Opah aku pagi pagi mesti minum kopi.. katanya kopi ni bagus untuk elak kita dari nyayuk.. korang tau ke nyayuk tu apa? adik beradik dengan pelupa la tu. Cuma pelupa ni takdelah kritikal sampai nak buang air pun tak ingat bilik air. Kes aku pulak ni kadang kadang memang boleh spoil mood sepanjang hari. Mana taknya kadang kadang sampai stress cari barang yang kita baru je pegang. Letak kat mana pun lupa dah. Tak ke memang saje nak kena maki diri sendiri khen...(ok anak sila jangan ikut perangai mama ini ye)
Contohnya pagi tadi, aku pegang brooch.. lepas tu air yang aku masak tu dok berbunyi tanda dah masak. Aku terus pergi dapur matikan api. Lepas tu nak pakai tudung cari brooch yang aku pegang tadi dah takde. Ah sudah. Kacau betul kalau pagi pagi penyakit lupa tu datang. Dahlah brooch tu kecik kemetot. Comel macam tuan punya badan. haha.. silalah muntah ayat puji diri sendiri ye. So, apa lagi. Amek brooch baru sudah. Nampak tak kekalutan aku disitu. Padahal aku dah pegang kot brooch tu. Lepas matikan api terus macam lost sekejap aku letak kat mana brooch aku tu. Kena minum kopi la gamaknya nih. takpun telah sebakul kismis.. eh tak boleh.. Sunnah Nabi makan kismis kene nombor ganjil .. hehehe.. alasan...
Aku pun kena minum Qaseh Gold agaknya baru ingatan kembali tajam. Cepat sangat lupa. Aku rasa tak sampai 10 minit pun kot. Apalah nak jadi.. Takpe.. Lupa brooch takpa.. jangan lupa anak laki.. yang tu memang nak kena penampar baru sedar gamaknya,. hehehe..