Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAP. Papar semua catatan

Isnin, 7 Oktober 2013

Tu Dia !!! Pengerusi DAP Melaka Ugut Mahu Dedahkan Salah Laku Pemimpin DAP

Bila diperkatakan tentang penyelewengan.. Pakatan Haram sering menunding kepada BN dan Kerajaan Malaysia.. Namun dengan ugutan yang telah di lakukan Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San yang akan mendedahkan salah laku menyalahgunakan kewangan parti oleh pemimpin parti ternyata pemimpin Pakatan Haram sebenarnya yang suka menyeleweng.

Goh Leing San
BANDARAYA MELAKA - Percakaran dalam DAP Melaka dilihat semakin panas gara-gara tindakan Pengerusi DAP, Goh Leong San memuji Ketua Menteri, Datuk Idris Haron semasa hari pertama

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) awal minggu ini.

Percakaran terbaru meletus apabila Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan Adun Kota Laksamana, Lai Keun Ban, kedua-duanya dari DAP secara terbuka mengkritik tindakan Leong San.

Pertembungan itu sekali lagi mendedahkan ketidak sefahaman dalam DAP Melaka seperti berlaku pada PRU13 lalu turut menyebabkan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him diletakkan sebagai calon kerusi Dun Kota Laksamana menentang Keun Ban.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu, beliau menarik diri daripada bertanding.

Ketika mengulas kejadian terbaru ini, Leong San berkata, beliau sudah hilang sabar di atas tindakan sesetengah pemimpin parti yang sering campur tangan dalam hal Melaka.

Beliau berkata, beliau akan mengemukakan dokumen berkaitan pemilihan calon PRU13 lalu sekiranya DAP pusat gagal menyelesaikan masalah itu.

“Saya tidak akan teragak-agak mendedahkan semua ini sekiranya ada pihak cuba memaksa saya melepaskan jawatan saya secara tidak adil atau tanpa alasan kukuh,” katanya di sini semalam.

Beliau yang juga Adun Duyong dan Ketua Pembangkang Melaka berkata, beliau juga akan mendedahkan tindakan sesetengah pemimpin yang didakwa menyalahgunakan kewangan parti.

“Saya tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya kepimpinan pusat terus tidak mengendahkan perkara ini,” katanya. - Sinar Harian

Gelar ROS Dan Utusan Sebagai Anjing, Tony Pua Bakal Di Dakwa Mengikut Akta Jenayah Atau Akta Hasutan


Polis akan meneliti laporan yang dibuat lima badan bukan kerajaan (NGO) terhadap Ketua Publisiti DAP, Tony Pua bagi menentukan sama ada kes itu perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pihaknya akan melihat laporan NGO berkenaan yang mendakwa Pua menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'Anjing Umno'.


"Selepas meneliti laporan itu, baru kita akan membuat keputusan sama ada Tony Pua perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan," katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia pada Jumaat lepas yang mendakwa Tony mengeluarkan kenyataan itu di akaun Facebooknya pada 29 September selepas keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selesai.

Hari ini, Sekreteriat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Pertubuhan Gerakan Bersatu 69 (PGB69) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap Tony. - Bernama


Rabu, 25 September 2013

Kantoi !!! Lagi Pendedahan Panas Yang Memalukan @cmlimguaneng Dan DAP


Pendedahan demi pendedahan telah membuktikan bahawa tiada amalan demokrasi didalam kepimpinan DAP.

Sebelum ini Pisau Kedah ada menceritakan tindakkan orang suruhan Guan Eng mewujudkan "Kongres Khas" bagi mengekalkan Dinasti LIM dalam CEC yang bakal di lakukan semula Ahad ini.(Klik Sini)

Pemilihan CEC DAP terpaksa dilakukan semula setelah keputusan CEC DAP pada Disember tahun lepas terdapat unsur-unsur penipuan.

Terbaru pulak.. Satu pendedahan telah di lakukan Bekas Pengerusi DAP Kedah bahawa terdapat perancangan dalam DAP Pusat untuk menyekat amalan demokrasi dalam DAP..

ALOR SETAR - DAP pusat memang mempunyai perancangan menjatuhkan bekas kepimpinan parti itu di Kedah.

Bekas pengerusinya, Lee Guan Aik mendakwa mengetahui perkara itu dalam perjumpaan dengan Thomas Su, yang dilantik penasihat dari Pusat bagi DAP Kedah.

“Dalam perjumpaan itu, beliau secara terang mengakui mahu mengambil alih jawatankuasa negeri ini sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM) berlangsung.

“Dia menyebut bahawa jika tidak berbuat demikian, sudah tentu kumpulan saya akan menang dalam pemilihan kelak. Saya ada semua bukti percakapannya yang dirakam semasa perjumpaan itu berlangsung,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, rakaman suara berdurasi lebih 40 minit itu akan disimpan sebagai bukti bahawa ada usaha untuk menyekat amalan demokrasi dalam DAP.

“Rakaman suara ini berbahasa Cina. Buat masa ini, saya tak boleh dedahkan mengenai kandungannya,” katanya.

Guan Aik berkata, ia jelas menunjukkan bahawa ada pihak cuba menyekat demokrasi dalam DAP dengan tindakan yang tidak mengikut perlembagaan parti.

Menurutnya, tindakan DAP Pusat mengambil alih pentadbiran DAP Kedah dengan melantik jawatankuasa interim pada Jun lalu adalah tidak wajar.

Katanya, jawatankuasa interim DAP Kedah yang dipengerusikan Zairil Khir Johari Abdullah melantik beberapa individu tanpa mengikut perlembagaan parti.

Pada dasarnya, mereka boleh melantik individu itu jika menjadi ahli sekurang-kurangnya dua tahun.

“Tetapi pelantikan itu tidak ikut saluran. Pada saya, DAP sekarang dicemari dengan orang yang suka meracuni antara satu sama lain,” katanya.

Khamis, 16 Mei 2013

Perhatian !!! Rakyat Malaysia Yang Cintakan Keamanan Wajib Boikot Barangan DAP



KUALA LUMPUR 14 Mei - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mahu rakyat negara ini memboikot beberapa produk yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Jurucakap NGO berkenaan, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka bukan mahu bersifat rasis memboikot produk-produk berkenaan, namun sudah sampai masanya rakyat sedar dan bangkit.

Kebanyakan produk yang diboikot itu, kata Nadzim, turut tidak selamat untuk dimakan dan ini tidak disedari masyarakat.
.
"Selama 50 tahun sebagai contoh, kerajaan memberi monopoli kepada sebuah syarikat yang membekalkan tepung, namun selepas diberi kepada syarikat Melayu/Islam, mereka kata mereka dianiaya.


"Adakah mereka dianiaya? Selama selepas merdeka siapa yang kaya? Bukan Melayu yang kaya, namun kita tidak pernah mempersoalkannya. Kenapa bangsa lain nak mempersoalkannya pula?"  dakwanya dalam satu sidang akhbar di Jalan Tun Ismail di sini hari ini.
.
Dalam pada itu, Nadzim berkata, pemboikotan yang dilakukan terhadap beberapa produk itu juga mengambil kira kepentingan kesihatan rakyat negara ini.

"Ada produk yang kita kesan mempunyai kimia yang boleh merosakkan kesihatan dan tidak ramai yang tahu mengenai perkara berkenaan," katanya.

Setakat ini, ada lima produk yang akan diboikot oleh gabungan NGO Islam dan akan ditambah dari semasa ke semasa.
.
Senarai penuh produk yang diboikot oleh NGO-NGO Islam itu boleh didapati dengan melayari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di http://www.ppim.org.my

Kantoi !!! Cybertrooper Red Bean Army DAP Sah Di Ajar Untuk Memfitnah BN #TolakPR


Kumpulan tentera siber yang dipercayai ditaja DAP, 'Red Bean Army' kini bertungkus lumus menyebarkan berita palsu di internet kononnya kerajaan telah menaikkan harga barangan asas seperti petrol, minyak masak, gas memasak, gula, tepung dan roti bagi menghasut rakyat untuk terus membenci kerajaan.

Menurut beberapa blog, dakyah kumpulan itu di laman sosial seperti Facebook dan Twitter telah berhasil membuatkan pengguna internet berasa marah kepada kerajaan, sekali gus mempercayai kononnya pakatan pembangkang merupakan pentadbir yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).

Pengendali blog tun faisal dot com sebagai contoh, mendedahkan empat penipuan pembangkang tentang kenaikan harga gula yang tidak benar kecuali jika dilakukan oleh pekedai yang menyokong pembangkang serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan yang sebenarnya belum dikuatkuasakan sehingga kini.

Dua lagi penipuan katanya, termasuk oleh Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang mendakwa kerajaan menaikkan harga gas memasak sebanyak RM2 kepada RM30 setong sedangkan perkara itu tidak benar, selain kenaikan harga roti jenama Gardenia yang tidak berasas sama sekali.

Syed Azman didapati menyebarkan dakyah mengenai kenaikan harga gas itu di akaun Twitternya pada Khamis lalu yang kemudiannya di tweet semula oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Rakyat yang naif dan mempercayai mereka, hanya akan dipermainkan disebabkan kepercayaan ini.

