Showing posts with label Amani. Show all posts
Showing posts with label Amani. Show all posts

Thursday, November 7, 2024

Rawatan Gigi Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha bawa Amani ke Klinik Pakar Pergigian untuk rawatan susulan.. Alhamdulillah gigi dia berada dalam keadaan baik dan Amani dah di discharge dari Klinik Pakar Pergigian Teluk Intan.. Lepas ini buat normal checkup dekat Klinik gigi berdekatan sahaja.. Lega rasanya bila doktor kata gigi dia dah okay.. Terima kasih buat semua doktor dan jururawat di Klinik Pakar Pergigian, Hospital Teluk Intan untuk 9 tahun rawatan.. 

Friday, August 9, 2024

Hari Interaksi di Sekolah Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha dan encik suami ke sekolah Amani untuk hari interaksi.. Kami datang awal sebab guru kelas Amani hanya ada sampai pukul 11.00 pagi.. Alhamdulillah.. Sampai sebelum jam 10, dapat air mineral dan roti dari pihak sekolah.. Sha orang pertama yang sampai di kelas Amani.. Dapat jumpa guru kelas dan juga cikgu sains beliau.. Tak ada sangat komen dari cikgunya.. Cumanya keputusan Amani agak menurin dari tahun lepas.. Encik suami cadangkan tuisyen.. Makanya nantilah kita survey..

2 ketul roti Gardenia coklat dan dua botol air mineral.. 

Friday, August 2, 2024

Temujanji Susulan di Pakar Pergigian Pediatrik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Temujanji susulan untuk memastikan gigi Amani berada dalam keadaan baik.. Kali ini 3 batang gigi dia kena tampal.. Ngilu dan dakit kata Amani.. Tapi foktor yang buat tu baik sangat.. Cuba sehabis baik buat perlahan-lahan untuk Amani.. Gigi yang sepatutnya pasang crown doktor KIV dulu.. Doktor nak tengok keadaan gigi Amani dulu.. 3 bulan lagi jumpa balik..

Pergi berdua saja, encik suami kena tunggu rumah.. kikiki.. Imani pula bersekolah..

Sunday, July 28, 2024

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Amani 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi semalam seawal jam 7 kami dah keluar rumah.. Sarapan dulu, nanti tak adalah kelaparan.. kikiki.. Majlis bermula sekitar jam 8.30 pagi kerana menunggu kedatangan tetamu kehormat.. Amani memaklumkan kami yang majlis ini untuk pencapaian akhir tahun semasa beliau tingkatan 1 iaitu sesi 2023/2024.. Bukanlah untuk tahun semasa.. Amani aik ke pentas dua kali, satu untuk pencapaian dalam kelas dan satu lagi untuk tingkatan.. Alhamdulillah ada peningkatan.. Harapnya tahun ini keputusannya makin okay.. Semasa majlis pengetua ada memaklumkan bermula tahun hadapan akan ada kelas Sains Komputer, maknanya bolehlah Amani teruskan pembelajaran ASK dia ke tingkatan 4 pula.. Kalau tak memang kena beralih arahlah bila tingkatan 4 nanti.. Lega juga Sha dengar pengumuman pengetua tu..

Semoga kakak terus cemerlang dan menjadi tauladan yang baik buat adik.. Aamiin..

Friday, July 12, 2024

Penebusan Voucher Buku Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu Sha kongsikan tentang voucher buku Imanikan.. Kali ini Amani punya pula.. Amani memang guna duit dia sendiri untuk kos penghantaran dan lebihan bayaran bagi buku-buku tambahan yang dibelinya.. Sha tolong bantu dia buat bayaran sahaja.. Amani memang jatuh cinta habis dengan buku-buku keluaran Prolog Media ini, buku-buku Prolog Media yang Sha ada pun dah dua,tiga kali dia ulang baca..

Buku-buku keluaran Bookiut dan Komik-M tu pun memang dia buat koleksi.. Imani pun turut baca sama.. Sha pun layan juga.. Cuma tak sempat nak dibalutkan saja.. 

Kedai pertama selamat tiba pada 04 Julai 2024.. 3 buah buku Prolog Media..
1. Memetik Bintang oleh Adrahalif
2. Ini sebuah Cerita Cinta oleh Farah Husain
3. Miss Nina Cucu Tok Pa oleh Sha Ibrahim

Kedai kedua selamat sampai pada 11 Julai 2024.. 5 novel dari Bookiut dan 2 komik dari Komik-M..
1. K-Pop Girl: The B Yang Bersemangat oleh Tihaa Ris
2. Miss Rock Star oleh Shafina Sofea
3. Miss Princess Celebrity oleh Alam Anuar
4. Miss Princess Bodyguard oleh Alam Anuar
5. Miss Princess Hanbok oleh Alam Anuar
6. Aku, Kau & Meow #3: Tiga Nyawa oleh Ben Wong, Ain Lavendra, Ash Kun
7. Aku, Kau & Meow #4: Penawar Hati oleh Ben Wong, Azhar Abdullah, Faiez Izwan

Friday, June 21, 2024

Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam kami meraikan ulang tahun Amani dengan kek keju kegemaran Amani.. Hadiah yang Amani minta dari Sha pula adalah set buku Harry Potter.. Sha okay saja bila dia minta buku, seronok tengok dia suka membaca.. Tambahan pula dari bacaan ini bolehlah dia tambah kosa kata untuk buat karangan.. Adik pun boleh tumpang baca juga.. Semoga Amani sentiasa dalam perlindungan Allah.. Aamiin..

Buku yang dipesan sampai awal.. Sampai pada hari kami nak meraikan ulang tahun perkahwinan Sha dan encik suami.. Tak sangka yang buku akan sampai begitu awal.. Pesan pada 1 Jun 2024 pagi dan 2 Jun 2024 tengahari dah sampai.. Sampai tu memang terus bagi Amani..

Sebelum baca, haruslah emaknya balutkan dulu.. Runsing tengok buku tak berbalut.. kikiki..

Kek Keju kesukaan Amani.. Tiap-tiap tahun wajib beli ini dekat kenalan Sha.. Memang sedap dan kena sangat dengan harganya.. Puas hati.. Amani memang tak kan minta kek selain kek ini.. 

Friday, June 14, 2024

Temujanji Klinik Pakar Pergigian Pediatrik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha bawa Amani untuk rawatan susulan selepas buat crown hari tu.. Alhamdulillah gigi yang dipasang crown okay.. Cuma ada 2 gigi lain yang perlu dibuat tampalan.. Kemudian doktor bagi tarikh untuk pemasang crown pada gigi sebelah kanan pula.. Cepat selesainya hari ini.. Alhamdulillah..

Menanti dipanggil..

Bertiga kami hari ini..

Friday, April 26, 2024

Sesi Libat Urus Vaksin HPV Bersama Pejabat Kesihatan Daerah Muallim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Patutlah tahun lepas tak ada dengar pasal vaksin HPV ini rupanya baru dibuat semula tahun ini.. Pemberian vaksin akan bermula dari Mei hingga September 2024 secara berperingkat.. Sekarang vaksin ini hanya 1 dos sahaja, lega Amani dengar.. kikiki.. Risau dia bila Sha kata kena cucuk 3 kali.. Kalau sebelum ini memang 3 dos kemudian jadi 2 dos dan sekarang dah dikurangkan kepada 1 dos sahaja.. 

Sha memang okay je untuk suntikan ini.. Kita berusaha mencegah, selebihnya kita berserah pada Allah.. Sha sertai taklimat ini sebagai wakil PIBG dan encik suami sebagai penjaga.. 




Walaupun dah ambil suntikan vaksin HPV ini semasa remaja, mereka tetap perlu melakukan pap smear selepas berkahwin..

Tarikh: 26 April 2024 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang
Sasaran Penyertaan: 
1)Pen.Kanan HEM
2)Penyelaras Kesihatan Sekolah
3)Wakil PIBG
4) Semua ibu bapa/ penjaga murid perempuan Ting.1 - Ting.4 (penerima vaksin)

Wednesday, March 13, 2024

Pemakaian Crown Pada Gigi Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi semalam Sha bawa Amani ke Teluk Intan untuk pemasangan crown pada gigi yang ditampal dua minggu lepas.. Tujuannya untuk memberi perlindungan kepada implan gigi selepas rawatan akar dibuat serta mengelakkan kerosakkan yang lebih teruk.. Alhamdulillah, rawatan berjalan lancar walaupun awalnya Amani macam risau.. Bila diterangkan apa yang akan dilakukan, Amani diam je melalui rawatan.. Satu kelebihan bila datang awal, cepat selesai rawatannya dan terus doktor bagi temujanji lagi awal.. kikiki.. Bayangkan dari 10.30 pagi kepada 9.30 pagi dan yang akan datang 8.30 pagi.. kikiki.. InsyaAllah, boleh je..

Berdua je kami..

Monday, March 4, 2024

Balut Buku Amani & Imani

Assalamualaikum.
Hye semua..

Sebelum cuti sekolah balut buku teks yang nak dipulangkan semula.. Masa cuti sekolah balut buku teks yang dah di terima untuk Amani dan Imani.. Kena balut juga buku-buku kerja diorang.. Begitulah selagi ada anak yang bersekolah.. Ini pun buku teks sekolah agama baru dapat masa bayar yuran.. Cumanya sekarang tak teruk sangat membalut sebab Amani tolong sama..

Ini buku sekolah agama (darjah 4) yang Sha balut semula sebelum pulang balik.. Biasalah anak-anak ini, sepanjang tahun guna tu, adalah yang koyak.. Jadinya kita balut semula.. Buku teks sekolah Amani tingkatan 1 dan 2 pun sama kita balut mana yang rosak sahaja..

Balut buku teks Imani.. Imani dapat buku teks baru untuk darjah 5.. Semuanya kena balut..

Hari ini dapat buku teks sekolah agama Imani tapi yang nak kena balut 4 buah saja.. Legalah.. Balut juga buku aktiviti Imani dan Amani.. Bubuh siap nama dekat buku.. Sha guna pelekat je.. Tempah dekat kawan.. Amani pun tolong balut sama.. Buat berdua pun dua jam baru siap.. Kalau buat sorang, tak tahulah berapa jam.. kikiki..

Coretan 04 Mac 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal jam 8 pagi Sha dan anak-anak dah keluar dari rumah nak ke sekolah.. Hari ini memang Sha ambil cuti untuk uruskan pembelian buku Amani dan bayaran yuran sekolah Agama Imani.. Mujurlah sampai awal di sekolah Amani.. Jam 9.45 pagi dah selesai bayar dan ambil buku.. Lepas tu terus ke sekolah agama Imani pula.. Sini lagi cepat.. Sampai je terus bayar.. Tak sampai 5 minit dah selesai.. Buku teks pun terus dapat waktu ini.. Alhamdulillah.. Senang urusan..

Selesai je urusan di sekolah, Sha bawa anak-anak ke Tanjong Malim nak beli baju puteri Islam buat Amani, tambahan stokin dan juga gunting rambut mereka.. Pergi waktu pagi ini, cepat je semua urusan selesai, orang tak ramai.. Tambahan pula hari kerjakan.. Memang lengang lah.. Senang urusan.. Lega rasanya bila dah selesai..

Sarapan dulu.. Kena makan baru ada tenaga nak ke hulu dan ke hilir.. kikiki..

Sha makan nasi ulam dengan daging kerutuk..

Selesai beli buku, bayar yuran dan terima buku teks.. Lepas ini membalutlah kita..

Wednesday, February 28, 2024

Temujanji Klinik Pergigian Teluk Intan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Temujanji seterusnya untuk Amani.. Susulan dari perjumpaan minggu lepas, minggu ini Amani perlu melalui ujian getaran elektrik pada gusi/gigi untuk tengok gigi tu hidup lagi atau dah mati.. Alhamdulillah, masih okay.. Kali ini ujian tu lebih teliti dan menyeluruh.. Setelah melalui ujian, doktor bagi keputusan untuk buat tampalan dulu pada gigi graham kiri Amani dan pantau.. Gigi graham kanan Amani yang ditampal pada minggu lepas masih okay.. Amani kena mabil xray lagi untuk tengok keseluruhan bahagian dalam gigi kiri dia..

Semasa buat tampalan, lubang pada gigi tu agak dalam dan dah sampai dekat akar, jadinya doktor terus bubuh ubat dan tampal.. Harapnya okaylah.. Kalau tak memang kena buat rawatan akar juga.. Doktor suruh berhati-hati dengan tampalan.. Buat masa ini Amani memang kena makan makanan yang lembut-lembut sahaja..

Perjumpaan seterusnya baru pakai crown (sarung besi).. 


Monday, February 19, 2024

Temujanji Pertama Amani di Teluk Intan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini temujanji rutin bagi memantau kesihatan gigi Amani.. Memang elok pun ada temujanji ini tambahan bila gigi dia rapuh..

Hari ini bila doktor periksa, gigi graham dia dekat belah bawah kiri dan kanan ada rosak sikit.. Memnag boleh tampal tapi akan tercabut balik.. Doktor cadangkan untuk pakai sarung besi.. Sha memnag terus setuju je.. Selamat sikit gigi dia.. Sebelum pakai sarung, Amani kena pergi ambil xray dulu.. Lepas xray, gigi graham tu rupanya dah berlubang bahaguan dalam.. Doktor buat ujian rasa, nak tengok gigi masih hidup ke tak.. Mujurlah masih ada rasa untuk gigi kiri tapi gigi kanan langsung tak ada.. Ujian rasa tu melibatkan rasa sejuk dan juga kejutan elektrik.. Tapi tu lah, gigi kiri tu tak respon pada ujian sejuk.. Sudahnya kena ambil xray lagi sekali untuk kedua-dua belah.. 

Buat masa ini Amani buat tampalan sementara dulu.. Minggu hadapan kena datang semula, nak buat ujian rasa lagi seklai untuk tentukan berkeperluan atau tidak rawatan akar.. huhuhu.. Semoga semuanya baik-baik sahaja.. Aamiin..

Hari ini kena bayar dua kali RM5 sebab tak boleh print GL.. kikiki.. 

Thursday, December 14, 2023

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kali ke-12 SMKBB

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Sha dijemput ke majlis ini sebagai AJK PIBG, bagi membantu dan memeriahkan majlis.. Sha dapat jemputan awal.. Seminggu sebelum majlis berlangsung.. Memang dah mohon cuti siap-siap.. 2 hari sebelum majlis baru Amani maklumkan dia dapat hadiah masa majlis dan ibu bapa dijemput hadir..  Sha suruh encik suami datang sama.. Majlis mula jam 8 pagi.. Seronok bila ibu bapa, perasmi dan jemputan khas hadir mengikut waktu.. Majlis berlangsung dengan cepat, mengikut masa dan habis awal.. Jam 10.30 pagi dah selesai semua termasuklah jamuan VIP.. Suka betul Sha, geng PIBG dan cikgu-cikgu bila majlis berjalan lancar macam ini.. 

Dating berdua dulu sebelum ke majlis..

Nampak belakang je sebab jurufoto dia dekat ujung tu.. Sha pula duduk belah sini.. Segan nak ke depan.. kikiki.. Untuk kenangan, Sha beli juga gambar yang diambil jurufoto.. Lebih formal dan boleh disimpan sebagai kenangan..

