Showing posts with label Review Product. Show all posts
Showing posts with label Review Product. Show all posts

Wednesday, October 21, 2020

Minuman | Premium French Roast

Assalamualaikum..
Hye semua..

bila pergi kedai runcit dekat kawasan felda berdekatan dengan tempat tinggal Sha ini, Sha suka cari sachet 3in1 yang Sha tak pernah cuba.. Macam Premium French Roast ini.. Lama dah teringin nak cuba tapi risau tak kena dengan lidah dan tekak.. Bila jumpa yang jual macam ini, Sha belilah 1.. 1 peket ini harga dia RM1 je.. Jadilah kan.. Nak rasa je.. Okaylah.. Pada tekak Sha.. Rasa dia kuat sikit berbanding Nescafe.. Tapi tak adalah keras sangat.. Masih boleh diterima dan nice.. Agak-agak nak ubah selera, bolehlah beli yang ini..

RM1 je untuk 1 sachet nie.. Tak pernah rasa, tu yang beli.. 

Sedap juga rasa dia.. Sedikit pahit tapi masih umph!!

Friday, March 27, 2020

Maggi | Mi Goreng Cili ala Kampung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha cuba satu lagi Mi Goreng baru dari Maggi.. Cili ala Kampung.. Rasanya seperti Maggi Hot Cup Goreng Perencah Cili Fiesta.. Hampir sama tau rasanya.. Pada tekak Sha lah.. Yang ini memang sedap dan best sebab tak terlalu pedas.. Kalau campur bahan lain lagi puas makan.. hehehe..

Harga satu pek ini RM5.65 dan dalam pek ini ada 5 pek kecil..

Mi Goreng Cili ala Kampung..

Perencah yang ada ialah Minyak, kicap dan juga serbuk perencah serta bawang goreng..

Lepas rebus maggi dan tapis, tuang semua perencah kecuali bawang goreng.. Kemudian gaul sebati dan bolehlah dihidangkan.. 

Kalau korang sukakan bawang goreng, bolehlah taburkan sebelum makan.. Sha memang tak suka, jadinya Sha terus je makan lepas siap gaul.. Ini adalah versi ringkas dan cepat.. Kalau rajin, boleh je tumis.. Tambah sayur dan telur..

Tuesday, March 17, 2020

Maggi | Mi Goreng Sambal Tumis Bilis

Assalamualaikum..
Hye semua...

Lama tak masuk 99 Speedmart.. Bila masuk je mesti jumpa makanan/produk baru.. hehehe.. Kali ini Sha jumpa Maggi perisa baru.. Beli sebungkus untuk cuba..

Pedas.. Untuk Sha yang memang tak tahan pedas, mi goreng ini pedas.. Tapi sedap.. Terasa ikan bilisnya walaupun tak nampak ikan bilis.. Hehehe.. Warnanya merah menyala.. 

1 pek ada 5 bungkus dan harga untuk 1 pek ini RM5.65..

Pek kecil.. Ada 5..

Isi dalam pek tu ialah maggi kering, sambal tumis bilis dan bawang goreng..

Sha rebus fulu maggi ti, nak rendam pun boleh.. Lepas tu tapis dan bubuh dalam mangkuk.. Tuang sos dia dan kacau rata.. Sha tak makan bawang goreng, jadi tak adalah bubuh sekali..

Inilah rupanya lepas dah digaulkan dengan sambal dia.. Merah warnanya.. Seram pula Sha nak makan bila tengok warna dia.. Hahaha.. Tapi cuba jugalah.. Not bad rasa dia.. Terasa ikan bilisnya.. Kalau tumis atas kuali mesti lagi sedap.. hehehe.. Tapi tak sesuai sangat untuk Sha yang tak makan pedas..

Monday, January 13, 2020

Makanan | Ramly Potato Wedges

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selain dari kek, ada beberapa produk Ramly yang Sha baru nampak dijual.. Kalau dekat pasaraya selalunya daging burger dan nuggets je yang Sha jumpa tapi bila pergi kedai sejuk beku produk Ramly, macam-macam ada.. Potato wedges ini salah satunya.. Potongan dia kecil-kecil, jadi sedaplah nak makan dan mudah nak masak.. Anak-anak Sha pun suka.. Makan tanpa sos pun dah sedap.. Tak adalah pedas melampau.. Biasa-biasa je tahap kepedasannya..

1kg ini RM11.30

Kejadian selepas digoreng.. Mengancamkan..

Monday, June 17, 2019

DASHING 1st Semburan Deodoran + Wangian Badan Untuk Lelaki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Produk kesukaan Sha masa zaman remaja dulu kembali dengan rangkaian terbaru.. Deodoran+wangian dalam satu botol.. Lebih mudah dan senang dipakai.. Menyegarkan dan mewangi dalam satu masa.. Tapi sekarang produk Dashing ini menjadi pilihan encik suami.. Memang menepati citarasa encik suami yang selalu nak cepat tapi kekal segar dan wangi sepanjang masa.. Dengan adanya produk baru Dashing ini, memudahkan urusan harian encik suami..

Edisi khas bersama botol air.. Memang ohsem..

Memulakan hari dengan wangian yang hebat dan sentiasa segar sepanjang hari adalah penting bagi setiap lelaki agar dapat mengharungi cabaran dan aktiviti harian dengan penuh yakin. Oleh itu, menggunakan minyak wangi badan supaya berbau harum dan deodoran agar kekal segar dan menghindar bau badan sudah menjadi satu kemestian buat si jejaka.

Menggunakan dua produk bagi memastikan mereka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar!

Mengapa? Adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi.

Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki.

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol!

Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari.

Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.

Semburan deodoran biasa hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari!

Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi


DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasai:



HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.


ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.


SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.


HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di, https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/.

Wednesday, May 1, 2019

Review Easy Spray Mop W/Stainless Steel Handle

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah hampir 4 minggu menggunakan mop ini, Sha dan encik suami berpuas hati.. Berbaloilah dengan harganya.. Senang nak guna.. Sebab dah ada air.. Tak payah nak perah-perah bagai.. Spray dan mop.. Memang mudahlah..


Update: Sha beli mop ini di Shopee dengan harga RM23.34 (termasuk postage).. Boleh klik sini untuk tengok entry pembelian mop ini..

Sunday, December 2, 2018

Aik Cheong Cafe Art Variety Pack

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun Sha dah jarang minum kopi 3in1, tapi masa jenjalan dekat Shopee Sha ternampak Aik Cheong kopi ini.. Dalam satu kotak ini ada 4 rasa.. Matcha, Cappuccino, Latte dan Mocha.. Setiap rasa ada 3 sachet.. Bolehlah nak cuba rasa Matcha tu.. Pertama kali jumpa sebenarnya.. Lepas tu kotak dia pun cantik dan memikat.. Hahaha.. Visual tu penting tau.. Sha beli pada 22.11.2018 dan barang sampai pada 24.11.2018.. Terbaik seller ini..

Sekotak ini RM13.90.. Jadinya 1 sachet berharga RM1.16 lebih kurang..

Kotaknya elok tak kemek.. Ini rupa dalam kotak..

Ada 4 perasa dan setiap perasa ada 3 sachet..

Tak manis sangat.. Rasa pelik sebab selalu Sha minum versi sejukkan.. Bila minum versi panas ni rasa peliklah sikit.. tapi sedap.. sudahnya sha sejukkan je.. Kikiki.. Baru puas minum..

Rasa kopi yang ohsem.. Sedap dan memikat..

Latte pun not bad.. Mungkin sebab sha memang penggemar kopi jadinya Latte dan Cappucino ini Sha suka.. Yang pasti tak berapa manis..

Pekat betul rasa coklatnya.. Memang best dan sedap diminum panas atau sejuk..

Wednesday, September 19, 2018

Nescafe Latte: Tropical Paradise

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak minum Nescafe 3in1.. Baru ini dapat Nescafe Latte percuma.. Perisa baru.. Tropical Paradise.. Nescafe dengan gabungan buah oren, mangga dan kelapa.. Wow.. Satu gabungan yang unik.. kikiki.. Sample free kan.. Kenalah rasa.. Kalau suruh beli, memang taklah.. Masa buka tak ada bau buah.. Tapi bila bubuh air panas, semerbak bau mangga dan oren.. Wangi sangat.. Rasa nescafe bersama buah oren dan mangga tak adalah pelik pada lidah sha.. Sedang elok je.. Macam best pun iye.. Kikiki.. Ini untuk lidah Sha tau.. Lidah korang Sha tak tahu..

Ada 5 stick dalam ini.. Calourful betul pakaging dia..

Not For Sale..

Monday, February 19, 2018

Tisu Lembap Antibakteria Aiken

Assalamualaikum..
hye semua..

Produk yang ini memang kesukaan Sha untuk sentiasa ada, sama ada di rumah, dalam tas tangan mahupun di dalam kereta.. Pelbagai jenis yang Sha guna bermula dari ada baby sehinggalah anak Sha dah besar.. Tisu lembap ini memang satu keperluan yang wajib dan kena sentiasa ada walaupun anak-anak dah besar..

Kini jenama AIKEN mengeluarkan tisu lembap antibakteria dengan dua kegunaan iaitu perlindungan ekstra dan pelembapan ekstra.. Memang menjadi kesukaan Sha lah.. Tambahan pula warna bungkusan tisu tu menawan.. Hijau dan Oren.. Saiznya pun mudah untuk diselit dalam beg tangan.. Tisu lembap ini boleh dipelbagai gunakan.. Tu yang Sha suka.. Bila ada extra perlindungan lagilah bagus, ye tak..

 
BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN

Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.

AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian. Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

 
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PERLINDUNGAN EKSTRA
Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.

 
TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA
Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara..

Monday, February 12, 2018

GC TOOTH MOUSSE

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah membaca pelbagai info di blog dan juga forum-forum mengenai GC Tooth Mousse ini, maka Sha pun telah membeli secara online di Lazada.. Produk ini adalah produk pencegahan supaya gigi tak jadi lebih teruk.. Bukanlah ubat ye..

Sha beli pada 07.02.2018.. Produk sampai pada 09.02.2018.. Pantas dan laju.. Suka Sha..

 
Siap dapat free gift ubat gigi Sensodyne.. Memang terbaiklah seller ini..

Manfaat GC Tooth Mousse
GC TOOTH MOUSSE adalah krim yang bermanfaat untuk gigi, dimana ia mengandungi kalsium dan fosfat, iaitu mineral utama yang terkandung dalam gigi. GC TOOTH MOUSSE adalah bebas fluorida. Krim gigi ini diperbuat daripada susu.

SIAPA YANG MEMERLUKAN GC TOOTH MOUSSE?
# anda yang mempunyai kerosakan gigi yang aktif
# kanak-kanak yang cenderung mengalami kerosakan gigi 
# anda yang mempunyai gigi sensitif
# anda yang mempunyai kahausan pada gigi
# anda yang menjalankan rawatan pemutihan gigi (kalau gigi sensitif)
# anda yang menjalankan rawatan orthodontik
# anda yang mengalami alahan ketika mengandung

ADAKAH GC TOOTH MOUSSE SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN?
Yes, ia sesuai untuk semua peringkat umur as long as ada gigi :) baby yang baru keluar gigi usually 6month and above boleh dah start guna.. again, prevention better than cure.:) 

BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN GC TOOTH MOUSSE?
1. Selepas memberus gigi, picitkan Krim gigi secukupnya dan ratakan pada permukaan gigi menggunakan jari yang bersih dan kering.

2. Biarkan di atas permukaan gigi sekurang-kurangnya 3 minit. Kemudian, dengan menggunakan lidah ratakan krim pada seluruh bahagian dalam mulut. (Krim gigi adalah selamat untuk ditelan kerana diperbuat daripada susu)

3. Biarkan lagi selama 1-2 minit. Lebih lama GC TOOTH MOUSSE dan air liur dibiarkan di dalam mulut akan memberikan keputusan yang lebih berkesan.

