blog kay & yana: March 2015

Cuti Sekolah buat Rayyan Danish

20 March 2015

Sejak anak bujang aku dah mula sekolah kerajaan ni mula lah resah gelisah aku dengan Kay bila cuti sekolah bermula. Sebelum sebelum ni tak pernah kisah pun cuti sekolah tu bila. Hari ni genaplah semiggu cuti sekolah penggal pertama Rayyan... Gitu.. siap ada penggal pertama ko.. maknanye lepas ni adalah penggal kedua ketiga.. jangan penggal kepala sudah.. ok.. dah start melalut da.

Mula mula pening juga fikir nak letak manala si Rayyan ni seminggu dia cuti sekolah. Dia bukan jenis suka ikut kiteorang duduk kat pejabat ni hah. Dia cepat bosan sikit. Tak sampai lunch break dah sibuk nak ajak balik. Kalau aku ni pengarah bahagian takpelah suka suka hati aku nak balik petang ke balik tengah hari ke... sebab selalunya staff bawahan memang suka kalau bos atasan ni takde kat pejabat. ahahahaha... Lepas dah tak tau nak letak mana kiteorang decide tinggalkan Rayyan kat kampung. Rumah ibu mertua ku.. hihi.. Nak hantar balik rumah mama tak bolehlah sebab rumah mama belum siap. Tunggulah penggal penggal seterusnya ye itupun kalau rumah mama dah siap sepenuhnya.. chewaaahhh... 


Berat hati aku ni... Berat bukan sebab aku tak percayakan ibu mertua aku atau adik ipar aku.. tidak.. aku tau mereka boleh jaga Rayyan dengan baik malah lebih baik dr aku jaga Rayyan.. Cuma sedih dan sebak sebab selama Rayyan membesar depan mata aku tidak pernah sekali pun aku tidur tanpa dia kecuali masa aku bersalinkan Aryan.. Itupun semalam je.. ni bermalam malam.. berhari hari aku terpaksa berjauhan dengan dia. Sedih sebab aku tak dapat peluk dia hari hari... Tapi bila fikir kay cakap sampai bila kita nak kongkong dia... Dia akan membesar dan membesar. Biarkan dia bina environment dia sendiri. Jadi dia akan ada banyak cerita nak disampaikan. Kalau kat sekolah nanti dia kena buat karangan "Aktiviti Cuti Sekolah" takdelah dia pening nak buat. Sebab duduk kat kampung ni mesti banyak aktiviti dia. hehehehe..

Terima kasih mak ayah sebab tolong jaga Rayyan. Terima kasih Angah sebab sabar melayan karenah anak buah angah yang sorang tu. Terima kasih banyak banyak..

Malam ni aku tak sabar nak balik melaka nak peluk Rayyan.... Jangan tak nak balik Putrajaya sudahlah Rayyan... 


note: hari pertama je Aryan tanya abam dia mana..? bila aku cakap abam pergi sekolah lepastu dia tak tanya pun.. psiko sangat tau.

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign