Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Pemilihan UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemilihan UMNO. Papar semua catatan

Khamis, 17 Oktober 2013

Hot !!! Cai Pemilihan UMNO Bagi Jawatan MT Untuk Perlingkup UMNO Sedang Giat Di Edarkan @NajibRazak @MuhyiddinYassin #PemilihanUMNO


Terkejut apabila mendapat satu cai Pemilihan Umno untuk Majlis Tertinggi baru-baru ini daripada satu bahagian bernama 'P' .. Cai ini telah disebarkan kepada cawangan-cawangan di kawasan tersebut juga di katakan telah di berikan ke beberapa bahagian lain.

Kalau kita baca cai di atas ternyata ia telah di buat oleh broker-broker yang hanya mahu keuntungan semata-mata. Bayangkan dalam cai ini terdapat 6 calon untuk Johor dan ada nama-nama dalam cai ini langsung tak membawa apa-apa perubahan kepada Umno. Di mana keadilan kepada calon-calon negeri lain !!!


Apakah ini yang di mahukan oleh perwakilan-perwakilan UMNO ?? Ada dalam senarai ini langsung tidak membawa dasar-dasar Transformasi yang dilaungkan !!

Di mana orang yang boleh buat kerja seperti Datuk Azeez Rahim dari Baling dan yang lain-lain ??

Inilah jenis yang hanya fikirkan keuntungan semata-mata bukannya untuk membawa perubahan dan kebaikan kepada Umno dalam memperjuangkan Agama , Bangsa dan Tanah Air kita !!! Kepada yang buat cai ini jangan jadi 'haprak' !!!

Ini bukan persatuan atau pertandingan budak sekolah tadika !!! Perwakilan harus membuka mata dan menolak cai seperti ini !!!

Rabu, 9 Oktober 2013

Hot !!! Benarkah Dakwaan Calon Bertanding Dalam Pemilihan UMNO Minta Restu Pengkhianat Parti ?? #KedahAmanMakmur




Semakin dekat pemilihan UMNO.. Semakin mengganas la tuduhan yang bukan-bukan yang akan dikeluarkan pihak tertentu bagi menjatuhkan imej pihak lawan dalam merebut sesuatu jawatan dalam pemilihan UMNO .

Terbaru.. Pisau Kedah tak tahu la apa motifnya satu blog dari blogger pro UMNO memuat naik satu cerita kononnya beberapa orang ahli UMNO di Kulim Bandar Bahru telah mengambil restu dari Kadir Sheikh Fadzil untuk bertanding pada pemilihan kali ini.

Menurut tuduhan blog itu lagi bahawa beberapa calon yang bertanding dalam pemilihan UMNO bagi mengisi jawatan di bahagian kali ini sebenarnya telah diatur oleh Kadir Sheikh Fadzil.

Tujuan Kadir Sheikh Fadzil mengatur individu terbabit adalah disebabkan mahu memberi tekanan kepada Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzil yang juga merupakan adik kepada Kadir Sheikh Fadzil supaya tunduk kepada telunjuk abangnya itu.

Semua kita sedia maklum bahawa sebelum ini di Bahagian Kulim Bandar Baharu, ramai penyokong-penyokong kuat Kadir Sheikh Fadzil di situ. Namun tindakkan drastik Kadir Sheikh Fadzil mengkhianati UMNO ianya tidak menyebabkan penyokong-penyokongnya juga berbuat demikian kerana penyokong-penyokongnya tetap setia dengan UMNO.

Walaupun pada PRU 13 yang lalu.. Kadir Sheikh Fadzil telah memihak kepada Pakatan Haram, ianya tidak menjadi satu masalah bagi UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu untuk memenangi ketiga-tiga kerusi yang di pertandingkan dibahagian tersebut.

Sudah jelas bahawa setelah Kadir Sheikh Fadzil mengkhianati parti UMNO. Pengaruhnya didalam UMNO sudah hilang terus.

Oleh disebabkan nama Kadir Sheikh Fadzil telah membusuk didalam UMNO sebagai pengkhianat, maka namanya di jadikan bahan oleh individu tertentu dalam UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu untuk menjatuhkan imej calon-calon dalam pemilihan yang pro kepada Ketua UMNO Bahagian Bandar Baharu, Datuk Aziz Sheikh Fadzil dengan menggunakan medium media baru.

Kepada individu yang menjadi duri dalam daging di Bahagian Kulim Bandar Baharu di harapkan sedar la bahawa tindakkannya menggunakan medium media baru untuk menjatuhkan pihak tertentu didalam pemilihan UMNO dengan melakukan tuduhan merupakan tindakkan yang kurang bijak.

Kulim Bandar Baharu merupakan aset bagi BN Kedah.. Jangan jadikan pemilihan UMNO sebagai penyebab aset terbabit tergadai pada PRU14 nanti.

Jumaat, 27 September 2013

Info : Salah Laku Di Bawah Tataetika Pemilihan UMNO Yang Perlu Di Ketahui #BeraniBerubah

Salah laku di bawah Tataetika Pemilihan UMNO ( Utusan) 

1. Mengamalkan rasuah untuk mandapatkan sokongan politik : 

i. Berjanji memberi pangkat, anugerah, gelaran atau peluang perniagaan

ii. Memberi wang atau imbuhan untuk tidak menyokong atau mengundi pihak lain

iii. Menggunakan wang untuk mendapatkan undi

iv. Menerima imbuhan atau hadiah termasuk tambang percuma, kemudahan kontrak dan hiburan bagi diri sendiri atau keluarga

2. Menggunakan kekerasan dan ugutan : 

i. Terlibat dalam pergaduhan, bertumbuk atau membaling objek

ii. Mengugut tidak mahu memberi peruntukan dan projek kepada pihak tertentu

iii. Mengancam menarik balik perlantikan jawatan

3. Menggunakan media untuk menyokong, memfitnah, mencela, mengeji atau membuat kenyataan palsu terhadap mana-mana ahli parti : 

i. Menulis dalam media cetak atau elektronik tentang calon-calon yang bertanding

ii. Membuat poster atau kad nama yang menunjukkan janji-janji

4. Memfitnah mana-mana ahli lain 

5. Berkempen untuk mempengaruhi perwakilan mengundi atau tidak mengundi seseorang calon kecuali pada majlis yang dianjurkan ibu Pejabat Umno dan Badan Perhubungan Umno Negeri bagi tujuan berkempen 

6. Menghadiri atau menganjurkan majlis termasuk kenduri yang bertujuan memberi ruang kepada mana-mana ahli untuk berucap bagi meraih undi dan berkempen untuk diri sendiri atau calon-calon. 

7. Memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan undi atau sokongan atau mempenaruhi ahli lain di dalam pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain 

8. Membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara sekalipun dan/ atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa-apa dasar atau keputusan parti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...