Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Monday, February 10, 2025

Perjalanan Yang Tidak di Rancang - Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam lepas kenduri, Encik Suami bawa kami terus ke Banting.. Awalnya nak melihat tempat sejarah tapi dah terlajak ke Pulau Indah melihat pelabuhan dan tempat kontena.. Memang menariklah tengok kapal dan kontena yang bersususn-susun tu.. Lepas tu kami gerak terus ke Pulau Carey tengok Istana Bandar.. 

Solat dulu di sini..

Berhadapan dengan masjid ada orang jual cendol dan aiskrim buatan sendiri.. Makan dulu.. kikiki.. Aiskrim durian dia memang padulah.. Kami siap patah balik lepas tengok istana untuk beli lagi aiskrim..

Istana Bandar ini hanya ada istana.. Tak ada bayaran masuk.. Bolehlah nak jelajah dan tengok bahagian dalam dia.. Ada batu keterangan mengenai Istana ini..

Ini bahagian dapur..

Bahagian hadapan Istana.. 

Lepas tu kami naik Bukit Jugra.. Pergh!! Curam dan mengerikan terutama bila nak turun..

Pemandangan dari atas Bukit Jugra.. Cantik gila.. Lama gak kami kat atas ini menik.ati pemandangan..

Owh ya, dekat Bukit Jugra ini ada info juga mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Bukit Jugra ini..

Lepas tu kami singgah makan di PantaiBagan Lalang.. Pergh!! Asam Pedas dia memang padu.. Sha ambil asam pedas tetel.. Berbaloilah bayar.. Puas hati..

Selesai mkaan, encik suami bawa ke KLIA tengok kapal terbang berlepas dan mendarat.. Memang betul-betul memuaskan hati bila dengar bunyi enjin kapal terbang tu masa nak berlepas.. Ngauman dia bukan biasa-biasa.. 

Monday, December 30, 2024

Jalan-Jalan Cuti Sekolah Disember 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dan encik suami bawa anak-anak tengok wayang dan jalan-jalan.. Semalam ja yang sempat untuk keluar.. Sepanjang minggu cuti sekolah encik suami kena jaga MIL sebab adik dia balik kampung.. Makanya anak-anak duduk rumah ja lah.. Sha dan encik suami kerja macam biasa.. 

Awal pagi kami dah keluar ke AEON Rawang untuk tengok wayang.. Sha pilih pagi sebab hall nya besar dan tak ramai orang.. Kami singgah sarapan di Nasi Kandar Melayu Serendah.. Pilihan makanan banyak dekat sini, lauk pun sedap-sedap dan harga berpatutan.. 

Lepas makan terus pergi AEON.. Sha beli popcorn, air dan latte.. Syok juga layan animasi Malaysia ini.. Lepas tengok wayang, Sha bawa anak-anak pergi beli sushi dan onigiri..

Lepas tu kami makan tengahari dekat area Kuala Selangor.. Makan seafood celup tepung.. Kenyang perut kami sanmbung jalan ke ECO Shop dan ECO Bakery di Sungai Besar.. Lepas tu terus gerak balik..

Monday, December 2, 2024

Birthday Celebration

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rabu (27.11) Sha dan encik suami ke Shah Alam.. Sarapan bersama dan terus ke JPJ, KKB untuk update alamat dan perbaharui lesen.. Tapi tak berjaya.. kikiki.. Boleh pula lupa bawa kad pengenalan.. Jadinya kita balik dulu, uruskan anak sekolah.. Petang baru Sha ke JPJ semula.. Dapat lesen fizikal, cuma kualiti dia lah.. huhuhu.. Bolehlah.. Janji ada lesen fizikal..

Pagi-pagi dah naik si putih ini ke Shah Alam.. Sarapan ja..

Petang encik suami belanja kek.. Kemain banyak dia belikan.. Hari ini baru habis.. kikiki.. Sehari kita makan satu..

Imani buatkan Sha jambangan bunga..

Wednesday, October 16, 2024

Meraikan Ulang Tahun Encik Suami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ulang tahun kelahiran Encik Suami tapi beliau sibuk.. Jadinya kita raikan awal.. Ahad petang kami keluar makan bersama.. Hadiahnya Sha dah belikan awal sebelum ulang tahun.. Patutnya nak dating berdua tapi tuntutan kerja tidak mengizinkan.. Jadinya kita raikanlah awal sedikit.. Semalam Sha belikan manisan kesukaan beliau..

Makan bersama dengan anak-anak..

Yang ini pula kami dating berdua, malam semalam.. 

Friday, September 20, 2024

Jelajah Utara Malaysia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal hujung Ogos lagi Sha dan encik suami sudah mula merancang kemana perjalanan kami bagi cuti sekolah kali ini.. Awalnya kami nak ke Terengganu, tapi kami batalkan bila tahu ada aktiviti RXZ.. Tukar plan ke Utara.. Bila dah dapat destinasi, encik suami pun memulakan misi mencari tempat bermalam.. Setelah berbincang pro dan kontra, kami bersetuju untuk tinggal di Motel untuk malam pertama dan Hotel 2 bintang untuk malam kedua.. 

Percutian kami bermula pagi Sabtu (14/09/2024) dan berakhir pada hari Isnin (16/09/2024).. Perjalanan yang dirancang melalui jalan lama sahaja namun akhirnya terpaksa juga ikut lebuh raya lepas masuk ke Pulau Pinang.. Bila ikut jalan lama terasa sesak jiwa raga sebab banyak sangat lampu isyarat.. Tapi tak adalah banyak bayaran tol.. Kami keluarkan duit tol RM4.90 sahaja untuk 3 kali tol..

Laluan pergi bermula dari Behrang - Trolak - Langkap - Chenderong Balai - Kg. Gajah - Lambor Kanan - Parit - Manong (Singgah beli pau buat bekal dalam kereta) - Kuala Kangsar - Matang (Muzium Matang dan makan tengahari di Kamunting) - Bagan Serai - Nibong Tebal - Pulau Jawi - Butterworth (Singgah bergambar di R&R Bagan Ajam) - Kota Kuala Muda (Dataran Tsunami) - Sungai Petani (Singgah solat di Masjid Midad dan bermalam di Persona Motel).

Laluan hari kedua pula bermula dari Sungai Petani - Jalan Kaki Bukit (Gunung Jerai) - Kuala Kedah (Muzium Kota Kuala Kedah dan makan tengahari) - Arau (Daftar masuk dan bermalam di Hotel Metro Inn)

Laluan hari ketiga sepenuhnya menggunakan jalan dalam bermula dari Arau (Sarapan pagi dahulu) - Wang Kelian (Wang Kelian View Point) - Padang Besar - Sintok (Lalu dekat Empangan Pedu) - Durian Burung - Gubir - Gulau (Makan tengahari) - Baling (Singgah solat dan merenggangkan badan) - Pengkalan Hulu - Gerik - Lenggong - Kuala Kangsar (Sha mula memandu) - Manong - Parit - Bota - Lambor Kiri - Kg Gajah (Singgah solat, tukar pemandu dan makan malam) - Chenderong Balai - Sungkai - Behrang

Nampak ja tugu menarik, berhenti ambil gambar.. kikiki.. 

Kami singgah di Manong beli pau sedap..

Ini dekat R&R Bagan Ajam.. Tak tahu kat sini ada tempat riadah.. Memang padat dan ramai orang.. Mujurlah dapat parking, bolehlah bergambar sekeping dua.. kikiki..

Kami singgah solat di Masjid Madad yang unik bentuknya.. Cantik sangat.. Siap ada playground untuk kanak-kanak.. Ada Taman kucing juga tapi kami sampai dah malam.. Mampu tengok pagar dia ja.. 

Cantikkan langit dan sawah luas terbentang..

Singgah di pantai ambil gambar sebelum hujan lebat.. Awalnya nak makan laksa dekat area sini tapi kawasannya agak menyedihkan.. huhuhu.. Tak berjaga.. Jalan tak tar elok.. Kedai pun banyak yang tutup sedangkan banyak ja kereta masuk sama macam kami.. Sayang sangat..

Singgah di Capati Labu Sayong & Nasi Gulai Panas untuk sarapan pagi sebelum memulakan perjalanan terakhir.. Cawan dia comel.. kikiki..

Seluas mata memandang..

Betapa kosongnya jalan tanpa kereta.. huhuhu..

Bila lalu jalan dalam, tak ada kereta sangat.. Sempatlah bergambar di tengah-tengah jalan.. kikiki..

Empangan tasik Pedu.. Memang nampaklah makin kering airnya..

Kawasan ini nama dia Padang Kerbau.. Nampak tak dua ekor kerbau yang memandang tu.. Sha ambil gambar ini dari dalam kereta ja.. Seram tengok pandangan mereka dan tanduk yang melengkung tajam tu.. huhuhu.. Ada banyak lagi sebenarnya tapi yang ini begitu tajam memandang kami..

Ini pula Jetty Serimahawangsa Boathouse.. Cadangnya nak singgah makan tengahari tapi tak nampak pun restorannya buka.. Jadinya ambil gambar sajalah.. Belakang tu Tasik Pedu..

Akhirnya sampai juga ke Pengkalan Hulu..

Langit kejap cerah, kejap mendung, kejap hujan rintik dan kejap lebat sepanjang jalan..

Jelajah Utara Malaysia | Wang Kelian View Point

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini tempat tarikh dalam destinasi percutian kami.. Encik suami bawa kami ke sini untuk meninjau pemandangan cantik.. Kami gerak ke sini lepas daftar keluar hotel dan sarapan pagi.. Kami sampai ini pun dah ramai orang tapi masih okay lagilah.. Parking kereta pun mudah.. Bayaran masuk RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak berumur 6 tahun hingga 18 tahun.. Nak mendaki dengan jalan kaki pun boleh, nak naik kenderaan yang disediakan dengan bayaran RM3 seorang pun boleh.. Bayaran ini untuk naik dan turun.. Kami naik atas menggunakan kereta dan turun dengan jalan kaki.. Tempatnya memang cantik.. Bahagian atas penuh informasi, tempat bergambar dan gerai jualan.. Memang bestlah.. Ada teropong disediakan tapi kena guna duit syiling 50 sen sebanyak 4 keping..



Sha beli hazelnut latte (ice) - RM8 di sini.. Sedap kopi dia..


Inilah kederaan yan Sha maksudkan itu.. 

Sempatlah kami lajak ke Kg. Wang Kelian dan ke kawasan orang nak masuk ke Thailand.. Tapi dah tak ada orang berjualan jadi kami patah balik.. Beratur kereta nak masuk ke Thailand..

Jelajah Utara Malaysia | Hotel Metro Inn Arau, Perlis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penginapan untuk hari kedua, kami tidur di Hotel Metro Inn yang terletak di Arau.. Kami gerak ke hotel lepas makan tengahari.. Tak adalah jauh sangat dari Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah.

 Sha bayar harga bilik RM121.45 melalui Agoda.. Pada Sha berbaloi sangat-sangat.. Bilik bersih, penghawa dingin sejuk ya amat.. Cuma dia punya heater saja bermasalah, tapi masih okaylah pada Sha.. Paling best di sekeliling hotel ada macam-macam kedai.. Mudah lah nak cari barang makan dan keperluan harian.. Tempat parkir kereta pun mudah, depan dan juga di belakang hotel.. Hari kedua ini kami daftar masuk 2.30 petang, rehat dan mandi semua.. Jam 5 petang baru keluar balik dan merayap di sekitar Perlis.. Esoknya daftar keluar jam 8 pagi.. Hotel ini kena letak deposit RM30.. Bila pulangkan kad akses, dia bagi balik deposit.. Owh ya, hotel ini guna tangga tau.. Kami dapat bilik di tingkat dua mengadap jalan tapi tak adalah bising.. Lena ja tidur tambahan pula hujan.. Lagi ngamlah..

Ada meja, kerusi, 2 katil queen, 4 tuala, penghawa dingin dan tv..

Ada almari, 3 penyangkut baju, 1 tisu tandas, 2 botol air mineral, cawan dan gelas..

Ada mesin air panas dan sejuk di setiap tingkat..

Tempat menggosok pun ada di setiap tingkat..

Thursday, September 19, 2024

Jelajah Utara Malaysia | Muzium Kota Kuala Kedah, Kedah.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Muzium kedua tang kami lawat.. Tiada bayaran masuk yang dikenakan.. Kawasan memang cantik dan besar.. Berdekatan dengan sungai dan kawasan nelayan.. Cantik tau view dia.. Paling best bila kawasan dia walaupun berumput, tak perlu nak bimbang akan lecah sebab dia bina laluan batu dari satu tempat ke satu tempat.. 


Meriam ini ditempa menggunakan menggunakan tangan sebab tu menggerutu seperti katak puru.. 

Ini di hujung kota.. Puaslah berjalan mengelilingi kota..

Seluas mata memandang kawasannya.. Tapi cantik dan terjaga.. Ada laluan batu dari satu tempat ke satu tempat..

Cantikkan pemandangan dia.. Waktu ini cuaca redup dan kadang-kadang hujan renyai.. Jadinya syoklah berjalan.. Owh ya, ada sebuah rumah yang menempatkan semua info mengenai kota ini.. Cuma perlu daftar nama sahaja..

Jelajah Utara Malaysia | Gunung Jerai, Kedah.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Destinasi pertama kami untuk hari kedua percutian.. Seawal pagi kami dah mendaki ke atas menggunakan kereta.. Kalau anda suka mendaki, boleh je jalan kaki tapi mencabarlah.. Kalau tak berapa nak mencabar, naik kereta ataupun motor macam kami.. Seeloknya pergi awal pagi.. Masa ini memang tak ramai orang.. Cumanya masa kami pergi ini, malamnya hujan jadi ada beberapa aktiviti yang tak dapat nak dibuat.. Namun pada Sha berbaloi sangat-sangat sebab sejuk dan pemandangannya sangat mengujakan.. Saujana mata memandang.. Puas hatilah dapat naik.. Berbaloi sangat-sangat.. Kalau sekadar naik ke atas hanya bayaran masuk sahaja yang perlu dibayar iaitu RM2 untuk seorang.. Selain dari itu boleh jelajah dan bergambar sepuas hati.. 

Ada ladang strawberi yang comel, kafe untuk makan-makan dan kedai kopi juga.. Owh ya, ada ja aktiviti yang berbayar tapi kami tak pergi pun sebab naik gunung Jerai ini untuk pemandangan dan suasana saja.. Owh ya, ada resort juga.. Kalau tak nak memandu, guna van dia pun boleh.. 


Ada surau juga dan tandas awam..

Resort..

Pemandangan yang diselubungi kabus..

Saujana mata memandang petak sawahnya.. Owh ya, nampak pulau dayang bunting juga tau.. Lepas turun Gunung Jerai ini kami ke Pulau Dayang Bunting sebab ada jambatan, malangnya dah jadi harta persendirian dan ditutup laluan nak ke pulau.. Mampu tengok dari jauh jelah.. huhuhu..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com