Cerita lama
takdelah penghijrahan sangat
entry ni sempena wordless wednesday aku yang ntah keberapa ntah... tgk aje link ni
Setelah 7 tahun berada di pejabat yang sama kini tibalah masanya untuk aku mencari suasana yang baru
Bila dapat tawaran untuk berpindah ke pejabat yang lain aku dengan rasa berat hati menerimanya
Kenapa berat hati?
Sebab yang pertama, aku takut kalau tempat baru tidak seindah tempat yang aku ada sekarang ini
Sebab yang kedua, aku takut aku tak dapat kawan kawan yang baik macam sekarang ini
Sebab yang ketiga, aku takut bila aku berpindah keadaan aku bertambah buruk bukan bertambah baik
Dengan ketiga tiga sebab itu aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan akhirnya dengan perbincangan suami isteri aku menerima pertukaran ini dan menerima apa sahaja yang akan berlaku kelak
Bila terima surat pertukaran aku ni nak tak nak aku kenelah berpindah. mencari kawan baru dan suasana baru gituw. tapi kawan lama tetap di hati ken. hahaha
Perasaan time tu? macam macam okeh. excited + nervous
Bila tiba masa aku melaporkan diri di tempat baru, alhamdulillah..
3 sebab aku takut untuk bertukar itu dah hilang serta merta
Alhamdulillah, bos aku sangat baik hati dan pemurah orangnya... yang penting memahami dengan title ibu anak kecil.
Alhamdulillah, tempat yang indah, aman lagi bahagia
Cuma aku tak ramai kawan di sini. Mungkin sebab aku baru..(ok itu ayat nak sedapkan hati sendiri) hihihi
Tapi kawan kawan baru yang ada ni pun alhamdulillah baik baik belaka
Boleh dibilang dengan jari tangan campur jari kaki kawan kawan yang aku ada di sini
Tapi aku tetap merindui kawan kawan terbaik aku di sana.
Semoga mereka tidak pernah melupakan aku disini. (mula sedih dah ni)
taraaaa.. muka yang bosan ken... layankan aje..
Semoga aku mendapat ilmu yang baru disini.
Selamat bekerja.