Assalamualaikum
Salam Muhibbah
Aku terbaca satu artikel tentang isu Afiq Muiz yang sekarang ini menjadi perbualan hangat di media media hiburan. Ramai yang kata Afiq Muiz seorang anak yang derhaka.. erm.. aku tidaklah menyebelahi sesiapa sebab aku tak tahu cerita yang sebenarnya. Aku pun bukanlah peminat Afiq Muiz jauh sekali awek dia tu (aku dah lupa nama dia)... tapi aku tertarik dengan nasihat Zed Zaidi sebagai Presiden SENIMAN kepada pelakon muda Afiq Muiz tuh..
"Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya,"
erm.. kepada Afiq Muiz atau sesiapa sahaja lah yang diluar sana tu, take noted la benda ni.. ibu hanya SATU... tapi perempuan kat luar sana berlambak lambak okeh. kalau setakat muka je cantik tapi akhlak ke laut pun tak guna juga. even ibu kita tak baik ke zalim ke jahat ke syurga itu tetap dibawah tapak kaki ibu.
aku taknak komen isu Afiq Muiz dan ibunya sebab aku tak tahu cerita dan punca. so, kalau cakap banyak nanti timbul fitnah. tapi walau macam mana sekali pun, dia tetap ibu, dan afiq muiz tetap anak.
note: kredit to http://my.entertainment.yahoo.com/news/zed-zaidi-afiq-muiz-cukuplah-aibkan-keluarga-085200752.html
-sekian-