"Disebabkan itu jangan undi dan sokong penipu, kerana bila mereka menipu dan ada share, like dan retweet penipuan mereka, anda juga turut bersubahat menipu rakyat Malaysia. Di bawah adalah struktur harga gas di Malaysia," katanya di http://tunfaisal.blogspot.com Sabtu lalu.

Blog The Flying Kick pula mendakwa kenaikan harga barang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) oleh pekedai yang menyokong pembangkang memang berlaku sebagai sabotaj terhadap kerajaan.

Katanya, peruncit tersebut kebanyakannya kaum Cina dan bukan dalam kalangan Melayu yang masih bersama UMNO dan BN.

"Malaysia sekarang ini sedang dilanda demam fitnah yang berterusan. Kepala fitnah utamanya adalah Anwar Ibrahim. DAP pula membantu dari belakang dengan menyediakan kemudahan media dan penerangan," katanya.

Disebabkan dakyah dan manipulasi berita palsu oleh Red Bean Army di internet, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. terpaksa membuat penjelasan harga produknya tidak dinaikkan.

Gerakan terancang kumpulan tersebut dilihat bertujuan menguatkan hujah mereka apabila sering menuduh kerajaan akan menaikkan harga barang selepas pilihan raya diadakan. - Utusan

Selasa, 14 Mei 2013

Kantoi !!! DAP Gunakan Ostazah Celup Fawzia Ariff Untuk Mendapat Sokongan Umat Islam.


Kalau semua tengok gambar (di ambil dari blog Kersi 7 Lok) orang tua kutuk tak sedar diri yang memakai tudung litup di atas ni merupakan individu yang bernama Fawzia Ariff .. Fawzia Ariff merupakan anak kepada Allahyarham Munshi Ariff , individu yang di katakan pernah terlibat dalam krisis Bank Bumiputera Malaysia Berhad satu ketika dahulu.

Dia merupakan seorang ahli DAP seumur hidup yang telah di angkat parti itu sebagai Ostazah DAP.

Kalau di lihat video Fawzia Ariff di bawah ini tentu ada yang akan menyangka  orang tua kutuk Fawzia Ariff ini merupakan seorang individu yang cukup warak dengan bertudung labuh yang menyokong parti yang cukup anti kepada Islam.




Sebenarnya bertudung labuh dan bercakap soal Islam semua itu hanya lakonan saja dari Fawzia Ariff... Kalau tak percaya cubalah tengok gambar di bawah ini. Gambar yang menunjukkan rupa sebenar Fawzia Ariff yang telah di pergunakan oleh DAP untuk menipu Umat Islam di Malaysia.



Gambar Fawzia Ariff yang tidak bertudung dan berambut pendek sedang bergambar dengan
anak pengamal ajaran Pluralisme.

Percaya atau tidak Fawzia Ariff merupakan pengamal ajaran Pluralisme seperti mana yang di amalkan Anwar Ibahim.. Bagi Fawzia Ariff semua agama adalah sama..



Gambar di dalam rumah Fawzia Ariff yang di hiasi pokok krismas.. Adakah Islam mengajar kita mengikut kepercayaan agama lain sepertimana kepercayaan penganut agama Kristian yang menghiasi rumah dengan pokok krismas ketika menyambut perayaan Krismas ??

Hanya pengamal ajaran Pluralisme sahaja akan meraikan perayaan agama lain walaupun perayaan terbabit bukannya dari agama yang di anutinya.

Jumaat, 3 Mei 2013

Hot !!! Video Pengakuan Bekas Pemuda DAP Tentang Politik DAP Dan Cybertrooper Red Bean Army #TolakPR


Shen Yee Aun sebelum ini merupakan pemuda yang sebelum ini pernah menjadi Ketua Pemuda DAP bahagian Klang dan beberapa lagi jawatan yang dalam DAP.. Beliau keluar dari DAP kerana melihat DAP semakin hari semakin menjadi sebuah parti yang benar-benar HIPOKRIT dalam Pakatan Haram.

Kini.. Shen Yee Aun menjadi pemuda yang cukup digeruni DAP kerana lantang menyuarakan kritikan terhadap parti itu sehinggalah dia label sebagai tangan hitam dari MCA oleh DAP.

Bagi yang hendak mengetahui dengan lebih jelas sikap HIPOKRIT DAP.. Saksikan video penjelasan dari Shen Yee Aun tentang Politik DAP dan gerak kerja cybertrooper DAP iaitu " Cybertrooper Red Bean Army" 

Jumaat, 19 April 2013

Hot !!! Akhirnya PAS Berikan Kuasa Kepada Pemimpin DAP Untuk Tentukan Syurga #TolakPR



SHAH ALAM - Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihatnya, Lim Kit Siang akan bertanding atas tiket Pas berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.

Kesal dengan keputusan itu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pengumuman mengenai keputusan itu hanya dibuat 48 jam sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

"Selepas ini tidak ada sesiapa lagi boleh mendakwa sama ada Pas ataupunnPKR dipergunakan oleh DAP lagi kerana DAP akan masuk Pas.

"Saudara boleh panggil saya ustazah selepas ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuan Calon dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat (PR), di sini, sebentar tadi.

Semalam, RoS memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.

Dalam perkembangan berkaitan, Kok menambah, berikutan keputusan itu, beberapa pimpinanan DAP tidak dapat hadir pada malam ini kerana masih bermesyuarat dengan dengan pihak peguam untuk membincangkan mengenai langkah undang-undang yang boleh diambil.

Menurut beliau, DAP telah mengadakan mesyuarat khas bersama CEC parti itu untuk menentukan keputusan seterusnya berhubung isu ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Selangor juga menambah, implikasi daripada keputusan ini, DAP tidak mempunyai pilihan lain daripada tetap terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas tiket Pas.

"DAP tidak ada pilihan lagi kerana sudah tidak boleh bertanding atas tiket roket.

"Namun, di pihak DAP kami tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada Pas dan PKR kerana sentiasa memberikan sokongan," katanya lagi.

Khamis, 18 April 2013

Panas !!! Pendedahan Pemimpin DAP Gelapkan Duit Bantuan Ibu Tunggal #TolakPR #PRU13

Nama Ahli Parlimen Pemalas, si Teresa Kok tidak asing lagi bagi penduduk Parlimen Seputeh khususnya yang sudah naik muak dengan perangai dan sifat angkuhnya terhadap pengundi² yang pernah memberikan kemenangan bermajoriti lebih 36,000 undi pada Pilihanraya Umum 2008.



Setelah membuat onar dan tidak melakukan apa² di sini, Teresa Kok berjalan² pula ke seluruh pelusuk Malaysia menjaja keburukan dan fitnah kerajaan Malaysia. Pelbagai hal dan perkara dijaja oleh wakil rakyat pemalas ini sehinggakan beliau terkantoi mengsonglap duit ibu tunggal.
Hal ini terjadi semasa seorang Pegawai Khas, Tony Tan di Sabah. Mereka dalam kempen 'membantu'dan mengumpulkan dana untuk Ibu² Tunggal. Teresa Kok hanya meminta sumbangan sebanyak RM5,000. Namun dek kerana kasihan dan bersimpati dengan nasib ibu tunggal, maka adalah seorang penyumbang ini memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 tunai untuk tujuan tersebut.

Dengan harapan segala wang yang diberikan ini dapat memberi manfaat dan digunakan sebaik mungkin oleh Teresa Kok.


Dipendekan cerita, beberapa lama setelah duit tersebut diserahkan. Teresa Kok dan Tony Tan bermasam muka selepas Teresa menuduhnya menggunakan nama parti untuk mengutip wang tersebut. Maka berlakulah  perselisihan faham yang telah menyebabkan Teresa Kok bertindak untuk menyaman bekas Pegawai Khas nya sebanyak RM10 Juta.

Tujuan saman itu diajukan hanya untuk menutup salah laku yang dilakukan oleh Teresa Kok yang telah menggelapkan wang RM10,000 tersebut. 

Apa yang menariknya, saman tersebut dikatakan akan dimulakan pada Ogos 2012 namun sehingga ke hari ini Teresa Kok masih lagi gagal untuk menfailkan saman terhadap Tony Tan dan hanya bersandiwara di hadapan wartawan konon dirinya dianiaya oleh bekas Pegawai Khasnya, Tony Tan.

Lihat video di bawah.


Kesimpulannya,

1. Teresa Kok gagal menyaman Tony Tan !!
2. Mana perginya duit RM10,000 tersebut ?
3. Inilah sikap tamak YB Pemalas 



Tahukah anda :

Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sejumlah RM1.4 billion untuk tujuan bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA). Bantuan ini diberikan setiap bulan untuk membantu kumpulan sasaran seperti :-

i - Warga Emas
ii - Orang Kelainan Upaya (OKU)
iii - Ibu² Tunggal
iv - Balu² Anggota Polis & Tentera Yang Layak

Klik sini dan sini untuk maklumat lanjut mengenai bantuan² dari kerajaan Barisan Nasional yang mengutamakan rakyat.

Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...