blog kay & yana: nuffnang

Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

CERTA TENTANG GOOGLE ADSENSE DAN NUFFNANG

23 October 2015

Bila cerita tentang Google Adsense kan aku sebenarnya tak faham sangat pasal Google Adsense ni. Aku try je apply tu pun main click click je aleh aleh dapat email aku berjaya create akaun Google Adsense ni. 

Dan tetiba kat blog aku ada iklan dari Google Adsense ni. Aku rasa iklan ni tak mengganggu akaun aku dengan Nuffnang. Sebab aku rasa status aku di Nuffnang masih Gliteratti. Tapi aku tak tahu macam mana nak kembangkan lagi Google Adsense ni dalam bahasa mudah aku tak paham pun macam mana prosesnya Google Adsense ni. The best way untuk dapatkan income dari Google Adsense. Aku kena belajar lagi dengan otai otai blogger pasal benda alah ni. Soon In Sya Allah. Nak tuntut ilmu ni kena slow slow. Dah tua bangka susah ilmu nak melekat dalam kepala. hihihi


Ok.. cerita pasal Nuffnang ni pula. Aku pelik sebab dah lama sangat aku tak dapat BE. Jeles tau tengok blogger blogger tersusun BE die kat nuffnang. Aku dah sent email pada Nuffnang, Dia reply bahasa standard la kenapa aku masih tak dapat BE kan. Tapi aku tak sure if account aku di Google Adsense punca aku tak dapat BE di nuffnang. 


Macam mana nak buat ek? Korang faham kan maksud aku kan. Kalau boleh aku nak berjaya la buat income dengan dua dua company ni. Nuffnang aku nak BE bersusun Google Adsense pun aku nak ada income. Tamak kan.. Manusia biasa la tu.. hihi..  Tapi nampaknya macam ada yang tak kena bila dua dua tak dapat.Ke aku yang tak faham ek. Erm.... 

Kalau ada sesiapa yang sudi tunjuk ajar pada aku yang lost ni boleh roger na.. hihihi... Jap Google Adsense kena ada account Paypal tak? huhuhuh.... 


Terima kasih korang.... 

Nuffnang

13 August 2015

Just a quick updated... aku dah lama tak dapat BE.. seronok je tgk blogger lain dapat BE bukan main meriah lagi.. keeee Nuffnang dah lupakan aku ni... Almaklumlah aku kan blogger baru keluar dari planet Marikh.. Dah lama tak updated blog.. CPUV pun merundum jatuh... salah diri sendiri k.. Ketuk kepala tu.. adehhhh... 

Harap harap lepas ni Nuffnang bagilah BE kat aku banyak banyak sikit... biar meriah macam dulu... Teringin jugak nak cashout nih... huhuhuh


Rezeki berblogging. Cek dah selamat sampai ke tangan...!!!

15 August 2014
Bukan senang nak jadi kaya... hahahaha.. Kalau duduk diam je mana nak datang duit... Tapi kalau duduk diam diam jari laju di keyboard bolehlah jadi blogger kan... Berblogging jugak boleh bagi duit tepi tengah sesak sesak di tengah bulan.. Sebab kalau korang cashout earning nuffnang better cashoutkan hujung bulan... so akan dapat cek sebulan setengah.. Tengah bulan dah dapat merasa cashnye... Alhamdulillah.. Walaupun aku berblogging suka suka tapi sikit sebanyak nuffnang bantu tambahkan duit shopping aku kan... 

Aku cashout pada 30/6/2014, aku dapat cheque semalam 12/8/2014, almost 2 months tapi sebenarnya dalam sebulan setengah... Jadiklah tambah duit poket yang kering lepas hari raya kan.. Alhamdulillah.. Thanks a lot NUFFNANG.. I LOVESSSSSSSSSSSS YOUUU.. Give me more earningssss okayyy.. hehehehe.. 


Segan nak revealed kan amount.. Esok esok kalau aku dapat amount 10k aku revealed okey... hahaha.. AMIN...

note: Sambungan cerita hari raya kita cerita hari Isnin eyh sebab weekend aku tak updated blog sebab aku berblogging time office hour je.. hehehehe.. Take care korang supaya hari Isnin nanti korang sihat boleh baca cerita hari raya aku... tata titi tutu...  

I Loves Nuffnang

14 April 2014


Biasalah manusia bila diberi sesuatu kita pasti akan gembira .. Bila gembira akan timbullah rasa kasih sayang tu. hahaha.. Aku harap rezeki yang NUFFNANG bagi ini biarlah lama sikit bertahan. Manalah tahu aku boleh cashout lagi kan... AMIN

TQ Nuffnang... 


Nom Nom Media’s Social Media Minds 2.0 survey!

09 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah



Monday Blues !! jom kita jawab survey daripada nuffnang. bila korang menjawab survey ini korang akan dapat RM1 yang akan dikreditkan ke akaun nuffnang ataupun churp churp... aku dah selesai menjawab... thanks to Solehah sebab aku buka blog dia pagi ini dan tahu pasal survey nuffnang ini.  Selamat menjawab ye kawan kawan. 

Rezeki dari NUFFNANG

16 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan


Alhamdulillah... Nuffnang masih sayangkan blog cipisan aku ni.. bila aku bukak nuffnang tadi tengok tengok ada BE baru... terima kasih ye Nuffnang.. harap harap lama lah BE tu di blog cipisan aku ni.. hihihi.. btw, ada kawan kawan yang tahu atau nak share tips macammana kita nak buat BE tu lama lama sikit kat blog kita.. ada tak? kalau ada bolehlah share ek.. sharing is caring... tq in advance... 



-sekian- 

Sebab tu aku sayang NUFFNANG ...

07 August 2012
Assalamualaikum...
Salam Muhibbah...

Korang semua pasti sayang Nuffnang kalau Nuffnang bagi korang something kan kan kan.. hehehe.. eleh tipulah kalau tak suke.. hahahaha.. aku terkejut jugak sebab akukan dah lama abaikan ~mai lurve~ ni... aleh aleh bukak nuffnang hari ni tgk tgk ada Buffered Earning gituw... sekali die bagi sampai 4 BE... terkezutttt mak... apepun, terima kasih banyak banyak Nuffnang.... Jasamu tetap dikenang.. hehehe.. harap harap lamalah iklan-iklan BE tu berkumandang di blog ~mai lurve~ ni.. hihihi... 

 
 usaha kan tangga kejayaan.... yeay!! Syukur Alhamdulillah...

murah gerek , sila jangan jeles... hihihi

-sekian-


Magnum Fashion Royale

03 April 2012
Salam Muhibbah,

Dah lama aku tak mengomel di blog ini kan.. 
hehehehe.. 
aku cuba untuk design blog aku tp takdelah secantik blog blog otai mcm eB eZrin ke ... 
mcm irine nadia marcello ke... tp bolehlah. 
sedap mata aku memandang, aku harap sedap jugaklah mata org memandang.. 
hehehehe...

ok. korang mesti perasan di FB ataupun di blog blog ada iklan tentang Magnum Fashion Royale kan... 
sebenarnya ini adalah satu game.. 
it's fun and very simple... 
korang dah try ke?? 
kalau belum trylah game die.. 
sedikit sebanyak bleh releasekan stress pada korang yg sedang tension tuh... 

apa yang korang perlu buat first sekali korang mestilah perlu like akaun FB Magnum ye... 

then akan kuar gambar mcm ni


 korang klik je kat " Let's Begin " .. Lepas tu die akan kuar mcm gambar kat bawah


 korang kena klik "STOP" untuk pilih game mana yang kite akan dapat.. contohnya, ada salah satu pintu tu gamenya adalah susun color baju..susun gambar, cari perbezaan gambar..suai padan baju...senang je kan...tapi ianya based on timing yang diberi..


 gambar di atas adalah salah satu game yang ada di sebalik pintu pintu yg ada


 kita juga diberikan satu lagi peluang tp dengan syarat kene invite friends kita...


 lepas tu akan keluarlah markah kite dan ranking kite ye... untuk pengetahuan korang, game ni hanya boleh dimain sekali sehari jer..dah abis hari ni..esok korang boleh try lagi yerk

hadiahnyer?

Round 1:
Grand Prize x 3
- 1 X Customised couture piece by Zang Toi + 1 MAGNUM
Accessory
- 1 X Customised couture piece by Eric Choong +1
MAGNUM Accessory
- 1 X Customised couture piece by Granoff + 1 MAGNUM
Accessory


Round 2:
Grand Prize x 3
- 1 X Customised couture piece by Zang Toi + 1 MAGNUM
Accessory
- 1 X Customised couture piece by Eric Choong +1
MAGNUM Accessory
- 1 X Customised couture piece by Michael Ong + 1
MAGNUM Accessory

klik SINI untuk start main dan get the prize!!!
 

Rezeki Hari Jumaat

23 March 2012
Salam Muhibbah...

Setelah sekian lama En Nuffnang tidak memberikan belanja untuk aku, makanya sempena Hari Jumaat yang penuh barakah ini En Nuffnang memilih blog aku utk diberikan duit belanja jajan... siap bwk kawan lagi iaitu En ChurpChurp bg duit belanja jajan kt aku.. kesian tgk blog picisan aku gamaknye... hehehehe.. apepun, terima kasih banyak banyak buat Nuffnang dan ChurpChurp..


 Pendapatan Terumpuk yang berada di blog kesayangan aku

 
 - Campaign daripada churp churp...

nanti aku share dengan korang apa itu churp churp dan macam mana nak menjana duit bersama Churp churp.. ok? tp kena bukak akaun twitter dulu... jom add aku yerk...

 
note : semoga BE itu berpanjangan la hendaknya... tak merasa cashout lg nih.. heheheh
 

Buffered Earning..

05 March 2012
Salam...

Dah lama En Nuffnang tak singgah blog aku... 
hehehe.. 
so dah lama la aku tak dapat Buffered Earning.. hehe.. 
tapi takpe.. 
aku updated blog pun hanya suka suka.. 
ada masa maka adalah cerita.. 
takda masa kite cari cerita di rumah orang lain pulak... 
macam mana untuk mendapatkan BE dari En Nuffnang
aku pun tak pasti mcmne.. hahaha... 
itu semua rezeki masing masing.. 
yang penting aku dah usaha, doa dan tawakal.. 
chewahh.. 
tapi mungkin ini boleh dijadikan panduan untuk aku dan juga korang yang nak BE bermain main di blog... 
kite cuba je ye dak.. 
cuba tak kena bayar kan... =)

 
Apa perlu saya lakukan untuk dipilih ke dalam kempen iklan?
Terdapat beberapa faktor yang diambil kira semasa kami memilih blog yang sesuai:
  1. Demografik pembaca blog
    Pastikan semua tinjauan blog anda dikemaskini dari masa ke semasa, ini dapat membantu pihak advertiser untuk mengenali blog anda dengan lebih baik.
  2. Lokasi ruang iklan di dalam blog
    Pihak advertiser telah membelanjakan wang yang banyak untuk rekaan dan pembelian ruang iklan. Oleh itu, mereka hanya memilih blog yang mempunyai lokasi ruang iklan yang optimum.
    • Unit iklan Skyscraper perlu berada pada lokasi paling atas di dalam bahagian sidebar dan tidak pada bahagian lain.
    • Unit Leaderboard perlu menjadi elemen pertama dan berada di lokasi paling atas dalam halaman blog anda, dan
    • Unit Large Rectangle perlu diletakkan pada akhir artikel blog pertama atau teratas di dalam blog anda.
    Sekiranya unit-unit iklan tersebut tidak berada pada lokasi yang betul, ini mungkin mempengaruhi bilangan pihak advertiser yang memilih blog anda.
  3. Jenis unit iklan yang tersedia di dalam blog
    Pihak advertiser membahagikan bajet mereka secara sama rata kepada tiga unit iklan kami (Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle). Sekiranya blog anda mempunyai kesemua jenis unit, anda dapat meningkatkan peluang untuk menjana pendapatan daripada beberapa kempen berbeza jenis unit iklan secara serentak.
  4. Status eksklusif keahlian
    Pihak advertiser akan lebih cenderung untuk memilih blog yang dimiliki ahli Glitterati Nuffnang kerana ia merupakan salah satu kelebihan program loyalti yang diberikan kepada ahli blogger kami yang paling setia. Ahli yang berstatus biasa tetap akan dipilih ke dalam kempen iklan, tetapi di dalam bilangan yang lebih rendah.
  5. Tempoh keahlian
    Sistem kami memerlukan tempoh 30 hari untuk meneliti konsistensi trafik blog anda sebelum ianya dapat dipilih untuk kempen iklan yang sesuai. Anda perlu bersabar dan yakin bahawa blog anda pasti akan dipilih dalam kempen iklan selagi ruang iklan di dalam blog anda adalah optimum.
 panduan ini aku copy paste daripada NUFFNANG.
btw, happy birthday NUFFNANG...!!!

I Love Nuffnang...

21 July 2011
Memandangkan aku dah lama tak aktif berblogging, makanya blog kayyana85.blogspot.com dah jadi sawang dah.. hahahaha.. bile bukak2 je pagi ni tgk ada 3 iklan yang berbeza.. wow!!! jarang beno nuffnang nak bagi 3 iklan yang berbeza dalam masa yang sama.. terasa meriah pulak blog aku nih.. hehehe.. tulah sebabnya saya sayangggg nuffnang.. walaupun tak update blog dalam jangka masa yang lama tapi nuffnang tetap bg iklan ngn buffered earning utk aku... tocey tocey nuffnang... tak sia-sia aku setia pada yang satu.. ceewaaahhh.. 



 aku rasa dah lama giler tak dapat iklan yg byk2 mcm tu... hehehe.. 
LOL

Nuffnang Grapevine Boleh Menjana pendapatan EXTRA !

16 May 2011
 Cara mudah menjana pendapatan terbaru dari Nuffnang dengan GRAPEVINE ! Nak tahu apa yang best dengan GRAPEVINE. Jom kita explorer apa yang ada !

 

Apa itu GRAPEVINE ?
GRAPEVINE adalah salah satu cara bagaimana blogger boleh menjana pendapatan extra melalui pembaca blog mereka. Seperti yang anda sedia maklum, pendapatan yang terhasil dari iklan Nuffnang sebelum ini adalah berdasarkan 2 cara;

1. Bilangan pembaca
2. Bilangan klik pada iklan

Namun dengan revolusi GRAPEVINE, blogger boleh menjana pendapatan melalui perkongsian URL melalui Twitter, Facebook, Mesengger dan Email. Selain itu, bukan sahaja blogger, malahan pembaca blog juga berpeluang menghasilkan pendapatan.

Kenali Nuffnang Grapevine
Nuffnang GRAPEVINE hanya akan wujud pada unit Nuffnang Skyscraper sahaja. Jadi kat sini anda boleh kongsikan maklumat URL tersebut seberapa banyak yang boleh. Tiada had limit yang dikenakan ! Jumlah pendapatan yang terhasil, boleh diperolehi di akaun ChurpChurp seperti gambarajah dibawah.


Bagaimana caranya?
Mudah sahaja;

Langkah pertama;
Hanya perlu klik pada salah satu platform ikaln GRAPEVINE dan kongsikan melalui Twitter, Facebook, Messenger mahupun email.

Langkah kedua;
Isi ruangan email yang disediakan untuk menebus pendapatan anda.
 


untuk maklumat lanjut, rujuk Nuffnang Grapevine 



Buffered Earning From Nuffnang

28 April 2011
 
 .... agak lama jugak aku tak cite pasal Buffered Earning (BE) ni kan... yelah.. dah lama Nuffnang tak bagi BE pada aku.. so takde story la aku nk kepoh kepoh dekat blog ni.. tapi arini bile bukak akaun nuffnang aku tgk ada 3 BE... tak tau la lama mne BE tu dah ade kt blog aku sbb aku mmg dah lama tak bukak nuffnang.. hehehe... apepun dozen thanks to nuffnang... love u lor.... give me more BE soon okeh.... *hugs*


DAH BOLEH CASH OUT NUFFNANG

12 April 2011
Assalamualaikum....

Sekian lama aku menunggu bru sekarang aku bleh cash out nuffnang... erm.. bukanlah byk mne pun... skit je.. tp aku masih lagi bersyukur pada Allah atas rezeki ini dan terima kasih pada nuffnang yg sudi memberi aku side income.. hehehe... masih menunggu BE yang sedang running.. harap2 lama la BE itu di blog aku.... orang lain dah bleh cash out byk kali.. aku bru bleh wat sekali... husband ckp jgn cash out dulu.. biar je dulu dlm nuffnang tuh... aku kata ok... saya yang menurut perintah bang... =)

nota : bilalah agaknya amount aku tu masyuk mcm redmummy ek...???

YANG TINGGAL HANYA ME

07 April 2011
Assalamualaikum...
....agak lama jugak aku tak kepoh kepoh pasal nuffnang aku ni kan... lgpun sekarang ni jarang benar Buffered Earning (BE) singgah di blog aku... mungkin merajuk kot sbb aku dah lama tak ngumpat pasal die.. hehehehe.. bukan pe... nuffnang pun dah jarang sgt promote blog aku.. makanye takde citer nak di ngumpat kan.. maaf en nuffnang... tp ari ni bile bukak nuffnang semua nye dah jadi ME... tp tinggal lagi satu BE je... harap2 BE tu lamalah dok menari-nari kt blog aku... dan kalau boleh nuffnang bglah lg BE banyak2 ye... hehehe.. tima taceh... of course i love nuffnang.. that whylah i takde link ngn other ads... hehehehe.....

 
- sila lah klik utk pembesaran ye...


aLahai NuFFnaNg...

02 March 2011
... dah lama tak citer pasal nuffnang ni kan... pe nak citer lg???  cu citer cu citer cu citer... hahaha... bukan nk citer ape.. cume blog aku sekarang ni sgtlah kesunyian BE... jarang benar nuffnang bg BE kt aku sekarang nih.. ada buat salah ke aku nih... erm... takpe.. nnti aku hantar surat cinta kt nuffnang tuh.. owh.. melupakan aku ye.. hehehehe... bile aku bukak akaun nuffnang aku, satu2 BE aku dah jd ME.. ada tu tak sampai seminggu pun bertapak kt blog aku sebagai BE dah jd ME... agaknye blog aku tak cukup meriah kot... erm. kot... takpe..usaha tangga kejayaan...  aku suke jugak blogwalking kt blog2 yg sgt suke buat entry tentang nuffnang nih.. kebanyakkan petua yg dieorang bg sme... petua utk dpt BE.. tp sebenarnye terpulanglah pada nuffnang tersebut.. kalau die suke kan blog kite.. maka bertuahlah kite... dptlah income riban riban mcm red mummy tu kan... so kalau korang rasa nk blog yg harganye riban2 mcm red mummy tu kenelah usaha pun riban riban gak kan...ramai yg register nuffnang nih.. dan ramai yg berusaha utk dapatkan perhatian nuffnang... tp nuffnang ni hanyalah platform pada pengiklan-pengiklan kt luar sne tuh... so utk tau lebih lanjut tntang nuffnang korang blehlah g kat website die ek ( http://www.nuffnang.com.my ) .... 


