blog kay & yana: September 2013

02.08.2013 - Happy Anniversary Kay&Yana

26 September 2013
Cerita lama

02.08.2013
Happy Anniversary Kay & Yana

Baru aku tersedar aku belum titipkan coretan tentang ulangtahun perkahwinan kami yang ke 5 tahun. Alhamdulillah.. Sesungguhnya kekuatan cinta kami dalam rumahtangga masih seperti dulu kala. 5 tahun sudah usia perkahwinan kami. Segala dugaan segala suka duka yang menimpa hidup kami, kami jadikan ia sebagai kekuatan teguhnya cinta kami. Tarikh ini 5 tahun yang lepas aku menjadi isteri yang sah kepada dia. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi rumahtangga kami daripada dibadai ombak yang kuat...semoga Allah SWT melindungi rumahtangga kami daripada godaan syaitan.

When I first met you all those years ago,
I fell in love so fast, I knew right then,
You were the one and only one for me;
I'd never have to look for love again.

Each anniversary finds us happier;
You are my light--my moon, my star, my sun.
You show me what real love is all about,
You fill my life with pleasure, joy and fun.

As time goes by, our love grows stronger still.
You're the most amazing (man/woman) I ever knew.
I prize our anniversaries because
Each year I fall in love again with you.

i love u till jannah... Khairul Anuar Muhammad...


-sekian-

Aja Aja Fighting..!!!

Entah betul ke tidak ejaan tuh... 
hentam jelah labu...
aku dah malas nak updated cerita apa apa... 
aura belum sampai katanya

kay kena outstation ke sabah dari selasa sampai jumaat
hari ni baru hari kedua tanpa kay... 
so aku kena menjaga 2 hero itu sendirian
owh tidak...
ada opah aku yang menemani..
tapi yang menguruskan 2 orang hero tu aku lah..
kalau sebelum ni pagi pagi kay yang akan siapkan si abang. 
aku banyak gile keje pagi pagi buta nak buat okeh...
nampaknya untuk 3 hari ini aku terpaksalah bersabar dengan karenah anak anak tuh.
adoidoidoi... apa boleh buat
pengorbanan namanya... 

aja aja fighting yana..!! 
eceh macam tau je maksudnya ken..


-sekian-

Tahu anak meninggal melalui Facebook

25 September 2013
copy paste dari berita harian 


Putrajaya: Seorang bapa bukan saja sedih meratapi kematian bayinya yang baru berusia lima bulan dipercayai akibat tersedak susu, malah lebih memilukan kerana nasib malang menimpa anak tersayang hanya diketahuinya menerusi Facebook.

Ismail Ramli, 28, berkata beliau mendapat tahu kejadian itu selepas membaca Facebooknya lalu terus menghubungi pemilik pusat asuhan yang menjaga anaknya, Muhammad Danish Raykal di Presint 9, tetapi tidak mendapat jawapan memuaskan. “Saya kesal perkara sebesar ini hanya diberitahu melalui Facebook, malah ketika ditanya hal berkenaan, dia (pemilik pusat asuhan) hanya jawab ‘tak tahu’ dan sekadar meminta saya segera ke bilik kecemasan Hospital Putrajaya. 



Tubuh anak kebiruan

“Saya bergegas dari tempat kerja di Cheras dan sebaik tiba di hospital, lihat isteri sudah ada di situ. Kami masuk ke bilik kecemasan dan melihat tubuh Danish Raykal kebiruan. Saya dimaklumkan sebelum kami tiba, doktor sudah mencuba sedaya upaya memberikan bantuan kecemasan hampir setengah jam, tetapi tidak berhasil,” katanya.

Ismail yang ditemui pemberita di rumahnya di Presint 9, berkata beliau sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung kejadian menimpa anaknya itu yang disahkan meninggal dunia kira kira jam 3.30 petang di Hospital Putrajaya.

Pusat asuhan minta maaf 
Sementara itu, ibu bayi malang berkenaan, Zurinawati Ismail, 26, berkata ketika menghantar mangsa bersama kakaknya, Nur Damyya Zulaikha yang berusia dua tahun lapan bulan ke pusat berkenaan, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Dia seperti biasa, cuma malam sebelumnya, dia batuk tetapi tak teruk. Saya juga hanya tahu perkara ini melalui mesej di Facebook. Pemilik pusat asuhan ada meminta maaf dan mendakwa cuba menghubungi saya serta suami banyak kali, tetapi kononnya kami tidak menjawab panggilan.

“Apa yang menghairankan, saya langsung tak dapat panggilan berkenaan atau ada apa-apa mesej di telefon menyatakan ada menerima panggilan daripada pemilik pusat asuhan terbabit,” katanya. 

_________________________________________________________________________________


Kenapa perkara sebegini harus terjadi di Putrajaya? Apa pilihan kami ibu bapa yang bekerja di Putrajaya? Anak anak bukannya mainan untuk diabaikan oleh pengasuh pengasuh. Perkara ini berlaku kebanyakkan di Putrajaya. Apa yang kami boleh lakukan supaya ianya tidak berlaku lagi di Putrajaya? Pihak berkuasa? Sila lah ambil perhatian wahai taska putrajaya dan pihak pihak yang terlibat. Kami bayar dengan harga yang tinggi (majoriti harga seorang bayi di Putrajaya adalah RM350), maka jagalah amanah Allah SWT dengan sepenuh hati.

Al-Fatihah buat adik Muhammad Danish Raykal
Takziah buat rakan seperjuangan ku, Zurinawati

-sekian-

Bayi lelaki lima bulan ditemui mati di taska

Al-Fatihah
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Semoga sahabat sejawatan aku tabah menghadapi  ujian dari Allah SWT
Aku tahu dia kuat 
Aku tahu dia tabah
Sebab itu Allah pilih dia untuk ujian yang Maha Hebat ini
Kehilangan seorang cahaya mata bukan mudah
Sangat sakit rasanya
Allahuakbar..

Ya Allah,
Lindungilah anak anak aku daripada malapetaka sebegini
Lindungilah anak anak aku daripada musibah sebegini
Lindungilah anak anak aku daripada bencana sebegini
Kau panjangkanlah usia anak anak aku
Kau lindungilah mereka Ya Allah.
Sesungguhnya hanya kepada MU aku memohon dan meminta.

Al-Fatihah buat adik Mohd Danish Rayqal



PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini hari ini.

Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira jam 3 petang. Bapa bayi itu, Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu. 




"Pihak taska sudah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya disahkan meninggal dunia," katanya.

Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan. - BERNAMA



Abang dah besar...

24 September 2013
Ye.. Sememangnya dia dah besar. Sebab sekarang ni dia dah tak banyak menyusahkan mama dia lagi.. Banyak yang dia dah boleh buat sendiri... Kadang kadang bila tengok abang buat semuanya sendiri rasa tak adil pula pada dia.. Tapi bila aku nak tolong dia, dia akan cakap ayat ayat yang membanggakan aku.. haha

Contoh kalau dia nak kencing kan.. atau lebih sopannya nak buang air kecil.

MRD : mama , rayyan nak kencing lah
Aku : pergilah toilet tu hah
MRD : mama tolong bukakan lampu (sambil tergedek gedek bukak seluar)
Aku : meh mama tolong bukak kan seluar.. 
MRD : takpe takpe.. rayyan buka sendiri... abangkan dah besar
Aku : yelahhhh 

Aku bangun sambil bukakan lampu untuk dia kencing.. Aku tunggu depan pintu aje 

MRD : mama pergilah jaga adik sana tu
Aku : takpelah mama tunggu abang.. nanti abang nak cebok kan...
MRD : takpe takpe. Rayyan boleh cebok.. Abang kan dah besar..

Aku terus ngadap tibi bila dia cakap macamtu. Tengok dari jauh ajelah. Dia dah start main air dah... 

Aku : Abang, cepat lah keluar.

Tergedek gedek dia keluar sambil pakai seluar dengan sendiri walaupun senget benget seluar tu. Janji dia pakai sendiri. 

Yelah Rayyan Danish. Awak memang dah besar. Tapi bila nak susu tetap suruh mama buat ken...

hahahaha...


Dia semakin kacak bukan??? hahahaha

-sekian-


Ya Allah... Malasnya...

23 September 2013


Manusia... memang tak boleh lari dengan penyakit yang satu ni..
penyakit MALAS...
macam aku lah.. 
serba serbi malas..
contohnya blog aku ni hah...
dah berhabuk dah kot
kalau lap dengan jari yang runcing ni.. eh eh..? runcinglah sangat ken... 
dah boleh buat bedak compact kat muka dah ko.. hahaha
entah kenapalah mak orang yang sorang ni.. 
malas bebeno... 
tak boleh nak buat apa dah... 
kadang kadang nak pergi keje pepagi buta pun malas tau tak.. 
apatah lagi nak pikir karang ayat menempek kat blog ni.. 

kesian mai lurve... 

-sekian-


Wordless Wednesday #15 : Penghijrahan

11 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Penghijrahan aku.. Next entry aku akan ceritakan kisah gambar gambar di bawah ye. Happy working u olls... 



-sekian-

Jom Bawa Adik Pergi Taman

10 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Semua sedia maklum, Rayyan Danish ini memang seorang abang yang baik dan penyayang. Ye. Dia sangat sayangkan adiknya itu. Sampai nak main kat taman pun dok ngajak adik macamlah adik dia tu tahu makna taman permainan khennn... maka mamanya yang tak sampai hati nak kecewakan hajat abang tunaikanlah permintaan si abang nak membawa adiknya ke taman

hah.. gitu kan.. bila dah dapat kebenaran mama apa lagi.. menyoronglah adik dia dengan susah payah ke taman permainan.. mama pun tak pandang dah... yang budak perempuan sebelah Rayyan tu jiran rumah kami. Fatin namanya. Dia pun nak ikut juga main kat taman maka jomlah kita berjalan jalan sambil menyorong adik ke taman mainan.

nampak tak kepayahan si abang menolak adiknya itu.. hahaha.. tapi sumpah aku tak tipu... Rayyan memang abang yang penyayang... aku akuinya itu.. jom kita main playground... yeay..

-sekian-

Perjalanan Susu Ibu

Assalamualaikum
Salam Muhibbah

Setiap apa yang kita buat perlu ada niat dan usaha. Setiap apa yang kita mahu perlu ada azam untuk menjadikan niat dan usaha kita tidak sia sia belaka. 

gambar ini diambil ketika Aryan hampir 3 bulan. Masa ini kami dalam perjalanan pulang ke putrajaya.

Kali ini sebelum aku bersalin aku timba sebanyak mana ilmu mengenai susu badan. Alhamdulillah. Anak yang kedua aku lebih tahu tentang penyusuan susu ibu daripada anak pertama. Jadi persediaan lebih teratur daripada sebelumnya. Masa Rayyan Danish pun aku tahu agak lambat tentang penyusuan susu ibu.. tapi aku cuba untuk menyusukan dia selama mana yang aku mampu. Alhamdulillah. Setahun sebulan rezeki Rayyan Danish dapat merasa susu ku. Kini aku lebih bersedia untuk menyusukan Aryan Muzaffar dengan susu ku sendiri. Semoga Allah SWT memberkati niat aku. Insha Allah. Kini Aryan Muzaffar berumur 9 bulan dan masih menyusu badan. Alhamdulillah. 

gambar kredit to uncle google 

Aku masih menggunakan pam yang dulu. Tidak pernah bertukar. Hanya menghantar servis sebelum aku memerlukannya. Terima kasih Spectra 3 kerana telah banyak sangat berjasa dengan ku selama 4 tahun. Aku harap Spectra 3 mampu berjasa lagi dengan ku untuk 2 tahun lagi demi Aryan Muzaffar. Insha Allah. 

Aku mula mengepam seawal 3 hari kerana ketika itu Aryan Muzaffar dimasukkan wad kerana demam dan aku tidak boleh rooming in dengan dia. Susu di awal kelahiran memang berkhasiat. Pekat dan kekuningan. Demi Aryan Muzaffar aku gagah mengepam. Alhamdulillah 4 hari Aryan di wad aku boleh rooming in dengan dia. Selepas itu aku tidak mengepam lagi. Aku hanya direct breastfeed Aryan. 

 - hasil yang selalu aku dapat pada awal pagi. yang penuh itu sebelah kanan yang kurang itu sebelah kiri sebab bila malam tidur Aryan jarang bangun so bila dia bangun aku hanya bagi sebelah jelah

Hampir Sebulan aku berpantang di kampung barulah aku memulakan sesi mengepam. Pada mulanya memang tidak banyak hasil yang aku dapat sebab Aryan sentiasa menyusu. Aku boleh dapat hasil yang banyak pada awal pagi. Maka pada awal pagi aku sentiasa mengepam untuk dapatkan stok susu. Selepas itu aku rajin buat power pumping. Dengan power pumping, susu aku memang meriah pada keesokkan paginya. Bak pepatah orang lama... "sikit sikit lama lama jadi bukit". Alhamdulillah. Aku mampu buat stok untuk kay bawa pulang ke putrajaya. 

- hasil yang perlu kay bawa pulang. 

Aku selalu berdoa semoga Allah sentiasa murahkan rezeki Aryan. Memang niat aku untuk menyusukannya sehingga dia berumur 2 tahun. Semoga Allah berkati niat aku. Amin. 


-we loves our kiddos so much-
-sekian-


Nom Nom Media’s Social Media Minds 2.0 survey!

09 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah



Monday Blues !! jom kita jawab survey daripada nuffnang. bila korang menjawab survey ini korang akan dapat RM1 yang akan dikreditkan ke akaun nuffnang ataupun churp churp... aku dah selesai menjawab... thanks to Solehah sebab aku buka blog dia pagi ini dan tahu pasal survey nuffnang ini.  Selamat menjawab ye kawan kawan. 

Kenaikan Minyak RON95

05 September 2013
Assalamualaikum
Salam Muhibbah


Dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia mengenai kenaikan minyak RON95 pada 2 September yang lalu membuatkan ramai rakyat Malaysia kecewa dan marah termasuk aku. Tiada seorang pun yang suka apabila diumumkan harga minyak naik kerana bila harga minyak naik pastinya akan memberi kesan kepada semua barang barang yang ada di Malaysia ini. Maka banyaklah suara suara sumbang yang marahkan PM dan penyokong penyokong BN khasnya. Mainan politik katanya. 

Pagi ini aku baca satu entry di blog DENAIHATI yang bertajuk RON95 dialog panas dengan rakan Facebook .. boleh klik kalau korang nak baca entry beliau. Sangat menarik kerana disitu DENAIHATI mengetengahkan beberapa fakta yang aku rasa boleh buat rakyat Malaysia terima serba sedikit bahawa kenaikkan harga minyak ini bukanlah dari segi negative sahaja. Mungkin ada hikmah disebaliknya dimana bila manusia itu akan menjadi lebih rajin dan kreatif bila keadaan sedang terdesak. Apa yang perlu kita buat adalah terima dengan hati yang terbuka dan berusaha untuk menambahkan pendapatan keluarga. 

Kalau hendak dibicarakan dari segi kesan kenaikkan harga minyak ini memang banyak kesan yang buruk. Aku juga terasa dengan kenaikkan ini. Gaji aku dan kay pun tidak besar seperti PM dan menteri menteri yang lain. Bila PM umum kenaikkan minyak aku juga mula marah dan bosan dengan permainan mereka.. sebab apa? Sebab kita fikir secara negative. Janganlah kita menjadi orang yang sentiasa menunding jari ke arah orang lain. Belum tentu jika parti lain memegang Malaysia dia tidak akan menaikkan harga minyak. Maka marilah kita sama sama berusaha ke arah memajukan lagi pendapatan keluarga demi masa depan anak bangsa kita. Insha Allah. 

Aku suka dengan kenyataan dari DENAIHATI "Jangan jadikan emosi politik membara dihati sehingga hilang pertimbangan yang akhirnya kita juga yang rugi. Tunggu lima tahun lagi kalau harga minyak dunia masih sama USD106/barrel dan dunia masih aman seperti sekarang maka ramai-ramai pakat pangkah pembangkang. Kepada kerajaan Malaysia inilah masanya untuk berkhidmat kepada rakyat dengan memastikan barang keperluan tidak naik melambung setelah harga petrol RON95 dan Diesel naik 20 sen juga RON97 naik 15sen,.. itupun kalau rasa nak terpilih lagi di PRU14"

Apa apapun korang ada pendapat masing masing. Ada yang marah ada yang so so... nak marah pun tak marah sangat.. tapi bagi kami dari golongan tengah ini memang sangat terasa. Apa apapun tarik nafas dan fikir secara positif... Insha Allah, Allah sentiasa bersama kita. amin

note: kalau berkesempatan aku akan kongsikan cara cara membuat duit dengan blog. Insha Allah. doa doalah penulis mai lurve ini sentiasa rajin ye.

kredit to DENAIHATI

-Sekian-

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign