Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Saturday, August 12, 2023

Tomorrow X Together: Lollapalooza 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syok pula layan konsert TXT ini.. Bukanlah peminat tegar tapi ada beberapa lagu mereka yang Sha suka dengar.. Kebetulan memang subscribe Youtube TXT, jadi dapatlah menonton persembahan mereka di Lollapalooza tu.. Ada dekat youtube rasmi mereka.. Mana-mana lagu yang biasa dengar, syoklah.. Mana-mana yang baru pertama kali dengar tu, kita layan je.. 

Lagu yang berjaya buat Sha layan mereka ini bertajuk Good Boys Gone Bad, lepastu ada beberapa lagi lagu yang Sha layan macam Devil by the Window, Sugar Rush Ride dengan Tinnitus..


Senarai lagu yang diorang persembahkan masa Lollapalooza..
0X1=LOVESONG (I Know I Love You)
Dear Sputnik
Devil by the Window
Tinnitus (Wanna Be a Rock)
Can't You See Me?
Good Boy Gone Bad (Dance Break version)
Lonely Boy
Thursday's Child Has Far To Go
Anti-Romantic
Farewell, Neverland
Blue Spring (unreleased single)
No Rules
Cat & Dog (English version)
Happy Fools and Players mashup with Coi Leray
Blue Hour (Dance break version)
Wishlist
LO$ER=LO♡ER (Concert version)
Magic (Dance break version)
Do It Like That
Sugar Rush Ride

Wednesday, August 9, 2023

Documentary | Yuzuru Hanyu Ice Story 2023 "Gift" at Tokyo Dome (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebagai penonton Yuzuru Hanyu yang tidak pernah melihat beliau beraksi secara langsung, Yuzuru Hanyu Ice Story GIFT telah memberikan pengalaman luar biasa untuk Sha.. Terpukau mata melihatkan aksi beliau meluncur dengan cantik.. Selain meluncur, beliau turut berbicara menyampaikan apa yang dirasai dari awal penglibatan beliau dalam sukan ini hinggalah sekarang.. Sha tak adalah pandai sangat bab meluncur ais ini tapi memang terujalah tengok Yuzuru ini meluncur.. Cantik dan sangat elegant.. Orangnya pun sweet dan humble.. Gitu.. 

Yuzuru Hanyu Ice Story 2023 "Gift" at Tokyo Dome
2023 ‧ 2h42m
Genres: Documentary  Sport
Japanese figure skater Yuzuru Hanyu paints an intimate self portrait as he recounts both his past and his future, at his first solo figure skating performance at the Tokyo Dome.
The first-ever solo ice show at Tokyo Dome.

Wednesday, August 2, 2023

Biography | TOMORROW X TOGETHER: OUR LOST SUMMER

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dokumentari mengenai jelajah konsert mereka.. Memang pelbagai kepayahan yang perlu dilalui demi menjadi Idola.. Latihan dan kerja keras dalam nak menyampaikan persembahan yang mantap.. Semuanya terubat bila melihat peminat bergembira dengan persembahan mereka.. Okaylah dokumentarinya.. Konsert jelajah ini mereka lakukan pada tahun 2022..

TOMORROW X TOGETHER: OUR LOST SUMMER
KR | Released: 28 July 2023 | Runtime: 81 Mins | Genre: Biography, Documentary | 
TOMORROW X TOGETHER are back post-pandemic and are ready to embark on their first world tour from Seoul to North America. The band's nerves and excitement are kicking in, but they have challenged themselves to give the performance of a lifetime.


Sunday, July 23, 2023

Korean Variety | Brother Ramyeon (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rancangan realiti dimana 3 orang artis iaitu Ho Dong, Seung Gi dan In Hyuk pergi ke Jepun dan menghidangkan ramyeon kepada penduduk Jepun.. Pergh!! Bukan mudah sebenarnya bila komunikasi menjadi satu perbezaan tapi semuanya mudah dengan aplikasi alih bahasa.. Memang seronoklah tengok diorang cipta resepi yang pelbagai dari Ramyeon segera dan hidangkan kepada pelanggan.. 

Setiap hari mereka akan sediakan 3 menu ramyeon dan pada penghujung hari mereka akan tengok kertas undian pelanggan.. Kalau ramyeon tu dapat walau satu undi negetif maka ianya akan disingkirkan dan menu baru akan dicipta untuk ke esokkan harinya.. Begitulah sampai ke hari terakhir mereka berada di Jepun..

Seronok tengok mereka dari tak cekap, kelam kabut kepada pantas dan cepat menyediakan makanan.. Awal-awalnya jenuh mereka menunggu pelanggan tapi bila mula tersebar dari mulut ke mulut dan laman sosial pelanggan yang datang terpaksa berbaris ingin mencuba makanan mereka.. Malah mereka terpaksa kekal buka walaupun pada waktu rehat.. Memang seronok..

TV Show: Brother Ramyeon
Also Known As: Brother Ramen , If We Are Brothers, Ramyun Brothers in Japan, Hyeongjeramyeon
Genres: Food, Adventure, Business
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: May 22, 2023 - Jul 17, 2023
Aired On: Monday
Original Network: TV Chosun
Duration: 1 hr. 38 min.
Ramyun Brothers go to a famous tourist spot and open a ramyeon restaurant. They prepared 21 ramyeon recipes that can show the taste of Korea to people. As they serve various kinds of ramyeons, their goal is to capture the Japanese people who are used to ramen and promote Korean-style ramyeon to them.

Sunday, July 16, 2023

Korean Variety | Camp ZeroBaseOne (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok sebab 3 episod je.. Ini kumpulan yang dibentuk dari pertandingan Boys Planet.. Awalnya bila Sha dengar nama kumpulan ini, nak tergelak pun ada sebab terlalu panjang tapi bila disingkatkan kepada ZB1 dia jadi okay je..

Sha suka tengok kerjasama diorang dan babak-babak kelakar semasa mereka diberikan tugasan.. Memang nampaklah dari kurang mesra mereka jadi lebih mesra dan mula mengenali satu sama lain..

TV Show: Camp ZeroBaseOne
Also Known As: Camp Zero Base One , Kaempeu Jerobeiseuwon
Genres: Music
Country: South Korea
Episodes: 3
Aired: Jun 22, 2023 - Jul 6, 2023
Aired On: Thursday
Original Network: Mnet
Duration: 1 hr. 30 min.
In February 2023, a group of young, multinational male trainees pitted their talents against one another in the music-themed reality TV show “BOYS PLANET.” The top nine competitors in the final overall rankings were selected to join a brand-new all-male K-pop group named ZEROBASEONE. These were Kim Ji Woong, Zhang Hao, Sung Han Bin, Seok Matthew, Kim Tae Rae, Ricky, Kim Gyu Vin, Park Gun Wook, and Han Yu Jin.

The group was slated to make its debut in July 2023. But prior to this, the boys embark on an adventure: a journey that will help them bond and get to know one another even better! The ZEROBASEONE members head off to the tranquil South Korean countryside for a “vacation” full of surprises. Once they have arrived, they must complete hilarious challenges, including pizza boxes, balloons, and cavorting about small villages in sharp suits! Mystery visitors will also drop by to pay their regards. One thing is for sure: there won’t be a dull moment for the ZEROBASEONE boys on this journey!

Sunday, July 2, 2023

Variety Korea | Seventeen in the Soop (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

13 orang artis yang berada dalam satu kumpulan yang dipanggil Seventeen.. 13 orang dengan perangai yang berbeza namun berjaya berkerjasama serta berusaha keras untuk kekal cemerlang setiap kali merekakeluarkan lagu baru ataupun buat projek baru.. Sha tak adalah minat gila-gila tapi Sha suka semangat mereka yang sentiasa berusaha sebaiknya walau apa pun keadaan.. 

Bila tengok mereka dalam In The Soop ini rasa lebih dekat.. Masing-masing kelihatan santai dan berseronok tanpa perlu memikirkan tentang kerja.. Buat bermacam-macam aktiviti.. Antara aktiviti yang mereka lakukan ialah menikmati teh di pondok, memandu kereta di litar, bermain atv, memancing, membuat kerja seni halus, memasak untuk rakan-rakan, tidur dengan nyenyak dan betul-betul menikmati percutian..  Luahan perasaan, saling berseronok, bersukan dan mengusik.. Memang layanlah..

TV Show: Seventeen in the Soop
Also Known As: In the Soop SVT Ver. , In the SOOP SVT
Genres: Adventure, Comedy
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Aug 29, 2021 - Sep 28, 2021
Aired On: Tuesday, Sunday
Original Network: jTBC
Duration: 60 min.
“In the SOOP” (“soop” means “forest” in Korean) takes place in a house in the woods, and the concept is to spend time “somewhere between everyday life and leisure". Participants will create their own schedules in advance and spend time enjoying their hobbies.

Wednesday, June 21, 2023

Variety Malaysia | Travelawak: Projek Bapak Bapak (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Episod pertama nampak macam diorang tak berapa serasi tapi bila masuk episod 2 Sha respeklah dengan Roy Azman.. Bagus betul bila dia tukar tempat dengan Jalaluddin Hassan untuk cabaran pertama mereka..

Adoila.. memang gelak dan senyum je dari episod 1 sampai akhir.. Comel je masing-masing dalam program ini.. Tak sangka Roy Azman ini nakal.. kikiki.. Sakan dia mengusik Jalaluddin.. Aduhlah.. Penyeri betul Roy Azman ini.. Seronoklah tengok geng bapak bapak ini berjalan ke negara orang dan melaksanakan cabaran yang disediakan pihak produksi..

TRAVELAWAK : PROJEK BAPAK BAPAK
Mula siaran : 23 Mac 2023
Waktu siaran : Khamis, pukul 9:00 malam
Siaran TV/Platform penstriman : Astro Warna (CH107), Sooka atau Youtube Channel Astro Gempak
Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Ramli MS, Roy Azman dan Jatt Ali

Travelawak Projek Bapak Bapak sebuah rancangan travel dan lawak terbaharu di Astro Warna dimana geng bapak bapak bercuti tanpa isteri dan melakukan beberapa cabaran seperti bungee jump, waze swinger, masuk rumah hantu dan macam-macam lagi cabarannya.

Tuesday, May 9, 2023

Korea Variety | Jinny's Kitchen (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syok betul Sha tengok rancangan reaiti ini.. Tambah bila ada geng Wooga Squad iaitu BTS' V, Park Seo Joon dan Choi Woo Shik.. Seronok tengok persahabatan diorang ini.. Rancangan ini jadi lagi seronok sebab ada watak utamanya iaitu Lee Seo Jin dan Jung Yu Mi.. Sha suka betul gabungan diorang ini dalam menguruskan kedai makan..Awal-awal orang tak berapa rama tapi bila orang dah ramai, kelakar tengok dorang kalut dan kepenatan.. Syok bila ada watak tambahan yang macam V tu.. kikiki.. Kenakalan Woo Shik pun boleh tahan juga..

Episod 11 lebih pada diorang kongsikan apa yang tak disiarkan.. Ada juga perkongsian mereka bermain game untuk merebut hadiah.. Kelakarlah layan..

TV Show: Jinny's Kitchen
Also Known As: Seojin's Place, Seojin's, Seojinine, Jinny's Kitchen, Seo Jin's
Director: Na Young Seok
Genres: Food, Adventure, Business
Country: South Korea
Episodes: 11
Aired: Feb 24, 2023 - Mei 6th, 2023
Aired On: Friday
Original Network: TVING, tvN
Duration: 1 hr. 10 min.
In a small beautiful town in Mexico, Bacalar, Jinny’s Kitchen opens, introducing Korean street food to their passionate customers! Meet Seo Jin, the boss who is serious about the business, Yu Mi, the new executive, Seo Jun, the new head of kitchen, Woo Shik, our good old intern, and Tae Hyung, the ambitious new intern! Come and enjoy their specialties made with love.


Friday, March 17, 2023

Korean Variety | Hospital Playlist Goes Camping (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok secara atas talian je.. Dekat Youtube.. Memang menarik tengok gelagat diorang semasa berkhemah.. Bonding diorang tu.. Kenakalan masing-masing.. Memang layanlah.. Apa je yang tak best kalau diorang ini dah berkumpul.. Tambah bila tengok layanan diorang dekat Mi Do tu.. Sweet je.. Memang best..

TV Show: Hospital Playlist Goes Camping
Also Known As: Wise Camping Life, Camping Playlist, Seulgiloun Kaempingsaenghwal
Director: Shin Won Ho
Genres: Food, Comedy, Life
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Mar 4, 2021 - Apr 1, 2021
Aired On: Thursday
Original Network: tvN
Duration: 40 min.
Features the cast of Hospital Playlist going on a two-days-and-one-night camping trip together.

Tuesday, November 29, 2022

Variety | Youn's Stay (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tahu pasal rancangan ini dari Blog Ako Tetap Ako.. Sebelum ini Sha memang ada tengok yang Youn's Kitchen 2 (2018), yang ini lebih pada mereka menguruskan restoran.. Kali ini diorang uruskan penginapan berserta makan malam dan sarapan.. Memang lagi kelam kabutlah.. Ada tambahan staf iaitu Choi Woo Shik.. Teruk juga Woo Shik berkejaran ke sana sini.. Ambil pelanggan di train, hantar ke penginapan, mengemas, hantar pesanan, siapkan meja dan bantu masak.. Memang penatlah dia.. Youn's Stay ini tawarkan penginapan 2 hari 1 malam termasuk makan malam dan sarapan.. Ada 3 hanok iaitu rumah tradisi.. Kalaulah dekat, memang Sha pergi.. Penginapan dia best, kawasan dia cantik, makanan dia sedap.. Puas mata, tekak dan minda..

Paling seronok diorang tunjuk kesilapan dan juga kegagalan masakan.. Bukan yang indah indah je.. Yelah, mereka pelakon bukannya profesional pun dalam bidang masakan dan penginapan.. Mesti akan ada kekurangan.. Tapi memang bestlah.. Tambah bonding mereka nampak sangat cantik.. Terutama sekali perangai nakal Woo Shik tu.. Bila tengok rancangan ini, rasa macam nak ke Korea dan mengalaminya juga.. Hurm!!

TV Show: Youn's Stay
Also Known As: Yun Sikdang 3, Yoon's Kitchen 3, Yun Seutei, 윤식당3, Youn's Kitchen 3
Director: Na Young Seok
Genres: Food, Comedy, Life
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Jan 8, 2021 - Apr 2, 2021
Aired On: Friday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 40 min.
New season of Youn's Kitchen featuring a traditional Korean guesthouse in Jeollanam-do for foreigners visiting Korea.

Thursday, November 24, 2022

Boom Isotonic Vitamin C: White Peach

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman yang unik dengan rasa buah pic.. Menariklah untuk dicuba.. Rasa dan bau buah pic dia meriah.. Memang puas hatilah bayar harga tu untuk rasa pic yang mewah macam ini.. Siap ada vitamin C lagi katanya.. 1 tin ini Sha berkongsi minum dengan anak-anak.. Hehehe..

RM3.20

Thursday, November 3, 2022

Variety Show | The Game Caterers 2 x HYBE

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas tengok rancangan variety Young Actors' Retreat (2022) Sha tengok The Game Caterers 2 x HYBE dekat Youtube je.. Ada sarikata bahasa Inggeris.. Ada 3 episod je untuk team dari HYBE ini.. Cumanya setiap episod tu dipecahkan kepada beberapa klip untuk siaran di Youtube.. Memang layanlah.. Syok tengok diorang main macam-macam game untuk makan tengahari, dessert dan juga penentu siapa yang dapat hadiah paling best iaitu truck snack untuk aktiviti.. Memang kelakar tengok gelagat masing-masing.. Masa main random dance pun comel je ahli TXT.. hehehe..

Baekho

Hwang Min Hyun

Lee Hyun

LE SSERAFIM

Enhypen

TXT (Tomorrow X Together)

Fromis_9

Seventeen

Tuesday, October 4, 2022

Fruisër AntiBacterial Shower Cream: Fresh & Protect

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab 2 liter dan harganya berbaloi.. Lepastu bila jurujual tu bagi Sha bau, bau dia sangat best.. Disebabkan itu, balik je rumah terus Sha cuba.. Sha suka sebab bau dia kekal lama dekat badan lepas mandi.. Memang bau yang menyegarkan.. Bolehlah Sha beli lagi lepas ini.. 

RM10.90

Monday, September 19, 2022

Variety Show | Young Actors' Retreat (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rancangan variety baru yang kelakar.. 15 pelakon yang datang dari 3 drama iaitu “Love in the Moonlight,” “Itaewon Class,” dan “The Sound of Magic.” Mereka ini dibawa ke sebuah tempat untuk berkumpul dan bermain bersama.. Memang kelakarlah tengok perangai masing-masing.. Mula-mula nampak tak selesa tapi bila dah main game nampaklah ada interaksi.. Comel je.. Sha baru tengok sampai episod 3.. Ada lagi 5 episod.. Sesekali layan variety show pun syok juga..

Episod pertama bermula dengan setiap ketua bagi drama mencari ahli kumpulan mereka berdasarkan tempat-tempat yang popular dari drama lakonan mereka.. Kemudian bila dah jumpa mereka makan-makan.. Lepas makan baru mereka bergerak ke villa untuk berkumpul.. Bila dah berkumpul mereka dipecahkan mengikut warna pula supaya boleh campur ahli dari drama berbeza.. Memang kelakar..

Paling seronok bila tengok mereka memasak dan berniaga secara food truck untuk bertemu peminat.. Bayangkan artis yang awak suka ambil pesanan dan hidangkan makanan.. Memang Deabak lah..

TV Show: Young Actors' Retreat
Also Known As: Youth MT , Cheongchun MT
Director: Kim Seong Yoon
Genres: Friendship, Comedy
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Sep 9, 2022 - Oct 21, 2022
Aired On: Friday
Duration: 1 hr. 6 min.
“Youth MT” is a new TVING variety show featuring the reunion of actors from “Love in the Moonlight,” “Itaewon Class,” and “The Sound of Magic.” The casts of producing director (PD) Kim Sung Yoon’s three dramas will reunite to go on a refreshing retreat. “MT” stands for “membership training” and refers to going on a retreat in which people hang out, play games, and take time to bond with one another.
(Source: Soompi)

Friday, August 19, 2022

Korean Variety | In The Soop: Friendcation (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

5 orang artis yang berkawan dan merancang percutian akhirnya berjaya melaksanakan rancangan mereka.. Bila tengok V (BTS) dalam ini barulah tergerak nak tengok profile dia.. EH.. Dia pernah berlakon dalam Drama Hwarang.. Nice..

Memang tak sangkalah karekter Seo Joon tu.. Sha suka layan variety macam ini.. relaks dan suka tengok diorang berinteraksi.. Part kelakar masa diorang memancing dan main ice skate.. Alahai.. Masing-masing comel.. Episod pun tak banyak.. Sekali hadap je.. Layan..

TV Show: In The Soop: Friendcation
Also Known As: WOOGA Squad in the Soop, WOOGA in the Soop, In The Soop: Friendship Travel, In The Soop: Friendship Journey, In Deo Sup: Ujeongyeohaeng, Indeosup: Ujeongyeohaeng, In The Soop: Friendship Trip
Genres: Adventure, Friendship, Comedy, Life
Country: South Korea
Episodes: 4
Aired: Jul 22, 2022 - Aug 12, 2022
Aired On: Friday
Original Network: jTBC
Duration: 55 min.
'In the Soop: Friendcation', which will be aired in July, is a spin-off of 'In the Soop' and depicts a travel story of Park Seo-joon, Peakboy, Choi Woo-shik, Park Hyung-sik, and BTS V, best friends of the entertainment industry who have maintained a friendship for 10 years.

After a friend's surprise suggestion, they set out on a friendship trip for 3 nights and 4 days, revealing the candid yet trivial daily life of being disarmed as their true 'me' when they are together. Through 'In the Soop: Friendcation', a special trip of five friends who have risen to the top of each category, they plan to show their youthful days brighter than on stage.

(Source: TenAsia)

Saturday, August 13, 2022

Cekyana: Sup Steamboat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam buat makan-makan.. Oden dan steamboat sebab ada yang tak boleh makan kuah oden yang pedas tu.. Kenalah buat 2 jenis.. Kebetulan rakan pejabat Sha ada rempah Sup steamboat Cekyana ini, jadi dia bawalah.. Sedap rupanya.. Nak buat dia pun mudah sebab serbuk bukan pes.. Memang senang sesangat.. Didihkan air lepas tu masukkan je serbuk steamboat ni.. Biarkan sampai dia mendidih sebelum masukkan bahan-bahan yang kita nak makan..

Oden ini rakan pejabat yang punya.. Dia beli 2 percuma 1.. Hat ini dapat percuma..

Warna dia macam soto.. Didihkan air, pastu masuk je serbuk steamboat cekyana tu.. Bila dah mendidih baru masukkan bahan yang kita nak makan..

Selepas mendidih.. Bolehlah masukkan sayur dan bebola serta hot dog..

Dah boleh makan..

Tuesday, June 28, 2022

Korean Variety | Fly To The Dance (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rancangan variety ini baru episod 3, ada lagi 7 episod.. Mengisahkan 6 penari perempuan dan Henry yang mengembara ke New York dan los Angeles untuk membuat persembahan busking tarian.. Sambil-sambil tu mereka akan berkolabarasi dengan pelbagai pihak.. Episod 2 & 3 memang menarik.. Memang bestlah layan sambil membaca.. hehehe..

TV Show: Fly to the Dance
Also Known As: Peullai Tu Deo Daenseu
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Jun 3, 2022 - ?
Aired On: Friday
Original Network: jTBC
Duration: 1 hr. 25 min.
Genres: Adventure, Music, Travel
It follows a crew of dancers on their journey to the cities of New York and Los Angeles. The dancers will be gathering American crowds to come and see their on-the-spot busking performances, all the while enjoying their time traveling together. 
(Source: Naver)

Wednesday, May 11, 2022

Arabian Kitchen: Pes Mesri Bookhari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kan ada kongsi pasal Pes Percuma Sempena Ramadan yang Sha dapat bulan lepaskan.. Ini salah satu pes yang Sha masak semasa tetamu datang beraya ke rumah.. Sha tambah ayam bakar dan sup ayam.. Anak-anak Sha suka makan nasi arab dengan sup ayam.. 

Rempah dan beras (500g)

Pes rempah..

Nak mudah didihkan dalam periuk nasi elektrik bersama 700ml air..

Bila dah menggelegak, masukkan beras yang dah direndam selama 30 minit..

Dah siap.. Bolehlah makan bersama ayam bakar atau apa-apa sahaja lauk yang anda suka.. Mudahkan..

Saturday, April 16, 2022

Nestle Mochi Boba

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baru nak cuba Mochi Boba ini.. Okaylah.. sebab ada aiskrim vanila.. Tapi tak akan jadi kesukaan Sha.. Sekali rasa je.. Sebaliknya aiskrim ini menjadi kesukaan Imani.. Imani suruh beli lagi sebab sedap dia cakap.. hehehe..

Harga tak ingat.. hehehe..

Coklat warna dia.. Lepastu aiskrim vanila dan bahagian tengah dia ada boba..

Thursday, March 24, 2022

Crispy Special Edition: Yakitori BBQ

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okay.. Edisi yang ini pun pelik untuk lidah Sha.. Tapikan yang ini macam okay sikitlah dari yang Gochujang tu.. Cumanya bau dia masih bau coklat.. Rasa yang mula-mula makan adalah masin dan lepas tu rasa coklat.. hehehe.. Kalau orang tak biasa, memang tak akan sukalah.. Makan coklat tapi rasa masin.. Permulaan je.. Sama macam Gochujang, Sha beli sebab curious.. Hahaha.. Nak beli lagi?? Tak lah.. Pelik tapi benar.. hehehe..

RM3.90
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com