blog kay & yana: Wordless Wednesday

Showing posts with label Wordless Wednesday. Show all posts
Showing posts with label Wordless Wednesday. Show all posts

Wordless Wednesday : Darjah 1

27 January 2016

Ada budak perasan dia pun darjah 1. 
Next entry kita cerita okeh...
Happy Wednesday u olls !!

Al-Fatihah buat Pak Yus Jambu...

02 December 2015


Hari ni baru nak updated blog... Baru balik bercuti mood nak updated pun dah ke laut agaknya... Takpe pelan pelan kayuh... Ada banyak cerita nak ditaipkan di sini.. Ada banyak kisah yang nak dikongsikan di sini... tapi ada satu yang menyentuh di hati... Berita pemergian seorang insan yang aku rasa dia sangat baik di mata pandangan orang dan semestinya Allah SWT... Pak Yus Jambu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin di Hospital Selayang.. Arwah meninggal dunia akibat sesak nafas dan jantung. Sedih memang sedih. Sebab kay suka sangat kumpulan Jambu daripada kumpulan yang lain. Lawak arwah yang spontan yang entah apa apa yang berjaya membuat kami gelak ketawa.. kini .... tiada lagi jinkalewajinkala... tiada lagi siti enjoy.. tiada lagi nak minta lagu boleh tak?.. tiada lagi lawak lawak spontan beliau kerana Allah SWT lebih menyayangi Pak Yus... Semoga Pak Yus tenang di sana... 

Bila dia dah tiada baru kita semua tahu betapa baiknya arwah sepanjang hayatnya... Ramai sangat yang datang menguruskan jenazah beliau.. ramai yang menangis.. betapa mereka terasa dengan kehilangan Pak Yus... semoga Pak Yus ditempatkan bersama orang orang yang beriman... 

MATI ITU PASTI... 

AL-FATIHAH...



WORDLESS WEDNESDAY : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

28 October 2015



Seronok baca buku ni. Orang selalu ingat murah rezeki ni duit semata. Tapi sebenarnya Rezeki itu besar dan luas sangat maknanye. Bukan hanya wang. 

Udara juga rezeki
Kesihatan juga rezeki
Kebahagiaan juga rezeki
Kesedihan juga rezeki
Suami yang baik juga rezeki
Parents in Law yang baik juga rezeki
Kawan kawan yang baik juga rezeki
Bos yang baik juga rezeki
Kerja yang halal juga rezeki
Masa juga rezeki
Umur juga rezeki.

Jika kita terlalu memikirkan rezeki itu hanyalah WANG kita akan rasa sempitnya rezeki kita. Bersyukur kerana rezeki itu datangnya dari Allah SWT kepada semua umatnya... Umat yang tidak menyembahnya juga merasa nikmat rezeki dariNYA. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah kan... 

Happy Wordless Wednesday.. Dapat menaip ini juga satu rezeki... Alhamdulillah. 

Wordless Wednesday : Selfie

20 August 2014
Jom layan gambar selfie kami...










Haha.. Hari tanpa kata kata kan... Banyyyaakkk lagi gambar selfie Rayyan dalam ipad.. Kalau letak sini 10 entry pun tak cukup.. ok dah.. kata Wordless Wednesday... Terlebih sudah...

note: sambungan cerita pasal raya esokla eyh... tata korang


Wordless Wednesday : Memory remain

13 August 2014
Sebelum kita bukak cerita tentang raya kami... kite wordless wednesday dulu gambar aku ni ye... 


Nampak tak frame gambar yang dok tergantung kat belakang tu??? Yg tu kami pada tahun 2006... hehehehe... memory remain sangat kan... hahahaha..


Wordless Wednesday : Mana adik Aryan ????

16 July 2014
Salam 18 Ramadhan....


cuba cari mana adik Aryan?? ini semua kerja abang Rayyan... Redha je lah ye dik... 


Wordless Wednesday : Tak sihat

04 June 2014
Lately ni saya tak sihat... tekak bengkak + batuk + sakit gigi.. Dugaan Allah untuk bersihkan dosa saya yang seluas lautan... Happy Wednesday... uhuk uhukkkkk...





Wordless Wednesday #17 - Cuti Cuti Malaysia

22 January 2014


Found my baby there? hihihihi..
I loves holiday.. 

Penghijrahan & office baru

09 October 2013
Cerita lama
takdelah penghijrahan sangat
entry ni sempena wordless wednesday aku yang ntah keberapa ntah... tgk aje link ni

Setelah 7 tahun berada di pejabat yang sama kini tibalah masanya untuk aku mencari suasana yang baru
Bila dapat tawaran untuk berpindah ke pejabat yang lain aku dengan rasa berat hati menerimanya
Kenapa berat hati?
Sebab yang pertama, aku takut kalau tempat baru tidak seindah tempat yang aku ada sekarang ini
Sebab yang kedua, aku takut aku tak dapat kawan kawan yang baik macam sekarang ini
Sebab yang ketiga, aku takut bila aku berpindah keadaan aku bertambah buruk bukan bertambah baik
Dengan ketiga tiga sebab itu aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan akhirnya dengan perbincangan suami isteri aku menerima pertukaran ini dan menerima apa sahaja yang akan berlaku kelak



Bila terima surat pertukaran aku ni nak tak nak aku kenelah berpindah. mencari kawan baru dan suasana baru gituw. tapi kawan lama tetap di hati ken. hahaha
Perasaan time tu? macam macam okeh. excited  + nervous
Bila tiba masa aku melaporkan diri di tempat baru, alhamdulillah.. 
3 sebab aku takut untuk bertukar itu dah hilang serta merta
Alhamdulillah, bos aku sangat baik hati dan pemurah orangnya... yang penting memahami dengan title ibu anak kecil. 
Alhamdulillah, tempat yang indah, aman lagi bahagia
Cuma aku tak ramai kawan di sini. Mungkin sebab aku baru..(ok itu ayat nak sedapkan hati sendiri) hihihi
Tapi kawan kawan baru yang ada ni pun alhamdulillah baik baik belaka
Boleh dibilang dengan jari tangan campur jari kaki kawan kawan yang aku ada di sini
Tapi aku tetap merindui kawan kawan terbaik aku di sana. 
Semoga mereka tidak pernah melupakan aku disini. (mula sedih dah ni)



taraaaa.. muka yang bosan ken... layankan aje.. 
Semoga aku mendapat ilmu yang baru disini.
Selamat bekerja.


Wordless Wednesday : Novel

02 October 2013


bila dah mula membaca memang susah nak berhenti walau seketika..

Tahu anak meninggal melalui Facebook

25 September 2013
copy paste dari berita harian 


Putrajaya: Seorang bapa bukan saja sedih meratapi kematian bayinya yang baru berusia lima bulan dipercayai akibat tersedak susu, malah lebih memilukan kerana nasib malang menimpa anak tersayang hanya diketahuinya menerusi Facebook.

Ismail Ramli, 28, berkata beliau mendapat tahu kejadian itu selepas membaca Facebooknya lalu terus menghubungi pemilik pusat asuhan yang menjaga anaknya, Muhammad Danish Raykal di Presint 9, tetapi tidak mendapat jawapan memuaskan. “Saya kesal perkara sebesar ini hanya diberitahu melalui Facebook, malah ketika ditanya hal berkenaan, dia (pemilik pusat asuhan) hanya jawab ‘tak tahu’ dan sekadar meminta saya segera ke bilik kecemasan Hospital Putrajaya. 



Tubuh anak kebiruan

“Saya bergegas dari tempat kerja di Cheras dan sebaik tiba di hospital, lihat isteri sudah ada di situ. Kami masuk ke bilik kecemasan dan melihat tubuh Danish Raykal kebiruan. Saya dimaklumkan sebelum kami tiba, doktor sudah mencuba sedaya upaya memberikan bantuan kecemasan hampir setengah jam, tetapi tidak berhasil,” katanya.

Ismail yang ditemui pemberita di rumahnya di Presint 9, berkata beliau sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung kejadian menimpa anaknya itu yang disahkan meninggal dunia kira kira jam 3.30 petang di Hospital Putrajaya.

Pusat asuhan minta maaf 
Sementara itu, ibu bayi malang berkenaan, Zurinawati Ismail, 26, berkata ketika menghantar mangsa bersama kakaknya, Nur Damyya Zulaikha yang berusia dua tahun lapan bulan ke pusat berkenaan, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Dia seperti biasa, cuma malam sebelumnya, dia batuk tetapi tak teruk. Saya juga hanya tahu perkara ini melalui mesej di Facebook. Pemilik pusat asuhan ada meminta maaf dan mendakwa cuba menghubungi saya serta suami banyak kali, tetapi kononnya kami tidak menjawab panggilan.

“Apa yang menghairankan, saya langsung tak dapat panggilan berkenaan atau ada apa-apa mesej di telefon menyatakan ada menerima panggilan daripada pemilik pusat asuhan terbabit,” katanya. 

_________________________________________________________________________________


Kenapa perkara sebegini harus terjadi di Putrajaya? Apa pilihan kami ibu bapa yang bekerja di Putrajaya? Anak anak bukannya mainan untuk diabaikan oleh pengasuh pengasuh. Perkara ini berlaku kebanyakkan di Putrajaya. Apa yang kami boleh lakukan supaya ianya tidak berlaku lagi di Putrajaya? Pihak berkuasa? Sila lah ambil perhatian wahai taska putrajaya dan pihak pihak yang terlibat. Kami bayar dengan harga yang tinggi (majoriti harga seorang bayi di Putrajaya adalah RM350), maka jagalah amanah Allah SWT dengan sepenuh hati.

Al-Fatihah buat adik Muhammad Danish Raykal
Takziah buat rakan seperjuangan ku, Zurinawati

-sekian-

Wordless Wednesday #15 : Penghijrahan

11 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Penghijrahan aku.. Next entry aku akan ceritakan kisah gambar gambar di bawah ye. Happy working u olls... 



-sekian-

Wordless Wednesday #14 : Rindu

17 July 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Salam Ramadhan




Rindu Airell Nizariff.. satu satunya anak buah yang aku ada.. 

Airell, kalau awak dah pandai baca awak mesti tahu makngah tulis apa.. we miss u a lot airell!!!

-sekian-

Wordless Wednesday : Nuffnang

08 May 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah


thank you nuffnang.. i know u loves me a lot !!!! 

note si bulat : hari ni mama shaye bwk shaye pegi check up untuk cucuk 5 bulan.. doakan shaye tak demam ye aunty aunty sekalian... hugs (**,) v


-sekian-

WW: amek mood bekerja....

13 March 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

11.03.2013 - merupakan tarikh hari pertama aku akan mula bekerja dimana aku tidak lagi bersama Aryan Muzaffar dalam masa 8 jam.. hua hua hua.. mmg agak MALAS dan MALAS untuk mula bekerja tapi apakan daya.. hidup di bandar metropolitan ini memerlukan kos yang tinggi jadi aku perlu bekerja untuk membantu suamiku mencari nafkah.. cewaahhh.. ayat novel gitu... jgn ada yg muntah sudah.. 

 - muke org kene keje setelah 'honeymoon' 3 bulan ...

aku akan cuba updated satu persatu aktiviti aku sepanjang aku berpantang dan bercuti bersalin ni... hihihi.. banyak btul cerita yang nak aku coretkan.. cuba aku perlukan masa dan masa serta masa.. hahaha.. masa mmg sangat pantas berlalu sekarang ni.. pejam pelik pejam pelik aku da kene keje semula... so jomla kite bekerja dengan minda yang positif serta niat yang baik.. amin...

happy working ya!


Wordless Wednesday #11 : Sempat Ke?

10 October 2012
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

dah petang baru nak buat entry Wordless Wednesday kan... ape kes??? entahlah.. hahaha.. cube korang tengok gambar kat bawah ni:
-
-
-
-
-



hah.. korang rasa kan sempat tak aku nak siapkan keje keje ni sebelum aku bersalin dan bercuti panjang? jeng jeng jeng.. usaha tangga kejayaan kan... tapi korang kenelah doakan supaya baby ni kuar ikut due die... jgn kuar awal or lambat... perancangan tu penting kan... hehehe..happy wednesday korang !!!

-sekian- 
 note : psss... happy birthday buat mama arina... big boss untuk Geng Segar Follower... semoga mama arina dimurahkan rezeki dipanjangkan umur dan diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat... happy birthday yerk.. ramai geng geng buat entry wish birthday utk mama arina.

Wordless Wednesday #9 : Mesyuarat di hari Rabu.

22 February 2012
 - bergambar pengubat mengantuk di kala sedang bermesyuarat... 

note : tak sempat nak update apa-apa cerita.. superBZ... huhuhu



Wordless Wednesday #8 : Hasil Pertama

08 February 2012
Salam semua,


Hasil pertama suami menggunakan PS.... 

quite nice for the first trial right ?


Wordless Wednesday #7 : Selamat Hari Wilayah

01 February 2012
Salam,


Selamat Hari Wilayah !! 
Arini public holiday bagi negeri negeri yang berwilayah... =)
marilah kite berjimba jimba...


Wordless Wednesday #6 : Fungsi Tepung

11 January 2012
  Salam,
  


gambar ini akan menjadi kenangan di zaman akan datang... happy birthday...!!! 

note: birthday mangsa-mangsa di atas telah lepas ye... gambar ini hanya sekadar kenangan... =)

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign