blog kay & yana: January 2012

Coklat Love Sally

31 January 2012
Salam,

*ini sticky post ye kengkawan sehingga bila bila*

Dengan lafaz BISMILLAHIRAHMANNIRROHIM, aku nak merasmikan satu perniagaan seorang sahabat aku yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan... hehehe.. macam YB pulak nak rasmi bagai.. tapi ini bukan cubaan ye.. ini betul-betul.. kalau korang nak buat tempahan boleh hubungi aku atau kawan aku sendiri ye... sebelum tu jom kite tgk business ape yang kawan aku buat... silalah tgk ye.. sila sila..

 - kalau korang tak suka gambar upin ipin korang boleh request gambar lain... no hal punye...





aku adalah first customer dieorang.. so aku memang puas hati dengan rasanya.. korang boleh request korang nak bentuk mcmmana... boleh je takde masalah... kalau ada sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan boleh email pada sallysinclair09@gmail.com atau sms pada 013-6377535.. namanya Salina.. boleh panggil Sally... hehehe.. atau korang boleh tinggalkan komen di entry ini yer.. Harga yang tertera tu tidak termasuk penghantaran. So, jgn segan-segan nak mencubanya.. Cuba sekali pasti nak lagi.. aku ni asyik abeskan coklat die je.. sbb sedap.. hehehehe..

Sekian

too much "hah"

30 January 2012
Salam,


Sekarang ni Rayyan Danish banyak sangat cakap... tapi telo la sikit..maklumlah budak kecik kan.. lori jadi loli... tangan jadi angan... antara faham dengan tak je lah... huhuhu.. tapi walau apepun perkataan yang keluar dari mulut si comel ini pasti mencuit hati aku... kadang-kadang perkataan yang keluar dari mulut dia tu spontan dan buat kami terkejut.. tapi Rayyan Danish ada satu habit cakap "hah"... hahaha.. adoi.. contohnya bila kita cakap dengan dia Rayyan, jom basuh tangan... nanti dia mesti akan cakap "hah" dulu... pastu aku terpaksa ulang lagi... baru dia akan cakap jom basuh tangan.. kadang kadang tu sampai dua tiga kali aku terpaksa ulang ayat yang sama sebab dia asyik dok "hah" "hah"... 

kadang-kadang aku dengan kay dok gelak je die punya respon tuh.. mungkin pada die "hah" tu maknanye die respon bila kami cakap tapi arahan tu tak jelas bagi dia.. bila dah betul betul jelas baru die tak cakap "hah" lagi... adoi.. kadang-kadang sakit perut aku ni dok gelak je ngn perangai anak sorang nih... tak kisah lah anak oi... mama papa tetap sayang kamu sampai hujung nyawa... 



-sekian-


Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26 Milik AWAN NANO

Salam,
Aku rasa belum terlambat untuk aku ucapkan TAHNIAH buat Hafiz kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26). Memang seperti jangkaan aku... huhuhu..ternyata lagu AWAN NANO ciptaan Buddi Hikayat dan M. Nasir membawa tuah buat Hafiz pada malam AJL ke 26... Selain itu, Hafiz juga memenangi VOKAL TERBAIK.. tuah badan kan.. tapi aku nak nafikan persembahan Hafiz malam tu memang superb.. suaranya memang mantap dan lirik awan nano pun sangat dahsyat... huhuhu.. 


ternyata untuk memenangi AJL tidak memerlukan suit yang mahal... cukup sekadar t-shirt dan track suit.. tidak berkasut lagi... maka Hafiz memang bijak.. tidak perlu memikirkan baju yang mahal mahal... hehehe.. Hafiz telah memenang 2 trofi dan  seterusnya membawa pulang hadiah keseluruhan berupa wang tunai RM45,000 berserta 2 trofi. Tahniah Hafiz ! 

kat bawah ni aku listkan keputusan bagi Anugerah Juara Lagu ke 26 kali ini ye.

Persembahan Terbaik
Alyah – Kisah Hati
(Alyah memang sungguh menawan malam tuh.. dia telah menjadi patung yang sangat cantik. persembahan yang menarik diakhiri dengan kehadiran Remy Ishak membuat stadium Bukit Jalil gamat seketika.. tahniah Alyah)

Hadiah
Wang tunai RM10,ooo berserta trofi

Vokal Terbaik
Hafiz AF7 – Awan Nano
( vokal Hafiz memang hebat )

Hadiah
Wang tunai RM10,ooo berserta trofi

Tempat Ketiga
Faizal Tahir – Karma
( dengar cerita ini tahun terakhir Faizal join AJL.. betul ke? )

Hadiah
Wang tunai RM12,000 berserta trofi

Naib Johan
3 Suara - Beribu Sesalan
( gabungan suara yang sangat hebat dan mantap )

Hadiah
Wang Tunai RM15,000 berserta trofi

Juara  AJL 26
Hafiz AF7 – Awan Nano
( u deserve it Hafiz )
Hadiah
Wang tunai RM35,000 berserta trofi

 nota: keputusan AJL 26 kali ni memang aku puas hati... kalaulah Cinta Facebook yang menang agak2 ada timbul isu tak? hehehehe

Anugerah Juara Lagu Ke 26 (AJL26) 2012

29 January 2012
Salam,


Debaran dan kehangatan Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) 2012 makin terasa.. kurang dari 48 jam sahaja kita dapat tahu siapa yang akan membawa pulang gelaran sebagai Pemenang Juara Lagu ke 26. Kalau AJL sebelum ni, Ana Rafali telah berjaya memenangi anugerah tersebut sehingga menimbulkan isu dimana ramai penonton yang tidak berpuas hati dengan keputusan juri... tapi apa boleh buat, keputusan juri adalah muktamad. 


Bagi yang ingin mengetahui keputusan Anugerah Juara Lagu 2012 ini. Jangan lupa untuk mengikuti Live Streaming Anugerah Juara Lagu Ke 26 yang akan disiarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pukul 9 malam di TV3. Selain itu, bagi yang tidak dapat menonton melalui kaca TV, anda juga boleh mengikuti Live Streaming Anugerah Juara Lagu ke 26 ini melalui link² seperti berikut;





Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan artis kegemaran anda berentap untuk memenangi anugerah Juara Lagu. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan AJL ini, boleh terus ke Facebook rasmi TV3 ataupun hashtag Twitter #AJL26. Mari sama-sama kita saksikan antara 12 lagu yang dipertandingkan yang mana satu akan dinobatkan sebagai pemenang AJL.


1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
11. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)



nota : memandangkan artis fave aku Stacy tak dapat masuk final AJL maka aku tidak menyokong mana mana artis pun... btw, all the best to all contestant.    



Izwan Pilus Meninggal Dunia... Al-Fatihah

20 January 2012
Salam,


Malaysia digemparkan dengan berita pemergian seorang bintang, Izwan Pilus atau nama sebenarnya Khairil Izwan Pilus, 33 tahun, yang telah meninggal dunia pada petang tadi jam 6.15 petang di sebuah hospital di Ampang. Menurut sumber daripada sinar harian, arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru yang menyebabkan kegagalan organ dalaman. Siapa sangka arwah meninggalkan kita semua pada usia yang muda... Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Jasin, Melaka.

Izwan Pilus yang juga abang kepada penyanyi popular daripada rancangan realiti Akademi Fantasia, Aril AF.  Dikhabarkan sebelum arwah meninggal dunia, arwah sempat me-muatnaik gambar di dalam twitternya. 



Salam takziah kepada keluarga arwah dan semoga rohnya berada dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. InsyaAllah, Al-Fatihah.



note : inilah takdirnya.. apabila tiba masanya, ia tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lambat sesaat. yang pasti yang hidup akan mati.. Al-Fatihah

-Sekian-


Trip to Wang Kelian, Perlis...

19 January 2012
Salam...

ok.. kite sambung citer aritu yerk.. memandangkan kay dah settle check bangunan dia pada hari khamis tu so pada hari jumaat kami akan ke Wang Kelian, Perlis.. Check-out hotel tu pukul 12 then terus ke Wang kelian.. memang target kami pergi Perlis ni nak singgah Wang Kelian.. ada 2 sebab... 1, sbb kay nak main corner kat sana dan yang ke-2 kami nak belikan something for our son.. ape die ek?? nanti aku story mory ek.. sebelum check out tu haruslah bergambar dulu kat dalam bilik hotel kan.. walaupun hotel die takdelah gah mana pun.. tp tetap jugak nak amek gambar untuk dibuat kenangan... 

- ni pemandangan dari bilik kiteorg... dapat pahala tau klu tgk laut.. hehehehe


- posing posing sebelum check it out... 

dah settle check out semua kiteorg terus gerak ke Wang Kelian.. dari hotel Brasmana tu dalam setengah jam jugak nak sampai Wang Kelian tuh.. org semua kalau mai perlis mesti terjah Padang Besar kan... kami terjah Wang Kelian dulu.. kalau tak penat bru singgah Padang Besar.. tapi biasanye penat sokmo lah.. kah kah kah..

korang tau ape ade kat Wang Kelian??? sape sape yang dah pernah sampai sana bolehlah share sikit kat sini kan... yg bestnye barang2 kat sana mmg murah belaka... aku rasa aku belum menyesal lagilah beli barang-barang kat Wang kelian ni.. mmglah kite mcm ragu-ragu sikit.. tapi sebenarnye barang-barang die ok je.. cume kalau beli kat Wang Kelian ni takde warranty... setakat beli periuk belanga nak warranty pejadahnye.. hehehehe...

- hah ce tengok jalan die.. baek punye corner bro... laki aku dok ngidam jalan ni lew.. 

- beli dan belah.. 

Rayyan Danish : "pakcik, papa saya nak beli ni.. bagi murah sikitlah pakcik.. saya nak blek KL nih..dah sakit pinggang dah ni jalan kat sini"

papa : "kasik murahlah abang... anak mau main.."

pakcik Wang kelian : "boleh lah bolehlah.. cincai sudah..."

hahahaha

- sebahagian daripada barang-barang yang dijual di Wang Kelian... byk brg mainan budak2 je sebenarnye...

- Rayyan Danish pun dapat satu... hehehe.. motorbike.. muat-muat je kete savvy.. lantak.. hangkot je...

lepas dah beli ape ape yang berkenan di hati kami pun gerak la pulang ke Putrajaya... so tamatlah sudah perjalanan kami ke Wang Kelian, Perlis...

bubbye perlis... bubbye Wang Kelian... 
jumpe lagi... 
kata Rayyan Danish...
InsyaAllah.. ade rezeki kami sampai lagi...
amin..

-sekian-


Hotel Brasmana, Perlis

17 January 2012
 Salam,

citer ni dah basi sebenarnya... cerita tahun 2011.. boleh kan.. harap korang x boring la membacanye.. hehehe.. korang ada yang dah sampai perlis???  mestilah ade kan.. aku dah sampai 2 kali...(ayat minta lempang nih) dan 2-2 kali tulah perjalanan kami 'ditaja' kerajaan sbb kay outstation di perlis... kami pergi hari rabu pagi sampai di perlis dalam jam 5 petang... lenguh jugak. kami check-in di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis. Tiada aktiviti sgt pun sbb kami sampai pun dah lewat petang.. so masing-masing dah penat.. rehatkan badan.. sebab malam nak keluar makan.. hotel ni berdepan dengan tempat makan... dan berdepan dengan laut.. tapi malam pertama tu kami makan di bawah hotel je.



gambar di atas merupakan gambar-gambar hari pertama kami di hotel tersebut.. tgklah muka papa yg serius tgh wat schedule utk check bangunan-bangunan yang telah diarahkan... Si Rayyan Danish pula sibuk makan keropok rota sambil tgk tv.. hehehe...

Keesokkan harinya (hari kedua), merupakan hari yang paling boring bagi kami.. kami tu utk aku dan Rayyan Danish... hehehe.. bukan ape.. kay dah kene p wat keje so tinggalkan kami berdua untuk habiskan masa sehari itu.. nak keluar tak tau nak p mana.. so kami lepak je dalam bilik hotel tuh.. hehehe.. bila kay balik petang tu, terus ajak kay keluar dan makan sekali... kebulur habis nih.. mana taknye.. makan breakfast je.. lunch makan biskut dan roti sahaja.. kesian kan.. hehehe.. kay dah suruh call je hotel untuk hantar makanan tp malaslah.. sebab kay pun dah nak balik time aku ngadu yg kami lapar tuh... jom layan gambar... sebelum makan tu kami bwk Rayyan Danish g main kat playground depan hotel tu je... hehehe

- nak keluar kene bwk bola... wajib 

- eceh ceh... handsome boy with his ball

- jom main bola bersama Rayyan Danish... nampak tak hotel kami.. hehehe

dah penat main bola dengan papa die, die ajak main playground pulak.. layan kan....

- first round....


- second round


- third round... ok dah jom makan.. mama dah kebulur nih....



tak sempat nak amek gambar nasi sbb dah lapo bebeno.. btw, kay oder mentarang masak rempah.. sedap gilerrr.. korang pernah makan tak??? klu tak pernah g lah try.. superb.. hehehe

note : next entry nnt aku citer perjalanan kami ke Wang kelian.. okeh??? 

-sekian-

Updated Blog..!!!

16 January 2012
Salam ,
Ingatkan hari ni nak updated blog tp.... tp... tp... erm.. aku lupe bwk laptop... tak syok updated blog gune pc opis nih.. takdak gambar pun... pastu feel die tak best mcm updated blog gune laptop.. hehehe.. esok aku updated okeh..

-sekian-

Emas di Kampung Melayu Majidee

12 January 2012
Salam...

- uihh.. ramainye org kt kampung aku..

Kecoh juga bila berita tentang menemuan emas di kampung kelahiran aku, Kampung Melayu Majidee tersebar luas.. Ratusan individu berpusu-pusu ke Jalan Mewah apabila berita menemuan puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas dijumpai... Semenjak itulah Jalan Mewah tu diketahui umum... kalau dulu, tanya orang yang bukan Kampung Melayu, belum tentu die tahu kat mana letaknya Jalan Mewah tu.. silap silap haribulan, org Kampung Melayu sendiri pun tak tau Jalan Mewah tu kat mana... hehehe.. aku tau Jalan Mewah tu pun sebab kawan aku dok situ... bila berita ini tersebar aku rasa macam tak percaya je... berkobar kobar nak balik kampung semata mata nak mendulang batu-batu tu.. tapi rupa-rupanya, Jabatan Mineral dan Geosains negeri telah pun mengesahkan logam yang disangkakan emas tu adalah sejenis mineral tidah berharga yang dikenali sebagai pyrite.... hehehe.. mesti frust kan orang orang yang telah bertungkus lumus mendulang untuk beberapa hari ni...?

aku copy paste sikit petikan daripada utusan online



JOHOR BAHRU 11 Jan. - Orang ramai yang terlibat dengan aktiviti 'mendulang emas' di Kampung Melayu Majidee di sini diminta menghentikan aktiviti itu kerana ia bukan sahaja tidak memberi faedah tetapi juga merosakkan infrastruktur serta mengganggu ketenteraman penduduk kampung berkenaan.

Ahli Majlis Zon Kampung Melayu, Azman Dawam berkata, aktiviti mendulang dan mencari batu yang telah disahkan sebagai mineral jenis 'pyrite' itu telah dijalankan sejak seminggu lalu dan turut merosakkan jalan yang baru diturap di kampung berkenaan.

''Rata-rata penduduk kampung ini sudah tidak lagi menjalankan aktiviti tersebut setelah ia disahkan bukan emas tetapi orang luar masih datang," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kampung Melayu Majidee menjadi tumpuan ramai sejak seminggu lalu selepas batu-batuan di Jalan Mewah kampung berkenaan didakwa disaluti emas.

Susulan itu, Jabatan Mineral dan Geosains negeri yang membuat kajian ke atas batu tersebut semalam mengesahkan bahan berkenaan bukannya emas, sebaliknya sejenis mineral dikenali sebagai 'pyrite' yang tidak bernilai.
Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan berkenaan hari ini mendapati orang ramai masih mendulang dan mencari batu-batuan dari awal pagi sehingga ke lewat petang.

Dakwaan mengatakan batu berkenaan bernilai dan boleh dijual di kedai emas membuatkan orang ramai masih menaruh harapan meskipun hingga kini tiada bukti mengesahkan dakwaan tersebut.

Seorang suri rumah, Zarina Abdullah, 34, dari Taman Seri Setanggi di sini mengakui membaca laporan berita mengatakan batuan tersebut bukannya emas, namun ia tidak menghalangnya untuk mencari 'emas' tersebut.

"Walaupun mereka kata itu bukan emas, saya tetap cari, manalah tahu kalau ada nasib. Kalau bukan emas pun, saya tetap akan simpannya sebagai barang hiasan dan kenang-kenangan," katanya.
Seorang warga emas, Zaiton Seman, 64, dari Taman Molek di sini pula sanggup datang ke kampung itu hari ini selepas mendengar mengenai penemuan 'emas' itu dan mengakui tidak mengetahui batu tersebut bukannya emas kerana belum membaca berita tersebut hari ini.



note : aku sememangya berasal daripada Kampung Melayu Majidee.. tapi bukanlah duduk kat Jalan Mewah tuh.. aku call baba td.. kata baba mmg btul ade emas.. tp dah abes dah.. tak taulah baba aku bergurau ke btul2 sebab baba aku mmg gemo bergurau.. hihihihihi...


Wordless Wednesday #6 : Fungsi Tepung

11 January 2012
  Salam,
  


gambar ini akan menjadi kenangan di zaman akan datang... happy birthday...!!! 

note: birthday mangsa-mangsa di atas telah lepas ye... gambar ini hanya sekadar kenangan... =)

Doa Murah Rezeki

10 January 2012
Salam,



"Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu.

Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan juka berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah.
Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan Kekuasaan-Mu, limpahkanlah rezeki kepada kami sepertimana yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-My yang soleh.

bacalah doa ini setiap pagi, setiap kali kite bersolat, dan sebelum tidur.. mudah-mudahan kite dilimpahi rezeki daripadaNya... tp kite perlu USAHA, DOA dan TAWAKAL


note: rezeki dari NUFFNANG.

-sekian-

Hari Ketiga Rayyan Danish

Salam,

Hari Ketiga Rayyan Danish di taska cendiakawan masih sama..hantar pagi nangis dan meronta ronta.. siap tarik tarik baju dgn tudung aku lg bile aku nak pass die pd cikgu die...nak taknak terpaksa juga aku tabahkan hati... mama papa harus bekerja sayang...be a good boy ok.. bergenang juga airmata seorang ibu ... apakan daya... aku harus mencari rezeki untuk membantu suami dan memberi kemewahan yg sederhana kepada anak dan keluarga ku.. InsyaAllah... doa dlm hati percaya pada mereka yang telah diamanahkan untuk menjaga anak kite... itu pesan mama pd aku... sbb mama ckp die pun pernah jd cikgu tadika... mama pun dah g sekolah Rayyan Danish.. so aku mendapat restu mama untuk hantar cucunya di situ.. dan aku berharap doa aku sentiasa dimakbulkan Allah... dan kepercayaan ku takkan sekali sekali mereka sia siakan...Amin... 

Hari ketiga ni takde gambar... taksempat.. kami bangun awal sikit dr 2 hari yang sebelumnya.. sesudah solat subuh lbih kurang jam 6.50 pagi Rayyan Danish dah tersedar...tersedar dan menangis cr aku... aku amek peluang utk bg die tgk kartun dulu sementara aku masak air utk mandikan die... mmg kartun di Astro ni hebat lah.. bisa buat anak aku diam seketika... 

Sampai pejabat aku sms cikgu die.. katanya Rayyan hari ni ok.. tp masih lg menangis... ada improvement sikit lah.. bile balik aku amek die, die tak nangis pun... aku dah bleh tarik nafas lega dah... Alhamdulillah.. semoga die boleh menerima tempat baru, suasana baru, kawan baru.. amin.. 


kami sayang kamu Rayyan Danish
sekian

Mahkamah Memberikan Kebebasan pada Anwar Ibrahim

09 January 2012
Salam..


-sesak dgn penyokong Anwar... menyusahkan org nak p keje je...

Pagi ni kecoh di depan Mahkamah Jalan Duta tentang kes dimana Anwar Ibrahim dituduh meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari. Seramai lebih 5,000 orang yang hadir bagi menyokong Anwar Ibrahim atas kes ni... dieorang ni tak p keje ke??? mereka tak kasihan ke pada orang2 yang harus bekerja arini.. kene meredah kesesakan lalulintas gara-gara isu ini... susah kan bile dah melibatkan org politik ni... no more comments... just read the statement from media...  yg pasti aku tidak pernah menyokong Anwar Ibrahim... kalau die tak salah pun aku tak pernah sokong die.. hehehehe..

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MahkamahbebaskanAnwar/Article


-sekian-

note : Politik itu x kotor tp org di dalam politik itu yg kotor.. PRU semakin hampir... walaupun aku bukan orang yg suke pd politik tp aku tetap mahu negara ku aman dan merdeka... jd BN adalah pilihan aku dulu kini dan selamanya.. sebelum memilih/mengundi pk lah adakah parti pembangkang bisa menjaga keamanan ORANG MELAYU... (dah mcm mama plk dok membebel psl politik)...


Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Bile Berdua...

Assalamualaikum...

Sempena Rayyan Danish nak masuk taska ni aku mmg apply cuti 2 hari... kay apply 1 hari je tp hari kedua tu die mcm tak sedap ati nak g opis.. so die EL lah.. hari pertama kami cuti mmg ada rancangan nak g cari kasut futsal kay... so, lpas tunggu Rayyan Danish sampai pukul 10 lebih kot... kami decide blek umah then siap2 untuk ke MINES... terasa janggal sungguh bila kami keluar berdua tanpa Rayyan Danish... selalu mmg bwk die kemana saje kami pergi.. so bile kali ni die terpaksa dok taska jd kami mmg terasa janggal sungguh keluar berdua... hahahaha.. ayat minta muntah kan kan kan...

- selalu kalau keluar mesti rayyan danish dok tengah-tengah kat armrest tuh... kali ni hanya kami berdua...

sampai sampai MINES je mmg kami terus survey kasut futsal kay.. dari tingkat 1 sampailah tingkat 4... survey punye survey, kay dah tak tau nak pilih yang mana... tanya aku? aku lg lah tak tau kan.. bukannye aku yg nak futsal tuh...aku layan kan kay dok survey survey nih... 

- last last kedai yang first sekali kami pergi tu yg byk choice dan memikat hati kay... kasut pertama yg die pilih takde size.. kasut kedua yang die pilih adalah last pair that's means sebelah dalam kotak sebelah lg yang org dok try try tu.. (sebenarnya aku lupe perkataan tu)... bile salesgirl tu ckp kasut tu last pair aku terus ckp taknak.. amek yg ade baru... pilihan ketiga bru dpt yg baru... aisehman... lenguh lak kaki... lepas dah sudah bayo kasut tu, perut pun dah kruuunggg krinnng ... apelagi.. aku pun ajaklah kay makan... makan kat mane??
pakcik McD sudah....

- mcm berdating plak kiteorg... hahaha.. selalu kiteorg makan mesti kelam kabut... tp bile Rayyan danish tak ikut nih.. makan punyela sempoi... tetibe ada org belakang tu perangai anak die sebijik mcm Rayyan Danish.. owh that time i'm really miss my son... terus kay ckp, jgn sedih sgt.. die ok tuh... hopefully...cerita sepanjang kami makan adalah tentang perangai Rayyan Danish di hari pertama sekolah hokeh... hehehe...lepas makan kami ingat nak tgk wayang tp kay taknak pulak... last2 kami ke karaoke je... hahahahaha...

 - nilah muka penjaga skrin... ops nampak pulak perkataan KBox tu... abaikan yerk... 

 - posing sambil layan lagu ape ntah...

- eh die lagi.. asyik die je pegang microphone kan.. lepas die, die.. hahahahah... 

so far karok dekat MINES ni oklah.. sound system die pun best... harga pun takdelah mahal sgt.. working days RM 20/jam utk bilik kecik RM23/jam utk bilik besar... tp takde makan tgh hari... kalau karok kat alamanda ade makan tgh hari tp agak mahal jugak lah.. 

lepas karok terus blek amek Rayyan Danish... maka tamatlah aktiviti kami berdua di kala Rayyan Danish sedang menangis di taska (kami ingat ok.. kami bru tau rupenye die dok nangis hari pertama kat taska tuh... aku sms cikgu die tnya keadaan die.. time tu bru tau.. )

sekian

Hari Kedua Bagi Rayyan Danish

06 January 2012
Assalamualaikum...

Hari kedua Rayyan Danish di taska, aku masih lagi bercuti... kali kedua ni lebih mencabar sbb kay junior ni mmg dah tahu yg kami akan tinggalkan die di tempat yang die tak pernah duduk bersama orang-orang yang die tidak pernah kenal... bangun pagi dan mandi masih lagi menangis... of course la nangis kan... tgh sedap2 tidur kene kejut pulak.... tp lepas mandi, pakaikan die baju sekolah die tu, bg susu, bukak kartun senyap la die... 
 
 - kartun je yang membuatkan die bertenang seketika... =)

bila mama dan papanye dah siap, kami mulekan perjalanan ke sekolah Rayyan Danish yang masanya tak lebih dr 5 minit dr umah kami... bila sampai kat parking taska je die dah mule buat muke nak nangis...

- ada macam muke budak nak nangis x??? takde lg kan... sbb aku suruh die senyum, sbg anak mama die hanya mengikut arahan...

- di saat inilah die sudah mule buat muke nak nangis... maknanye die dah cam tempat ni.. ye ini adalah sekolah awak Rayyan Danish... 

masuk je pintu gerbang nak ke taska cendiakawan tu Rayyan Danish dah mule menunjukkan aksi aksi yang buat kami susah hati... perangai beginilah buat aku rasa sebak... hati tisu hokey... Rayyan Danish taknak masuk pun pintu taska tuh.. die ajak main playground plak...

- tu nampak x sesi memujuk supaya die masuk taskanye dengan senyuman.. tp hampeh... tak nak tak nak katanye,.. 

- nak tak nak terpaksa jugak angkat die... alahai anak... mama papa kene control jiwa dan raga okeh masa nak serahkan die kat cikgu die tuh.... 

Masa balik aku g amek die, die masih berlari dan menangis nampak aku... bile tanya cikgu die, cikgu die ckp "pg td die nangis lama jugak puan, tgh hari lepas bangun tdo pun die nangis tp makan dah ok dah" huh... ada komen yang positif walaupun die masih lg menangis di sekolah...

sekian.


Hari Pertama Bagi Rayyan Danish

assalamualaikum...

harini aku nak citer tentang hari pertama Rayyan Danish di taska... aku decide nak masukkan die taska dah lama dah... dr bulan 4 lg aku dah daftar kan die Taska Cendiakawan tuh... survey punye survey aku rasa Cendiakawan is the best educare for my son... InsyaAllah.. 

Hari pertama Rayyan Danish di taska tu... erm... mula2 nk bgun pg tu mmg confirm punye nangis... aku tabahkan hati jelah.. angkat je die masuk bilik air.. sian anak aku tu pg2 dah kene mandi... tp mandi air suam lah.. aku jerang air pepagi buta hokey... dr mule mandi sampailah dah sudah mandi nangis takde benti punye...    pastu aku pujuk dengan kartun... so die pun ckp nak tgk kartun... lps pakaikan baju bedak bagai die jd seorang budak yang ceria... tgk kartun leh joget2 lagi... padahal die tak tau yg die kene pergi sekolah jap g... hehehehe...

Masa sampai kat taska tu,die tak nangis lg... so aku dengan bangganye bwk die masuk dlm taska tuh...  masih tak nangis...aku bg die kat cikgu die pun, die masih tak nangis... aku suruh die duduk,die duduk.. budak2 lain nangis die tgk je.. ok..dlm hati aku ckp good boy sungguh anak aku... tp yg penting muke die blurr giler... muka yg penuh dengan tanda tanya...muka yg tak tahu ape jd pada die harini... mmg nampak sgt blurr muke rayyan danish time tuh.. aku riso tetap riso.. papanye apatah lg..hehehe.. emo la konon.. then aku call penyelia taska tuh tanya keadaan Rayyan Danish... "Rayyan Danish nangis puan.. lama die nangis.. jap jap die g kat pintu menangis... mcm sedihlah... makan pun taknak sgt..main pun taknak sgt... arini mmg die nangis jelah" adoi.... gundah gelana hati aku... pastu penyelia ckp lg "takpe puan..kite dah biasa... puan kene sabar la sikit...mule2 mmg mcmtu..nnti bila die dah kenal kawan2 die dah kenal cikgu die,die oklah tuh... mmg mslh sikit sbb die x pernah dok taska kan..takpe.. kite boleh pujuk die..puan jgn riso ye"... hopefully.. InsyaAllah...


bile blek aku amek die,die terus lari kt aku sambil menangis... sian Rayyan Danish... harap2 esok die tak nangis dah lah (angan-angan yg susah nak jd kenyataan buat masa ini)....tak sampai ati tol tgk die nangis.. ubati hati Rayyan Danish dengan melayan die main di playground taska nye... mcmne la esoknye ek?? sbb esoknye confirm die tahu punye... erm.. nantikan next entry okeh... layanz gambar..



 - nampak x muka die yang masih lg ceria.. agaknye apa yg dipikirkan ek...???

 - depan taska Cendiakawan tu ada cafe... hari pertama kami cuti kami dok kat cafe tulah.. dok perati dr jauh je...

 - ni muka yg bru lepas nangis... erm.. danish danish.. nangis mcm pegi perang...

- dalam kete minta susu... rupe2nya cikgu die dah siap-siap buatkan die susu

nota : hari pertama rayyan danish di sekolah failed... hehehe.. nangis sokmo, x mo makan, x mo tdo, xmo main...takpe... kite tunggulah hari2 berikutnya.. aku doa Rayyan Danish dapat menerima keadaan baru dan semoga Allah terangkanlah hati anak kami Rayyan Danish... amin

Blog Kay & Yana Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign