Alhamdulillah... Syukur Alhamdulillah... Akhirnya kemenangan milik mutlak pasukan Malaysia.. Alhamdullillah.. mmg seluruh rakyat Malaysia menantikan permainan final ini bila sekali lagi Malaysia terpaksa menentang Indonesia dalam Final Sukan Sea semalam di Indonesia.. mmg mendebarkan lah perlawanan semalam.. tak senang duduk aku... dr dapur ke bilik belakang... dr bilik ke depan.. dr depan ke toilet.. dr toilet dok depan tv tak abes abes gak bola sepak nih.. adoi... tp aku mmg salute la kat team Harimau Malaya sebab bermain dengan bersungguh-sungguh.. injured injured bagai... tp tetap main hingga penalty ko... tekanan pemain Malaysia mmg dapat dirasai sampai Malaysia... adoi... berdebar2 jantung nih...
nasib baik kite punye pemain pemain yang sangat hebat... terus bertahan dan bertahan..mengatur langkah melawan pemain pemain 'import' Indonesia... KFCM mmg banyak menjadi penyelamat bila dia menepis dan terus menepis bola demi bola... asakan Indonesia mmg hebat tp defender kite ape kurangnya..disini kita nampak peranan Muslim mmg penting dan beliau dah buktikan yang beliau juga defender yang hebat.
gol pertama dari Malaysia disempurnakan oleh Asraruddin Putra Omar, 23 tahun setelah 2 kali mencuba untuk menanduk bola... kali ketiga barulah menjadi tandukkan dari dia... gol pertama Malaysia itu membuat penonton Indonesia yang lebih 100,000 tu senyap sunyi terdiam dan terkedu... siapa sangka tandukkan magik dr Asraruddin menjadi akhirnya... hehehe... time ni rumah aku dah mcm stadium dah... memasing kuar rumah jerit gol !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
mata 1-1 terus kekal sehingga minit tambahan terakhir... tiada gol yang sah dr kedua-dua pihak.. maka mereka bertemu di Penalti untuk menjadi penentu juara bagi SEA Games ini.. aku terus berdebar... tawaf lg satu rumah.. nasib baik rumah kecik..huhuhu... rayyan danish dah dok main sorang2.. ksian si kecik tuh...
Penalty pertama dari team Malaysia, tendangan pertama oleh Mahali Jasuli, 22 tahun berjaya menjaringkan gol yang pertama bg penalty Malaysia... tendangan kedua oleh Fandi Othman, 19 tahun juga berjaya menjaringkan gol membuat Malaysia lebih 1 mata dari Indonesia... tendangan ketiga oleh Fakri Saarani, 22 tahun gagal memperdayakan goal keeper Indonesia. Tendangan keempat pula disempurnakan oleh Fadhli Shas, 20 tahun berjaya membuat jaringan gol bg Malaysia.. Tendangan terakhir merupakan tendangan ajaib daripada kapten pasukan Malaysia, Baddrol Bakthiar, 23 tahun berjaya membuatkan Malaysia memenangi Piala Emas bagi Sukan Sea 2011. Gol yang terakhir betul2 membuat rakyat Malaysia bersorak dengan penuh kesyukuran.. Alhamdulillah... maka kemenangan memang milik negara berdaulat.. MALAYSIA..
Sejuta tahniah buat pemain-pemain Harimau Malaya, tahniah buat KFCM yang dapat menepis 2 gol penalty dengan hebatnya... tahniah buat Baddrol Bakhtiar sebagai kapten pasukan Malaysia... tahniah buat Ong Kim Swee kerana berjaya melatih team Harimau Malaya... tahniah buat seluruh rakyat Malaysia yang berdoa untuk kejayaan ini... tak sia sia aku tawaf satu rumah.. kah kah kah... puas hati aku bile lagu NEGARAKU MALAYSIA berkumandang dengan kuat di stadium Indonesia... hahahaha.. (tulah time opening korang tak hormat lagu negara aku.. padan muke korang!!!)
Jangan salahkan Fakri diatas kegagalan beliau menjaringkan gol penalty,, jika bukan sebab die, Malaysia mungkin tak berjaya masuk ke final... Congratulations!!!!!!
"SELAMANYA.. SELAMANYA.. SELAMANYA HARIMAU MALAYA... SELAMANYA.. SELAMANYA.. SELAMANYA.. SOKONG MALAYSIA.."
MALAYSIA BOLEH!!!
- gaya semangat rayyan danish bile skuad Harimau Malaya sedang menyanyikan lagu Negaraku sebagai Juara Bola Sepak Sukan Sea ke 26...