blog kay & yana: harta jannah

Showing posts with label harta jannah. Show all posts
Showing posts with label harta jannah. Show all posts

Perihal Sedekah...

10 September 2015

Bila cakap tentang sedekah ianya subjektif dan sensitif. Sensitif sebab kadang kadang ada sesetengah orang bila nak bersedekah kena beritahu satu Malaysia. Bila cakap tentang bersedekah ni aku bukanlah daripada golongan orang yang tegar memberi sedekah. Ya aku akui tu. Sebab kadang kadang aku rasa macam aku bagi dia duit tapi duit tu bukan untuk dia. Untuk orang yang suruh dia sedekah. Macam sindiket lah. Jadi pada aku buat apa aku bagi dia duit kalau nanti mengkayakan orang yang suka suka suruh orang lain pergi minta sedekah? korang faham tak maksud aku.. 

Tapi Kay rajin.. rajin sangat bagi orang duit. Kalau kat kedai makan dia nampak ada orang buta bersama pembawanya tu datang dia dah standby duit dah nak bagi. Bila aku cakap pendapat aku macam yang aku bebel kat atas tu dia cakap itu urusan Allah. Yang penting niat kita nak sedekah tu Lillahitaala. Yang lain biarlah Allah yang uruskan. Maknanya kay tak kisah pun duit yang die bagi tu tadi pergi kemana akhirnya. Yang penting dia dah jalankan tanggungjawab die untuk bersedekah. Jadi aku belajar dari situ. Orang tu tipu aku ke tak ke itu urusan dia dengan Allah. Yang penting niat aku ikhlas. Bersedekahlah kerana Allah Taala. dan Allah Taala akan membalasnya dengan sejuta kali rezeki untuk hambaNYA. 


Macam gambar yang kat atas. Aku bukan nak aibkan sape sape eyh. Sebelum tu aku dah nampak kawan dia dok jalan tengah panas. Aku cakap kesiannya dia bang. tengah tengah panas jalan cari duit. Lepastu aku nampak budak tu kat depan CIMB Bank Bangi. Die bukan minta derma. Dia jual kismis sambil menderma. Walaupun takde surat ape smua tapi aku terus minta Kay beli kismis tu. Anak anak aku pun boleh makan. Mana tau jadi Tahfiz nanti dah besar kan. AMIN.. 

Kita tak tahu hasil jualan kismis dia kemana. Tapi niat kita beli kismis dia ikhlas nak tolong dia. Ada juga orang yang keluar dari bank tak beli pun kismis dia tapi bagi dia duit. Dan orang tu bukan Islam pun okeh. Janganlah risau duit kita tu akhirnya kemana. Bila kita bagi seseorang 'rezeki' niatlah kerana Allah Taala. rezeki bersedekah ni sangat lah besar. Percayalah.


Kita takkan jadi papa kedana bila kita rajin bersedekah In Sya Allah... 
Renung renungkan dan selamat beramal...

Excident Sebelum Pagi Raya Pertama

04 August 2015

Sebelum kita cerita pasal hari raya pertama raya kedua raya ketiga dan raya raya seterusnya jomlah kita cerita pasal kejadian sebelum pagi raya pertama. So bila aku tepek gambar gambar kami satu family takdelah keluar soalan "kenapa dahi laki ko tu bertampal plak yana?".. kalau ada yang tanya sila lah baca entry ni... taip sambil menangis okeh... ahahahahah.. ok tu aku tipu..

