononnya Ayahnda Tun Mahathir turut Anti Hadith




Rabu, 13 November 2013

Penulisan @ustazfathulbari Yang Telah Membuat Adun-Adun PAS Kedah Meroyan #KedahAmanMakmut


Apabila YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz
Mahathir beserta dengan ahli-ahli Dewan Undangan
Negeri BN bersepakat untuk mewujudkan enakmen anti-Syiah, Alhamdulillah orang BN setuju belaka. Yang membantah adalah 9 ahli Dewan Undangan Negeri PAS. Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Beza Syiah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah bukanlah
perbezaan khilaf isu fiqh sahaja. Bukan isu baca qunut atau tak baca qunut, bukan isu buat tahlil atau tidak, bukan isu talqin atau tidak yang ini semua hanya khilaf di kalangan mazhab ahli sunnah yang tidak menggugurkan akidah pun. Imam Ahmad anak murid Imam Syafi’i, Imam Syafi’i anak murid Imam Malik, mereka semua adalah Imam ahli sunnah yang kita ambil ilmu dan pandangan daripada mereka.

Sebaliknya perbezaan Syiah dengan kita adalah pada
prinsip agama dan pendirian akidah. Perkara yang
memisahkan seseorang itu Islam ataupun bukan Islam, sama sekali tidak boleh kita toleransi prinsip dan pegangan agama mereka.

Syiah mengkafirkan sahabat Nabi. Bukan itu saja,
mereka mengkafirkan sahabat Nabi yang telah
dijanjikan Syurga oleh Nabi sendiri. Jika sekarang kita
tidak tahu siapa di antara kita yang ahli syurga, tetapi
pada zaman Nabi, Baginda sendiri telah tunjukkan siapa di kalangan sahabat Baginda yang dijamin Syurga oleh ALLAH SWT. Nabi sendiri yang sebut melalui lisan Baginda sendiri, Nabi sendiri yang tunjuk mereka.

Datang puak syiah, dengan senang mereka mengatakan Abu Bakar, Omar Al-Khattab, Osman bin Affan, Muawiyah bin Abi Sufyan ahli Neraka, na’uzubillah. Syiah menuduh Abu Bakar merancang membunuh Ali bin Abi Talib, menuduh sahabat Nabi menolak wasiat Nabi supaya melantik Ali radhiyallahu ‘anh sebagai khalifah.Mereka bohong, Nabi tidak mewasiatkan sedemikian.

Semua celaan dan hinaan atas sahabat Nabi ini terdapat dalam penulisan-penulisan puak-puak syiah dan kitab karangan ulama-ulama syiah sendiri. Sedangkan sabda Nabi dalam hadis Irbadh bin Sariyah, “Hendaklah kamu lazimi sunnahku dan sunnah Khulafa Al-Rasyidin yang mereka ini diberi petunjuk.” (Sahih, Abu Daud).

Bahkan ALLAH SWT berfirman tentang sahabat
Nabi, “Orang-orang terdahulu yang pertama-tama
(masuk Islam) di antara Muhajirin dan Ansar dan orang- orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada ALLAH, dan ALLAH menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Al-Taubah: 100).

Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu cela sahabatku.
Walaupun seorang kamu menginfaqkan emas sebesar Uhud pun, tidak akan dapat menandingi sedekah sahabatku sebesar mud dan tidak juga separuhnya.” (Bukhari & Muslim).

Sebab itu Imam Al-Syafi’i berkata, “Aku tidak pernah
melihat orang yang lebih kuat bohong daripada (Syiah) Rafidhah.” Imam Syafi’i, Imam Al-Bukhari memfatwakan haram makan sembelihan Syiah, haram beri salam kepada Syiah, haram menikahi mereka. Mereka lebih dahsyat daripada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani).

Maknanya ini bukan benda kecil. Ini perkara yang cukup besar. Semua mazhab dalam Islam sepakat menolak Syiah. Mana mungkin kita berlepas diri dan tidak mahu tolak Syiah? Bagaimana mungkin kita membiarkan sahaja mereka?

Jika kita marah dikatakan membela syiah, jadi buktikanlah pendirian kita terhadap Syiah dengan tegas. Tunjukkan bahawa kita tidak membela Syiah, tunjukkan bahawa kita menolak syiah.

Mungkin ada pihak mengatakan, “syiah nak sokong kami, takkan kami nak halang”. Kita katakan, sokongan yang disusuli dengan penyebaran akidah dan pemikiran, ditulis di banner-banner ‘Ya Zahraa’ (menyeru Fatimah), Ya Ali (menyeru Ali), sedangkan seruan-seruan ini boleh membawa kepada kesyirikan. Kita hanya menyeru dan berdoa kepada Allah semata-mata, bahkan kita tidak berdoa dan menyeru ‘Ya Muhammad’ sekali pun.

Kita minta semua pihak sama ada di pihak kerajaan
mahupun pembangkang memberi pendirian tegas dalambmenyekat usaha penyebaran fahaman Syiah baik melalui poster, iklan-iklan, kempen politik dan sebagainya.

Walaupun kita kata kita tidak boleh halang syiah sokong parti kita, tapi jangan sama sekali kita benarkan ajaran dan fahaman Syiah yang membawa kepada kesyirikan itu disebarkan.

Saya dan sahabat-sahabat telah berkempen anti-Syiah
sejak 2007 sejak mula-mula balik Malaysia setelah
tamat pengajian. Syiah yang mula-mula kita tentang,
kerana kita tahu bahawa Syiah akan membawa
perpecahan, pergaduhan, dan ajaran-ajaran yang
menyelisihi prinsip akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Jadi saya teruja apabila YAB Menteri Besar Kedah
memaklumkan bahawasanya dia akan menghentam dan melawan Syiah habis-habisan dan mengharapkan
sokongan daripada semua dalam Dewan Undangan
Negeri. Usaha mewujudkan enakmen anti-Syiah
sepatutnya disokong penuh oleh orang Islam seluruhnya tanpa mengira parti politik.

Artikel ini disiarkan di akhbar pada Ahad, 10 November 2013


Panas !!! "Enakmen Anti Syiah" @ustazfathulbari Menerima Cabaran Bersemuka Dengan Adun PAS Kedah #KedahAmanMakmur


ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menyahut cabaran untuk bersemuka dengan sembilan Adun Pas Kedah bagi membahaskan isu enakmen anti Syiah.

Beliau sedia berhadapan dengan pembangkang bagi menjelaskan isu itu walaupun dengan ‘sembilan lawan satu’.

“Saya boleh bersemuka dengan mereka dan saya sedia terima jemputan itu. Mereka boleh menulis surat dan menelefon saya untuk memaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu.

“Kalau boleh, berilah saya cadangan beberapa tarikh untuk saya lihat mana yang sesuai supaya hasrat itu dapat direalisasikan,”katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Fathul Bari bersetuju bersemuka dengan Adun Pas kerana ingin memastikan enakmen itu yang sudah diluluskan dapat diperkasakan lagi di Kedah.

“Saya bukan nak babitkan Pas mahupun mana-mana pihak, tapi dalam soal Syiah ini kita perlu bersama melangkaui sempadan politik,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Adun Pas mempelawa Fathul Bari bersemuka berikutan penulisannya di dalam akhbar ini, baru-baru ini berhubung sembilan Adun Pas menolak enakmen anti Syiah yang dibentangkan di Dun Kedah disifatkan tidak bertepatan dengan situasi sebenar.

Menurut laporan itu, Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa berkata, Fathul Bari boleh bercakap mengenai isu Syiah dibincangkan dalam masyarakat, tetapi tidak boleh mengaitkan Adun Pas membantah undang-undang itu.

Untuk itu, Mohd Nasir yang juga Setiausaha Adun PR Kedah akan menulis surat untuk mengadakan perbincangan dengannya.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Panas !!! Anak Kandung Khir Johari Larang Zairil Menggunakan Nama Khir Johari


AIDCNews 5/10/13 – Seorang pembaca bernama Roselina Khir yang mendakwa dirinya anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari mahu Zairil Khir Johari berdiri di atas platform sendiri dan tidak perlu menggunakan populariti Allahyarham untuk meraih kepentingan politik.
“Benar, dia (Zairil) sepatutnya berdiri di atas platform sendiri, dengan tidak perlu menggunakan nama Pak Khir. Kami tidak pun mengenalinya, sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri ‘Snowwhite’,” katanya ketika memberi komen artikel bertajuk “Zairil Bukan Anak Khir Johari.”
Allahyarham Pak Khir mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita, Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita dan Haizan.
Selepas Puan Sri Kalsom meninggal dunia pada 1994, Allahyarham Pak Khir mengahwini Puan Sri Christine Lim pada Februari 1996 yang sudah mempunyai dua orang anak iaitu Zairil dan Yusri.
Menurut Roselina, selepas bapanya mengahwini Christine, dia dan enam orang adik beradiknya yang lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi.
“Pada ketika itu kami mohon UMNO bantu kami menyelesaikan masalah wanita itu, tapi tak ada bantuan. Dia telah merampas segalanya dari kami.
“Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa, habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine,” katanya.
Roselina juga tidak kisah siapa bapa kandung Zairil yang sebenarnya, dan dalam masa sama berbangga kerana bapanya telah mendidik Zairil sebagai seorang Muslim yang baik.
“Sebagai anak Pak Khir, saya ingin memberi sedikit komen, tak kisah lah Zairil tu anak siapa sebenarnya. Yang penting Pak Khir telah membelanya menjadi seorang Muslim yang baik, telah khatam Quran dan telah pun dibawa pergi haji. Alhamdulilah.
“Membela dia sehingga dia teringin menjadi seorang politik. Walhal tak seorang dari kami yang lain tidak teringin politik.
“Biarlah roh arwah Pak Khir bersemadi dengan tenang. Tuhan ada. Janganlah politik isu ini,” katanya.
Allahyarham Pak Khir yang berusia 83 tahun menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang bersarapan pagi bersama isterinya, Christine Abdullah di kediaman mereka di Kondominium Suasana Central, Brickfields Kuala Lumpur pada 20 November 2006.
Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO.
Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pelajaran pertama negara pada tahun 1956.
Selain Allahyarham, Kabinet pertama Tunku turut dianggotai oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, mendiang Tun H. S. Lee, Allahyarham Sulaiman Abdul Rahman, mendiang Tun V.T. Sambanthan, Allahyarham Tun Sardon Jubir, mendiang Tun Tan Siew Sin, Allahyarham Abdul Aziz Ishak, Allahyarham Tan Sri Bahaman Samsudin, Allahyarham Datuk Abdul Rahman Talib dan Tun Omar Ong Yoke Lin.

Khamis, 26 September 2013

Apa Komen @ustazfathulbari Apabila @MukrizMahathir Kata "UMNO Memang Kekurangan Ulama" #BeraniBerubah



SHAH ALAM – Golongan ulama dipelawa menyertai Umno bagi membantu memperkasakan imej Islam dalam parti itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, ketika ini, imej Umno itu sendiri tidak mempotretkan Umno sebagai parti Islam.

Perkara itu katanya secara tidak langsung telah menyebabkan golongan ulama tidak berani menghampiri Umno.

"Saya setuju seperti yang dikatakan Datuk Mukhriz (Mahathir) Umno memang kekurangan ulama.

“Golongan ulama perlu membantu Umno untuk mengubah persepsi masyarakat yang kononnya Umno tidak memperjuangkan Islam.

“Sedangkan Umno telah memperjuangkan Islam sejak sekian lama," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, adalah wajar perkara itu dilaksanakan supaya Umno tidak dilihat membelakangkan agamawan dalam parti itu.

“Ini yang kita perlu ubah. Umno daripada dulu ada tokoh-tokoh agama hebat seperti Tan Sri Wan Mokhtar (Ahmad), Tan Sri Yusof Noor, (Allahyarham) Tan Sri Abdul Hamid Osman. Biasanya, mereka ini, kalau bertanding (dalam Majlis Tertinggi), akan dapat nombor satu atau dua.

“Sekarang ini tokoh-tokoh agama tetap ada, cuma tidak dapat markah tinggi dalam parti,” kata Mukhriz.

Sementara itu, Fathul Bari berkata, disebabkan imej Umno itu, golongan ini merasakan mereka tidak mempunyai ruang untuk berada di dalam Umno.

Katanya, ulama dan agamawan perlu mengambil peluang tersebut untuk memperkasakan Islam dalam apa jua bidang termasuk soal kewangan, sosial, pentadbiran dan sebaginya.

"Sekarang ini Umno telah buka ruang secara jelas, kita (agamawan) telah ada paltform.

"Inilah antara salah satu cara untuk kita lakukan perubahan, jadi sangat rugi kalau kita tak manfaatkan peluang ini untuk melakukan perubahan," tegasnya.

Dalam pada itu, Fathul Bari menambah, usaha Umno untuk meramaikan ulama dalam parti itu sangat dialukan.


Rabu, 17 April 2013

Pehh !!! Penyokong Mat Sabu Pertikai Pencalonan Zul Noordin Dan Ustaz Fathul Bari #TolakPR



PETALING JAYA: Sebuah badan hak asasi manusia, Pergerakan As Sajjad (Pegerakan Syiah) hari ini mengecam pencalonan dua ahli Umno, Zulkifli Noordin dan Fathul Bari Mat Jahaya, pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) 5 Mei ini.

Zulkifli diumumkan sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam manakala Fathul Bari, pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), diumumkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, Perlis.

Pencalonan Zulkifli, yang juga adalah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk P 108 Parlimen Shah Alam gagal menjelmakan semangat dan pendekatan holistik dan terkehadapan Barisan Nasional dalam isu-isu perhubungan kaum atau etnik,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan media.

Kritikan terhadap Zulkifli timbul ekoran kemunculan rakaman video Youtube yang menunjukkan Zulkifli menghina konsep ketuhanan dalam agama Hindu.

Pergerakan As Sajjad juga kecewa dengan pencalonan Fathul Bari ekoran kenyataan Fathul yang bersifat anti-Syiah.

“Beliau telah melakukan pemomokan dan fitnah yang serius terhadap minoriti Syiah di negara ini".




“Kami berpendapat pencalonan Fathul Bari adalah bertentangan dengan semangat Deklarasi Islamabad 2007 yang menggariskan bahawa tiada umat Islam dibenarkan membunuh atau membahayakan umat Islam lain, samada Syiah atau Sunni,” kata kumpulan tersebut.

As Sajjad turut mengkritik penyertaan anggota kumpulan Ikatan Muslim Malaysia (Isma) yang bertanding di lapan kerusi parlimen atas tiket Barisan Jemaaah Islamiyah Semalaysia (Berjasa) kerana mereka bersifat perkauman.

Manifesto calon Berjasa menyatakan bahawa mereka bertanding untuk “menebus kembali hak dan kuasa politik Melayu-Islam di Parlimen dan Dewan Undangan-Dewan Undangan Negeri-Negeri tertentu.

Isnin, 15 April 2013

Video Hot !!! Calon Syiah Bakal Bertanding Di Kedah, Apa Kata Ustaz Fathul Bari



Agak sudah lama Pisau Kedah tidak mendengar ceramah Ustaz Fathul Bari .. Apa yang Pisau Kedah nak kongsikan pada anda ulasan Ustaz Fathul Bari apabila PAS meletakkan calon yang berfahaman Syiah Di Kedah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...