Sebelum kita cerita pasal hari raya pertama raya kedua raya ketiga dan raya raya seterusnya jomlah kita cerita pasal kejadian sebelum pagi raya pertama. So bila aku tepek gambar gambar kami satu family takdelah keluar soalan "kenapa dahi laki ko tu bertampal plak yana?".. kalau ada yang tanya sila lah baca entry ni... taip sambil menangis okeh... ahahahahah.. ok tu aku tipu..
Pertama kali dalam hidup aku hadapi dugaan begini. Sesungguhnya betul lah cakap orang orang tua... Malang tu memang tak berbau.. kalau bau kita ni dah selamat la kat dunia ni... Tahun ni kami memang beraya di Melaka.. rumah ibu mertua ku... So kay minta aku balik dulu saing adik dia... Dia akan balik malam raya lepas dia tutup kedai di uptown tu. tutup kedai jam 3 pagi. So aku estimated dia akan sampai dalam 4.30 atau 5.00 pagi... tiba tiba pukul 5 pagi dia call aku.. nasib baik la aku ni tersedar walaupun handphone aku tu aku cas jauh nun di sana. Naluri isteri barangkali... Bila aku angkat dia tak bercakap tapi aku dengar bunyi kecoh macam orang bising bising... Aku ingat dia da sampai kat depan pintu rumah mak dia... aku pun call lah balik. Bila aku call balik dia cuma cakap... "ayg, abg excident".... apalagi.. terbuntang luas la mata aku ni... terus panik.. terus tanya dia macam mana boleh excident... tapi dia punye suara macam cool je tak taulah sebab taknak aku panik atau dia tahan sakit atau whatever.. time tu aku speechless. aku tanya dia kat mana.. dia ckp kat nilai.. Nilai?? 5 pagi masih kat nilai.. pukul brp dia gerak dari rumah sebenarnya??? time tu soalan bertubi tubilah dalam kepala otak aku nih.. tapi tak terluah pulak sebab aku panik... aku pun tak ingat ape yang aku cakap kat dia.. yang aku tau die suruh kejut smua orang.. orang pertama yang aku kejut adik ipar aku yang no 2. Angah. Lepastu kejut adik ipar aku yang ketiga uda. lepastu kejut ayah mertua aku.. Aku tak bagi kejut mak mertua aku sebab aku tak nak dia risau susah hati nanti takut dia sakit pulak. So aku minta tolong beras eh biras aku tolong bawak aku pergi tempat kejadian. Aku call kay minta dia hantar location. Dia hantar location hospital seremban. Rupanya dia dah ada dalam ambulans.. makanya bergegaslah aku , biras aku dan bapak mertua ku ke hospital seremban jam 5.30 pagi di pagi raya pertama tu. Bayangkanlah.... sedih tak sedihlah....
Kay wassap aku gambar ni.. gugur juga jantung time tgk gambar ni. rupanya dia selfie dalam ambulan.. sempat lagi tu..
Dalam pukul 6.30 pagi aku sampai Seremban aku terus tanya kaunter. bla bla bla.. akhirnya aku masuk dalam BILIK KECEMASAN SEPARUH KRITIKAL... pintu tu terbuka so aku dengan bapak mertua aku ni main masuk je.. agaknya pagi raya kot doctor pun tak sampai hati nak halau kitaorang suruh tunggu kat luar... ahahahahaha... sebab aku rasa aku dengan bapa mertua aku je orang luar yang sihat dalam tu. so aku assume orang luar tak boleh masuk.. tapi ada aku kisah.. aku tanya doctor kot kotlah dia tahu kay kat mana.. dengan sopannya dia kata wife En khairul ke? laju je aku anggukkan kepala... terus doctor tu cakap ok tunggu sekejap eyh dia tengah salin baju... ok.. dia suruh tunggu sekejap bukan tunggu kat luar.. so aku tunggulah kt situ sambil perhatikan org org lain yang terbaring kat atas katil.. dalam hati bersyukurlah Allah kurniakan aku kesihatan yang baik...
Dalam 20 minit kot baru aku dibenarkan tengok kay. Time tu dia baru tukar uniform hospital. Aku tanya doctor kena warded.. doctor tu gelak je sambil sambil tu dia cakap.. "eh takdelah.. boleh raya arini"... laki aku pun gelak... padahal kening dah terkoyak tu. ahahaha.. then doctor bagitahu kening kay tu perlu dijahit dan kaki dia perlu di x-ray untuk pastikan tiada patah atau retak.
Pagi raya aku sedih sangat bila dengar orang takbir kat tv. Aku tak berani nak call mama baba wish selamat hari raya sebab CONFIRM aku nangis. CONFIRM... aku tak pernah lagi tau beraya kat hospital. So aku hantar wasap je kat mama baba dengan airmata yang berlinangan. ceewahh.. tak memasal aku bapa mertua ku dgn biras aku pagi raya makan roti canai keras okeh.. punyalah susah nak cari kedai makan pagi raya tu kat Seremban. Jenuh jugak pusing. Lastly jumpa la mamak yang tak berapa mamak... Aku memang takdak selera nak telan apa apa. Minum air teh o je tupun tak abes. Punyalah kelat tekak ni rasa. Hati dah meronta ronta nak makan ketupat mak mertua ku tau... Sabar je lah..
Lebih kurang jam 10.30 pagi rasanya, segala rawatan yang diperlukan kay selesai. Kening dia berjahit, kaki dia bengkak.. mujur takde yang patah riuk. kalau tak menangis tak berlagu la jawabnya. Lepas dibenarkan keluar hospital kiteorang terus buat report di Balai Polis Trafik Nilai. Dah macam balik Putrajaya balik dah rasanya... Settle kat balai polis barulah balik rumah. Sampai rumah mak mertua dah berlinang air mata tengok satu satunya anak lelaki dia dah bertampal kat kening tu hah. Benda dah nak jadi. Syukurlah Allah panjangkan lagi umur suami aku tu. Bersyukur sangat. Kereta remuk takpelah janji laki den selamat..
Gambar kami di pagi raya yang hening....
Berhati-hatilah di Jalanraya Sahabat semua... Mungkin kita dah cukup berhati-hati orang lain pulak buat jalan tu macam jalan bapak dia sendiri. Apapun bacalah doa sebelum memulakan perjalanan . Hanya Allah sebaik baik pelindung buat kita semua. In Sya Allah
Time to rest my fingers guys.. lenguh tau menaip... ahahahahaha....
Kesian dia.. 9 tahun kami bela dia.. baik je.. luka luka sikit tu standard la.. la ni dia kena masuk klinik.. lama sangat.. patah kaki kami ni nak merayap sana sini. Dahlah ni je satu satu je kereta yang kami ada.. Dia lah yang bawa aku pergi pejabat.. dia bawa anak anak aku pergi sekolah.. dia bawa kami pergi Alamanda.. dia bawa kami balik kampung..segala galanya dia lah.. Bila dah injured macam ni...susahnya hati... GWS JJX..
Chapter 2 kita cita lain entry eyh...
Selamat Hari Raya...