 Pertama kali dalam hidup aku hadapi dugaan begini. Sesungguhnya betul lah cakap orang orang tua... Malang tu memang tak berbau.. kalau bau kita ni dah selamat la kat dunia ni... Tahun ni kami memang beraya di Melaka.. rumah ibu mertua ku... So kay minta aku balik dulu saing adik dia... Dia akan balik malam raya lepas dia tutup kedai di uptown tu. tutup kedai jam 3 pagi. So aku estimated dia akan sampai dalam 4.30 atau 5.00 pagi...  tiba tiba pukul 5 pagi dia call aku.. nasib baik la aku ni tersedar walaupun handphone aku tu aku cas jauh nun di sana. Naluri isteri barangkali... Bila aku angkat dia tak bercakap tapi aku dengar bunyi kecoh macam orang bising bising... Aku ingat dia da sampai kat depan pintu rumah mak dia... aku pun call lah balik. Bila aku call balik dia cuma cakap... "ayg, abg excident".... apalagi.. terbuntang luas la mata aku ni... terus panik.. terus tanya dia macam mana boleh excident... tapi dia punye suara macam cool je tak taulah sebab taknak aku panik atau dia tahan sakit atau whatever.. time tu aku speechless. aku tanya dia kat mana.. dia ckp kat nilai.. Nilai?? 5 pagi masih kat nilai.. pukul brp dia gerak dari rumah sebenarnya??? time tu soalan bertubi tubilah dalam kepala otak aku nih.. tapi tak terluah pulak sebab aku panik... aku pun tak ingat ape yang aku cakap kat dia.. yang aku tau die suruh kejut smua orang.. orang pertama yang aku kejut adik ipar aku yang no 2. Angah. Lepastu kejut adik ipar aku yang ketiga uda. lepastu kejut ayah mertua aku.. Aku tak bagi kejut mak mertua aku sebab aku tak nak dia risau susah hati nanti takut dia sakit pulak. So aku minta tolong beras eh biras aku tolong bawak aku pergi tempat kejadian. Aku call kay minta dia hantar location. Dia hantar location hospital seremban. Rupanya dia dah ada dalam ambulans.. makanya bergegaslah aku , biras aku dan bapak mertua ku ke hospital seremban jam 5.30 pagi di pagi raya pertama tu. Bayangkanlah.... sedih tak sedihlah....

Kay wassap aku gambar ni.. gugur juga jantung time tgk gambar ni. rupanya dia selfie dalam ambulan.. sempat lagi tu.

Dalam pukul 6.30 pagi aku sampai Seremban aku terus tanya kaunter. bla bla bla.. akhirnya aku masuk dalam BILIK KECEMASAN SEPARUH KRITIKAL... pintu tu terbuka so aku dengan bapak mertua aku ni main masuk je.. agaknya pagi raya kot doctor pun tak sampai hati nak halau kitaorang suruh tunggu kat luar... ahahahahaha... sebab aku rasa aku dengan bapa mertua aku je orang luar yang sihat dalam tu. so aku assume orang luar tak boleh masuk.. tapi ada aku kisah.. aku tanya doctor kot kotlah dia tahu kay kat mana.. dengan sopannya dia kata wife En khairul ke? laju je aku anggukkan kepala... terus doctor tu cakap ok tunggu sekejap eyh dia tengah salin baju... ok.. dia suruh tunggu sekejap bukan tunggu kat luar.. so aku tunggulah kt situ sambil perhatikan org org lain yang terbaring kat atas katil.. dalam hati bersyukurlah Allah kurniakan aku kesihatan yang baik... 

Dalam 20 minit kot baru aku dibenarkan tengok kay. Time tu dia baru tukar uniform hospital. Aku tanya doctor kena warded.. doctor tu gelak je sambil sambil tu dia cakap.. "eh takdelah.. boleh raya arini"... laki aku pun gelak... padahal kening dah terkoyak tu. ahahaha.. then doctor bagitahu kening kay tu perlu dijahit dan kaki dia perlu di x-ray untuk pastikan tiada patah atau retak. 

Pagi raya aku sedih sangat bila dengar orang takbir kat tv. Aku tak berani nak call mama baba wish selamat hari raya sebab CONFIRM aku nangis. CONFIRM... aku tak pernah lagi tau beraya kat hospital. So aku hantar wasap je kat mama baba dengan airmata yang berlinangan. ceewahh.. tak memasal aku bapa mertua ku dgn biras aku pagi raya makan roti canai keras okeh.. punyalah susah nak cari kedai makan pagi raya tu kat Seremban. Jenuh jugak pusing. Lastly jumpa la mamak yang tak berapa mamak... Aku memang takdak selera nak telan apa apa. Minum air teh o je tupun tak abes. Punyalah kelat tekak ni rasa. Hati dah meronta ronta nak makan ketupat mak mertua ku tau... Sabar je lah.. 

Lebih kurang jam 10.30 pagi rasanya, segala rawatan yang diperlukan kay selesai. Kening dia berjahit, kaki dia bengkak.. mujur takde yang patah riuk. kalau tak menangis tak berlagu la jawabnya. Lepas dibenarkan keluar hospital kiteorang terus buat report di Balai Polis Trafik Nilai. Dah macam balik Putrajaya balik dah rasanya... Settle kat balai polis barulah balik rumah. Sampai rumah mak mertua dah berlinang air mata tengok satu satunya anak lelaki dia dah bertampal kat kening tu hah. Benda dah nak jadi. Syukurlah Allah panjangkan lagi umur suami aku tu. Bersyukur sangat. Kereta remuk takpelah janji laki den selamat.. 

Gambar kami di pagi raya yang hening.... 

Berhati-hatilah di Jalanraya Sahabat semua... Mungkin kita dah cukup berhati-hati orang lain pulak buat jalan tu macam jalan bapak dia sendiri. Apapun bacalah doa sebelum memulakan perjalanan . Hanya Allah sebaik baik pelindung buat kita semua. In Sya Allah

Time to rest my fingers guys.. lenguh tau menaip... ahahahahaha....



 Kesian dia.. 9 tahun kami bela dia.. baik je.. luka luka sikit tu standard la.. la ni dia kena masuk klinik.. lama sangat.. patah kaki kami ni nak merayap sana sini. Dahlah ni je satu satu je kereta yang kami ada.. Dia lah yang bawa aku pergi pejabat.. dia bawa anak anak aku pergi sekolah.. dia bawa kami pergi Alamanda.. dia bawa kami balik kampung..segala galanya dia lah.. Bila dah injured macam ni...susahnya hati... GWS JJX.. 

Chapter 2 kita cita lain entry eyh...

Selamat Hari Raya...
 

Happy Anniversary Husband

03 August 2015

02 Ogos 2015

Happy Anniversary Husband....

Semalam we celebrate ur birthday...
Today we celebrate our anniversary..
Happy 7th Anniversary...
7 tahun hidup bersama...
Alhamdulillah.. 
Masih bersama.. bahagia bersama... apatah lagi dengan kehadiran 2 hero mirip Abg...
Terima kasih atas segalanya...
Terima kasih atas kasih syg abg..
Semoga abg sentiasa menjadi suami yang sempurna 
Yang sentiasa cuba untuk membahagiakan keluarga...
My love is infinity..
Just for you.. 
In Sya Allah...
Semoga abg adalah suami ayg dunia dan akhirat...
In Sya Allah..
AMIN.



kayluvyana4ever

Ragam Rayyan Masuk Pra Sekolah

12 February 2015

Excited bebeno kan cerita pasal anak teruna sorang ni.. Gila tak excited... Mak Bapak sibuk belikan persiapan anak anak nak masuk darjah 1 aku pun sibuk nak beli persiapan anak aku masuk Pra Sekolah.. Pra Sekolah je pun tapi excited tu Allah je yang tahu... 

Setiap hari aku atau Kay akan cakap dengan Rayyan pasal seronok nya sekolah dia.. Memang seronok pun sebab restoran mamak kat sebelah sekolah je. Cis... Landmark dia restoran mamak okeh.. So dia memang dah excited nak masuk sekolah baru.. New experience new environment new friends and teacher new everything... Ooo lupa.. bag sekolah je still bag lama.. ahahahahhaha.. 

First day Rayyan masuk Pra Sekolah.....


Hari yang dinanti. Lama sangat dia duduk rumah.. Mungkin dah bosan agaknya tu yang excited sangat dia bila nak pergi sekolah baru.  Hari pertama bangun pun senang. Tu yang muka senyum je.


Kami sampai terus ke dewan.. Time ni aku dah berdebar dah sebab dia kena masuk dewan sendiri ada taklimat. Ibu bapa hanya boleh tunggu dari luar je. Alhamdulillah nasib baik Rayyan nak masuk dewan dan duduk di barisan sama dengan kawan kawan yang lain.. Dia dok toleh cari aku ingatkan nak nangis ke ape ke.. rupa rupanya dia nak bag dia.. Aku pegang bag sekolah dia. huhuhu... 

Lepas taklimat dia terus ke kelas. Tu pun dengan bimbingan guru guru Pra Sekolah. Beraturlah budak budak 6 tahun jalan sama sama ke kelas masing masing.. Comel tau tengok dieorang jalan ikut barisan. 


Alhamdulillah.. Aku boleh kata aku bangga sangat bila dia boleh adapt dengan sekolah yang baru. Kiteorang boleh nampak betapa matangnya dia.. Betapa berdikarinya dia.. Berdebar juga kiteorang masa first day dia tu. Tapi Alhamdulillah .. Syukur sangat sebab sepanjang hari aku dok sekolah tu yang aku nampak di riak muka dia adalah senyuman dan keseronokan.. even ada a few classmate die yang menangis.. Standardlah mana mana sekolah pun pasti ada dua tiga orang budak yang nangis masuk alam baru... 


Masa ni amek gambar dari tingkap kelas je. Die senyum je.. Good boy kan? Lepas masing masing dah masuk dalam kelas dieorang akan ke tempat makan untuk sarapan. Di Pra Sekolah mereka akan makan 2 kali. Sarapan pagi jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi , makan kali kedua pukul 10.00 pagi. So tak payah risau pasal makan anak anak di Pra Sekolah. Tak perlu beratur di kantin sekolah. 




 Suasana di tempat makan. Di sini tak silap aku anak anak akan dilatih basuh tangan dahulu sebelum beratur ambil makanan. Bila semua kawan kawan dah ambil makanan, anak anak akan baca doa makan dan selepas makan mereka perlu letakkan pinggan dan cawan di tempat yang disediakan. 


Pukul 12 tengah hari aku dah terpacak depan kelas dia tunggu dia keluar. Nampaknya Rayyan seronok betul sekolah di sini. Alhamdulillah. Takdelah aku susah hati nak pergi kerja kan kan kan... 


Hari pertama cikgu dah beritahu Ibu Bapa boleh ambil anak anak di depan pintu pagar depan sebab setiap hari guru guru ni akan bawa anak anak ke pagar depan dan tunggu sampai ibu bapa atau penjaga mereka datang. 

So kelegaan yang panjang sangat disitu.. Cuma perasaan sayu yang datang dalam hati bila Kay cakap dah besar dah anak kita. Dia dah boleh faham apa yang sedang berlaku.. 

So far Alhamdulillah.. Rayyan sangat sangat sangat behave. 

Kalau aku kaya

05 June 2014
Sejak jadi ibu ni aku memang sennnnnaaang sangat , sangat sangat senang tersentuh dengan anak anak kecil. Kalau ada anak kecil yang sakit, atau dijemput Illahi aku memang mudah menangis. Hati aku ni bukan dah macam tisu lagi dah... Dah macam tisu basah tau.. Mudah sangat terkoyak... Mesti semua tahu kisah budak perempuan yang mati dibunuh dengan kejam tu kan..? Budak tu mati hanya kerana dendam syaitan kepada ibunya.. Budak tu mati hanya kerana dosa dosa ibunya. Allah... Apalah dosa dia diperlakukan begitu... Semoga kamu tenang disisi Penciptamu sayang... Al-Fatihah... AMIN...

Semua orang kat Malaysia ni tahu kisah budak perempuan tu. Anak gelandangan. Aku baca kisahnya dari blog Mazidul Akmal Sidek. Tentang anak gelandangan ni memang buat aku banjir sungguh... Ramai rupanya anak-anak kecil yang sebaya anak anak kita tidur hanya berlapikkan surat khabar, kotak, berselimutkan baju berbantalkan lengan... Ramai... Sedihnya aku tengok... teringin nak pergi tengok dengan mata kepala sendiri tapi....aku nikan penakut... so aku memang tak punya kekuatan nak tengok kehidupan keluarga yang hidup di tepi tepi jalan nih. 

Kalau aku kaya tentu aku dah buat satu rumah untuk mereka yang ada anak kecil.. Sekurang kurangya mereka tak perlu tidur di tepi tepi pejalan kaki atau di bawah pokok... Aku tak tahulah projek bantal Mazidul tu masih berjalan atau tak.. sebab entry entry yang aku baca tahun 2010... Berikan aku kekuatan dan peluang untuk aku beramal walaupun sedikit buat anak anak gelandangan ini... Janganlah terjadi lagi perkara yang menimpa adik Soffea kepada anak-anak yang lain... AMIN...



Pihak-pihak yang BERWAJIB... JKM bolehlah buat tindakan supaya anak anak ini tidak diabaikan... 


sayang sayang mama, kamu patut rasa bersyukur sangat sangat sebab nasib kamu jauhhh lebih baik dari kawan kawan kamu... Walaupun mama tak mampu nak pakaikan yang mewah mewah buat kamu , mama tak mampu  nak belikan mainan yang mahal mahal buat kamu, tp mama berusaha jadikan kamu anak anak yang bertuah kerana kamu adalah harta mama dan papa di akhirat nanti... Bersyukur ye sayang... kita kena selalu bersyukur... =)


Perkara biasa bila hantar anak ke taska

02 June 2014
Zaman sekarang ni suami isteri perlu bekerja... Bekerja mencari rezeki untuk kesenangan anak anak... Tapi biarlah hidup dalam keadaan yang sederhana. Asalkan rezeki yang ada cukup untuk makan anak anak, cukup untuk beli mainan murah murah, cukup untuk beli baju menutup aurat sudah kira senang la kan. Hidup di kota Metropolitan semuanya perlukan duit. Tiada lagi yang percuma. Bila ibu yang seharusnya menjaga anak anak dirumah perlu keluar membantu suami mencari duit, maka anak anak perlu dihantar ke taska. Taska sekarang bersepah dah. Nak nak kat Putrajaya ni. Taska tumbuh bak cendawan. Tapi sebagai ibu bapa carilah taska yang terbaik buat anak anak sebab kita taknak kerja dalam keadaan yang tertekan fikirkan anak anak kan.. Jadi kalau taska tu adalah taska yang terbaik pasti kita letak kepercayaan pada mereka untuk jagakan anak anak kita. 
Rayyan dengan ex GF dia... time ni celebrate besday dia yang ke 4 tahun... dah jadi ex GF sebab tahun ni dia dah pindah sekolah lain... sob sob sob.. tata chika.... 

Tapi, dalam the best of the best tu ada juga perkara yang kita tak boleh elak bila kita hantar anak kita kat taska. Antaranya yang paling ketara selsema & batuk. Memang susah sangat nak elok bila dah dapat penyakit tu. Bila penyakit tu dah singgah susah betul dia nak hilang. Kadang-kadang bersilih dengan demam. Risau aku ni sbg ibu jangan ceritalah. Memang susah hati je memanjang. Tapi as long Doc kata itu NORMAL bagi budak budak yang di taska.. oklah.. cuma aku perlu cari something untuk antibodi mereka. Dan aku pilih Jus Qaseh.. So far Alhamdulillah.. Selsema batuk memang susah nak elak tapi mereka dah jarang demam. Alhamdullillah.. Berkat dari Allah juga yang melindungi anak anak aku dr segala penyakit. Semoga Allah sentiasa melindungi harta-harta Jannah aku. AMIN...

kalau mood pagi pagi elok cantik je memang boleh tersenyum amek gambar dia... peace tak jadi... sama mcm abg Rayyan time umur awak dik.. kalau buat peace mesti jadi 1 Malaysia... 

Selain tu, hadiah digigit kawan pun takleh nak elak gak.. Macam Aryan, aku rasa banyak kali juga dia jadi mangsa gigitan kawan kawan sebaya dia. Rayyan dah takde da, da besar da.. kalau kena gigit dengan kawan aku hambat je budak tu kat tiang ... hehe. ok tu aku tipu.. aku ni kan hati tisu.. manalah sampai at nak pukul budak... sebenarnya aku tak berani pun.. kalau Rayyan kena gigit dengan budak kelas dia, aku kenalah tanya cikgu dia. Takkanlah 5 tahun main gigit gigit lagi kot.. nak kena penampar? hehe... 

Banyak sebenarnya kemalangan-kemalangan kecil di taska yang kita perlu redha even taska yang kita pilih adalah taska yang terbaik di dunia... cuma bak kata owner taska anak aku... letaklah kepercayaan pada pihak taska...binalah hubungan dengan pendidik pendidik di taska, dan berdoalah untuk anak anak kita dan pendidik pendidik mereka... 


Semoga permata-permata hati mama sentiasa dilindungi ye sayang... Pejam pelik pejam pelik dah 3 tahun aku letakkan kepercayaan pada Cendiakawan Educare.. Bersyukurlah pada mereka yang memiliki suami kaya raya.. mampu bagi gaji hingga tak perlu bekerja dengan org lain... so boleh membesarkan anak anak depan mata sentiasa... =)


Jom balik rumah sayang mama peluk banyak banyak.... =)


Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign