Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label PRU 13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU 13. Papar semua catatan

Ahad, 16 Jun 2013

Panas !!! #BlackOut505 Hanya Sia-Sia Setelah Azmin Ali Iktiraf Keputusan PRU13


Ehh.. biaq betul !!! ... PKR tidak berhasrat memboikot majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat ??.. Ini bermakna PKR telah mengiktiraf keputusan PRU13 yang di umumkan oleh SPR la ??

Kalau macam tu sia-sia la penyokong Pakatan Haram dok pulun turun ke Himpunan Black Out 505 yang di lakukan untuk memprotes keputusan PRU13 yang kononnya telah berlakunya penipuan dalam PRU13 yang telah di lakukan BN dan telah mendapat kerjasama dari SPR.

Ha..ha..ha.. Dah sah penyokong Pakatan Haram dah kena perbodoh dengan pemimpin-pemimpin mereka yang kononnya SPR telah berkomplot membantu kemenangan BN dan mereka tidak akan mengiktiraf keputusan PRU13.

Sebelum ini Pakatan Haram telah mendakwa kononnya kemenangan BN telah di bantu oleh 40,000 pengundi mat-mat Bangla yang telah di import.. Namun tidak ada pulak petisyen yang di failkan dalam Mahkamah oleh Pakatan Haram tentang undi 40,000 dari mat-mat Bangla..

Selain itu sebelum ini Pakatan Haram telah mendakwa telah berlaku Black Out yang sengaja di lakukan di tempat pengiraan undi .. Namun tak ada juga petisyen yang di failkan Pakatan Haram di mahkamah bagi membantah keputusan pengiraan undi di sebabkan berlakunya Black Out.

Dalam 39 petisyen yang di failkan Pakatan Haram membabitkan keputusan di 25 kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN.. Tak ada satu pun petisyen yang di failkan di mahkmah tentang pengundi Bangla dan kejadian Black Out.

Nampak sangat dakwaan 40,000 pengundi Bangla dan Black Out hanya saja-saja di adakan Pakatan Haram bagi meracuni pemikiran penyokong Pakatan Haram supaya lebih agresif menentang keputusan PRU13.


#Pisau Kedah :- 
Agak-agaknya majoriti orang cina tidak undi BN pada PRU13 yang lalu pun merupakan penipuan Pilihanraya yang di lakukan BN kot ??

Ahad, 19 Mei 2013

Tu Dia !!! Lepas Berebut Kerusi MB Pakatan Haram Di Selangor Berebut Kerusi EXCO Pulak Dah #TolakPR





SHAH ALAM: Tiada kata putus dicapai dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat Selangor berhubung pembahagian kerusi Exco di kalangan parti komponen pada Khamis lalu.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman berkata kesemua nama telah diserahkan kepada pihak istana dan terpulang kepada budi bicara Sultan Selangor untuk memberi pekenan.

Dr Rani menafikan dakwaan Timbalan Pengerusi DAP negeri, Tony Pua bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju untuk memberi DAP empat kerusi exco.

Beliau menjelaskan dalam pertemuan tempoh hari, Pakatan Rakyat Selangor hanya mengemukakan beberapa pilihan nama calon untuk diserahkan kepada Sultan. Tiada sebarang keputusan jumlah kerusi dibuat.

"Tak betul...kita ada beberapa pilihan. Terpulang kepada Sultan yang mempekenankan," katanya.

"Kita bertemu itu hari, kita tak pernah kata pun ini satu-satunya pilihan...tidak. Kita ada beberapa pilihan lain," jelas beliau kepada Antarapos.

Menegaskan ketetapan tersebut telah dipersetujui bersama sebelum ini, ADUN Meru ini menyeru semua pihak agar menerima apa sahaja keputusan Sultan Selangor.

"Kita ada dua - tiga pilihan, mana-mana yang diperkenankan yang dibincang dengan Menteri Besar dengan Sultan. Kita terima sahajalah.

"Sebab mana-mana Exco di mana-mana negeri tidak akan dilantik menjadi Exco melainkan dengan perkenan Sultan. Kalau Sultan tak berkenan mana-mana Exco, tak boleh terima (memegang jawatan).

"Dan kalau inilah yang diputuskan, terimalah...ini pun salah satu daripada pilihan-pilihan. Kalau ada pilihan lain pula yang dipekenan, terima sahajalah. Apa yang nak dipertikaikan lagi.

"Takkanlah semua pilihan dipertikaikan mengikut kehendak parti tertentu. Kita sudah bertemu dan kita sudah beritahu ini adalah pilihan-pilihan yang dihantar (kepada Sultan), mana satu yang diterima oleh Sultan, kita terima," jelas beliau.

Khalid dalam satu majlis di Pelabuhan Klang malam tadi berkata Pakatan Rakyat Selangor bersetuju untuk mengguna-pakai formula 3:3:4 (PKR (3), DAP (3) dan PAS (4)) yang mana senarai calon exco telah diserahkan kepada pihak istana pada Jumaat.

Namun Tony yang turut berada dalam mesyuarat itu tempoh hari mendakwa DAP seharusnya mendapat empat kerusi exco berbanding tiga yang diumumkan Khalid.

“Semalam kami dapati senarai nama yang lain,” Tony dipetik sebagai berkata.

“Kami mahu tahu mengapa... tiada masalah pada Khamis,” tambah beliau.

Pada pilihan raya umum, 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kekuasaan di Selangor apabila menang 44 daripada 56 kerusi DUN sekaligus membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri.

Daripada jumlah itu PAS dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi, manakala PKR 14 kerusi.

Namun pertikaian di kalangan parti komponen pembangkang berterusan di mana masing-masing ingin menuntut kerusi lebih untuk jawatan dalam exco Selangor. ~Antarapos

Selasa, 14 Mei 2013

Hot !!! Tidak Dapat Menerima Hakikat Kekalahan, Anwar Ibrahim Kena Balun Dengan Mufti Perak



IPOH 13 Mei - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai ketentuan takdir.

Menurut beliau, tindakan Anwar mengetuai siri bantahan dan perhimpunan seperti yang dilakukannya sekarang hanya akan menjadikan negara ini tidak aman, malahan mendorong perpecahan lebih besar dalam kalangan rakyat.

Katanya, sebagai rakyat di sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, Anwar perlu menganggap kekalahan tersebut sebagai percaturan yang telah ditentukan Allah.

''Dia (Anwar) kata mahu demokrasi dan kalau begitu kena terimalah keputusan itu, kenapa nak bantah? Pada saya, sebenarnya bukan kerana soal demokrasi tapi dia (Anwar) buat (bantahan) kerana tak suka kerajaan, itu saja.

''Nasihat saya satu sahaja. Mereka kena terima benda ini sebagai takdir. Dah tak boleh menang, nak buat macam mana? Kalau diikutkan rasa tak puas hati begitu, sampai bila negara boleh aman, akhirnya jadi bergaduh nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Harussani mengulas tindakan Anwar menghasut rakyat mengadakan perhimpunan termasuk di Stadium Petaling Jaya di Kelana Jaya, Selangor Rabu lalu bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut beliau, rakyat telah membuat pilihan dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan semua pihak termasuk pembangkang patut menghormatinya.

Beliau berkata, tindakan Anwar itu hanya akan menyebabkan keamanan negara tergugat dan menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak bersalah.

''Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia (Anwar) membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah.

''Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, (masih) kata (pilihan raya) tak betul," katanya.

Beliau turut melontarkan pertanyaan tentang kehendak sebenar pembangkang.

''Saya juga tak faham apa mereka (pembangkang) ini nak sebenarnya apabila pada masa sama Dewan Ulama Pas pula buat keputusan meminta semua kepimpinan pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.- Utusan Malaysia



Pisau Kedah :-

Anwar tidak dapat menerima hakikat kekalahan Pakatan Haram pada PRU13 di sebabkan bimbang rakyat Malaysia akan menuntut dia menunaikan janji yang di buatnya pada Julai 2012 " Akan berhenti dari politik sekiranya PR kalah pada PRU13".

Isnin, 13 Mei 2013

Hot !!! Lebih 80% Mahukan Anwar Tepati Janjinya Untuk Bersara Dari Dunia Politik Setelah PR Kalah Dalam PRU13



Keputusan PRU13 membuktikan rakyat Malaysia masih lagi mahu Barisan Nasional menjadi pentadbir kerajaan Malaysia dan bukannya Pakatan Haram yang hanya pandai menaburi janji-janji kosong. Juteru dengan keputusan PRU13 yang memihak kepada Barisan Nasional, Anwar patut tunaikan janjinya yang di lakukan pada Julai 2012 untuk bersara dari dunia politik sekiranya PR kalah pada PRU13..

Bedasarkan kaji selidik yang di lakukan majalah The Edge. Kini sudah lebih 80% rakyat Malaysia mahukan Anwar Ibrahim menepati janji yang di lakukannya untuk berundur dari dunia politik sekiranya Pakatan Haram gagal ke Putrajaya.
















Kini telah terbukti dengan peratusan undian yang di lakukan Majalah The Edge, Rakyat Malaysia sudah mula menolak cara berpolitik Anwar dengan mengajak rakyat ke jalan untuk menghuru-harakan keamanan Malaysia bagi merelisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Rakyat Malaysia yang masih mempercayai tipu daya Anwar Ibrahim harus menyedari bahawa bertapa pentingnya Rakyat Malaysia bersatu untuk terus majukan Malaysia dan bukannya berterusan di tipu Anwar Ibahim yang mempunyai agenda kepentingan peribadi dalam politik.

Ahad, 5 Mei 2013

Maklumat Terkini (Tak Rasmi) Keputusan Pilihanraya ke 13 Bagi Negeri Kedah



Dari maklumat terkini yang di perolehi pihak Team Media Kedah (TMK). BN kedah telah menawan 19 Kerusi DUN dan PR telah menawan 17 Kerusi DUN.. Ini bermakna dalam keadaan sekarang BN Kedah berada dalam kedudukan menang dengan majoriti mudah.. Nantikan keputusan rasmi dari masa ke semasa yang akan di update pihak Team Media Kedah (TMK)..

Insyallah.. Wisma Darulaman dalam genggaman BN Kedah..

Sabtu, 4 Mei 2013

Sial !!! Pakatan Haram Terdesak Di Kedah Apabila Menggunakan Anak Khinzir Sebagai Alat Provokasi #TukarKedah #SaveKedah



Dari maklumat yang Pisau Kedah perolehi dari sahabat blogger TMK di Baling, Kamera Kupang.. Satu provokasi melampau telah berlaku di sebuah Masjid di Baling iaitu Masjid 48, Bongor, Baling dua hari yang lepas dan perkara ini sudah pun di maklumkan kepada pihak Polis oleh anak khairah Masjid berkenaan, Adnan Bin Awang Abdul Rahman.


Di khabarkan dari dua orang saksi, sebuah pacuan 4 roda Hilux berwarna putih, bernombor pendaftaran WHX **** dan mempunyai logo parti dalam Pakatan Haram di hadapan bonet hadapan telah memasuki kawasan Masjid berkenaan pada petang harinya.

Apabila anak khairah kawasan berkenaan hendak menunaikan sembahyang Maghrib.. Mereka  telah mendapati terdapat bangkai seekor anak khinzir yang di letakkan di kawasan Masjid berkenaan.

Kalau ya pun nak berpolitik agak-agak la.. Jangan sampai Masjid pun di jadikan tempat hendak dilakukan provokasi melampau supaya menaikan amarah umat Islam pada PRU 13.

Bagi Pisau Kedah tindakan ini merupakan provokasi dari pihak Pakatan Haram yang cuba melaga-lagakan masyarakat di kawasan berkenaan supaya timbul kekecohan kekecohan sesama sendiri.

Di harapkan pihak Polis dapat menyiasat perkara ini dan menyiasat individu yang bertanggungjawab dan dalang di sebalik kejadian.


Panas !!! Majlis Ulama PAS Keluar Arahan Jangan Undi Selain Dari Parti PAS #PRU13



Memang Pisau Kedah tak menduga apabila Majlis Ulama PAS di katakan telah bertindak drastik dengan mengarahkan penyokong PAS jangan mengundi selain dari parti PAS di PRU 13.

Pisau Kedah di maklumkan bahawa tindakkan drastik Dewan Majlis Ulama PAS tidak membenarkan ahlinya tidak mengundi selain dari parti PAS telah bocor melalui Emel  dan ianya berjaya di kesan.

Bukti Emel sulit dari Majlis Ulama PAS kepada individu dalam parti PAS :-




Di bawah ini di lampirkan bersama satu surat rasmi dalam kandungan emel tersebut.



Apakah ini yang di maksudkan Azmin Ali tentang MUFARAKAH (Berpisah) yang di khuatirinya berlaku dalam Pakatan Haram di sebabkan permasalahan dalaman di dalam blognya pagi kelmarin (Klik Sini).??

Di fahamkan artikel Azmin Ali tentang MUFARAKAH dalam blognya telah di buang.. Mungkin ianya atas arahan kerana artikel itu jelas Azmin Ali mengakui dalam Pakatan Haram mempunyai masalah besar dan bakal berpecah.

Sekiranya di lihat butiran maklumat di dalam emel yang di hantar.. Jelas ianya datang dari PAS Pusat.. Apakah ini pertanda ianya desakkan dari Majlis Syura Ulama PAS yang kini banyak menentang agenda DAP dan PKR ?



Isu "Bom Petrol" Awat Yang PKR Gelabah Tak Tentu Pasal ??



Sehari dua lepas, penduduk Kelana Jaya khususnya di DUN Seri Setia gempar seketika apabila tersebar berita mengenai penemuan botol berisi petrol yang mungkin mahu dijadikan sebagai bom petrol oleh pihak tertentu untuk tujuan khianat.

Lima botol berisi petrol itu ditemui di dalam longkang berhampiran Bilik Gerakan BN DUN Seri Setia semasa petugas keselamatan BN melakukan rutin harian pemeriksaan di sekitar kawasan selepas selesai majlis kempen yang disertai calon BN Dun Seri Setia, Datuk Abdul Halim Samad.

Seandainya bom petrol itu terlepas pandang atau petugas keselamatan gagal melaksanakan tugas hakiki mereka ada kemungkinan ia akan mengulangi kejadian buruk seperti letupan bom yang berlaku di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Setakat ini penemuan bahan berbahaya di Kelana Jaya itu masih lagi dalam siasatan pihak polis dan belum ada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.

Bagaimana pun reaksi segera dari pihak PKR menimbulkan sedikit kecurigaan umum apabila calonnya untuk DUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad tiba-tiba saja mengeluarkan kenyataan media mengenai isu tersebut tanpa diminta oleh sesiapa pun.

Patutnya Nik Nazmi tidak perlu pun bersusah payah memberi respons, lainlah kalau dihubungi atau ditanya oleh pihak media barulah memberikan ulasannya. Ini tidak, walau pun reaksinya kelihatan mengecam kejadian tersebut tapi secara tersiratnya nampak seperti beliau melatah dan mengelabah.

Angin tak ada ribut tidak, malah siapa suspek yang sedang diburu oleh pihak berkuasa berhubung penemuan bom petrol itu pun tidak diketahui lagi, tapi PKR awal-awal lagi sudah menggelabah seperti orang yang bersalah.

Mungkin PKR takut pihaknya dipersalahkan dan dikaitkan dengan kejadian itu memandangkan imej parti itu yang sudah sinonim dengan keganasan, itu yang segera membuat kenyataan media walau pun tidak diminta sesiapa.

Tapi tiada siapa pun yang menuduh si polan itu atau si polan ini yang buat kerja haramjadah sebegitu. Yang PKR tiba-tiba kalut tiba-tiba dan menggelabah tak ketahuan, buat apa? Terasakah?

Isnin, 29 April 2013

Husam Musa Menangis Hiba Kerana Tun M Bantu BN Untuk Berkempen Di Putrajaya #TolakPR


Sehingga sekarang siapa pun tidak dapat menafikan AURA kekuatan Ayahnda Tun Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri Malaysia di dalam mendapat sokongan rakyat di Malaysia. 

Sebut saja nama TUN M.. Pastinya rakyat Malaysia cukup mengenalinya.. Malahan Malaysia menjadi negara yang cukup terkenal di mata dunia pun di sebabkan hasil kerja beliau..

Tak hairan la.. kembalinya Ayahnda TUN M ke dalam UMNO dan membantu berkempen untuk BN di PRU 13 menandakan impian PAS meletakan Husam Musa untuk menawan Putrajaya kian berkubur walaupun PAS membawa tok keramat mereka Nik Aziz untuk membantu Husam Musa berkempen di Precint 3 Putrajaya pada Jumaat yang lepas.

Dengan bangga dan angkuhnya PAS mengatakan kononya mereka berjaya menawan Putrajaya setelah kehadiran Nik Aziz pada Jumaat lepas berjaya menarik perhatian hampir 10,000 orang yang hadir..

Betul ka penduduk Putrajaya hampir 10,000 hadir ke program kempen Husam Musa yang di bantu Nik Aziz ??

Menurut sahabat Pisau Kedah yang tinggal di Percint 3 Putrajaya " Tak guna la berpuluh ribu yang datang pun.. Boleh dikatakan 98% orang luar dari Putrajaya. PAS telah kerahkan penyokongnya yang duduk di kawasan berhampiran Putrajaya untuk hadir".

Sebenarnya tujuan PAS berbuat demikian kononnya adalah untuk menunjukan kekuatan mereka setelah mereka mengetahui BN Putrajaya akan membawa Ayahnda TUN M turun ke Putrajaya pada hari Sabtu yang lalu.

Kehadiran TUN M ke Putrajaya telah berjaya menarik perhatian hampir 15,000 yang hadir.. Boleh di katakan 60% merupakan penduduk Putrajaya yang sebenar.






Ahad, 28 April 2013

Video Eksklusif !!! PAS Baling Bertindak Melampau Selepas Program @MukhrizMahathir Di Baling #TukarKedah





Agak keterlaluan apabila PAS Baling telah membuat provokasi melampau kepada Konvoi Pemuda BN Baling selepas Majlis Santai Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir di Kuala Ketil, Baling bersama calon-calon BN Baling dan penyokong BN semalam

Pada mulanya PAS Baling bertindak membuat provokasi ketika konvoi Pemuda BN melalui hadapan bilik gerakan PAS yang terletak berhampiran kawasan program Mukhriz Mahathir untuk menuju ke Pejabat Penyelaras DUN Kuala Ketil..

Namun tindakan provokasi itu tidak di layan Pemuda BN.. Pemuda BN hanya bertindak kuatkan bunyi exzos motor bagi membalas kutukan, kejian terhadap Pemuda BN kerana menyokong BN..

Setelah semua peserta konvoi berkumpul di hadapan Pejabat Penyelaras DUN Kuala Ketil. PAS Baling mula mengerahkan pemuda mereka untuk membuat provokasi terhadap Pemuda BN yang berada di situ bagi menghangatkan keadaan.

Keadaan menjadi kecoh buat sementara waktu ketika itu.. Namun tiada kejadian yang tidak di ingini berlaku walaupun ada kejadian yang hampir cetuskan pegaduhan.. Namun ianya dapat di kawal pertugas BN.

Selasa, 23 April 2013

Al Fatihah : Jurukamera RTM Meninggal Dunia Selepas Di Pukul Penyokong PAS #TolakPR



Allahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah !

Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.

Sumber AAKJ

Tu Dia.. !!! Puak Fanatik PAS Baling Jadikan Spender Stopa Ali Sebagai Lambang Kemegahan PAS #PRU13



OOOooo..Patut la sekarang ni bini Stopa Ali kata.. Stopa Ali dah tak pakai spender. Rupa-rupanya Spender Putih Stopa Ali dah kena curi dengan puak-puak fanatik PAS Baling yang terlalu taksub dengan Spender Putih sehinggakan di jadikan lambang kemegahan mereka di PRU13 ini.

Stopa Ali pastinya akan merasa bangga dengan perubahan PAS sekarang ini yang menggunakan Spendernya di pacak bersama bendera PAS sebagai daya penarik untuk mengundi PAS..

Lepas ni comfirm Stopa Ali akan buat dasar parti PAS yang baru iaitu " Kesemua penyokong-penyokong PAS di wajibkan memakai spender putih sebagai trade mark parti "..


Lihat la.. bertapa megahnya Spender Putih Stopa Ali berkibar bersama dengan bendera PAS di Baling.. Sememang cukup serasi bendera PAS berkibar bersama Spender Stopa Ali..

Jangan terkejut lepas ni.. Nik Aziz akan keluar fatwa merapunya bahawa " Undi PAS Dapat Spender Putih " bagi mengantikan " Undi PAS Dapat Tiket Ke Syurga "..



Kena ingat !!! Undi PAS sekarang ini adalah Undi Spender Putih...


Isnin, 22 April 2013

Hot !!! Azizan Razak Dalam Keadaan Tenat Selepas Penamaan Calon Di Kedah #TukarKedah



Antara yang menarik dalam penamaan calon semalam ialah berita mengenai YAB Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah bakal berhadapan dengan sepupunya, Mohd Fadzillah Mohd Ali di DUN Sungai Limau pada PRU-13. Mohd Fadzillah telah lama menempa nama sebagai Arkitek yang berjaya di Alor Setar dan rumahnya juga tidak jauh dari rumah kediaman Azizan sendiri di Jalan Sultanah iaitu rumah pusaka ibu mertua beliau.

Lebih menarik ialah Mohd Fadzillah merupakan adik kepada Dato’ Mohd Fuad Mohd Ali yang juga Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Dato’ Fuad telah pun berkhidmat dengan kerajaan negeri sejak di zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi. Perkhidmatannya disambung terus walaupun PAS telah mengambil-alih negeri Kedah.

Walaupun Azizan dan Dato’ Mohd Fuad adalah sepupu, tetapi perbezaan ketara di antara mereka adalah dari segi sikap dan keperibadian.

Keluarga Dato’ Mohd Fuad, termasuk adiknya Mohd Fadzillah, terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun. Mereka jarang sekali meninggikan suara yang mana merupakan sifat yang amat bertentangan dengan Azizan. Mereka juga dikatakan antara ahli keluarga Azizan yang tidak jemu berusaha memberi nasihat dan teguran atas segala kepincangan pentadbiran negeri, tetapi sering diketepikan sahaja oleh Azizan.

Mungkin atas kekecewaan kerana gagal menasihati abang sepupu merekalah maka, Mohd Fadzillah bertindak menyahut cabaran menentangnya dalam PRU kali ini.

Rakyat Kedah, secara umumnya sedia maklum bahawa kaum kerabat Azizan rata-ratanya adalah penyokong UMNO. Maka tidak hairanlah beliau mengambil pendekatan yang cukup mesra dengan UMNO yang mana memeningkan kepala kepimpinan PAS.

Namun, kerana pendekatan yang samalah maka ramai di kalangan rakyat Kedah berpendapat jika Azizan bijak mengurus negeri, maka soal UMNO atau PAS sudah tidak penting lagi.

Silapnya Azizan ialah beliau tidak pandai mentadbir, enggan mengambil peduli segala rungutan rakyat serta menafikan segala masalah yang berlaku. Keangkuhan dan ‘egonya’ adalah terlalu tinggi, sama seperti semua Ulama-ulama PAS yang lain. Akibat enggan mendengar nasihat, maka keadaan ekonomi Kedah semakin hari semakin parah.

Keadaan ini menyebabkan ramai yang mula bangkit untuk menentang beliau termasuk ahli keluarga sendiri demi untuk menyelamatkan negeri.

Dari segi ‘trend’, rakyat Kedah bukanlah jenis taksub seperti Kelantan. Rakyat Kedah sukar dijangka kerana apa saja isu mampu menukar fikiran mereka dengan sekelip mata. Walaupun secara umumnya, Kedah masih jauh ke belakang dari segi sosial dan ekonomi, sekali gus mentaliti, tetapi itu bukanlah ukuran kebijaksanaan dalam menentukan undi.

Rakyat Kedah hanya menginginkan pemimpin yang ikhlas dan berkelayakan untuk membawa mereka ke hadapan. Justeru, penampilan Mohd Fadzillah dari kalangan professional di kawasan yang sekian lama dikuasai Azizan, untuk berhadapan dengan pengundi yang terdiri dari ahli keluarga dan kaum kerabat mereka sendiri, mungkin mampu membuktikan pendapat penulis mengenai sentimen sebenar rakyat Kedah yang sudah muak dengan politik murahan.

Sedikit ‘gangguan’ yang mungkin berlaku ialah kewujudan dua calon Bebas yang turut bertanding di kawasan berkenaan.

Walaubagaimanapun, kita yakin yang Mohd Fadzillah mampu menarik hati pengundi dengan menawarkan mereka perkhidmatan yang lebih baik dan lebih cekap dari apa yang mampu dilakukan oleh abang sepupunya.

Ahad, 21 April 2013

Kantoi !!! PAS Keluarkan Surat Paksaan Untuk Meramaikan Program Ceramah Perdana Di Putrajaya #TolakPR



Hahaha!


Haram sungguh!


Patutlah ramai orang hadir ke program ceramah yang dibuat oleh calon Putrajaya Dato Husam Musa, rupanya setiap ahli PAS dari kawasan yang berdekatan dikerah hadir ke program tersebut sebagaimana surat yang dipaparkan di atas.

Mungkin kerana sedar bahawa sambutan terhadap program ceramah mereka semakin kurang sejak akhir-akhir ini PAS melalui Dewan Pemda PAS Pusat bertindak mengerah ahli PAS untuk hadir ke ceramah yang dibuat di Desa Pinggiran Putra tadi untuk menunjukkan kononnya rakyat Putrajaya bersama mereka.


Tengok gambar sikit!




Wow!


Anggaran saya dalam 4,000 ribu orang memenuhi tapak tersebut.


Desa Pinggiran Putra terletak berdekatan dengan Kajang, Sepang dan Bangi, dan kawasan ini dianggap centre PAS bagi negeri Selangor. Jadi tidak hairanlah jika PAS MEWAJIBKAN ahli mereka hadir dalam ceramah tersebut.


Hahaha...


Sekali tengok gambar, memang gerun kerana dalam anggaran saya hampir 4,000 orang yang hadir. Tapi jika yang hadir terdiri daripada ahli PAS yang turut mengheret isteri, anak, bapak dan nenek mereka maka tidak hairanlah jika orang ramai dilihat memenuhi tapak ceramah tersebut.

Tetapi malangnya 4,000 orang yang hadir adalah ahli PAS yang berdekatan dengan Putrajaya, bukanlah kakitangan kerajaan yang betul-betul menetap di Putrajaya!

Jika surat kerahan ini tidak dikeluarkan, mungkin jantung bateri Tok Guru berhenti berdenyut sebagaimana berlaku sebelum ini di mana beliau dilaporkan rebah dalam program baru-baru ini - mungkin terkejut kerana perangai Mustapa Ali agaknya.


Hehehe!


Jom tengok gambar ceramah Nik Aziz di Kota Bharu sempena menyambut kepulangannya dari umrah. Husam Musa kata 27 ribu rakyat Kelantan akan sambut dia, tapi hasilnya...





Kahkahkah!


Ada ke paksa orang datang ceramah dia..


Sumber dari Double Y

Sabtu, 20 April 2013

Pelik Tapi Benar !!! Penyokong PAS "Menjerit" Mahu Pakatan Haram Tumbang Di Terangganu





Selalunya kita akan mendengar laungan dari penyokong Pakatan Haram " Tumbang BN" . Tapi kali ni agak pelik sikit apabila penyokong PAS sendiri di Terangganu melaung meminta Pakatan Haram di tumbangkan di PRU 13 ini.. 

Jumaat, 19 April 2013

Hot !!! Akhirnya PAS Berikan Kuasa Kepada Pemimpin DAP Untuk Tentukan Syurga #TolakPR



SHAH ALAM - Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihatnya, Lim Kit Siang akan bertanding atas tiket Pas berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.

Kesal dengan keputusan itu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pengumuman mengenai keputusan itu hanya dibuat 48 jam sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

"Selepas ini tidak ada sesiapa lagi boleh mendakwa sama ada Pas ataupunnPKR dipergunakan oleh DAP lagi kerana DAP akan masuk Pas.

"Saudara boleh panggil saya ustazah selepas ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuan Calon dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat (PR), di sini, sebentar tadi.

Semalam, RoS memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.

Dalam perkembangan berkaitan, Kok menambah, berikutan keputusan itu, beberapa pimpinanan DAP tidak dapat hadir pada malam ini kerana masih bermesyuarat dengan dengan pihak peguam untuk membincangkan mengenai langkah undang-undang yang boleh diambil.

Menurut beliau, DAP telah mengadakan mesyuarat khas bersama CEC parti itu untuk menentukan keputusan seterusnya berhubung isu ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Selangor juga menambah, implikasi daripada keputusan ini, DAP tidak mempunyai pilihan lain daripada tetap terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas tiket Pas.

"DAP tidak ada pilihan lagi kerana sudah tidak boleh bertanding atas tiket roket.

"Namun, di pihak DAP kami tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada Pas dan PKR kerana sentiasa memberikan sokongan," katanya lagi.

Khamis, 18 April 2013

Gambar Hot Di Sebalik Pelancaran " Aku Janji BN " Peringkat Negeri Kedah #TukarKedah #SaveKedah

Gambar-gambar di sekitar pelancaran AkuJanji(Manifesto) BN Kedah.





Pelancaran AkuJanji Kedah dirasmikan oleh Mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof, bersama dengan Datuk Paduka Ahmad Bashah dan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Pelancaran AkuJanji BN Kedah ini ialah untuk menunjukan pada rakyat bahawa BN Kedah benar-benar telah berubah dan akan meneruskan khidmat cemerlang kepada rakyat.

BN Kedah akan memastikan rakyat di jaga dari pelbagai sudut, malah akan meningkatkan ekonomi Kedah dari masa kesemasa. Keterangan dalam buku AkuJanji BN Kedah akan Mc detailkan nanti.

BN Menang Rakyat Senang!


Kedah Ke KL 

Rabu, 17 April 2013

Cerita PRU13 Yang Tidak Mungkin Akan Di Tulis Dalam Harakah Atau Keadilan Daily #TolakPR



Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai kelebihan untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding Pakatan Rakyat (PR).

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan berkata, masalah perebutan kerusi yang timbul antara parti komponen PR antara faktor penyumbang kelemahan PR.

“Banyak isu yang timbul dalam PR, antara yang besar adalah ketiadaan persefahaman dalam pengagihan kerusi kerana perkara ini menjadi perhatian berikutan semua pihak sedang menantikan hari penamaan calon.

“Selain itu, isu yang melibatkan moral pemimpin juga menjadi faktor semasa yang boleh menggugat kepercayaan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurut beliau, ada pengundi yang menitik beratkan soal moral dan integriti seseorang pemimpin, sekaligus boleh memberikan kesan kepada parti.

“Di Malaysia sifat peribadi seseorang individu itu dilihat penting apatah lagi melibatkan parti yang selama ini membawa nama agama.

“Apabila isu itu timbul bersama bukti, ianya mampu menggugat kedudukan parti ketika ini walaupun kebenarannya masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Ketika ditanya apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh pihak berkenaan, beliau berpendapat, individu yang disabitkan sesuatu isu itu perlu berani tampil dengan membuat penafian bagi menarik kembali sokongan rakyat.

“Pemimpin terbabit perlu tampil menyatakan hujahnya bukan berdolak dalih menuduh pihak lain menjadi punca perkara itu timbul.

“Jika mengikut Islam, sumpah laknat adalah yang terbaik memandangkan keadaan kini kritikal, jika dibiarkan isu ini akan jadi liabiliti kepada parti” katanya.

Bagi Pensyarah daripada Universiti Sains Malaysia, Dr Sivamurugan Pandian, sokongan rakyat ketika ini dilihat berpihak kepada BN.

“Antara faktor penyumbang adalah gerak kerja dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak beberapa tahun ini.

Menurutnya, ketika ini BN mahupun PR dalam keadaan berhati-hati dan masing-masing susun strategi.

“BN masih punya kelemahan namun beberapa isu yang timbul dalam PR ketika ini beri kelebihan kepada BN.

“Dua elemen yang sangat penting adalah calon dan jentera, namun trend sebenar hanya boleh dilihat selepas penamaan calon,” katanya.

Isnin, 15 April 2013

Hot Info !!! Senarai Calon BN Sudah Pun @NajibRazak Dedahkan #PRU13



YAB DS Najib Razak baru saja selesai mengadakan sidang media di PWTC selepas bermesyuarat dengan semua wakil komponen parti Barisan Nasioanal.

Ketika dalam sidang media tersebut YAB DS Najib Razak mengumumkan bahawa calon Barisan Nasional pada PRU 13 ini merupakan " Pasukan Transformasi "yang akan membawa Barisan Nasional ke tahap baru.

Bagi nama calon " Pasukan Transformasi ", Presiden Barisan Nasional, YAB DS Najib Razak telah menyerahkan senarai akhir calon-calon Barisan Nasional PRU13 kepada kesemua parti-parti komponen pagi tadi. Kesemua Pengarah jentera PRU Negeri juga telah pun di beri watikah yang akan di umumkan secara rasmi esok.

Dalam kenyataan yang di lakukan YAB DS Najib Razak. Seramai 33% calon Barisan Nasional peringkat Parlimen merupakan muka baru dan 49 % calon Barisan Nasional di peringkat DUN juga merupakan muka baru yang mampu menggalas amanah untuk kemenangan dan kejayaan BN.

Dalam masa yang sama YAB DS Najib Razak tidak menolak bahawa ada muka lama yang akan di kekalkan, khusus untuk memberi pengalaman kepada barisan kabinet yang bakal di tubuhkan nanti.

YAB DS Najib Razak berharap agar rakyat dapat menilai calon ini selara menyeluruh. " Pasukan Transformasi " ini bakal menggalas amanah untuk memenuhi perkara yang dijanjikan dalam " Aku Janji Barisan Nasional PRU13 "

Ahad, 14 April 2013

Hot !!! Gambar Membuktikan Pakatan Haram Menawan Alor Setar Di PRU 13 #TukarKedah #SaveKedah

Memang mengerunkan Pisau Kedah apabila melihat kehadiran orang ramai ke ceramah Politik Tian Chua di Alor Setar.. Comfirm lepas ni BN Kedah akan menangis dengan sokongan yang di beri penduduk di kawasan Alor Setar kepada Pakatan Haram.
Dengan penuh perasaan Tian Chua menyampaikan ceramah penipuannya kepada penduduk di Alor Setar


Ramai gila yang hadir !!!... Mampuih la BN lepas ni di Alor Setar nak menang pada PRU13 ini... he..hehe...he..

Nampak gayanya Pakatan Haram mampu tersenyum lebar la lepas ni kerana mendapat sokongan penuh dari penduduk Alor Setar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...