Tuesday, August 15, 2023

Coretan 15 Ogos 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa Amani untuk temujanji rawatan gigi dia.. Rawatan pemantauan sahaja.. Tapi bertampallah juga gigi dia.. Rupanya ada sompek sikit, gigi rapuhkan.. Mudahlah pecah.. Doktor buat tampalan dan pesan untuk makan makanan yang lembut sahaja.. 6 bulan lagi baru jumpa semula..

Selesai sudah..

Oleh kerana Amani nak bubur McD, Sha dapat voucher kopi susu ini.. Sanggup tu pusing sekali lagi demi menebus voucher ini.. Juruwang McD tu bagi 3 keping voucher ini.. Dah tebus 1, tinggal lagi 2.. Sha terima voucher ini masa buat bayaran di kaunter pandu lalu tau..

Friday, July 28, 2023

Coretan 28 Julai 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha terima jemputan untuk hadir ke sekolah sempena Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kali ke 11.. Sha terima surat jemputan sebab AJK PIBG.. Sha hadir tanda sokongan dan kebetulan dapat cuti rehat.. Bila sampai diminta untuk jadi juri bagi acara perbarisan rumah sukan.. Kita layan je.. Meriah dan acara habis tepat jam 12 tengahari.. Amani pun seronok bila mak datang..

Juri Perbarisan Rumah Sukan..

Merah, Biru, Hijau dan Kuning..

Wednesday, June 21, 2023

Coretan 20 Jun 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha raikan ulang tahun kelahiran Amani.. Memang dah tanya dia nak apa untuk harijadi dia.. Sha belikan peralatan melukis, kek cheese dan bawa dia makan di McD.. Walaupun sebelum ini Amani lagi suka KFC tapi sekarang dia pilih McD.. kikiki.. Janji ada ayam goreng.. Layan.. Kek Cheese tu memang permintaan dia tiap-tiap kali harijadi dia.. Tahun lepas je tak ada sebab dating dengan mak.. Selagi ada rezeki pasti mak tunaikan permintaan Amani.. Suka Sha tengok reaksi dia bila buka hadiah yang Sha berikan.. 

Mak doakan semoga Nur Amani sentiasa dalam perlindungan Allah.. Menjadi muslim yang baik.. Aamiin..

Suka Amani dapat kek cheese dan peralatan melukis..

Tunaikan hajat Amani nak makan McD..

Monday, June 5, 2023

Amani Shopping Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Amani ada minta Sha bawak dia pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tapi Sha tak bolehlah duduk dalam keadaan sesak-sesak tu.. Rimas dan runsing.. Jadinya Sha belikan melalui shopee je.. Kebetulan semua buku yang dia nak tu ada dekat Shopee, memang sakanlah memborong.. Amani beli dari dua kedai utama je iaitu PTS dan Gempakstarz.. Ada 3 buku yang Amani nak dah tak diterbitkan dan Sha beli di eSentral.. Kebetulan eSentral pun ada buat diskaun sempena PBAKL makanya Sha pun beli juga 2 ebook..

Lepas tu masa jalan-jalan separuh Pahang baru ini, Sha singgah di SMO Bookstore.. Amani dan Imani beli lagi buku.. Buku-buku ini mereka beli guna duit sendiri.. Sha cuma tolong belikan dan bawa je.. 

8 buah buku dengan harga RM70.55 + Postage RM1.90 (dapat diskaun RM3) = RM72.45
1. CUN #5: Puteri Legenda
2. K-POP GIRL - Blink Yang Bersinar
3. K-pop Girl - Monbebe Yang Taasub
4. K-Pop Girl: Ahgase Yang Luar Biasa
5. K-Pop Girl: ARMY yang Bertuah!
6. K-Pop Girl: Atiny Yang Tabah
7. Misi Kira #2: Cabaran Infiniti
8. Miss Prodigy: Pahlawan Emelda

11 buah buku dengan harga RM129 (diskaun pesta buku RM5) + Postage RM0.60 (diskaun RM5) = RM129.60
1. Siri Candy 30: Jom Kita Kemas! Topik: Kebersihan
2. Siri Candy 32: Jujurlah Pada Diri: Topik: Minat
3. Siri Candy 36: Darahku Diriku: Topik: Darah
4. Siri Candy 49: Selangkah Ke Alam Baru Topik: Hormat
5. Siri Candy 50: Berani Sahut Cabaran Topik: Kemahiran Hidup
6. Siri Candy 55: Menentang Dunia!: Topik: Pemberontakan Remaja
7. Siri Putera 06: Dendam Kerabat Topik: Destinasi Popular
8. Siri Putera 12: Ayuh Berdansa Topik: Tarian
9. Siri Putera 23: Tampil Unik Bergaya: Topik: Dandanan Diri
10. Siri Putera 25: Rahsia Kala Malam: Topik: Kenangan
11. Siri Putera 34: Alunan Melodi Indah: Topik: Muzik 

Buku Amani - RM48.90
1. K-Pop Girl Once Yang Terbaik oleh Rashiela Nurain
2. Siri Putera 28: Badan Sihat Otak Cerdas: Topik: Tubuh Manusia
3. Bumper Exciting Word Search

Buku Imani - RM24
1. Siri Putera 15: Pengantin Diraja Topik: Adat Perkahwinan
2. Siri Putera 18: Pemburu Rahsia Topik: Isyarat & Simbol

Beli di eSentral
1. O.T.A.I: Memori Sakura oleh Ilya Alias - RM5.70
2. O.T.A.I: Diva Popular oleh Ilya Alias - RM5.70
3. O.T.A.I: Tunjuk Bakat oleh Ilya Alias - RM5.70

Ini Sha punya..
1. Kru Paranormal: Upacara Helang Darah oleh Khairul Nizam Khairani - RM7.68
2. Kru Paranormal: Draugr oleh Khairul Nizam Khairani - RM7.68

Saturday, May 20, 2023

Coretan Hari Ibu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini coretan baling belakang..

Sempena hari ibu, Imani ajak Sha ke Mokti.. Imani mahu belanja aiskrim.. Siap bawa duit raya lagi.. Sha ikutkan sahaja.. Belilah saiz medium perisa campur apong asli dan pandan dengan taburan kacang.. Makan dalam kereta saat hujan lebat.. kikiki.. Sha rasa lagi nikmat bila makan aiskrim saat hujan.. Tak tahulah kenapa.. 

Kesukaan Sha perisa ini.. Sesuai sangat hari ibu jatuh pada hari Ahad sebab flavour ini ada hari Ahad dan satu lagi hari yang Sha tak ingat.. hehehe..

Ini pula hadiah dari Amani.. Sha terima petang semalam.. Patutlah minggu lepas dia sebok tanya warna kegemaran mak selain merah.. kikiki.. Sha ingatkan dia nak buat apa, jawablah biru.. Rupanya nak bagi keychain..

Bila dah berusia ini rasa terharu sangat bila terima hadiah dari anak-anak.. Walaupun simple tapi ingatan tu yang sangat bermakna..

Malam tadi keluar dating berempat.. kikiki..

Saturday, May 13, 2023

Mesyuarat Agung PIBG SMK

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha ke PIBG sekolah Amani.. Pertama kali hadir untuk sekolah menengah.. Rezeki dilantik AJK PIBG walaupun awalnya Sha tolak.. huhuhu.. InsyaAllah cuba pikul amanah sebaik yang boleh.. Meriah cabutan bertuah, ada yang dapat pokok tering, pokok mangga, beras, kipas, oven dan macam-macam lagi.. Paling menarik sekeping gold bar.. huhuhu.. Tapi tu lah, tak ramai mak bapa yang hadir.. Mungkin sebab mesyuarat macam ini makan masa yang lama.. Masing-masing ada sebab yang tersendiri..


Cenderahati sekotak face mask..

Menang cabutan bertuah..

Dapat biskut dan kopi o.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com