Friday, May 4, 2018

Koleksi Buku Bulan May - #pbakl2018 & Hadiah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini buku yang Sha beli sempena PBAKL 2018 dan juga hadiah yang Sha terima.. Buku Banja Mangala tu Sha minta kawan tolong belikan di PBAKL 2018.. Kawan tu siap dapatkan tandatangan dari penulis.. Takrut tu pula Sha dapat hadiah.. Boleh baca di SINI.. Istimewa sangat sebab penulis ini memang Sha suka.. Buku yang terakhir tu pun hadiah juga.. Boleh baca di SINI..

Ini hadiah sempena bina ayat dari tajuk buku.. 

Ini pula buku-buku yang Sha pre order sempena PBAKL 2018 dan yang Sha menang sempena joint contest review.. Sampai serentak.. Suka hati Sha.. 

Setiap buku ada dapat tandatangan penulis.. Memang puas hatilah.. 

Ajin - Demi Human (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..
Filem Jepun yang menarik.. Mengenai manusia yang boleh hidup semula, walaupun dibunuh berkali-kali.. Dalam badan mereka pun ada Ghost yang boleh dikeluarkan dan berlawan untuk mereka.. Memang sangat menarik filem ini.. Kei yang tiba-tiba jadi Ajin, telah ditangkap dan dijadikan bahan ujikaji.. Tak lama kemudian datang Sato menyelamatkan Kei dengan syarat Kei kena bantu Sato untuk membunuh manusia biasa.. Memang taklah kan Kei nak tolong.. Maka bermulalah pertempuran antara Sato dan Kei... Berjaya atau tak Kei menyelamatkan manusia dan menangkap Sato..

 AJIN: DEMI-HUMAN | 31 September 2017 | Action, Suspense, Sci-Fi |
Sinopsis: Kei Nagai (Takeru Satoh) dies in a car accident, but his body is recovered and he is revived. From the accident, Kei learns that he is a type of immortal known as Ajin (demi-human). Ajin are considered dangerous by humans. Kei as an Ajin is found by the government and sent to a research facility. There, he is held in custody and undergoes painful experiments.
Sato is also an Ajin and a terrorist. He is the only one to extend a helping hand to Kei, but Kei can't take part in Sato's plans to commit mass murders against humans.

Jodoh Itu Milik Kita oleh Sara Aisha

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Kisah Dahlia dan Aariz.. Walaupun buku ini bermula dengan kisah kahwin terpaksa.. Namun jalan ceritanya agak berlainan bila mana Aariz dan Dahlia sama-sama menerima perkahwinan ini dengan reda.. Tidak ada aksi pikat memikat sebaliknya mereka sama-sama jatuh cinta.. Namun konflik datang dari Syafiq yang melarikan diri.. Serta kisah silam Aariz yang hitam dan kelam.. Hubungan yang sweet dan comel antara Aariz dan Dahlia mula berantakkan..

Penulis berjaya mewujudkan watak Dahlia yang walaupun baik tetap ada kurangnya.. Aariz yang nampak sempurna tetap ada rasa rendah diri..

Garapan yang menarik serta memberi pandangan yang berbeza pada pembaca.. Bila dosa orang lain yang buat namun hukumannya orang lain yang tanggung, memang menyeksakan.. Sokongan dan penerimaan masyarakat sangat membantu..

Sha baca dan selesai pada 01.05.2018.. Baca novel ini dulu kemudian berhwnti sekwjap sebab nak baca Nadi oleh Pasha.. Lepas tu baru sambung balik.. Kikiki..

(ebook - PNM e-Reader)

Thursday, May 3, 2018

2018 Reading Challenge - Half Success

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Yeah!! Dah 100 buah buku.. Sha berjaya dapat jumlah ini pada tarikh 01.05.2018.. Tak sangka.. Memang tak sangka.. Untuk tahun 2018, Sha bukan sahaja membaca buku fizikal tetapi ebook yang Sha pinjam menggunakan PNM e-Reader.. Sebab tu pembacaan jadi banyak dengan cepat.. Walaupun buku sentiasa terselit dalam handbag dan juga di kereta namun dengan telefon tangan, buku terasa lebih dekat dan akses tu lebih pantas.. Kikiki.. Namun keseronokkan membaca buku fizikal tetap tak dapat ditandingi.. Tambahan pula bila melihat rak buku yang penuh dengan buku.. Bahagia tu lain macam rasanya..

Owh ya.. Entry ini bukanlah entry riak ataupun menunjuk-nunjuk ye.. Sekadar mengabadikan kenangan untuk usaha dan juga minat Sha pada buku.. Mungkin juga menjadi pembakar semangat buat kawan-kawan yang membaca entry ini.. Jom membaca..

100 dari 200 buah buku telah berjaya Sha capai pada 01 May 2018.. 

Time Raiders / The Lost Tomb (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat menarik.. Pencari makam yang terjumpa dengan makam yang tak sepatutnya dan membangkitkan makhluk yang tak sepatutnya.. Dua watak utama yang takdirnya berkait, berjumpa dan melakukan perkara yang sepatutnya.. Kisah fantasi dan aksi yang menarik.. Tak terasa dua jam masa menonton filem ini..

Update 11.07.2019 - Sha tengok sekali lagi.. Tetap menarik dan mengujakan.. Persahabatan antara dua watak utama kelihatan sangat serasi dan menarik walaupun kesudahannya sedikit sedih.. 

Filem ini ada kaitan dengan drama yang bertajuk The Mystic Nine.. 

TIME RAIDERS Other Name: Dao Mu Bi Ji Zhi Qi Xing Lu Wang Gong; The Lost Tomb|CH Movie | Action, Adventure, Drama, Fantasy, Mystery, Thriller |5 Aug 2016 |
Sinopsis: This drama is adaption of Kennedy Xu's novel series"Grave Robbers’ Chronicles". 50 years ago, a group of Changsha grave robbers dug out manuscripts of the location of treasures from Warring states, but an encounter with an undead rendered almost the whole group dead. In the present, the young grandchild of the sole survivor, Wu Xie, discovers a secret within his grandfather's notes. Together with his third uncle, Wu Sansheng, and a fewother experienced tomb robbers, to search for the treasure. But what no one expected to find the intriguing mysteries that accompanied their tomb robbing adventure - just who was the owner of that tomb? Will they be able to find the real coffin? And just where will these puzzle lead the group?

Nadi oleh Pasha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah Sha peram novel ini.. Kikiki.. Tapi sebab dah berjaya beli buku baru beliau yang bertajuk 'Maia', maka bolehlah baca 'Nadi' dengan senang hati.. Sabar jelah perangai.. Kikiki.. Ini sejenis penyakit takut kepupusan bahan bacaan namanya.. Kikiki.. Sila jangan ikut ye.. 

Okay.. Jom sembang pasal Nadi.. Nadi ini sangat menarik pada Sha.. Garapan yang cantik oleh penulis.. Sha suka sangat bila penulis menggunakan watak heroin bisu.. Nampak sangat wow.. Heronya pula kasar, sinis dan juga muka ketat.. Kikiki.. Sepadan sangat.. Geram juga bila Jasmin (heroin) tak boleh nak balas balik semua kata-kata Adam(hero).. Tapi bila tragedi menimpa mereka, tiba-tiba je Jasmin boleh berkata-kata.. Masa nie memang seronok sangat.. Adam yang keras pun boleh kalah dengan Jasmin.. Kikiki.. Penamat dia membahagiakan.. Sha suka.. 

Yang pasti tak semua orang dapat peluang kedua.. Bila kita dapat, kenalah menghargai peluang itu.. 

Sha baca dan selesai 01.05.2018.. Dalam beberapa jam je Sha berjaya habiskan.. Sebab novel ini sangat eye catching.. Dari mula sampai habis.. 

Wednesday, May 2, 2018

2018 Reading Challenge #4

Assalamualaikum..
Hye semua..

April sudah berlalu.. April yang menakjubkan.. Bahan bacaan Sha pun sedikit menakjubkan.. Kikiki.. Sha baca ebook dan buku secara berselang seli.. Pembelian buku pun boleh tahan juga bulan ini.. Adoilah.. Sabar je perangai.. Kalau dengan buku, memang selalu kalah.. Kikiki..

Enigma Nayra: Pabila Sihir Mencengkam Jiwa by Noraziah Atan
Dracula: Bermulanya Sebuah Legenda by Al Ghazali
Waris Dukun Hitam by Syikin Zainal
Mr. Singa Miss Selamba oleh Nurina Feeza
Simulasi oleh Lokman Hakim
Zombie Attack! Rise of The Horde by Devan Sagliani
Akukah Snow White Itu? oleh Lily Haslina Nasir
Ranea oleh Khairi Mohd
Lebuh Raya: Bukan Kita Sahaja Yang Gunakannya diselenggara oleh AC Jaffrie
Dhujung Chalet oleh Naim Tamdjis
Magisnya Cinta oleh Syamnuriezmil
Menggunung oleh Helmi Effendy
Untuk Sekali Lagi oleh Sara Kyoko
Cinta Last Lap oleh Peanut
Ummu Sibyan oleh Ninie Othman
Encik Sayang dan Miss Sweetheart oleh Sara Aisha
Lawan oleh Khairul Nizam Khairani
Aku, Espresso dan Latte oleh Haryani Kamilan
Misteri Kem Motivasi oleh Hasrul Rizwan
13 Jam A380 oleh Evelyn Rose
Separuh Aku Ada Kamu oleh Awesome 5
Split oleh Nurul Ain Syuhada
Mr & Mrs Sweet oleh Q Aulia
Mens Rea oleh Fazrin Jamal 




Mens Rea oleh Fazrin Jamal

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Buku ini bacaan dewasa ye.. Tak sesuai dibaca mereka yang dibawah umur.. Ada aksi 18sx.. Kikiki.. Jadinya kenalah kawal pembacaan anak-anak kita ye..

Novel ini best.. Serius best.. Dalam ini penuh teka teki.. Saat kau teka siapa pelakunya, kau dihidangkang dengan keraguan.. Novel ini bercerita daripada perspektif watak.. Dari satu watak ke satu watak.. Sambil tu cerita bergerak mencari siapa pesalahnya.. Memang tak sangka topeng yang dipakai mampu mengaburi mata yang melihat..

Penamat cerita ini buat Sha rasa sangat berhati-hati.. Kikiki.. Memang twist yang sangat menarik..

Sha baca pada 29.04.2018 dan selesai pada 30.04.2018..

Koleksi Sha

Terbitan Lejen Press

Wordless Wednesday #73


Tuesday, May 1, 2018

Keywords Blog Kasihku Amani #7

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak share search keyword blog Sha.. Untuk April 2018 seperti dibawah.. Yang paling banyak dicari ialah Tauhu Begedil.. Kemudian mengenai Gantung The Series.. Boleh baca di SINI dan SINI.. Ada juga entry lama yang masih dicari macam Bayar Bil Melalui Maybank2u dari tahun 2015.. 

Terima kasih pada yang sudi singgah dan baca.. You guys memang rock lah..


Biskut Munchy's Choc-O (Original, Mixed Nuts & Double Choc)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Asyik dok tengok iklan biskut ini lalu lalang dekat iklan tv kan, geram tu yang beli ketiga-tiga flavour.. Puas hati.. Rasa je semua.. Memang sedaplah.. Penuh coklat.. Memang pus hatilah.. Serius.. Kalau makan yang original pun dah penuh coklat, kalau korang makan yang Double Choc pun memang lagi puas hatilah.. Memang boleh hilang stress..

 
Original, Mixed Nuts dan Double Choc

 
Yang Mixed Nuts je nampak berbeza sebab ada kekacang..

 
Dalam bulatan purple Double Choc, bulatan hijau Original dan bulatan oren Mixed Nuts..

Selamat Hari Pekerja 2018


Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat bercuti.. Jalan ke mana tu?
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com