Satu perangai Rayyan yang aku perasan dia tak suka sangat orang terlampau perhatikan dia
Senang cerita dia tak suka dijadikan perhatian
Contohnya macam kejadian baru baru ini (takdalah baru pun dah lama la juga)
Aku & Kay kononnya nak celebrate birthday Rayyan di sekolah tahun ini
Dia pun tak pernah celebrate kat sekolah kan..
So aku rasa berbesar hati nak gembirakan dia dengan menyambut birthdaynya di sekolah
Mula-mula tu memang dia agak excited..
Tapi bila dah semua kawan kawan dok tumpu kat dia, dia jadi agak takut
Pasal apa takut aku pun tak tahu
Terus hilang muka gembiranya
Yang ada muka tak suka dan nak nangis!!
ok.. layankan aje..
Terima kasihlah cikgu cikgu sebab susah susah je buat deco deco untuk Rayyan Danish.
hah nampak tak...?? nampak tak..?? tu muka dia tu...
ditenangkan seketika oleh gurunya.
hanya seketika..
lagi muka budak yang tak tahu apa ada dalam hatinya
ditenung aje kek ultraman + spidermannya itu
teman tapi mesra.. boleh gitu...
taraa... adik tengok kek dengan penuh nafsu..
adik : kalau abang taknak aku nak makan semua kek nih..nyumnyum..
it's time to sing and blow the candles...
ok time ni papa dia nak pasang api kat lilin biar dia tiup dan wish..?? tapi apakan daya.. bila kawan kawan nyanyi lagu hari jadi buat dia, dia buat tak tahu saje.. akhirnya kawan kawan yang tolong tiupkan api itu...
masih tak tahu apa ada dalam hati dia
kek yang indah lagi sedap tapi kami laki bini tak dapat rasa...
made by my friend... sangat sedap.. saya boleh recommend...
ada orang tanya ape kaitan ultraman dengan spiderman ?
suka hati aku lah... kek anak aku khen.. hahahaha
last but not least, apapun perangai awak Rayyan Danish, mama papa adik tetap sayang kamu sampai bila bila.. be a good boy, be a very good brother, and be a anak yang soleh.. apa mak ko ni merepek.. english broken then rojak. hentam.. sila abaikan...
abadikan zaman kanak kanak kamu ye rayyan.. you are 4th now...
i love u forever sayang...
semoga kamu sentiasa dilindungi daripada segala penyakit, musibah, malapetaka dan bencana..
semoga kamu membesar dengan sihat dan sempurna.. Amin.
Happy Birthday sayang..
note: saya memang suka korean girl yang bergambar dengan Rayyan Danish tu... She's so cute... kan?