4. Elakkan daripada berkumur. Tidak boleh makan & minum 30 minit selepas penyapuan.

Info diatas Sha perolehi di link ini : 

Friday, December 29, 2017

Balm Bayi Tok Syed

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makin banyak pilihan Balm untuk bayi dipasaran sekarang.. Yang semakin mendapat tempat di hati pengguna sudah tentulah yang berasaskan bahan semulajadi.. Balm Bayi Tok Syed ini antara produk yang menggunakan bahan semulajadi sebagai bahan ramuannya.. Antara bahan yang digunakan ialah Lilin Lebah (Beewax), Minyak Kelapa Dara, Minyak Bunga Matahari dan Minyak Essential.. Ramuan ini menghasilkan bau yang wangi dan menyegarkan bila di pakai atau disapu pada kulit..

"Kebetulan Sha memang ada rasa tak sedap didada sekarang ini disebabkan cuaca yang sejuk dan hujan dimalam hari.. Maka Sha cubalah sapu balm ini dibahagian depan dada dan belakang dada, alhamdulillah dada rasa lega dan selesa.. Yang paling Sha suka tak panas tapi melegakan..Sesuai dipakai oleh semua peringkat umur."


Cara mengunakan Balm Bayi Tok Syed
Sapukan SEDIKIT / NIPIS pada dada depan,kiri, kanan dan belakang badan (di bahagan paru-paru) serta betis dan tengkuk.

Sapukan 2 kali sehari selepas mandi jika bayi tidak selsema (maksimum 4 kali sehari sahaja).

Jika bayi selsema : sapukan nipis di batang hidung.
Jika batuk dan berkahak sapukan SEDIKIT / NIPIS dan KERAP (ulang lebih kerap).

Boleh sapu Balm dan buat teknik percussion (tepukkan pada bahagian paru-paru) untuk melonggarkan kahak.

 
Packaging yang sangat menarik dan eksklusif.. Boleh dijadikan hadiah buat kawan-kawan yang menimang cahaya mata..

Testimoni Mereka yang telah menggunakan Balm..



Balm Bayi Tok Syed - RM80 (tidak termasuk penghantaran). Untuk pembelian boleh terus ke http://bit.ly/BBTokSyed Atau bagi sebarang pertanyaan sila SMS/WA 016-826 2990

Tuesday, December 19, 2017

Tasneem Naturel Baby Balm

Assalamualaikum..
hye semua..

Kali ini Sha nak share produk Tasneem Naturel Baby Balm yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% pati minyak (Essential Oil) yang asli.

Pengalaman Sha sendiri, menggunakan Tasneem Naturel Baby Balm memang sangat best.. Bukan sahaja Sha gunakan pada Imani tapi Sha sendiri turut memakainya.. Yang paling Sha suka dah tentulah Calm Time dan Sleep Time.. Imani semakin kuat tantrumnya.. Yallah dah besar kan.. Banyaklah ideanya.. Jadi Calm Time membantu Sha menenangkan Imani.. Manakala Sleep Time pula membantu bukan shaja Sha tapi Imani dan kakaknya Amani untuk tidur dengan lebih lena dan berkualiti.. Ini memudahkan mereka untuk bangun esok paginya dalam keadaan gembira.. Sha mencadangkan Balm ini untuk digunakan semua.. 


Balm bayi Tasneem Naturel merupakan kit bayi semulajadi yang memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil. Tanpa sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna, balm bayi Tasneem Naturel ini diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM. Sehubungan dengan itu, balm ini menjadi pilihan ramai ibu bapa yang prihatin terhadap nilai kesihatan anak masing-masing.
Selain itu Balm ini juga boleh digunakan dari bayi sehingga golongan dewasa.

TUMMY TIME - Membuang angin dalam perut dan melegakan perut sebu dan kembung

COUGHFLU TIME - Membantu kurangkan selesema dan cairkan kahak, melegakan asthma dan mengurangkan suhu ketika demam

CALM TIME - Memberikan keselesaan kepada bayi, mengurangkan keletihan dan tekanan serta membantu anak untuk lebih tenang

SLEEP TIME - Bantu anak supaya mudah tidur lena, Membaiki kualiti tidur dan Anak akan bangun dalam mood yang ceria

ORDER?
TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)

IG: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)
FB : TASNEEM NATUREL HQ
www.tasneemnaturel.com

Testimoni Pengguna





ORDER?
TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)

IG: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)
FB : TASNEEM NATUREL HQ
www.tasneemnaturel.com
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com