blog kay & yana: pejabat

Showing posts with label pejabat. Show all posts
Showing posts with label pejabat. Show all posts

HARI JUMAAT YANG STRESS

06 November 2015

Entry ni aku buat auto publish ye sebab pagi ni aku dan Kay ada Majlis Graduasi Pra Sekolah Rayyan Danish... Excited tau nak tengok anak pakai jubah amek scroll sijil tu.. ahahahaha... 

Ok.. kenapa aku kata hari ini hari Jumaat yang stress? Sebab jalan nak ke office aku ditutup sempena Formula E Championship Race Putrajaya... Aku kena lalu JPM baru sampai office aku.. Stress la nak oiii.. Selalu aku pergi office 5-8 minit sekarang dah jadi 12 minit... JPM pun jem jugak sesak jugak.. haishhh.. Suka menyusahkan orang tau... 

Kalau cuti aku banyak dah lama aku minta cuti hari ini.. Ni sebab cuti dah tak banyak kenalah catu cuti... Kenapalah suka susahkan orang... Suka kan nak suruh aku membebel di hari Jumaat yang penuh berkat ini.. Takpelah.. Suka hatilah sebab Putrajaya ni bukan aku yang punya.. 







Gambar gambar di atas aku amek semalam masa nak amek Rayyan dari sekolah.. Tengah hari yang belum lunch pun dah jem apatah lagi masa kemuncak time lunch dengan time balik nanti... Sabar jelah labu...

Cantiknya awan kan.. Rindu sangat dengan awan awan ciptaan Allah SWT ni.. Musim jerebu kita tak nampak awan tapi ia tetap ada disitu.. Semoga Allah SWT melindungi kita dari bencana dan malapetaka.. AMIN

Thank you for reading my luahan perasaan gais... hihi.. Happy Weekend u ollsss... !!

Sape yang suka tengok kereta lumba boleh datang Putrajaya 7 November 2015 (Sabtu) .. FREE je... Korang boleh tengok info kat FB Perbadanan Putrajaya okeh... 

tata..

Apalah masalah mesin ni...

21 May 2014
Sejak aku masuk sini memang takde mesin fax. Yang ada cuma mesin pencetak. And then lepas tu ermmm tak ingat bila datanglah sebuah mesin yang katanya canggih sebab 4 in 1... boleh print, boleh fax, boleh copy, boleh ape lagi 1 aku tak ingat da. nampak sangat pelupa kan kan..ok lepas vendor dah setup bagai kasi cantik punye aleh aleh tak boleh fax. So vendor minta aku call maintenance suruh check cable dan sebagainya lah... sebab setting mesin tu dah memang ikut buku.. katanye la.. aku ni hangguk jelah konon konon faham padahal malas nak layan...

Aku call maintenance so datanglah dua orang brother..erk.. adik ke abang ke aku tak taulah sebab tak tanya umur... so dieorang godey sana godey sini ... jap.. bukan godey aku ye.. godey tu lebih kurang macam repairlah... dah kerja dieorang sebagai maintenance haruslah tahu semua benda kan. Tapi malangnya tetap mesin tu problem pada fax. Akhirnya aku pun malas nak buat aduan tentang mesin fax ni. Bila boleh fax dalam bangunan ni tak boleh nak fax luar kawasan pulak. Tak boleh terima fax dari luar kawasan pula. Lantaklah.. So maknanya mesin yang aku dapat ni hanya 3 in 1 jelah. hehehe...

Budak maintenance tu siap tukar nombor fax aku lagi. Aku suka gila no yang aku dapat. 03-8882 1212. Sama dengan no plat kereta. Macam tau tau je kan kan kan... Masa aku kat MOSTI dulu no telefon aku sangat cantik 03-8885 8888 dan kebetulan time tu aku jaga seksyen Dana.. memang melibatkan duit kerajaan so boss aku cakap tu line wang namanya.. hehe.. haih.. agak agak bila la mesin fax aku ni nak elok ek... kan bagus kalau ko boleh cakap. senang sikit kerja aku kan.. 


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign