Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Pencerobohan Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pencerobohan Malaysia. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mei 2013

Gempar !!! Isu Lahad Datu Akan Membawa Anwar Ibrahim Ke Tali Gantung ??



Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat lebih seminggu, poster-poster pun sudah mula tidak kelihatan di jalan-jalan raya dan tempat awam namun tinggal seorang lagi individu yang masih terus berkempen iaitu Anwar Ibrahim.

Sementara kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan di bawah pemnbangkang sudah mula menjalankan tugas untuk tempoh lima tahun akan datang, lain pula irama politik yang didendangkan oleh Anwar seolah-seolah baginya PRU13 masih belum selesai.

Tidak mahu menerima realiti bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 telah memihak kepada Barisan Nasional, Anwar terus mengadakan jelajah politik atau 'roadshow' yang melemparkan pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap keputusan PRU13.

Sasarannya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwanya menipu di 27 kawasan parlimen yang sepatutnya dimenangi pembangkang.

SPR mengumumkan keputusan pilihan raya yang baru selesai 5 Mei lalu akan diwartakan pada bulan ini.

Setelah ini dilakukan sekiranya mana-mana pihak termasuk pembangkang yang tidak berpuas hati atas terhadap keputusan pilihan raya bolehlah membawa aduan mereka melalui proses petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah.

Ini adalah proses lumrah yang telah berjalan tanpa sebarang cacat celanya sejak pilihan raya umum pertama negara pada tahun 1959.

Jika mana-mana calon mewakili mana-mana parti politik merasakan terdapat unsur penipuan berhubung mana-mana aspek perjalanan pilihan raya dan mempunyai bukti bahawa kekalahannya disumbang oleh sesuatu penyelewengan tersebut, maka ia mempunyai hak di bawah Perlembagaan untuk mengemukakan rayuan atau petisyen terhadap calon yang diisytiharkan menang.

Mahkamahlah yang menentukan samada sesuatu petisyen itu mempunyai asas atau sebaliknya.

Jika benar penyelewengan telah berlaku dan seseorang calon telah kalah disebabkan kepincangan tersebut, mahkamah boleh memutuskan spaya pilihan raya baru di adakan semula bagi kawasan terbabit.

Jika sebaliknya berlaku, petisyen tersebut akan ditolak dan mahkamah akan mengekalkan keputusan kemenangan yang diperolehi calon berkenaan.

Bagaimanapun amat pelik sekali apabila Anwar memilih untuk mempersoalkan keputusan SPR bilamana badan itu belum lagi menggazetkan keputusan pilihan raya seperti yang dikehendaki undang-undang.

Seolah-olah Anwar mahu mendahului SPR dan pihak mahkamah apabila mendakwa PRU13 merupakan ibu kepada segala penipuan di dalam PRU negara ini.

Oleh kerana beliau mendakwa demikian maka pada pandangannya seluruh rakyat Malaysia juga harus berdiri teguh menyokongnya.

Maka diheretnya ribuan penyokong pembangkang ke Stadium Kelana Jaya, Selangor dan kemudiannya Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang.

Sehingga kini Anwar melalak terlolong keseorangan diri untuk menegakkan satu perjuangan yang bersendikan agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.

Mungkin juga taktik Anwar membuat bising di seluruh pelusuk negara dengan cerita dongeng dan hikayat palsunya sebagai satu helah untuk mengalihkan sesuatu isu yang lebih besar mendepaninya.

Sepertinya yang diumumkan oleh Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum pilihan raya, kerajaan telah pun mengemukakan siasatan lengkap berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada Februari lalu kepada Peguam Negara.

Katanya kerajaan telah mengenal pasti tiga individu yang dikaitkan dengan parti pembangkang yang terlibat secara langsung sebagai dalang dalam perancangan pencerobohan tersebut.

Bagaimanapun Dr Ahmad Zahid tidak mendedahkan identiti ketiga-tiga pemimpin pembangkang tersebut.

Identiti mereka sebaliknya telah didedahkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bahawa Anwar beserta Tian Chua dan R. Sivarasa adalah tiga pemimpin PKR yang telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan pemimpin pengganas Sulu dengan bertujuan mewujudkan keadaan darurat di Sabah menjelang PRU13.

Anwar, Tian Chua dan Sivarasa yakin mereka akan didakwa bila-bila masa sahaja oleh pihak Peguam Negara.

Oleh kerana itu bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu itu yang dikategorikan sebagai satu pengkhianatan kepada negara, Anwar menggunakan isu keputusan pilihan raya sebagai alasan atau 'decoy'.

Menurut sumber, Anwar dan dua orang kuncunya kemungkinan besar akan dibawa ke muka pengadilan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas kesalahan menentang Perlembagaan dan mengisytiharkan perang terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Sabit kesalahan membawa hukuman mati sebagaimana hukuman yang sama telah dijatuhkan ke atas pemimpin kumpulan militan Al Maunah, Mohamed Amin Mohamed Razali yang digantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan menyerang kem tentera di Kampung Jenalek, Grik, Perak.

Khamis, 11 April 2013

Info Lahad Datu : Terima Kasih Pewira Negara Yang Mendaulatkan Malaysia #LahadDatu



Alhamdulillah....Setelah lebih dari sebulan OPS DAULAT di lancarkan bagi menghapuskan penceroboh bersenjata Rejim Lanun Sulu yang mengganas di Lahad Datu, kini OPS berkenaan telah berjaya sampai ke sasaran apabila keadaan di tempat yang di jadikan kubu Rejim Lanun Sulu di sahkan bersih dari ancaman pengganas itu dan penduduk-penduduk kampung yang meninggalkan kampung halaman mereka untuk memberi laluan kepada Pihak Keselamatan Malaysia melakukan operasi mengempur ( OPS DAULAT ) Rejim Lanun Sulu telah kembali ke kampung halaman mereka baru-baru ini.


Inline image 2

Sekolah-sekolah yang di tutup akibat tragedi hitam itu, kini sudah di buka semula dengan pengawasan pewira-pewira Negara supaya pewaris-pewaris Malaysia merasa selamat ketika menuntut ilmu.



Lahad Datu: Dalam suka ada duka! Demikian perasaan penduduk Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu yang kini memulakan hidup baru selepas kampung mereka disahkan bersih ancaman pengganas, minggu lalu.

Ketika sebahagian penduduk sibuk mengemas rumah dan kembali merasai nikmat tidur di kediaman sendiri, sebahagian lagi pula terpaksa tinggal bersama keluarga di masjid, surau dan balai raya beramai-ramai kerana rumah mereka ranap diserang pengganas.

Kini, penduduk yang paling terjejas akibat insiden pencerobohan itu sibuk membuat laporan polis berhubung kerugian dialami akibat kehilangan harta benda atau kemusnahan rumah serta dalam proses bancian sebelum bantuan susulan disalurkan.

Inline image 1 
Penduduk Kampung Tanjung Labian, Saudi Yunus, 42, berkata walaupun gembira pulang ke kampung selepas hampir sebulan di pusat penempatan Fajar Harapan, hasrat untuk menikmati hidup seperti dulu bersama isteri dan lima anak kini musnah.

Rumah rosak teruk


“Ketika meninggalkan rumah pada 3 Mac lalu, kediaman kami masih elok, tetapi bila pulang ke sini lima hari lalu, tak sangka rumah kami sudah rosak teruk. Sana sini penuh kesan tembakan dan bedilan.


“Harta benda dan perabot juga banyak yang rosak, ada juga barang berharga hilang, menitis air mata saya mengenangkan apa yang berlaku,” katanya yang kini berlindung di Tadika Tanjung Labian ketika ditemui BH.


Saudi berharap, pihak berkaitan dapat segera menyalurkan bantuan terutama menyegerakan pembinaan semula rumah mereka yang rosak dan musnah.-BH


# Kepada yang ingin mahu menyampaikan dedikasi kepada Pewira-Pewira Negara, anda boleh ke web OPS Daulat untuk berbuat demikian.. Dedikasi anda mampu memberi semanggat kepada Pewira-Pewira Negara yang mempetaruhkan nyawa untuk memastikan kedaulatan Malaysia dapat di pertahankan.

Khamis, 4 April 2013

Sah !!! Anwar Ibrahim Tak Ada Teloq Untuk Berhadapan Dengan RPK #TolakPR #PRU13




Pisau Kedah tertanya-tanya. Bilakah Anwar Ibrahim akan menyaman Raja Petra Kamaruddin ( RPK ) atas dakwaannya bahawa Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nur Misuari  pada 16 Julai 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta untuk meminta bantuan bagi memastikan Pakatan Haram menang di PRU 13 ini dan balasannya sekiranya Kerajaan Malaysia di tadbir oleh Pakatan Haram, Pakatan Haram akan memberi kuasa autonomi Sabah dan Sarawak kepada Nur Misuari.

Mengapa sehingga sekarang Anwar Berdiam diri apabila di tanya tentang perjumpaannya dengan Nur Misuari... malahan apabila di tanya soalan berkenaan oleh wartawan, Anwar hendak mengimbil tindakan saman sekiranya di tanya.

Apakah ini menunjukkan Pakatan Haram benar-benar memperjuangkan kebebasan media ??.. Apabila di tanya wartawan langsung tidak di jawab sebaliknya mahu pulak di samannya.


Rabu, 3 April 2013

Terbaru !!! Laman Web Ops Daulat Di Wujudkan Untuk Memberi Maklumat Terkini #OpsDaulat #PeaceSabah #ESSZONE #Pahlawanku



Sudah hampir sebulan OPS DAULAT telah di lancarkan dan sehingga ke hari ini anggota keselamatan Malaysia masih lagi mempertaruhkan nyawa di Lahad Datu setelah di ceroboh oleh Rejim Lanun Sulu setelah di arahkan ketua mereka Jamalul Kiram III yang kononnya merupakan Sultan Sulu untuk menuntut Sabah dari Kerajaan Malaysia.

Bagi Pisau Kedah, tindakkan Jamalul Kiram III menghantar lanun-lanunnya ke Sabah bukannya bermotifkan hendak menuntut Sabah dari Malaysia sebaliknya Jamalul Kiram III menghantar lanun-lanunnya ke Sabah untuk mencetuskan suasana tegang di Sabah atas arahan pihak tertentu.

Sebagai rakyat Malaysia, Pisau Kedah menyokong segala inisiatif yang di lakukan Pasukan Keslamatan Malaysia termasuklah OPS Daulat... Sehubungan dengan itu satu laman web OPS DAULAT telah di tubuhkan ( Klik Sini ) bagi memberi maklumat tentang apa yang berlaku di Lahad Datu.
Ops Daulat yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan untuk mempertahankan kedaulatan negara dari digugat anasir-anasir asing. Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat tidak boleh membenarkan keselamatan dan kesejahteraan yang dibina dan dijaga selama 56 tahun digugat oleh pihak luar.

Ops Daulat telah dilancarkan pada jam 7 pagi 8 Mac 2013 yang lepas apabila pasukan keselamatan negara telah menggempur pengganas-pengganas bersenjata yang enggan meninggalkan Sabah setelah diberikan peluang selama 3 minggu untuk berbuat demikian. Setakat 25 Mac 2013, seramai 65 orang pengganas telah dibunuh, 110 orang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 sementara sejumlah 416 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam kawasan larangan "Ops Daulat."

Perkataan "Daulat" berasal daripada perkataan daulah dalam Bahasa Arab yang bermaksud kerajaan atau negeri. Takrifan "berdaulat" yang dimuatkan dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka edisi keempat pula merangkumi; 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa.

Selasa, 2 April 2013

Selepas Tian Chua Dan Nurul Izzah, Teressa Kok Pulak Menghina Anggota Keselamatan Malaysia #OpsDaulat



Tak habis-habis lagi pemimpin-pemimpin Pakatan Haram menghina anggota Keselamatan Malaysia. 

Sebelum ini kita dapat melihat pemimpin seperti Tian Chua dan Nurul Izzah menghina anggota Keselamatan Malaysia. Kini pulak kita dapat melihat bagaimana pemimpin DAP, Teressa Kok menghina anggota Keselamatan Malaysia DIMANGSAKAN dalam tragedi pencerobohan Lahad Datu.


Dengan jelas dalam Video di atas ini, Teressa Kok mengatakan Anggota Keselamatan Malaysia yang sedang berjuang dan yang telah terkorban telah DIMANGSAKAN.

Apabila di tegur oleh Ketua Pemuda UMNO Seputeh berkenaan perkataan DIMANGSAKAN, Teressa Kok pulak melenting dengan mendakwa dia memahami perkataan yang di sebutnya itu.

Sudah terbukti Teressa Kok menganggap Anggota Pasukan Keselamatan yang mempertahankan Lahad Datu sebenarnya telah DIMANGSAKAN.

Teressa Kok patut tahu Anggota Keselamatan Malaysia yang di dakwanya DIMANGSAKAN itu merupakan perjuang. Seseorang perjuang sejati tidak pernah menganggap dirinya DDIMANGSAKAN di dalam mempertahankan Tanah Air yang tercinta. 

Isnin, 1 April 2013

Info Lahad Datu : Abang Rela Syahid Seperti Ayah Demi Mempertahankan Negara #LahadDatu



Tawau: “Abang mahu jadi perwira yang mempertahankan negara dan rela mati syahid seperti ayah,” kata anak arwah Koperal Salam Togiran, Mohd Shazreen, 16, yang bersemangat berjuang sama seperti dilakukan ayahnya sebelum terkorban dalam serangan hendap pengganas di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac lalu.

Menurut anak sulung empat beradik ini, kejadian yang meragut kegembiraan mereka sekeluarga benar-benar memberi impak dalam dirinya.

“Pemergian ayah tak pernah membuatkan saya lemah, sebaliknya lebih gigih untuk berusaha mencapai cita-cita bergelar juruterbang jet pejuang supaya dapat menjaga keselamatan negara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, sebelum ini dia sering menemani ayahnya yang bertugas di Lapangan Terbang Tawau sehingga timbul minat menjadi juruterbang.

“Selepas kejadian serangan sehingga ayah terkorban, semangat untuk bergelar juruterbang jet pejuang makin berkobar-kobar.

“Ketika hayatnya, ayah sentiasa menyokong cita-cita saya, termasuk memberi semangat,” katanya.

Menurut Shazreen, dia menjadikan keberanian ayahnya sebagai idola dan pendorong untuk berjuang demi negara.

Menurutnya, beberapa hari sebelum kejadian, ayahnya pernah berpesan supaya memandikan jenazahnya apabila meninggal dunia.

“Saya terkejut apabila ayah secara tiba-tiba memberi pesanan itu dan tak sangka kata-kata itu tanda pemergiannya buat selama-selama.

“Saya tak faham kenapa ayah berkata sedemikian ketika kami berada di tempat kerjanya. Ketika itu, saya hanya menjawab ‘ya’ dan hairan, tapi tak sangka perkara ini akhirnya berlaku,” katanya.-HM

Info Lahad Datu : Kisah Anak Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat Yang Menyentuh Hati #LahadDatu



Bagi yang belum mengetahui kandungan SMS terakhir dari Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat kepada isterinya yang tercinta. Inilah SMS yang terakhir dari Allahyarham.
Abang pergi bawa amanah berat, apa-apa yang terjadi, ayang mesti tabah,” demikian pesanan terakhir Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, kepada isterinya, Nor Aziah Nor, sebelum bertolak untuk menjalankan tugas di Lahad Datu
Setelah hampir sebulan berlalu pemergian Allahyarham meninggalkan Isteri dan anak-anak ,kisahnya masih lagi terpahat di hati rakyat Malaysia


Foto
KELETAH Akmaruddin (kiri) dan adiknya Akhil menyentuh jiwa.
Ipoh: “Abah gi (pergi) Sabah... abah dah ninggal (meninggal),” itu ayat pertama yang keluar dari mulut anak sulung Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Mohamad Akmaruddin, 5, ketika disapa wartawan pada majlis penyerahan bantuan di Mes Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Hulu Kinta, Rabu lalu.

Tidak banyak maklumat diperoleh daripada kanak-kanak itu kerana dia seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan sedih mengenai pemergian arwah bapanya.

Ketika ditemui, Mohamad Akmaruddin tidak berbeza daripada kanak-kanak lelaki sebayanya yang aktif dan suka bergurau, malah wartawan turut diajak bermain dan dipeluknya.

Dia mungkin belum mengerti pemergian insan tersayang dalam hidupnya.

KELETAH Akmaruddin (kiri) dan adiknya Akhil menyentuh jiwa.

Perbualan singkat dengannya mungkin sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar memori yang sempat dikongsi kanak-kanak itu - HM


Saksikan lah Video yang membuatkan Pisau Kedah mengalirkan air mata. Al- Fatihah kepada pejuang-pejuang Negara yang syahid mempertahan Tanah Air yang tercinta. Jasa-jasa yang tidak termampu di balas dengan nilai wang ringgit.

Ahad, 31 Mac 2013

Info Lahad Datu : Rejim Lanun Sulu Mengakui Beragama Islam Tapi Tidak Tahu Mengucap Dua Kalimah Syahadah #LahadDatu



Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.
“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, berdasarkan soal siasat, anggota pengganas yang ditahan itu mendakwa mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.

“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.

Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.

Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.

Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang. - Kedah Ke KL

Hot Info !!! Apa Itu ESSCOM Sehingga Membuatkan Kiram III Berada Dalam Ketakutan




Keputusan tepat dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bilamana beliau mengumumkan pembentukan ESSCOM bagi membendung tragedi Lahad Datu berulang kembali.

Keputusan membentuk zon kawasan keselamatan itu bukanlah satu perkara baru dalam sejarah negara.

Ironinya, pada masa allahyarham Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri, keputusan sama telah dibuat namun berdasarkan faktor ancaman dari pihak yang berbeza. Rajang Area Security Sommand atau ringkasnya RASCOM diwujudkan bagi membendung kegiatan komunis yang mengancam keselamatan dan kedaulatan tanahair Malaysia tercinta.

ESSCOM turut diumumkan ekoran kejadian ganas yang dilakukan oleh penceroboh bersenjata bertujuan mengganggu-gugat keselamatan awam dan tanahair serta kesucian dan kedaulatan Malaysia yang merdeka melibatkan negeri Sabah.

RASCOM

Pada tahun 1972, Rajang Area Security Command atau lebih di kenali sebagai RASCOM ditubuhkan. Penubuhan adalah berdasarkan kepada beberapa insiden pembunuhan, kekacauan dan pemusnahan harta awam di Bahagian ke-3 Sarawak oleh-ahli Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU). Sehubungan itu, surat arahan No 4, Majlis Keselamatan Negara bertarikh 1 April 1972 telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negara bagi menubuhkan 3rd Division Area Security Command (3rd DASC) yang beribu pejabat di Sibu.

Kawasan operasi RASCOM meliputi keseluruhan Bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit. Di tubuhkan dengan tiga komponen yang terdiri daripada unit tentera, Polis dan awam dan Ketua Menteri Sarawak dilantik sebagai Pengarah Operasi Negeri. Kewujudan RASCOM berjaya menghakis ancaman komunis di Sarawak dan bekas komunis telah kembali ke pangkuan masyarakat selepas berlakunya perletakan senjata dan penyerahan seramai 585 ahli PKKU yang diketuai oleh Bong Kee Chok dalam Operasi Aman pada tahun 1973 dan pada tahun 1986, Ubong anak Nuing beserta 40 orang ahli turut menyerah diri.

Ancaman keganasan komunis berakhir pada 17 Oktober 1990 apabila Kerajaan dan PKKU menandatangani perjanjian di Kuching apabila 52 anggota PKKU menyerah diri dan dengan itu RASCOM dibubarkan mengikut keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 November 1994.

9 Skuadron Semboyan Diraja dulu dikenali dengan nama Skuadron Semboyan RASCOM ditubuhkan dengan rasminya pada 26 Mac 1972. Penubuhan Skuadron ini adalah selaras dengan terbentuknya formasi RASCOM (Markas Pemerintah Keselamatan Rejang). Pada asalnya Skuadron ini ditubuhkan serentak bersama Markas RASCOM di Jalan Kampung Pulau, Sibu, Sarawak. Selepas itu, pada bulan Mei 1976, ia telah dipindahkan ke Kem Pagar Ruyong (yang dikenali dengan nama Kem Lapangan Terbang) yang terletak di Lapangan Terbang.


Keadaan keselamatan yang kian terancam akibat dari ancaman-ancaman oleh anasir-anasir komunis yang kian hebat di kawasan tersebut membuatkan perlunya ada sebuah formasi yang bertanggungjawab membendung kegiatan-kegiatan komunis ini. Kedudukan Pusat Pemerintahan 3 Briged yang terletak di Kuching adalah sangat jauh untuk membolehkannya mengawasi keadaan keselamatan kawasan Sungai Rejang. Tambahan pula tanggungjawab keselamatan yang dipikul oleh Markas 3 Briged telah pun dianggap terlalu berat. Oleh yang demikian, pada awal tahun 1972, keputusan dibuat untuk menubuhkan satu lagi formasi di Sarawak iaitu Markas RASCOM. Penubuhan Markas RASCOM ini mewujudkan keperluan bagi menubuhkan Skuadron Semboyan RASCOM untuk menyedia serta mengendalikan bantuan perhubungan. Ketua Skuadron Semboyan RASCOM yang pertama setelah penubuhannya ialah Mejar Wong Wai Kiong.

Di peringkat awal penempatannya, hanya Markas Skuadron, Trup Teknik/Kenderaan dan Trup Radio ditempatkan di Kem Lapangan Terbang. Trup Semboyan Markas RASCOM telah ditempatkan di Markas RASCOM di pekan Sibu, manakala Trup Stornya ditempatkan di Jalan Sungai Antu, Sibu. Hal ini merumitkan pentadbiran disebabkan trup-trup tersebut berada di jarak yang jauh di antara satu sama lain. Kerumitan ini dapat di atasi apabila Skuadron berpindah ke lokasi baru di Kem Batu 10, Jalan Oya, Sibu pada 30 Oktober 1977.

Walaubagaimanapun, Pusat Komunikasi Sibu masih berada di pekan Sibu untuk menampung keperluan komunikasi Markas RASCOM.

Markas RASCOM adalah terdiri daripada elemen-elemen pihak tentera, polis dan awam. Percantuman ini bertujuan untuk menjalankan tugas gerakan yang lebih efektif lagi. Skuadron Semboyan RASCOM adalah bertanggungjawab untuk memberi bantuan serta menyediakan segala keperluan perhubungan. Kemudahan perhubungan yang diadakan adalah merangkumi keseluruhan kawasan Sungai Rejang, sungai yang terpanjang di Sarawak. Unit-unit Infantri sentiasa berada jauh antara satu sama lain semasa menjalankan gerakan. Hal ini menimbulkan beberapa kesulitan perhubungan dan telah dapat di atasi dengan jayanya oleh Skuadron tersebut.

Perjawatan bagi Skuadron Semboyan RASCOM adalah sama dengan Skuadron Semboyan Briged yang lain. Pada peringkat permulaan penubuhan, hanya terdapat 5 orang jururadio dan pemandu yang menjadi asas kepada Skuadron ini. Anggota-anggota ini didatangkan dari Trup Skuadron Semboyan 3 Briged. Dari masa ke semasa keanggotaan Skuadron ini ditambah bagi mengisi perjawatan-perjawatan yang belum dipenuhkan. Proses ini mengambil masa yang lama dan dari tahun ke tahun Skuadron ini terus berkembang, sesuai dengan perjawatan sebuah Skuadron Semboyan Briged.

Kini, keanggotaan Skuadron adalah mengikut perjawatan tetap iaitu seramai 6 Pegawai dan 196 LLP. Pada keseluruhannya, Skuadron telah berjaya dan banyak memberi bantuan dari segi perhubungan di dalam gerakan dan latihan di Sarawak. Skuadron ini masih kekal di Kem Batu 10, Jalan Oya, Sibu Sarawak hinggalah sekarang.

Selepas 14 tahun berada di Kem Batu 10, Jalan Oya, pada 8 Disember 1991, Skuadron ini telah diarahkan berpindah ke Kem Sri Rejang iaitu lebih kurang 6 km dari bandar Sibu. Walaubagaimanapun, PUSKOM Skuadron masih tetap berada di Markas RASCOM. Perpindahan disebabkan KD Sri Rejang yang berpangkalan di kem tersebut telah dibubarkan berikutan operasi di kawasan RASCOM telah berkurangan. Semasa berada di kem tersebut, Skuadron telah diperuntukkan dengan bangunan-bangunan baru termasuk kemudahan untuk anggota-anggota bujang yang memuaskan. Untuk anggota yang berkeluarga, mereka kekal di RKAT Kem Batu 10 dan sebahagian kecil menyewa rumah di sekitar Kem Sri Rejang.

Selepas 3 tahun berada di Kem Sri Rejang, sekali lagi Skuadron telah diarahkan berpindah semula ke Kem Batu 10 pada 4 April 1993. Perpindahan tersebut adalah disebabkan Kem Sri Rejang akan diambil alih oleh Rejimen 510 (AW) yang sebelum ini berpangkalan di Batu Pahat, Johor. Skuadron telah diperuntukkan dengan bangunan lama iaitu bangunan yang pernah diduduki sebelum ini walaupun ianya tidak mencukupi sementara PUSKOM masih tetap ditempatkan di MK 9 Briged. Disebabkan jarak antara pasukan-pasukan yang berada di Kem Batu 10 dengan MK 9 Briged lebih kurang 15 km, maka Skuadron telah menubuhkan sebuah PUSKOM di Kem Batu 10 bagi memudahkan segala urusan penghantaran kawat dan KHS.

Awal tahun 1990an, kebanyakan tugas operasi dan gerakan Markas RASCOM lebih tertumpu kepada latihan-latihan biasa seperti briged-briged yang lain kerana ancaman Komunis Kalimantan telah dapat diatasi melalui gerakan-gerakan sebelum ini. Oleh kerana ancaman telah berkurangan maka pihak atasan telah mengarahkan Markas RASCOM dan pasukan-pasukan di bawah naungan melaksanakan latihan bercorak CW dan latihan-latihan kemahiran serta ketukangan pasukan masing-masing.

Sepanjang tahun 1991, Skuadron telah terlibat di dalam EGT dan EGL pasukan-pasukan infantri. Skuadron juga terlibat di dalam memberi bantuan komunikasi kepada pasukan bantuan perkhidmatan dalam latihan mereka.

Pada 6 April 1995, Markas RASCOM yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan rasminya telah dibubarkan oleh PTD dan ditubuhkan Markas 9 Briged. Acara pembubaran RASCOM telah disempurnakan di Kem Oya. Dengan pembubaran tersebut, semua pasukan-pasukan di bawah pemerintahan RASCOM telah ditukarkan designasi mereka.
Kegiatan ketenteraan dan perisikan pula dipertanggungjawabkan kepada pasukan tentera dan Polis Diraja Malaysia sebagai penggerak utama membanteras pengaruh dan ideologi komunis. untuk merangka pelaksanaan pentadbirannya, penglibatan pasukan tentera dan polis disertakan dengan penggunaan sistem jawatankuasa yang mempunyai jawatankuasa utama seperti :-

i) Jawatankuasa Rascom yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, yang dilantik dari kalangan Pegawai Pentadbiran Kanan Negeri Sarawak secara pinjaman, dengan bidang tugas menggubal segala dasar berkaitan aktivitinya. Dalam melaksanakan tugasnya, Ketua Pegawai Eksekutif dibantu oleh Panglima Pasukan Keselamatan Rascom, Principal Staff Officer ( PSO AWAM), PSO (tentera), dan PSO (polis).

ii) Jawatankuasa Perancangan Gerakan yang dipengerusikan oleh Panglima Pasukan Keselamatan Rascom, dengan bidang tugasnya sebagai Pengerusi Perangcangan Operasi dan merancang gerakan di kawasan Rascom serta bertindak sebagai penasihat utama gerakan pasukan keselamatan kepada Pengarah Gerakan Neger. Keanggotaannya juga meliputi PSO awam, polis dan tentera.

iii) Jawatankuasa Perang Saraf yang dipengerusikan oleh PSO awam dibantu oleh PSO tentera dan PSO Polis, dengan bidang tugasnya bertanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan segala kegiatan perang saraf dan gerak saraf di dalam usaha membanteras perkembangan ideologi komunis di kawasan Rascom.

iv) Jawatankuasa Keselamatan BAhagian yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian dengan keanggotaan yang terdiri daripada Pegawai Daerah, Pegawai Kanan Polis Daerah, Pegawai Kanan Tentera Daerah, manakala Jawanatankuasa Keselamatan Daerah pula dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Peranannya melaksanakan perancangan yang dibuat oleh jawatankuasa lainnya dalam Rascom. Misi pasukan keselamatan rascom dalam operasi ofensif melawan gerakan militan komunis ialah Mencari dan Memusnah ( search and destroy).

Secara keseluruhannya operasi Rascom yang pernah dilaksanakan ialah Operasi utama (7), Operasi kecil ( 17) , Operasi Kerangka (2) , Operasi bersama 3 Briged (2).

ESSCOM

Pembentukan ESSCOM telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke kawasan Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah pada 6 Mac 2013 ekoran kejadian pencerobohan oleh sekumpulan pengganas dari Kepulauan Sulu di kawasan Tanjung Labian yang berlaku sejak 12 Februari 2013.Visi ESSCOM ialah “Sabah Negeri Yang Selamat, Aman, Makmur dan Sejahtera” manakala Misi ESSCOM pula ialah untuk “Menjadikan Kawasan Pantai Timur Sabah Sebagai Kawasan Selamat, Aman, Makmur dan Sejahtera”.

Objektif ESSCOM adalah bertujuan untuk :-

a. Mengekang dan menghapuskan semua bentuk ancaman keselamatan di Pantai Timur Sabah

b. Meningkat dan mengukuhkan pengurusan keselamatan di Pantai Timur Sabah.

c. Penstrukturan semula kawalan, penguatkuasaan, operasi keselamatan di Pantai Timur Sabah;

d. Menstrukturkan semula sosio ekonomi penduduk di Pantai Timur Sabah; dan

e. Memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab agensi keselamatan serta awam melalui kerjasama secara terselaras dan bersepadu di dalam meningkatkan kawalan keselamatan di Pantai Timur Sabah.Konsep Penubuhan ESSCOM adalah :-

a. Untuk memelihara Kedaulatan Negara dan Menjamin Keselamatan Rakyat;

b. Untuk mengembalikan semula keamanan dan kestabilan;

c. Untuk mewujudkan benteng pertahanan (Defence Line) yang menganjur dari Kudat ke Tawau yang turut merangkumi daerah-daerah di dalamnya;

d. Untuk menghapuskan ancaman semasa serta ancaman masa hadapan; dan

e. Untuk meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat.


Komponen ESSCOM turut merangkumi aspek Keselamatan, Pembangunan dan Gerak Saraf serta Perang Saraf (GSPS).

Terma Rujukan ESSCOM akan merangkumi aspek-aspek berikut :-

a. Beroperasi di kawasan tangungjawab meliputi daerah dari Kudat ke Tawau yang turut merangkumi Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak dan Semporna;

b. Bertanggungjawab terus kepada YAB Ketua Menteri Sabah selaku Pengarah Gerakan Negeri;

c. Menjadikan Lahad Datu sebagai Pusat Operasi;

d. Tambahan 5 batalion pasukan keselamatan yang terdiri dari ATM dan PDRM di Kawasan Tanggungjawab (KTJ);

e. Penyusunan semula penduduk melalui penstrukturan penempatan dan aktiviti sosio ekonomi;

f. Pelaksanaan arahan, tindakan dan gerakan keselamatan secara terancang, bersepadu, terselaras dan berterusan;

g. Memperkukuhkan kawalan dan penguatkuasaan keselamatan meliputi Imigresen, Kastam, Maritim, Pelancongan, Perdagangan, Penyeludupan dan Persempadanan;

h. Pusat pengumpulan dan penyelarasan maklumat keselamatan;

i. Mengambil kira keperluan perundangan, pengarahan, perisikan dan ancaman yang turut meliputi pengawasan dan pengesanan terhadap musuh;

j. Pengebalan minda masyarakat melalui peningkatan semangat patriotisme yang tinggi dan bertindak sebagai benteng keselamatan secara menyeluruh;

k. Kerjasama dan tindakan secara terselaras, bersepadu dan berterusan di kalangan semua agensi ketenteraan, kepolisian dan awam melalui konsep Blue Ocean Strategy;

l. Medium perbincangan dan penentuan pelan tindakan arahan serta perlaksanaan langkah-langkah keselamatan; dan

m. Melaksanakan sepenuhnya konsep pertahanan dan keselamatan secara menyeluruh / komprehensif.

Kawasan Tanggungjawab (KTJ) ESSCOM akan terdiri dari keseluruhan kawasan Pantai Timur Sabah yang menganjur daripada Kudat ke Tawau yang turut meliputi daerah-daerah Pitas, Kota Marudu, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Kunak, Lahad Datu dan Semporna. Persempadanan kawasan KTJ adalah berdasarkan sempadan setiap daerah terlibat dan kawasan perairan serta pulau-pulau di dalamnya.

Secara ringkas, Struktur Organisasi dan Pengurusan Pentadbiran Serta Perjawatan ESSCOM adalah seperti gambarajah kedua di atas.

Struktur Organisasi ESSCOM akan menetapkan perlantikan YAB Ketua Menteri Sabah sebagai Pengarah Gerakan dan manakala seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) akan dilantik untuk menjalankan segala urusan pengarahan, pengawalan serta pengurusan ESSCOM. Struktur Organisasi ini juga akan terdiri dari pengwujudan empat komponen iaitu Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) . Selain itu, terdapat seksyen atau unit yang akan bertanggungjawab secara terus kepada CEO iaitu Ketua Penyelasas (Awam), Ketua Penyelaras (PDRM), Ketua Penyelaras (APMM), Ketua Penyelaras (ATM), Ketua Penyelaras (Perisikan) dan Ketua Penyelaras (Pendakwaan) ditambah baik dengan perjawatan bagi Komander Pasukan Keselamatan/setaraf (awam).Penubuhan Kumpulan Kerja Eksekutif ESSCOM yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah manakala Setiausaha Keselamatan Negeri Sabah akan bertindak sebagai Setiausaha Kumpulan Kerja ini.

Ahli-ahli kumpulan kerja ini terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, PDRM, ATM, APMM, Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

Lima (5) Kumpulan Kerja Kecil (KKK) ESSCOM telah dibentuk iaitu KKK Keselamatan yang dianggotai oleh KDN, MINDEF dan JPM (APMM) dan beberapa agensi berkaitan. Manakala Lead Agency untuk KKK Pembangunan adalah Setiausaha Persekutuan Sabah manakala Gerak Saraf dan Perang Saraf akan diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara. Bagi Kumpulan Kerja Kecil Perundangan, akan dianggotai oleh Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negeri Sabah dan KKK Operasi akan digerakkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

MA/GH

Sumber : TMS

Khamis, 28 Mac 2013

Info Lahad Datu : Kampung Tanduo Di Tutup Dari Menjadi Kawasan Penempatan Penduduk



LAHAD DATU - Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baharu yang akan diputuskan kemudian.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Feb lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas.

"Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing.

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.

Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi ini.

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya. - Bernama

Rabu, 27 Mac 2013

Info Lahad Datu : Pengalaman Sebenar Anggota Komando VAT69 Bertempur Dengan Rejim Lanun Sulu #LahadDatu



'Ibarat hujan peluru' itulah ungkapan angota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas.


Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie.

Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.

"Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.

"Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripada Komander untuk melepaskan tembakan. Pihak pengganas yang sebelum itu memberiamaran 'berambus Tiger, balik' (kepada kami) telah melepaskan tembakan kerana kami tidak mahu berundur," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

"Mereka (pengganas) cuba rapat dengan kami dan mengacukan senjata serta melepaskan tembakan bertubi-tubi dalam jarak kira-kira 10 meter," katanya.

Pertempuran yang berterusan selama sejam itu mengorbankan dua anggota polis iaitu ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sjn Sabaruddin Daud, 46. Pasukan keselamatan menembak mati 15 musuh.

Azwanazlee berkata dalam pertempuran di kawasan kelapa sawit yang berpaya itu, beliau mendapati beberapa anggota pengganas sukar ditumpaskan walaupun ditembak bertubi-tubi.

"Kami rasa mereka seolah-olah memakai ilmu kebal kerana walaupun telah ditembak berkali-kali tetapi tidak jatuh -Macam menembak Zombi. Arahan untuk menembak di bahagian kepala diterima dan ia akhirnya berjaya menumpaskan pengganas itu," katanya.

Berkongsi pengalaman sama, Kpl Muhammad Imran Abd Talib, 28, yang diatur gerak dalam satu lagi pasukan iaitu sektor Alpha di Kampung Tanduo, berkatabeliau dapat menumpaskan pengganas dalam jarak yang paling dekat iaitu kira-kiradua meter.

"Saya masuk kampung Tanduo pada 28 Feb dan pada pagi 1 Mac saya dan rakan lain diletakkan dalam keadaan siap siaga. Ketika itu kami sedang menyediakan makanan sebelum mendengar bunyi tembakan di kawasan sektor Bravo," kata anak bekas komando itu.

Beliau berkata pokok kelapa sawit menjadi tempat perlindungan daripada serangan pengganas.

"Bertempur dalam hutan tidak sama dengan bertempur di kawasan ladang kelapasawit dengan binaan rumah yang tidak banyak. Pemandangan menjadi lebih luas dania mudah untuk dilihat musuh, itu antara cabaran yang harus ditempuhi ketika itu.

"Selepas bertempur saya lihat tempat perlindungan saya dipenuhi kesantembakan. Saya bersyukur kerana peluru yang datang seperti hujan itu tidakmengenai saya," katanya.

Muhammad Imran yang terpaksa menangguhkan pertunangannya, berkata beliaubangga kerana dapat menyumbang kudrat demi mempertahankan negara.-BERNAMA

Pendedahan Panas !!! Siapa Sebenarnya Penasihat Utama Kiram III #LahadDatu




Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat?

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?

Isnin, 25 Mac 2013

Info Lahad Datu : Dalang Sebenar Pencerobohan Di Bogelkan #LhadDatu








You Ulang .. Saya Samannnn you... Hanya Itulah ugutan yang mampu Abg Non lakukan untuk melindungi kerja kotornya dalam pencerobohan Lahad Datu

Ahad, 24 Mac 2013

Hot !!! Kiram III Mati Kutu Apabila Jeneralnya Di Tangkap Pihak Keselamatan Malaysia



Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.

"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu.

Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.

Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.

Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.
Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.

Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.

Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. - BERNAMA

Hot !!! Kiram III Mati Kutu Apabila Jeneralnya Di Tangkap Pihak Keselamatan Malaysia



Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.

"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu.

Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.

Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.

Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.
Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.

Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.

Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...