Pisau Kedah tabik spring kepada komposer terkenal Eddie Hamid yang berani mencipta sebuah lagu politik yang bertajuk " Bo La Weiii.".
Pada mulanya Pisau kedah ingatkan lagu ini lagu bola untuk penyokong Kelantan. Tapi rupa-rupanya lagu berbentuk lagu yang di penuhi mesej kesedaran kepada rakyat Kelantan.
Pastinya selepas ini komposer terkenal Eddie Hamid akan di kritik hebat oleh penyokong Pakatan Haram yang merasa kurang senang dengan lagu " Bo La Weiii " kerana isi kandungan liriknya.
" Bo la Weiii " merupakan sebuah lagu yang di gubah khas oleh Eddie Hamid kepada rakyat Kelantan supaya sedar dan berani membuat perubahan pentadbiran " Acu Test Sepenggal " dengan memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk memajukan Negeri Kelantan untuk generasi akan datang sepertimana yang telah di janjikan Barisan Nasional.
Pisau Kedah sarankan kepada rakyat Kelantan supaya menghayati lirik lagu ini dan menilaikannya demi masa hadapan pewaris-pewaris anak Kelantan yang akan datang supaya mempunyai peluang kerjaya yang cerah di bumi kelantan.
Jom kita layan lagu yang di cipta khas Eddie Hamid untuk rakyat Kelantan.