Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label PAS Ganas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS Ganas. Papar semua catatan

Isnin, 29 April 2013

Panas !!! Video Kekejaman Ustaz PAS Penyokong Kuat Calon PAS DUN Kupang Membelasah Pelajar #TukarKedah #SaveKedah



Pihak TMK terpaksa Upload kali keduanya video "Kekejaman Ustaz PAS" yang membelasah pelajarnya di Sekolah Yayasan Khairah Kampung Pisang, Kupang, Baling setelah video yang pertamanya di sabotaj untuk di remove dari You Tube.

Tindakkan sabotaj cybertrooper Pakatan Haram membuktikan mereka cuba menyelindung individu yang bertindak ganas dalam Pakatan Haram.

Saksikan video keganasan seorang Ustaz PAS yang di kenali Ustaz Man membelasah seorang pelajar di Sekolah Agama Yayasan Khairah Kampung Pisang, Kupang, Baling.




Kata orang yang beri video ni, itu baru sikit, 'tomoi' Ustaz Man ni pada pelajarnya. Ada yang lebih teruk lagi.

Bila disiasat latar belakang Ustaz Man ni, dia merupakan orang kuat Johari Abdullah, Calon PAS DUN Kupang. Johari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Joe ni la, musuh ketat Taib Azamuddin (Bekas Ahli Parlimen Baling)

Ustaz Man ni merupakan Ahli Majlis dalam Majlis Daerah Baling yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri pentadbiran PAS. Kiranya selain menjadi cikgu pondok, dia ni Ahli Majlis. Tapi ahli majlis apa bertindak serupa tak waras macam tu?

Pihak TMK rasa puak Pas ni dah dihasut dengan Islam ciptaan Pas sendiri. Mereka boleh memaki hamun, memfitnah, memukul, merogol, berzina, berkhalwat, makan duit derma dan menyeleweng duit umat Islam yang lain tanpa rasa bersalah.

Malah dosa-dosa mereka boleh diampun dan disucikan oleh Nik Aziz (bertindak serupa paderi) yang boleh mengampunkan dosa umat Islam yang lain.

Nik Aziz (juga pernah menjadi tuhan) apabila mengkafirkan UMNO dan mengeluarkan kenyataan 'sembahyang orang UMNO' tidak dapat pahala. Sebab tu Pihak TMK kata, Islam yang Pas bawa ni lain dari Islam yang kita belajar.

Jika kita umat Islam yang lain patuh, ikut perintah Allah dan Rasulnya, umat Pas pula patuh pada pimpinan Pas dan Nik Aziznya. Sebab tu Islam Pas, agak lain dan unik pada kita semua.

Diatas sebab demikian, Pihak TMK rasa Islam Pas telah tersesat jauh, kita patut 'mengIslamkan' semula puak Pas ni mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW.

Kalau tak ia akan jadi macam video kat atas tu. Pukul orang ikut suka hati!! Celaka punya puak Pas!

Ahad, 28 April 2013

Video Eksklusif !!! Pelajar Sekolah Agama Di Belasah Oleh Ustaz Rejim PAS Di Baling. #TukarKedah

Semalam Pisau Kedah telah berjanji akan dedahkan satu video kekejaman seorang Ustaz Rejim PAS yang zalim telah memukul pelajarnya di sebuah sekolah Agama di daerah Baling (Klik Sini).

Sekiranya di Baling, jika di sebut Sekolah Agama Yayasan Khairah Kampung Pisang, Kupang sememang cukup terkenal kerana di situ merupakan sekolah yang di kuasai sepenuhnya oleh tenaga pengajar yang sememangnya penyokong tegar PAS.

Apa yang Pisau Kedah nak tunjuk kepada anda semua merupakan sebuah video yang Pisau Kedah perolehi dari seorang pelajar yang belajar di sekolah berkenaan.. Menurut pelajar berkenaan.. Ustaz Rejim PAS berkenaan di gelar Ustaz Man dan sememangnya cukup terkenal dengan kaki belasah pelajar.



Menurut pelajar itu lagi... Ada pelajar yang pernah di belasah teruk dari itu lagi oleh Ustaz Man..

Bila Pisau Kedah  siasat latar belakan Ustaz Man ni.. dia merupakan orang kuat Johari Abdullah, Calon PAS DUN Kupang yang telah mencantas Ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddin dari di calonkan di Parlimen Baling pada PRU13.

Dengar kata selain dari mengajar di sekolah berkenaan.. Ustaz Man ni merupakan Ahli Majlis dalam Majlis Daerah Baling yang telah di lantik oleh Kerajaan Negeri pentadbiran PAS.

Di harapkan Pihak Polis dapat menyiasat Ustaz Man ni yang di katakan suka membelasah pelajar dengan ikut suka dan tanpa balas kasihan..

Rabu, 24 April 2013

Hot !!! Lagi Berita Samseng PAS Belasah Penyokong UMNO #TolakPR




Pergaduhan 23/4/2013 11.00 PM – telah berlaku satu Insiden pergaduhan di lokasi persimpangan lampu isyarat pasar buah, jalan yahya ahmad, dungun.

Insiden berpunca daripada tindakan penguatkuasa SPR yang ingin mengambil tindakan terhadap bendera yang dipasang di tiang lampu isyarat.

Ketika melaksanakan tugas telah didatangi oleh sekempulan pemuda pas seramai lebih kurang 30 orang. Suasana menjadi semakin tegang apabila dipercayai pemuda pas telah memanggil penyokong pas utuk datang beramai-ramai dan dalam masa 20 minit penyokong pas telah bertambah kepada lebih kurang 200 orang.

Ekoran daripada kedatangan penyokong pas yang ramai pihak pemantau SPR telah mengambil tindakan meninggalkan lokasi tersebut.

Pada ketika itu juga sekumpulan penyokong umno seramai lebih kurang15 orang datang ke lokasi untuk melihat kejadian yang berlaku. Semasa dalam proses perbincangan diantara polis dan penyokong pas. Kembali berlaku kekecohan yang mana telah berlaku pertengkaran mulut antara seorang penyokong pas dengan penyokong umno sehingga menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang.

Dengan tiba-tiba sekempulan penyokong pas diangarkan seramai lebih kurang 50 orang penyokong pas menyerbu dan membelasah penyokong umno tersebut.

Ekoran daripada kejadian tersebut mangsa pengsan dan telah dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi. Kejadian berlaku dalam masa 5 minit. Mangsa telah dibawa ke hospital dungun untuk rawatan

Sumber

Selasa, 23 April 2013

Al Fatihah : Jurukamera RTM Meninggal Dunia Selepas Di Pukul Penyokong PAS #TolakPR



Allahhuakbar !! Innalillah..Al-Fatihah !

Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

"Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.

Sumber AAKJ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...