... nampak tak tuh.. berape keping je BE yg lain semua dah jadi ME... takpe.. aku tetap bersyukur dan berterima kasih pada nuffnang... mujur ada dr takde ye dak.. hehehe.. terima nuffnang...

Klik2 HB Me, inform kt shoutbox nanti me klik2 blek HB u

hAtiku tErLuka LaGi....

30 January 2011
... entry mcm merajuk je kan kan kan.. hehehe.. takdelah merajuk pun... sje je wat statement berani mati.. hati aku bukan terluka teruk pun.. terluka sebab BE yg aku syg selama ni dah jadi ME... uwaaa!!!!!!!!!! kiciwa la jugak... tp nuffnang ni pandai lah amek at aku blek.. die bg BE baru kt aku... tp....dua iklan dah jd ME, nuffnang bg 1 je BE... hehhee.. tak reti bersyukur langsung la aku ni kan... nampak gayanye aku kene selalu blogwalking dan tingkatkan traffic la nih... satu2 BE aku jadi ME... sedeynyer.. harap2 adalah peluang utk aku cash out kan duit nuffnang.. En Nuffnang ooo En Nuffnang... bglah saya BE banyak2 skit... pastu lama2 skit... jgnlah sekejap je dok kt blog aku... takpelah.. papepun aku tetap bersyukur atas rezeki nih... harap2 Allah murahkan lah rezeki aku lagi.. amin...

 
- tu nampak tu... ada 2 iklan dah jadi ME.. tp nuffnang bg la satu BE utk pengubat hati yg duka..

pss: En. Nuffnang, nanti saya bg surat cinta ye... =)

2 dah ME tp ade 1 BE...

29 January 2011
.... tak tau nak senyum ke nak nangis... hehehe.. sebabnyer.. ada dua perasaan yg sama.. aku sedih bile aku bukak akaun nuffnang ada satu BE tu dah jadi ME... alahai... napelah kejap sgt ko singgah iklan aku.. sbb aku bukan pengguna tegar ko kah??? hehehe... tp nuffnang mengubati sedih ni dengan bagi lg satu BE baru.. yahooo...!!! dah mcm org gile kan.. skjap happy skjap sedih.. hehehe.. ape nak buat.. manusia kan penuh dengan perasaan.. chewah...bile tgk ada BE baru apelagi.. mulelah print scrn dan mengpublishkan di blog.. aku publish di blog bukan aku nak riak atau bangga.. (mmglah bangga sebab nuffnang sayang aku.. hehehe..) tp aku publish nk btau kwn2 blog aku yg dengan berblogging kite masih boleh menambahkan pendapatan.. cme yg perlu rajin dan rajin serta rajin... rajinla seperti kak redmummy maka kite boleh dapat pendapatan riban riban seperti red mummy.. erm... BE ini merupakan semangat bg aku utk aku sentiasa mencuba utk menjadi blogger yg terbaik... mudah-mudahan BE ini lamalah singgah di blog aku.. silelah ye iklan menari2 di blog aku lama2 skit... to Mr Nuffnang, thank you so much... i'm really appreciate ur attention...bglah BE byk2 lagi yer... bglah BE supaya aku terus semangat untuk berblogging.. hehehe.. happy blogging my friends...

- yg kotak merah tulah yg aku sebutkan seperti cerita di atas... syg nye yg jd ME tu ...aku rasa byk peluang nk dpt byk klu die still lg BE tp nak wat cmne.. takde rezeki namanyer tu...


- nuffnang, thanks again and pls dont forget me ok...-

DiGi piLiH bLoG aKu JuGak..!!

21 January 2011

BE yg ke-10 (termasuk yg dah jd ME) adalah dr DiGi... terima kasih byk2... terima kasih yg tak terhingga kerana pilih blog yg tak seberape ni utk iklan Digi... Alhamdulillah.. rezeki di hari jumaat kot... Digi telah memilih blog GCL aku iaitu blog Rayyan & Contest untuk iklan mereka.. terima kasih buat nuffnang jugak... semoga lamalah usia BE tu kt blog aku... Walaupun aku jarang sgt menang GCL nih.. tp nuffnang selalu je bg aku BE... terima kasih nuffnang.. aku sgt hargai hadiah dr mu itu.. hehehehe...bertambah lg sayang aku kt ko En Nuffnang... biarlah iklan Digi ni menetap lama skit kt blog aku tu ea... hehehe.. BE ni bukanlah utk menunjuk2.. tp utk memberi semangat supaya kite selalu update blog dan berkongsi cerita serta rajin2lah blogwalking untuk menambahkan kenalan... so, terima kasih sekali lagi En Nuffnang dan Digi...

Cost Per Actions (CPA) : Cara Terbaru Tingkatkan Earnings Nuffnang


... semalam, bile aku tgh khusyuk blogwalking.. aku terjumpa entry yg membuatkan aku nak tau.. aku jumpe entry ni di blog Aku dan Sesuatu dan juga di blog Amir Tulis Blog... rupe2nye die bgtau Nuffnang ada buat cara terbaru untuk meningkatkan earnings nuffnang.. wah!!! sgtlah baik hati En Nuffnang... die begitu prihatin dengan blogger yg baru mcm aku nih utk meraih pendapatan.... so, aku nk explain pun tak fhm sgt.. masih sdg belajar dan mencuba... yg aku faham ada 2 jenis kempen iklan di Nuffnang iaitu iklan Cost per Clik a.k.a CPC dan Metered Cost per Impression (mCPM)... ada perbezaam antara dua kempen ni iaitu CPC dan mCPM , kita akan dibayar melalui klik-klik iklan dr blog kita, manakala mCPM pulak kita dibayar mengikut unique view yg telah ditetapkan oleh pengiklan utk blog kite. utk keterangan lanjut tentang CPC dan mCPM ni bleh klik SINI

blog yg tak femes mcm aku ni mmg susah nk dpt iklan sepanjang masa... sebulan pun belum tentu bleh cash out dr Nuffnang... oleh sbb itulah Nuffnang telah melancarkan iklan Cost Per Action (CPA). Dengan CPA ni kita akan dibayar bile ada pengunjung blog membeli produk iklan di blog kite atau pengunjung blog mengisi borang dalam iklan yang di paparkan hasil daripada klik di iklan tersebut maka Nuffnanger akan mendapat ganjarannya. Melalui cara ni, kita boleh berpeluang menjana pendapatan dari serendah RM 1 ke RM 20 bergantung kepada syarikat pengiklan. tapi, katakan sesuatu yg lebih besar, cth seseorang membeli sesuatu barang hasil dr klik iklan di blog kita, kita mungkin akan diberi ganjaran lebih kurang RM 50 setiap satu..Lumayan bukan?

tp, mCPM ataupun BE akan tetap selalu menjadi keutamaan berbanding iklan CPC atau CPA. iklan CPC dan CPA hanya akan muncul jika tiada iklan di blog kita. kalau korang taknak iklan CPA ni kat blog korang, korang boleh turn off option di kat blog manager di dashboard Nuffnang.

so, kalau explanation aku tak berape jelas korang bleh terjah di SINI.... takpun korang bleh ke blog Aku dan Sesuatu dan blog Amir Tulis Blog.... Semoga kite sentiasa di murahkan rezeki.... terima kasih En Nuffnang...

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign