blog kay & yana: October 2015

PIALA AFC 2015 | FC ISTIKLOL VS JDT

30 October 2015


If you guys berminat nak join anak anak Johor Darul Takzim yang ada di Perantauan tengok perlawanan final Piala AFC 2015 dimana JDT akan bertemu dengan FC Istiklol esok malam, u guys boleh saksikan Perlawanan akhir Piala AFC 2015 di Uptown Puchong Night Bazaar. Boleh waze Petronas Meranti Jaya atau Tesco Bukit Puchong.  Disana terdapat skrin besar dan dijangka seramai 60 orang akan hadir memberikan sokongan kepada pasukan JDT... Kalah atau menang adat permainan. Yang penting sokongan kita sebagai anak Johor Darul Takzim dan juga sebagai anak Malaysia. Sama sama lah kita menyokong usaha TMJ kesayangan ramai ini. 

Sambil sambil korang layan perlawanan tu esok bolehlah singgah ke booth Kay de Lanun yang bernombor K65 disana. Boleh beli koleksi Lanun Johor yang original. Sokonglah buatan anak Malaysia ye... 

Good Luck JDT... We are here in Malaysia always pray for you.. Congratulations TMJ... U bring a lot changes in football team... Great Leader and Johorean always proud of you... 

Kipidap JDT... 

Jika tidak mampu menyokong ketika kalah,  jangan bersorak ketika menang... 

Lets go gais... Kita penuhkan ruang legar Uptown Puchong Night Bazaar esok malam... Anything information boleh contact Kay de Lanun

Whatsapp/call : 0197197992
facebook : https://www.facebook.com/kayde.lanun?fref=ts
instagram : @kaydelanun

Thank you for support Lanun Joho gais...! =)

TAZKIRAH JUMAAT: SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW


Salam Jumaat... =)


Dah banyak petanda kiamat kan.. Wallahualam.. Semoga kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW.... Kita semua nak berjaya di dunia dan di akhirat kan... In Sya Allah.. Rajin rajinlah selawat ye kawan kawan. Semoga kita beroleh syafaat daripadaNYA..  AMIN..

Sharing is caring.. Thank you for sharing gais... 

JJX 1212 SELEPAS ACCIDENT

29 October 2015

Refer pada entry aku sebelum sebelum ni..

http://kayyana85.blogspot.my/2015/08/excident-sebelum-pagi-raya-pertama.html

Semua tahu kereta aku memang teruk masa excident tu. Pihak insurance nak declare sebagai totally lost tapi aku dengan Kay decide nak baiki kereta tu. Kalau totally lost aku nak pakai kereta apa. Sebenarnya boleh je nak baiki tapi entahlah aku tak banyak masuk campur sangat dalam hal hal gini. Serah jelah pada Kay. Yang aku tahu aku tak nak tambah hutang sebab JJX akan jadi hak milik aku bulan Oktober nanti. Bulan 10 nanti last bayar dia then yahoo takde hutang nak bayar untuk kereta dah. 

Hampir 3 bulan juga dia tersadai kat bengkel tu. Minggu lepas Kay pergi ambil dia bawak balik rumah sebab dah siap.. Yeay.. Excited juga lah nak pergi ambil balik harta yang 3 bulan terperap dalam bengkel. hihihi... Tapi Kay kata dia nak buat dulu kereta tu jadi macam dulu.. Suka hati janji kereta dah selamat sampai rumah dah... 

Tadaaaa...
-
-
-
-
-





Alhamdulillah.. Aku belum cuba drive lagi. Tapi Kay cakap dah tak best macam dulu. Yelah... Nak buat macam mana.. Mana tau Allah nak bagi rezeki kereta baru kat kiteorang kan...AMIN AMIN AMIN... kereta ni buat aku pergi kerja ambil anak anak sekolah cukuplah... area area Putrajaya je In Sya Allah ok kot kan... 

Siapa yang tak sayang harta kan.. Nak nak harta tu harta pertama kita. Hasil titik peluh kita. Yang pertama selalunya ada banyak sangat sentimental value. Susah nak lepas savvy ni. Sebab banyak sangat kenangan savvy ni.. Banyak juga berhabis duit untuk dia. Harap harap dia sihat sihat saja lepas ni. AMIN... 

Terima kasih Ya Allah atas segala rezeki yang KAU berikan. AMIN.

Thank you for doa gais... 

MAJLIS GRADUASI TADIKA CENDIAKAWAN EDUCARE


Tu dia.. Yuran pun dah macam budak budak universiti so kenalah ada majlis ala ala Universiti kan. Majlis Graduasi namanye.. Macam majlis konvokesyen la gitu. Tapi yang ni comel comel belaka.. hihihi.. Majlis Graduasi ni sebenarnya untuk student Cendekiawan yang berumur 6 tahun . Tahun depan dah darjah 1 kan so tamatlah sesi tadika pada tahun ini, Aryan Muzaffar tu baru 3 tahun so belum masa lagi nak konvokesyen bagai ni. Dia cuma buat persembahan bagi anak anak yang berumur 3 tahun. Punyalah mak dia excited haih nak tengok anak dia yang sorang tu buat persembahan atas pentas... 



Majlis Graduasi ni buat di Dewan Komuniti Presint 16. Sebelum gerak kita selfie dulu. Aryan ni jenis susah sikit bangun pagi. Kadang kadang pergi sekolah pun boleh sambung tidur pagi. Perangai bapak kot. Ahahahahaha... Bila weekend ni nak kejut dia bangun pagi susahlah sikit tapi aku pujuk bagitahu pagi ni Aryan nak naik pentas dengan kawan kawan laju je dia ajak mandi.. hihihi.. 

Sampai dewan aku pass Aryan pada cikgu dia. So far aku rasa Aryan sangat behave and sangat goodboy. Sebab lepas pass Aryan tu aku jumpa kawan lama kat foodcourt.. Borak borak pasal business... Aku dapat wassap dari adik ipar je aku terus minta diri nak masuk dewan nak tengok anak buat persembahan... Ada video sebenarnya tapi too big.. Aku rasa tak lepas nak download kat sini. Lagipun aku tak tahu macam mana nak transfer video ke blog... kikiki.. 

Jom layan gambar gambar Aryan Muzaffar ni...



Masa ni dia naik pentas dia macam tercari cari someone macam aku ke bapak dia abang dia ke... Padahal aku ada je kat depan tu dia tak nampak kot. 



Masih mencari lagi... Ada 2-3 orang budak sebaya dia dah nangis. Nebes kot. hihihi.. Aryan rileks je.. sempoi anak sorang ni...



Hah... Masa ni dia dah nampak Kay rasanya. Kay sampai lambat sikit. Pentas ni berdepan dengan pintu masuk. Bila dia nampak bapak dia excited bukan main tu hah... Aku dengar dia cakap dengan cikgu dia... "Papa Aryan papa Aryan" ... Dah tu yang aku tercongok kat depan pentas ni sampai ke sudah dia tak nampak rupanya.. Takpelah nak.. janji Aryan happy...hihihi..



Dia sangat sangat goodboy.. Aku bangga sangat dengan dia. Sebab dia buat semua tarian yang cikgu ajar. Dahlah duduk depan centre pulak tu. Nampak sangat Aryan tak cukup tinggi. Dalam kelas dia, aku rasa dia yang paling comel. hihih.. Takpe janji bijak dan berani... 

Nanti aku try tepek video kat sini ye. Manalah tau esok dah besar dia boleh tengok balik entry ni. Tengok balik video tu... Good Job Aryan.. Mama sayang kamu..... Muahciked.. hihihi








WORDLESS WEDNESDAY : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

28 October 2015



Seronok baca buku ni. Orang selalu ingat murah rezeki ni duit semata. Tapi sebenarnya Rezeki itu besar dan luas sangat maknanye. Bukan hanya wang. 

Udara juga rezeki
Kesihatan juga rezeki
Kebahagiaan juga rezeki
Kesedihan juga rezeki
Suami yang baik juga rezeki
Parents in Law yang baik juga rezeki
Kawan kawan yang baik juga rezeki
Bos yang baik juga rezeki
Kerja yang halal juga rezeki
Masa juga rezeki
Umur juga rezeki.

Jika kita terlalu memikirkan rezeki itu hanyalah WANG kita akan rasa sempitnya rezeki kita. Bersyukur kerana rezeki itu datangnya dari Allah SWT kepada semua umatnya... Umat yang tidak menyembahnya juga merasa nikmat rezeki dariNYA. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah kan... 

Happy Wordless Wednesday.. Dapat menaip ini juga satu rezeki... Alhamdulillah. 

IBU TERJUN BANGUNAN KERANA KECEWA SUSUKAN BAYI

27 October 2015


Terbaca artikel ni semalam di Facebook.. Allahuakbar... Kenapa begitu ? Sehingga sanggup terjun tingkat 26 pangsapuri... Kalau ada readers saya ibu yang dalam pantang tolonglah saya merayu sangat jadilah ibu yang beriman... Kalau ibu ini orang Islam alangkah ruginya dia. 

Aku pun tak boleh nak cakap macam macam tentang si ibu yang terjun bangunan ni. Sebab aku tak kenal pun dia. Cuma aku terfikir kenapa dia sanggup terjun semata mata kerana gagal susukan bayi nya yang baru berumur 10 hari? Kenapa perlu rasa kecewa kerana tiada susu badan? Jika sudah ditakdirkan anak itu tidak mendapat susu ibu, ianya bukanlah dosa yang besar. Malah susu tepung juga ada yang elok untuk bayi. 

Aku tak salahkan siapa siapa dalam hal ini. Cuma aku rasa terkilan bila ada ibu yang rasa tidak dapat susukan anak dia dengan susu ibu maka tidak sempurna seorang ibu itu. Allah... Ceteknya ilmu seorang manusia itu sehingga menilai tahan sempurna itu daripada rezeki Allah. Allah itukan Maha Pengasih Maha Penyayang. Jika sudah tiada rezeki untuk susukan anak, usahalah cara lain. Sebab itu, ketika kita dalam pantang, jagalah emosi kita dengan berzikir. Walaupun kita tak boleh solat tapi kita boleh berzikir dan berdoa. Bila terjadinya perkara seperti ini, kesian sangat dengan anak kecil yang baru berumur 10 hari. Harap bila dia besar nanti dia tak tahu tentang artikel ini. 

Keluarga, suami, kawan kawan adalah orang orang yang sangat penting untuk jaga emosi ibu yang dalam pantang ni. Kita tak tahu emosi dia ketika itu. Aku cuma harap jika ada readers aku yang kini sedang berpantang, jika kita rasa sedih berzikirlah jika kita rasa down berzikirlah jika kita rasa kecewa berzikirlah. Tidak perlu fikir 'susu aku ada ke' 'susu aku cukup ke' . Allah itu Maha Mendengar. Doalah. Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Jika kita terlalu memikirkan sangat sesuatu perkara tu , takut ia akan memudaratkan diri kita sendiri. Anak anak masih kecil ibu ibu perlu sihat perlu kuat untuk menjaga mereka sehingga mereka berjaya..

Susu ibu memanglah yang terbaik buat anak anak tapi susu ibu bukan segala galanya. Yang mampu menyusukan anak dengan susu ibu bersyukurlah..Yang tak mampu bersyukurlah kerana Allah telah tetapkan rezeki masing masing. Susu ibu atau susu tepung tidak menjamin seorang anak itu menjadi anak yang soleh kan... 

Takziah buat keluarga beliau. Jadikanlah ini satu pengajaran buat kita semua. In Sya Allah.. 

GEGAR VAGANZA MINGG KE2

26 October 2015




Gegar Vaganza minggu ke 2.. Setakat ni aku berjaya tengok dari minggu pertama... Sorry Rayyan.. Sorry Aryan.. Mama kena control remote sekejap. Berguling guling budak 2 orang tu nak tengok cartoon. 

Ok. Best gila okeh Gegar Vaganza kali ni. Artis yang join GV kali ni superb power. Memang peninglah kepala juri nak bagi markah. Sebab semua semua aku rasa best. Semua otai otai.. Eh tak semua tapi kebanyakkannya memang otai lah. Jenis glamour zaman zaman kiteorang bercinta... 


Ada 12 artis yang join GV kali ni. Memang mantap mantap belaka tau.. 

Nassier Wahab
Acong Sweetchild
Amir Ukays
Nizam Laksamana
Zul Handy Black
Ezad Lazim
Haiza
Sheeda
Ezlynn
Siti Nordiana
Azian Mazwan Sapuan
Farahdiya

Korang vote siapa? Aku vote Acong Sweetchild & Nassier Wahab dan Farahdiya.. ahahahaha... Apalah rahsia Nassier Wahab tu kan muka muda belia sentiasa. Umur dia agaknya dah sebaya Dato' Ramli MS dah tapi muka dia macam sebaya laki aku pun ada. Bertuah isteri dia dapat suami kacak bergaya.... Ahahahah... Eh aku pun bertuah juga sebab laki aku selalu confident cakap dia handsome... Syukur Alhamdulillah.. hihihi

Aku suka dengar suara Acong Sweetchild. Baru tahu sebenarnya yang suara dia sangat sedap bila nyanyi.Selalu tengok dia berlakon je. hihihi... Lagu Dalam Gerimis yang Acing bawak minggu ke2 memang terbaik... Mantap gila suara dia.... Farahdiya punya suara pun best. Best sangat... 


Tapi cuma satu je lah aku mintak kat Astro ni... kurangkanlah aksi muah Dato' Vida tu... Kalau asyik tengok je boleh menangis mimpi malam tau. Nak buat iklan memang kena cari sesuatu yang kontroversi untuk naikkan sesuatu produk tapi biarlah berpada pada trademark nya. muah muah tu macam tak elok pulak kan... hihi.. Nasib baik ada 2 orang pengacara yang menyerikan lagi GV ni. Minggu kedua ni takde penyingkiran. Aku harap semua masuk final.. Boleh? hihihi... Jangan lupa saksikan Gegar Vaganza minggu depan ye... 

Go Acong Sweetchild... 



RAYYAN SAMBUT HARI LAHIR DI SEKOLAH BERSAMA KAWAN KAWAN


Sejak jerebu melanda Malaysia ni, sekolah pun tutup selama beberapa hari demi kesihatan anak anak. Minggu lepas je 4 hari sekolah tutup gara gara jerebu. Kita yang dewasa pun rasa sesak nafas bila ada di luar. Masya Allah.,. Allah dah tarik sedikit rezeki udara bersih dari kita semua. Semoga Allah SWT sentiasa membantu hamba hamba NYA ketika musibah menimpa. AMIN. 

Ok.. balik semula pada tajuk asal kita. Guru kelas Rayyan ada bagitahu mungkin akan diadakan sambutan hari lahir bagi anak anak yang harijadinya pada bulan 9 dan 10. Memberi kata dua. Sekiranya sekolah dibuka pada hari Jumaat maka sambutan akan diadakan pada hari Jumaat, jika sekolah masih bercuti pada hari Jumaat maka sambutan akan diadakan pada hari Isnin. Aku ni menaruhlah harapan supaya sambutan hari jadi buat hari Isnin sebab memang takde preparation langsung untuk Rayyan nak buat celebrate ni. Mana ada masa nak pergi cari bahan bahan untuk goodies bag dia. Mana ada masa nak buat tag pada sampul goodies dia. Memang tak sempat. Nak keluar waktu malam hari kerja memang taklah sebab Kay ke Uptown setiap malam. Lastly aku minta kakak kat opis aku ni buatkan kek. Dia memang boleh buat kek kalau last last minit ni. For goodies bag memang tak dapat nak sediakan meriah meriah, aku cuma sempat order kek kukus dari kak Fathi. Then die letak dalam plastik cantik sikit lah. Oklah kan daripada takde apa kan.

Tapi yang bestnya kak Ramlah buat kek impian Rayyan tau.. ahahahahaha... Kek apa??? 

tarrraaaaa....
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Tu dia... Kek Dinasour Trex katanya. Happy la dia bila dapat kek gambar Dinasour.. Oh dia memang addicted dengan watak watak dinasour. Kalau korang nak tempah kek last last minit ni macam aku ni jenis arini tempah esok pagi dah nak amek boleh tempah kat Kak Ramlah ni. In Sya Allah selama ni permintaan aku tak pernah kak Ramlah tolak walaupun aku suka tempah last minit. hihihi.. Boleh tengok blog Kak Ramlah untuk tengok design design lain

http://emyramlah.blogspot.my/



Macam tulah kek kukus buah yang sedap sangat di bungkus untuk diberikan kepada kawan kawan Rayyan. Terima kasih kak Fathi. Memang kek kukus kak Fathi sedap sangat. Tak dinafikan. So kalau korang nak tempah kek kukus buah yang sedap ni, korang boleh cari Kak Fathi okeh... Boleh order dengan dia. Kek ni sangat sangat sesuai dijadikan goodies untuk kenduri kendara atau majlis apa apa lah... Boleh terjah ig beliau ye.

Follow ig : @kek_buah_hazazah




Terima kasih buat cikgu cikgu Pra Sekolah 16 (2) sebab sudi menyambut hari lahir anak anak ini. Yang penting mereka sangat gembira dan teruja. Sila abaikan muka Rayyan yang macam blur blur gitu... Dia kan kalau amek gambar kan bajet macho sikit... Macam bapak dia lah.. ahahahahaha..

TQ pada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak... Gembirakan anak anak In Sya Allah , Allah sentiasa murahkan rezeki kita. AMIN.




JAM TANGAN LANUN JOHOR

24 October 2015

Salam Sabtu. Kemana korang hari ini? Kalau buat aktiviti luar tu make sure pakai mask okey. Musim jerebu ni sangat penting untuk kita menjaga kesihatan kita. Ok hari ini aku nak share tentang jam tangan Lanun Johor ni. Kalau korang tak tahu Lanun Johor tu apa bolehlah refer pada entry entry aku sebelum ini

http://kayyana85.blogspot.my/2015/08/lanun-johor.html

Lanun Johor ni bukan jual baju je semata mata.. Ada juga snapback, sticker kereta, sticker cermin, mafla, patch, wristband, macam macam lagilah tapi semua haruslah daripada LJ apparels... Tapi yang paling best jam tangan daripada Lanun Johor. Ini kali kedua LJ keluarkan jam tangan sendiri. Yang pertama dah sold out. Ni yang kedua tapi kualiti jam tangan dia lagi baik dan lagi berkualiti nak dibandingkan dengan jam tangan sebelum ni.


Gambar yang kat atas adalah gambar jam tangan LJ first edition. SOLD OUT dah ye. Jangan ditanya lagi. hihihi

 
Ok..Gambar yang kat atas adalah gambar jam tangan LJ yang the latest. Memang hebat tuan puan sekalian. Tak tipu punya. Jam tangan ni memang berkualiti. Memang rugi kalau tak dapat beli. 

Harga jam ni dulu lain sekarang lain. Now LJ tengah sale tau. Korang boleh dapat jam ni dengan harga RM300.00 sahaja. Yang gold edition tu sekarang hanya RM375.00 daripada RM500++

So jangan tunggu sampai stock dah habis baru meroyan nak cari jam ni... Sorry tak dapat tolong. Sementara masih ada stock dan sementara sale tengah berjalan cepat cepat lah dapatkan jam tangan ni. Korang akan dapat warranty selama 1 tahun, kotak yang sangat exclusive dan paper bag yang special punya. Semua buat customer customer yang ada jiwa JOHOREAN.. yeay... 
 


Macam mana nak beli?

Boleh beli dari suami aku yang terchinta... Wassaplah beliau dan beliau akan melayan dengan penuh dedikasi.. chewah...

Kay de Lanun.. boleh panggil Kay.. korang boleh wassap dia 0197197992 atau korang boleh walk in ke Uptown Puchong Night Bazaar... Uptown tu boleh waze Petronas Meranti Jaya atau Tesco Bukit Puchong.. 

Jangan lupa follow beliau di ig dan FB ye..

FB : Kay de Lanun
ig: @kaydelanun

TQ guys... 


CERTA TENTANG GOOGLE ADSENSE DAN NUFFNANG

23 October 2015

Bila cerita tentang Google Adsense kan aku sebenarnya tak faham sangat pasal Google Adsense ni. Aku try je apply tu pun main click click je aleh aleh dapat email aku berjaya create akaun Google Adsense ni. 

Dan tetiba kat blog aku ada iklan dari Google Adsense ni. Aku rasa iklan ni tak mengganggu akaun aku dengan Nuffnang. Sebab aku rasa status aku di Nuffnang masih Gliteratti. Tapi aku tak tahu macam mana nak kembangkan lagi Google Adsense ni dalam bahasa mudah aku tak paham pun macam mana prosesnya Google Adsense ni. The best way untuk dapatkan income dari Google Adsense. Aku kena belajar lagi dengan otai otai blogger pasal benda alah ni. Soon In Sya Allah. Nak tuntut ilmu ni kena slow slow. Dah tua bangka susah ilmu nak melekat dalam kepala. hihihi


Ok.. cerita pasal Nuffnang ni pula. Aku pelik sebab dah lama sangat aku tak dapat BE. Jeles tau tengok blogger blogger tersusun BE die kat nuffnang. Aku dah sent email pada Nuffnang, Dia reply bahasa standard la kenapa aku masih tak dapat BE kan. Tapi aku tak sure if account aku di Google Adsense punca aku tak dapat BE di nuffnang. 


Macam mana nak buat ek? Korang faham kan maksud aku kan. Kalau boleh aku nak berjaya la buat income dengan dua dua company ni. Nuffnang aku nak BE bersusun Google Adsense pun aku nak ada income. Tamak kan.. Manusia biasa la tu.. hihi..  Tapi nampaknya macam ada yang tak kena bila dua dua tak dapat.Ke aku yang tak faham ek. Erm.... 

Kalau ada sesiapa yang sudi tunjuk ajar pada aku yang lost ni boleh roger na.. hihihi... Jap Google Adsense kena ada account Paypal tak? huhuhuh.... 


Terima kasih korang.... 

Baybie Cream and Soap Produk Organik


Ok. Hari ini kita cerita pasal produk Baybie Cream and Baybie Soap. Alhamdulillah. Dah lebih 2 bulan aku rasa aku jual produk Baybie ni. Sambutan memang sangat luar biasa. Maknanye produk Baybie ni bagus. Sampai aku tak sempat nak cerita apa apa pun dalam blog.  Bukan bagus untuk bayi yang baru lahir je bagus juga untuk dewasa yang nak kan kulit sehalus bayi. 


Kenapa ianya bagus?

Of course sebab kandungan dalam baybie cream tu sendiri. Dan yang penting produk Baybie ni bebas daripada bahan bahan kimia atau paraben. Bagi bayi yang baru lahir seelok-eloknya kita jangan sesekali guna bahan kimia pada kulit mereka. Kulit mereka sangat sangat sensitif. Gunalah bahan bahan yang semulajadi dan organik seperti produk Baybie untuk menjaga kulit mereka daripada bermasalah. Produk ini dijamin selamat kerana ia diformulasikan oleh seorang doktor perubatan yang sangat berminat dengan alam semulajadi. Dr Zulkifli Shariff. 

Orang dewasa boleh guna tak?

Boleh. Semestinya boleh. Produk ni selamat untuk bayi maka selamat juga untuk mak ayah abg kakak bayi. Nama je baybie tapi boleh pakai semua peringkat umur

Macam mana nak guna baybie cream dan baybie soap ni?

Senang je. Sabun baybie tu guna masa mandi. Nak jimat potonglah sabun tu pada beberapa bahagian. Kandungan sabun yang bebas kimia akan membuatkan sabun buku tu cepat cair. So kalau dipotong potong mungkin takdelah membazir sangat bila sabun tu cair kan. Lepas dah lap lap dah pakai baju sapulah baybie cream tu pula pada kulit bayi atau pada kulit kulit yang bermasalah. Cream ni boleh sapu 3-4 kali sehari. Takde masalah. 

Tujuan sebenar produk Baybie ni?

Sebenarnya produk Baybie ni lebih kepada 'moisturizer'. Ia lebih kepada melembapkan kulit bayi atau kulit kita. Biasanya kulit yang bermasalah seperti ekzema, ruam ruam lampin, ruam ruam pd pipi dan pelipat tangan menjadi teruk kerana kulit yang kering. Punca kulit yang bermasalah menjadi gatal kerana kering. Jadi bila gunakan produk baybie ni ia akan melembapkan kulit yang bermasalah dan mengurangkan rasa gatal. Lama lama ia akan pulih sendiri dengan bantuan doa dan usaha kita. Selebihnya kena berserah pada Allah SWT. 

Kalau berminat dengan produk Baybie ni boleh contact aku ye:

yana
wassap 0197191992
COD area Putrajaya sahaja. 
POS seluruh Malaysia 



Harga tidak termasuk postage ye tuan tuan dan puan puan... 

Terima kasih kerana membaca dengan khusyuk... anything else boleh wassap ye... 

Niat nak tukar URL blog

22 October 2015

Hari tu aku ada updated dalam Facebook yang aku ada niat nak tukar URL blog aku ni. Now aku guna URL kayyana85.blogspot.com nak tukar kepada nama lain yang agak best sikit contoh macam dewidewidunia.blogspot.com ke jarijarimanismenari.blogspot.com ke blogsayaselamanya.blogspot.com ke macam macam lagilah asalkan bukan daripada nama aku. 




So bila difikir fikirkan lebih banyak buruk dari baik bila aku tukar URL blog ni aku rasa macam terbantut pula nak teruskan niat aku tu. Bila aku tukar URL nanti aku akan hilang semua followers aku. Walaupun followers aku tu tidaklah ramai mana kan tapi sayang juga. hihi.. bukan senang nak dapat followers baru sekarang. And then aku takut anak anak aku tak dapat buka blog aku nanti. So kita maintain jelah URL yang sedia ada walaupun nama URL tu tak commercial sangat pun. Mungkin akan ubah nama blog kot. Kita tengok nanti eyh. 

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign