Syukur Alhamdulillah apabila program "Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat" mampu menghimpunkan lebih kurang 40,000 umat Islam negeri Kedah di Stadium Darul Aman kelmarin walaupun bermacam-macam gambaran buruk bagi mewujudkan persepsi negatif telah di lakukan bagi menggagalkan program berkenaan.
Yang agak menyedihkan apabila persepsi negatif telah di lakukan pihak yang menyatakan parti merekalah yang memperjuangkan Islam (
Klik Sini).
Malahan ada juga dari pihak parti yang kononnya memperjuangkan Islam mendakwa program berkenaan telah di taja oleh syarikat judi.. Astaghfirullah...
Semalam Pisau Kedah telah menghubungi rakan Pisau Kedah yang mengajar di satu Maahad Tahfiz di kawasan Baling bagi mendapat kepastian setelah desas desus mengatakan Maahad Tahfiz terbabit pada mulanya bersetuju menghantar pelajarnya bagi menyemarakkan lagi program berkenaan tapi telah di halang disaat-saat akhir. Beliau memberitahu "Ya.. ada tekanan dari pihak politik yang mengarahkan jangan sertai program berkenaan".
Menurut sahabat Pisau Kedah.. Pihak yang memberi tekanan itu mendakwa program berkenaan tak ikhlas dan hanyalah untuk kepentingan politik UMNO dan Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sebenarnya mereka yang membuat persepsi negatif bagi cubaan sabotaj program berkenaan terlupa bahawa Allah S.W.T lebih maha mengetahui dan maha mengadili.
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T walaupun bermacam cubaan dilakukan untuk sabotaj program berkenaan.. Kerajaan Negeri mampu menghimpunkan lebih kurang 40,000 umat Islam Kedah tanpa mengira latar belakang politik.
Gambar-gambar di sekitar sambutan Mahabbatul Rasul, Kedah Berselawat.
MB Kedah, YAB Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengetuai kontinjen Kakitangan Wisma Darulaman.
Kontijen Kakitangan Wisma Darulaman belarak
bersama MB Kedah dari Wisma Darulaman sehingga
ke Stadium Darul Aman.