Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Rohingya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rohingya. Papar semua catatan

Khamis, 25 April 2013

"Menyayat Hati" Rakaman Video Umat Islam Rohingya Di Bakar Hidup-Hidup Kini Tersebar



YANGON - Pertubuhan hak asasi kemanusiaan, semalam, mendedahkan satu rakaman video amatur anggota polis yang memaparkan tindakan sekumpulan penduduk tempatan membakar seorang lelaki Islam semasa rusuhan etnik di bandar Meiktila, Myanmar, bulan lalu.

Dipetik MailOnline, lapor pegawai, video berkenaan membabitkan pertempuran sekumpulan lelaki dikenali sebagai Skuad 969 dengan masyarakat Islam yang menjadi punca kepada kematian 43 orang.

Satu rakaman yang didedahkan ke dalam internet menunjukkan mangsa seorang Islam berguling di sekitar jalan raya selepas keseluruhan anggota badannya dibakar oleh kumpulan perusuh.




Sementara itu, sebilangan anggota polis turut dilihat memerhati mangsa mati secara terseksa di tengah-tengah jalan raya.

"Kumpulan Skuad 969 itu memberi amaran kepada semua orang agar tidak memberi air kepada mangsa dan membiarkan mangsa mati," katanya.

Rakaman video berkenaan turut dijadikan sebagai bukti membabitkan pihak berkuasa Myanmar dan anggota Arakanese sebagai penjenayah kemanusiaan dalam kempen penghapusan etnik Rohingya.

Sejak tercetusnya keganasan menghapus etnik Rohingya di Rakhine, selatan Myanmar, sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh serta lebih 120,000 masyarakat Islam melarikan diri ke negara jiran.

Rabu, 13 Mac 2013

184 Umat Islam Rohingya Mempetaruhkan Nyawa Untuk Sampai Ke Kedah



JERLUN: Seramai 184 warga Myanmar berketurunan Rohingya terpaksa bertarung nyawa hampir empat jam meredah kawasan berlumpur selepas masing-masing terjun dari bot kayu kira-kira satu kilometer (km) dari kawasan pantai Kuala Jerlun, di sini, pagi ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kubang Pasu Asisten Superintendan Zakaria Shahadan berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 8 pagi dan bergegas ke kawasan itu sebelum mendapati kumpulan warga asing sedang meredah lumpur bagi menyelamatkan diri.

"Semua pendatang asing tanpa izin (Pati) itu selamatkan dan ditahan untuk siasatan. Berdasarkan soal siasat awal mendapati semua mereka dipercayai dari kumpulan Islam Rohingya yang datang menaiki sebuah bot untuk memasuki perairan Malaysia secara haram.

"Kita percaya semua Pati terbabit memasuki ke negara ini bagi melarikan diri daripada keganasan puak di negara mereka.


Foto

"Ketika ditahan, mereka baru saja turun dari bot kayu, namun terpaksa meredah lumpur sejauh satu kilometer kerana air laut surut, ketika itu. Semua Pati termasuk kanak-kanak yang meredah lumpur turut mendapat bantuan pihak Rela, Jabatan Imigresen dan orang kampung untuk ke tepi pantai," katanya.

Kes berkenaan kini diserahkan kepada Jabatan Imigresen Negeri untuk tindakan lanjut.

Sehingga ini, semua Pati berkenaan terdiri daripada 69 lelaki, 47 wanita dan 68 kanak-kanak yang belum dikenal pasti usia mereka.- HM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...