Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Wednesday, August 13, 2025

ebook | Lawak Budak Sekolah #7: Pempengaruh (Influencer) oleh Poyo, Froggypapa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini memang kelakar namun penuh isi dan teguran didalamnya.. Pada Sha, usaha dari penerbit dan penulis menjadikan tema pempengaruh ini dalam mengahasilkan buku ini sangat bagus.. Tambahan pula bila kita melihat kepada kepelbagaian sumber hiburan dan maklumat daripada media sosial yang tak ada sekatan, tidak boleh tidak kita perlu mengawal serta menapis akses anak-anak kita terhadapnya..

Memang layanlah watak Abang F yang menjadi guru sandaran di sebuah sekolah dan usaha beliau untuk menarik minat pelajar terhadap subjek yang diajar..

Sha baca dan selesai pada 12.08.2025..

Published April 1, 2024 by Komik-M

Saturday, August 9, 2025

ebook | Siri Puaka Sekolah: Surau Asrama oleh Aida Anggerik, Mira Ishak, Tey Marzuki

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kompilasi terbaru dari siri Puaka Sekolah.. Kali ini bertemakan Surau dan ditulis oleh 3 penulis wanita.. Memang lain macam jalan cerita yang mereka persembahkan.. Ketiga-tiganya menarik dan boleh buat anda keseraman.. 

Bilal Muda oleh Aida Anggerik
Awalnya Sha ingatkan pelajar nama Bilal tu kena kacau sebab bongkak tapi rupanya bukan.. Plot twist betul.. Tapi baguslah sebabkan kekacauan tu, barulah Bilal tu insaf sikit dari perasaan bongkak dia.. Kadang kita kena ambil tahu hal rakan-rakan kita lebih sikit..

Manusia Kerambit oleh Mira Ishak
Kisah dua dunia yang bertembung di sebuah surau.. Sebelum ini kekacauan berlaku kerana manusia terlalu taksub dan melakukan perkara larangan yang terang-terang salah.. Kali ini kerana kemunculan seorang Hadi.. Mulanya Hadi disalah anggap namun masih ada yang mempercayai dirinya..

Hantu Telekung oleh Tey Marzuki
Aduhai.. Gangguan demi gangguan berlaku di surau sekolah.. Bukan biasa-biasa yang mengganggunya pun.. Namun semuanya mula terbongkar bila Farha, Ayu dan Piya mengemas surau sekolah.. Ada kebenaran lain di sebalik gangguan.. Asalnya usik-usik dan akhirnya jadi realiti bila yang mengganggu mula diganggu..

Sha baca pada 02.08.2025 dan selesai pada 03.08.2025..

Published May 30, 2024 by Penerbit X

ebook | Dia Dhia Diva: Menjadi Terkenal oleh Kessa, Ann

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang sangat comel dan kelakar.. Kisah Dhia yang mengikut tips dari internet demi menjai terkenal.. Namun smeuanya berubah bila Dhia berjaya jumpa artis cilik bernama Maya Suri.. Melalui Maya Suri barulah Dhia tahu apa yang sebenarnya perlu dilakukan demi menjadi terkenal.. Bila Dhia tengok balik tips yang pernah dibacanya di internet, di ruangan komen ramai yang mengecam tips tersebut sebab merepek.. Dhia akhirnya menguburkan cita-citanya untuk menjadi terkenal..

Sha baca dan selesai pada 01.08.2025..

Published May 27, 2024 by Komik-M

Thursday, August 7, 2025

ebook | Miss Princess Bodyguard oleh Alam Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal tu macam pening sikit baca sebab nama negaranya, nama puterinya.. Tapi bila dah baca sampai habis, best ja.. Cuma tajuk dengan jalan cerita dia macam tak berapa kena..

Kisah seorang Puteri raja bernama Tiara yang keluar menjelajah ke negara luar untuk lawatan tak rasmi demi membangunkan negara beliau.. Tiara akhirnya sampai ke Pulau Jeju dan berkenalan dengan Najat.. Bertiga bersama pengawal peribadinya iaitu Olga mereka melalui pelbagai pengalaman yang tak disangka.. Memang seolah-olah kita turt sama melancong ke Jeju bersama Tiara dan rakan-rakannya.. Menarik..

Sha baca pada 31.07.2025 dan selesai pada 01.08.2025..

Published May 25, 2023 by Bookiut

ebook | Sahabat Misi 3Q #3: Teguh Sepakat oleh Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini buku ketiga untuk siri ini.. Buku pertama Sha dah baca, manakala buku kedua belum lagi..

Konflik dalam buku ini tidaklah terlalu berat, lebih pada hubungan emosi dan perasaan seorang anak remaja.. Semuanya bermula dengan robot ciptaan mereka terbakar.. Namun hasil kesepakatan, mereka membina semula robot baru dan terpilih untuk menyertai kem robotik.. Komik yang sempoi dan sesuai dibaca semua.. Cuma penamat dia tu, kenalah baca sambungannya.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 30.07.2025..

Published May 20, 2024 by Komik-M

Sunday, August 3, 2025

ebook | Miss Princess Celebrity oleh Alam Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seperti tajuknya, buku ini menceritakan tentang artis bernama Dahlia yang menjadi mangsa penghendap.. Ada saja cubaan menjatuhkan nama baik Dahlia.. Memang obses betul si penghendap ini.. Cumanya bila berada di Korea kerana dipilih sebagai duta, barulah Dahlia tahu yang dirinya diintip.. Awal tu kan Sha ingat penghendap tu dalam pantauan penyiasat tapi bila sampai hujung cerita barulah tahu rupanya penghendap turut dihendap untuk dihukum.. Okaylah cerita dia pada Sha.. Jadi artis ini bukan mudah tapi akan lebih bermakna kalau berilmu dan pandai jaga diri..

Sha baca dan selesai pada 30.07.2025..

Published April 30, 2024 by Bookiut

Saturday, August 2, 2025

ebook | Dimensi Paranormal: Mek Dagang oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua ini membawakan kisah mistik tentang sebuah kedai makan yang memiliki patung bernama mek dagang.. 4 sekawan iaitu Linda, Hyniyah, Farid dan Nazli telah ke kedai makan ini mencari patung mek dagang.. Nazli kemudiannya telah mencium patung tersebut dan membuat hajat.. Masalah mula timbul lepas tu bila Linda hilang, Farid dan Nazli mati.. Hyniyah nyaris mati namun kemudiannya diselamatkan.. Peristiwa ini akhirnya mnejadi punca misteri kehilangan seorang usahawan dan juga gadi-gadis yang hilang termasuk Linda berjaya diselesaikan.. Namun misteri juga bertambah.. Siapakah orang kerdil yang ditemui Hyniyah malam selepas mereka berjumpa patung mek dagang tu? 

Sha baca dan selesai pada 29.07.2025..

Published May 30, 2024 by Penerbit-X

Friday, August 1, 2025

ebook | Dimensi Paranormal: Mayat Pintal oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Permulaan yang penuh dengan misteri.. Kita tahu akan kewujudan makhluk pelik yang boleh menyebabkan manusia mati dengan terpintal namun misteri siapa Arif dan lelaki tak bernama masih belum terungkai.. Itu belum lagi tentang siapa sebenarnya yang meracun anak-anak yatim.. Misteri dan misteri.. Amira yang hidup semula dan tidak bersuara pun penuh misteri, sebab dihujung cerita tiba-tiba elok ja Amira bersuara.. Penulis memang pandai memainkan emosi pembaca.. Tak sabar nak baca sambungannya..

Sha baca pada 28.07.2025 dan selesai pada 29.07.2025..

Published April 21, 2024 by Penerbit X

Thursday, July 31, 2025

ebook | Silat Warrior: Government Special Academy oleh Sharina Elisa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua dalam siri ini.. Ulasan untuk buku pertama boleh baca SINI.. 

Buku kedua ini tentang Meen yang dijemput ke Sekolah GSA.. Meen terima sebab Aira perlukan duit untuk dapatkan rawatan, sekolah ini pula mampu berikan bantuan kewangan buat Aira dan juga Meen belajar secara percuma.. Selain Meen, Kamarul juga berada di GSA dan tak lama kemudian Mut dan Ijat turut serta.. Sekolah ini bukan sahaja menempatkan pesilat tapi pembuli.. Awal sesi, mereka terpaksa bertarung namun selepas berlaku stau peristiwa semuanya berubah.. Tidak ada lagi geng pembula.. JJ juga mula berubah dan Meen dapat tahu yang Fairuz abang dia.. 

Stress sebba bersambung.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 28.07.2025..

Published December 2, 2023 by Bookiut

Wednesday, July 30, 2025

ebook | Siri Puaka Sekolah: Bilik Guru oleh Sabrina Ismail, Siti Solehah, Sue Oshin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengandungi 3 cerita pendek mengenai bilik guru yang disampaikan oleh 3 penulis berbeza.. Setiap satunya memberikan keseraman yang di luar jangkaan..

Di Sebalik Mimpi oleh Sabrina Ismail
Kisah ini mempunyai penamat yang agak mengejutkan.. Rupanya Selena itu sendiri mempunyai kaitan tak langsung dengan apa yang berlaku.. Selena ditawarkan berkerja di sebuah sekolah sebgaai guru disiplin dan kaunselimg.. Hari pertama Selena sampai ke sekolah tu lagi dia dah mendapat gangguan.. Bermula dari itu, Sekena sentiasa di ganggu mimpi ngeri yang akhirnya berjaya membongkar satu kehilangan dan tragedi kebakaran yang pernah berlaku lama dahulu..

Anum & Nana oleh Sue Oshin
Kisahnya bermula bila pelajar praktikal bernama Naria di ganggu di bilik guru dan mula menunjukkan simptom dirasuk.. Maka terbongkarlah sejarah lama sekolah dimana mereka mengajar.. Okaylah jalan cerita dia..

Tangisan Janin oleh Siti Solehah
Aduhai.. Mula-mula baca, memang ingat Cikgu Anis tu garang dan jahat.. Tapi bila sampai ke penghujungnya, barulah tahu Cikgu Anis tu mangsa.. Mujurlah budak-budak tu cuba menyakat Cikgu Anis, kalau tak sampai ke sudah tak ada yang tau cerita sebenar..

Sha baca dan selesai pada 27.07.2025..

Published March 8, 2024 by Penerbit X

Tuesday, July 29, 2025

ebook | Ultra Qalif #13: Amukan Listrik oleh Bophairy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini menunjukkan kekuatan Qalif yang semakin meningkat.. Walaupun awalnya Qalif dipukul namun bila kuasa baru mula bangkit, Qalig berjaya mengalahkan Latif dan menyelamatkan budak perempuan yang cuba diculik.. Kuasa listrik Qalif lebih dasyat namun Qalif berjaya mengawal sepenuhnya kuasa tersebut.. Pada penghujung komik muncul seorang lagi pengguna topen yang sama seperti Qalif.. Aduh!! Misteri baru..

Sha baca dan selesai pada 27.07.2025..

Published December 5, 2023 by Komik-M

Monday, July 28, 2025

ebook | Projek PHANTOM: Halimunan oleh Riley Fizan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronok bila mula baca buku ini.. Kisah seorang lelaki yang menjadi manusia dilupakan tepat jam 12 malam.. Bayangkan kau kena kenalkan diri setiap hari pada orang yang sama dan bila detik jam 12 malam tiba, orang tu lupakan kau.. Itulah nasib Agus sampai dia jumpa Cempaka.. Cempaka menjadi manusia pertama yang ingat pada dia dan bersama mereka cuba merungkai misteri kenapa Agus boleh jadi manusia yang dilupakan.. Apakah tujuan Phantom dan siapakah Yellow.. Siapa pula yang memberi amaran kepada Sheila.. Tiba-tiba bersambung.. huhuhu.. Sedih..

Sha baca dan selesai pada 27.07.2028..

Published December 13, 2023 by Penerbit X

Sunday, July 27, 2025

Komik | Aku Dengar Kat Belakang Pintu Ada... oleh San San

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada 11 komik dan 2 cerpen pendek dalam ini.. Semuanya berkaitan pintu walau ada yang secara tak langsung.. Komiknya walaupun pendek tapi cukup jalan ceritanya.. Begitu juga cerpen pendek dalam ini, disampaikan dengan cukup isi untuk difahami.. Mudah nak layan secara santai sebab tak terlalu panjang dan setiap cerita ada keseraman yang tersendiri.. Ada beberapa komik yang berjaya meninggalkan kesan pada Sha.. Lama tak baca komik seram.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 25.07.2025..

Published May 1, 2021 by Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Saturday, July 26, 2025

ebook | Silat Boy #4: Cengkam Berantakan oleh Ben Wong

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke empat ini membawa kita melalui perasaan tak berdaya Boy lepas dicederakan biawak jadian.. Semasa cuba kembali ke alam sebelah sana, Boy terpaksa berlawan dengan Ghuner dan kawan-kawan dia.. Keadaan nyaris memburuk kalau tak kerana kedatangan datuk Alyaa.. Boy terpaksa membawa Alyaa dunia sebelah demi memulihkan diri manakala datuk Alyaa terpaksa bertarung dengan kucing jadian..

Sha baca dan selesai pada 25.07.2025..


Friday, July 25, 2025

ebook | Siri Puaka Sekolah: Hostel oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita bermula dengan kemasukan Fahmi ke asrama.. Awalnya tak ada apa yang menarik namun kemudian kehilangan mula berlaku.. Paling ketara bila sebuah komputer riba hilang dan tak lama kemudian pemiliknya membunuh diri.. Pencuri ditemui dan bertukar sekolah.. Fahmi pula dipanggil 3 pelajar senior dan diberitahu mengenai sumpahan yang berlaku di asrama lama serta kaitannya dengan Fahmi.. Fahmi ketakutan dan mengikut sahaja arahan 3 pelajar senior tu namun rupanya perkara lain pula yang berlaku.. 

Buku ini disampaikan dengan latar masa kini dan juga masa lampau dimana Fahmi masih bersekolah.. 

Sha baca dan selesai pada 24.07.2025..

Published February 13, 2024 by Penerbit X

Friday, July 4, 2025

ebook | Tingkat Tujuh (Kumpulan Kisah Seram Vol 1) oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada 6 cerpen seram dalam ebuku ini.. Bermula dengan kisah seperti di tajuk iaitu Tingkat 7 dan berakhir dengan kisah bertajuk Tidak Bertempat.. Setiap cerita ada pengajarannya.. Paling terkesan pada Sha adalah Jangan Kacau, Mak dan Assalamualaikum, Adam.. Jangan Kacau Mak, tu mujurlah jirannya prihatin.. Kalau tak, entahlah itupun dah terlambat.. Assalamualaikum Adam tu pula kisah si anak yang tersesat masuk dalam ajaran sesat.. Mujurlah ayahnya peka, kalau tak memang tak tahulah apa jadinya.. Anak-anak ini memang nak kena sellau di pantau risau tersasar..

Sha baca dan selesai pada 01.07.2025..

Published August 9, 2024 by Batcha Enterprise

Thursday, June 26, 2025

Cerpen | Lakaran Memori Abah oleh Ejart14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen ini Sha baca dekat aplikasi Cereka.. Menariklah sebab menyampaikan betapa seorang ayah tu sentiasa berusaha mencari rezeki bagi memenuhi keperluan keluarga.. Bagaimana si ayah tak berputus asa dengan anaknya dan menyakinkan anaknya untuk terus belajar.. Akhirnya usaha si ayah dan anak berhasil.. Si anak berjaya ke menara gading.. Memang cerpen yang menyentuh perasaan..

Monday, June 23, 2025

Novel/ebook | Blood Maroon oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kisah 3 orang rakan yang memanjat gunung demi sebuah content.. Semasa disini, Arjuna di ganggu manakala Navin dan Nelson tak boleh mendengar atau melihat gangguan yang dilalui Arjuna.. Namun bila mereka kembali ke khemah, perkara pelik berlaku dan mereka terjumpa gua.. Di dalam gua ini ada permata yang unik.. Nelson suruh mereka ambil secukupnya sahaja.. Jangan tamak namun ketika mereka nak balik, Arjuna dan Nelson terjatuh.. Bila Nelson sedar dia hilang keupayaan untuk berbahasa selain bahasa Melayu, manakala Arjuna pula telah meninggal.. Nelson juga mendapat kebolehan melihat makhluk yang manusia biasa tak boleh melihat.. Memang ada sesuatu yang tak kena pada Nelson dan ia ada kaitan dengan permata yang mereka ambil..

Manusia mudah tamak dan berpaling tadah saat melihat duit hingga nyawa yang tak bersalah terpaksa menjadi korban..

Sha baca dan selesai pada 20.06.2025..

Published August 1, 2024 by Naim Tamdjis

Saturday, June 21, 2025

Novel | Leluhur Terlaknat oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini dihadiahkan oleh seorang kenalan kepada Sha.. Beliau pratempah terus dari penulis.. Jadinya adalah tandatangan penulis dalam ini selain 2 keping kad comel tu.. 

Buku ini bertemakan seram.. Tapi tak adalah seram melampau.. Ada je babak kelakar terutama sekali masa nak matikan perjanjian tu.. Terutama sekali dengan kemunculan watak tak dijangka.. 

Kisahnya Nek Minah ini ada buat perjanjian dengan makhluk yang tak sepatutnya.. Namun anak dia tak nak teruskan jadi dia mengharap pada cucu dia namanya Faezal.. Masalahnya isteri Faezal ini tak boleh mengandung jadinya Nek Minah ini nak Diba jadi pewaris dia sebab Diba ini subur.. Mujurlah Diba tak sempat nak terima bila anak Nek Minah ini muncul dan halang.. Walaupun banyak nyawa terpaksa terkorban namun Nek Minah berjaya dikalahkan dengan tipu helah.. Gitulah..

Sha baca dan selesai pada 19.06.2025..

Published 01 May 2025 by NT Books Enterprise

Tuesday, June 17, 2025

ebook | Hikayat Adiwangsa Lasykar (Hikayat Adiwangsa #1) oleh Awan Wafdan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya setelah hampir seminggu, berjaya juga habiskan ebuku ini.. Sha baca melalui aplikasi Cereka.. Buku ini merupakan permulaan kepada perjalanan Faris dan Ayyan dalam memulihkan kembali Estodania.. Awalnya Faris harus melarikan diri menyelamatkan Nadi Estonadia yang satu hari nanti akan dapat memulihkan.. Malangnya Faris tersesat.. Pada waktu yang sama Ayyan mengembara mencari Faris.. Terperangkap di dasar Samudera kemudiannya penjara Ekrandia namun nyawanya masih dipanjangkan Allah untuk bertemu kembali Faris..

Bertemu mereka di saat perang kembali menjelma dibawa oleh makhluk-makhluk dari Ekrandia.. Paling tak disangka musuh dalam selimut yang tak terduga.. Perjuangan masih panjang..

Sha baca pada 12.06.2025 dan selesai pada 16.06.2025..

Published January 17, 2022 by Mahakarya
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com