Showing posts with label Kuda Merah. Show all posts
Showing posts with label Kuda Merah. Show all posts

Thursday, January 23, 2025

Bateriku.com

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya encik suami nak suruh adik dia datang tengokkan tapi Sha cakap tak payahlah.. Sha nak telefon bateriku.com ja tanya sebabnya bila bagi tahu keadaan kereta, encik suami cakap masalah bateri.. Jadinya Sha cari nombor di Google dan buat panggilan.. Mereka minta Sha whatsapp dulu untuk memudahkan mereka hantar senarai harga bateri.. Lepas dah maklumkan bateri yang mana kita nak, pekerja bateriku.com minta kongsikan lokasi rumah dan gambar kereta.. Sha maklumkan petang pukul 5 baru Sha kongsi sebab Sha kat pejabat lagi.. Tepat jam 5 Sha pun kongsikan lokasi rumah dan gambar kereta, dalam 15 minit macam tu mereka sampai.. Pekerja tu periksa bateri dan terus tukar.. Tak sampai 30 minit dah selesai.. Pantas gitu.. Mudah kerja berurusan dengan mereka ini..

Tahun 2022 bateri ini.. Masa orang bateriku.com tu test ada 10watt camtu je kuasa dia..

Bateri baru meneruskan khidmat..

Sha pilih bateri ini.. Sha cuma bayar harga bateri sahaja.. Tak ada upah pemasangan ataupun upah dia datang..

Wednesday, January 22, 2025

Kuda Merah Bual Hal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Punyalah semangat hari ini nak pergi kerja sekali kereta tak boleh hidup.. Ah!! Sudah.. Meragam pula dia pagi-pagi ini.. Encik suami pula dah kerja luar.. Sudahnya kita bawalah kereta MIL, pinjam sementara kuda merah nak baik.. Kalau tak tadi memang nak EL ja.. Nak buat macam mana, kawasan Sha tinggal ini bukan ada kenderaan awam..

Bateri dia kong rasanya sebab keluar bunyi ketak ketak ja bila Sha cuba nak hidupkan.. Nak kena ganti bateri nampak gayanya..

Mujur ada si coklat ini.. kikiki..

Monday, October 21, 2024

Tukar Drive Shaft Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan pasal tukar mounting kuda merah, malangnya kereta masih lagi bergegar.. Jadinya encik suami tanya dengan kenalan beliau dan dari situ beliau beli Drive Shaf untuk ditukar.. Sabtu kelmarin encik suami pun tukar drive shaft.. Selepas tukar drive shaft ini barulah tak berlaku gegaran lagi semasa memandu.. Alhamdulillah.. Akhirnya berjaya juga selesaikan masalah gegaran pada Kuda Merah Sha.. Akhirnya kembali kencang lariannya..

Mesej dari kenalan encik suami..

Inilah dia drive shaft yang ditukar.. Drive shaft ini duduk ya di sebelah kiri tayar hadapan.. 

Bahagian ini yang dah rosak..

Encik suami keluarkan terus minyak gear..

Masukkan minyak baru.. 1.8 liter ngam-ngam untuk saga manual..

Friday, October 18, 2024

Teko Aladin Kuda Merah Menyala

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam semasa memandu ke pejabat, separuh perjalanan tiba-tiba teko aladin ini menyala.. Mulanya malap dan kemudiannya terus terang.. Sha terus telefon encik suami dan tanya.. Encik suami tanya Sha dah dimana dan kereta ada tak tersenggok-senggok.. Sha bagi tahulah Sha dah lepas Masjid Klan dan kereta okay ja, jadinya encik suami suruh teruskan perjalanan sampai ke hospital.. Sampai di hospital, lampu masih menyala.. 

Petang tu dalam pukul 2.30 encik suami datang tengok.. Risau berlaku kebocoran.. Boleh menyebabkan perkara yang lebih besar pula jadi.. Bila diperiksa, tak ada pula kerbocoran, cumanya oil filter longgar sikit.. Jadinya encik suami ketatkan semula.. Mungki sebab kena percikan air semasa memandu semalam, tu yang sensor dia menyala.. 

Semalam hujan lebat dan banyak kawasna yang air bertakung.. Jadinya memang bersimbah-simbahanlah semalam.. Tu yang agaknya sensor dia menyala..

Petang semalam dan pagi ini Alhamdulillah dah okay.. Teko aladin tu dah tak menyala..

Boleh pula dia menyala tiba-tiba..

Info Penting : Simbol tersebut akan menyala sekiranya minyak pelincir bagi sesebuah kereta itu kehabisan ataupun berkurangan. Kekurangan minyak enjin juga boleh disebabkan terdapat kebocoran yang mengalirkan minyak enjin keluar.

Disebabkan itu, enjin kenderaan akan menjadi lebih kasar sehingga menyebabkan kerosakan yang akan memakan kos yang tinggi untuk dibaiki. Oleh itu, simbol ini tidak boleh dipandang remeh oleh pemandu kerana akan membawa kepada kesan yang agak buruk pada kenderaan anda.

Monday, October 14, 2024

Kuda Merah Masuk Klinik

Assalamualaikum..
Hye semua..

2 minggu dah Sha rasa gegaran dekat kereta.. Jadinya encik suami suruh Sha buat pesanan untuk beli alat ganti ini di Shopee.. Sabtu (12/10/2024) baru ini encik suami pun buatlah penukaran.. Sha teman dna tolong hulur tools ja.. Paling susah nak tukar mounting depan dan belakang.. Memang berpeluhlah encik suami buat.. Alang-alang tu encik suami gantikan juga minyak break.. Barulah Sha tahu rupanya kena buat dekat empat-empat tayar..

Insulator Engine Mounting Kit - RM240.28 (siap penghantaran lepas diskaun RM35.00)

Inilah benda yang ditukar..

Ini pula proses buang minyak break lama..

Tempat masukkan minyak break baru..

Monday, June 10, 2024

Tayar Kuda Merah Pancit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam pagi masa nak ke pasar, baru perasan tayar pancit.. Bila diperiksa, ada paku rupanya.. Makanya encik suami pam bagi boleh jalan dan terus bawa ke kedai tayar.. Kedai tampal je.. Mujurlah.. Tayar tu baru je tukar.. huhuhu..Kenalah RM5.. Sha pun tak perasan bila kejadiannya.. Sabtu tu tak bawa kereta, mesti kena petang Jumaat, sebab pagi Ahad tu tayar dah lembik.. Sekitar laluan Sha nak ke sekolah anak dan tempat kerja memang banyak kerja-kerja pembangunan.. Tak tahulah dimana kenanya.. huhuhu..

Encik suami tengah masuklan angin sebelum bawa ke kedai tayar..

Paku yang melekat.. huhuhu..

Alhamdulillah.. Okay sudah..

Wednesday, May 22, 2024

Tukar Kasut Baru Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha tukar tayar depan kereta Sha.. Kena RM240 sekali balancing dan alignment.. Tayar tu dah botak.. Perasan masa servis baru ini.. Bila dah ada duit lebih ini, kenalah buat.. Bahaya bila hujan dan jalan basah.. Ginilah bila ada kereta.. Sesekali kenalah buat apa yang patut.. Demi kelancaran dan keselamatan.. Kalau dibiarkan, bahaya pada kita dan juga orang lain sebenarnya..

Kiri

Kanan

Balancing & Alignment Pada Tayar

Monday, April 22, 2024

Baiki Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masalah ini dah pernah jadi tahun lepas bulan September, tapi masa tu encik suami bawa ke bengkel.. Kenalah RM200 lebih.. Walhal tukar satu je, yang ada tarikh pada gambar tu.. Bila jadi lagi keadaan yang sama iaitu kereta tersengguk-sengguk, macam tak cukup api.. Walhal dah panaskan enjin sebelum jalan.. Terus encik suami cari barangnya di shopee.. Tukar sendiri je.. Lepas tukar, Alhamdulillah kereta kembali lancar.. Encik suami beli terus 3.. Tak sampai dua ratus pun lepas diskaun.. Ada masanya memang kena ke bengkel, ada masanya kenalah buat sendiri.. Keras hidup sekarang.. Kereta Sha ini pun dah 11 tahun.. Memang pakai selagi boleh..

Ini sebelum tukar.. 

Dah tukar yang baru.. Tukar semalam (21.04.2024).. Simpan sini, nanti senang nak cari..

PROTON SAGA BLM NGK IGNITION COILS / PLUG (3pcs) - RM198.47

Monday, April 8, 2024

Servis Kuda Merah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu pagi Sha bawa kereta ke garaj tempat encik suami kerja.. Nak servis sebelum raya.. Banyak nak kena buat.. Gitu.. Mula-mula nak tukar minyak hitam.. Kemudian tukar spark plug.. Tambah air bateri.. Bersihkan kondenser dan periksa kedudukan tayar depan..

Petang sabtu lepas enjin sejuk datang buka dan tunggu minyak hitam yang lama turun.. Sementara tu encik suami tukar spark plug dan tambah air bateri.. Bila tengok minyak hitam masih menitik, kami balik.. Pagi Adab baru encik suami masukkan minyak hitam yang baru.. Kemudian dia betulkan tayar depan sebab tayar tu macam terkepak.. Bila tengok bahagian dalam tayar dah mula haus.. Jenuh juga nak membetulkannya.. Selesai betulkan tayar, encik suami tembak air dekat bahagian depan kereta untuk bersihkan kondenser.. Bila bersihkan ini barulah sejuk sikit aircond kereta..

Selesai, Sha pun uji pandu kereta.. Pergh!! Memang mantaplah performance dia.. Tambah lepas tukar spark plug tu.. Lagi ringan dan berdesup kereta pergi..Tukar gear pun smooth je..

Bagi dia sejuk dulu sebelum buka penutup untuk buang minyak hitam..

Dr Lube fully synthetic petrol oil SAE 5W-40 (RM72.68)
APM Oil filter (RM10.89)
Spark Plug Denso Iridium IT20 (RM70.06 untuk 4 batang)
Petang datang buka dan buang minyak hitam.. Sementara tunggu minyak hitam habis turun, encik suami tambah air dalam bateri dan tukar spark plug.. Sebab sebelum ini guna yang recon, kali ini kita ganti yang original..Harapnya performance kuda merah Sha kembali mantaplah.. huhuhu..

Bubuh minyak hitam baru masukkan dia dekat kedudukan dia..

Tuang minyak hitam baru..

Pekat gila minyak hitam yang lama tu..

Tayar belah kiri.. Bahagian dalamnya dah haus..

Tayar belah kanan tak seteruk belah kiri..
 

Sunday, February 4, 2024

Coretan Kenangan 03 Februari 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dan keluarga ke Ipoh lagi.. Menyambung kerja-kerja pembersihan di rumah Sha.. Tapi kami di duga dengan kesesakkan lalu lintas akibat kemalangan di atas highway.. Patutnya di Tapah kami naik highway tapi bila berselisih dengan kenderaan yang banyak keluar dari highway, encik suami periksa google maps dan temui ada kesesakkan di atas highway.. Maka kami teruskna perjalanan di jalan lama.. Malangnya kami tetap tersangkut dengan kesesakkan.. Bertapa lama kami hampir 6 jam di dalam kereta.. Encik suami agak gelisah sebab ada orang menunggu di rumah Sha.. Orang tu tunggu hampir 2 jam lamanya.. 

Awalnya sesak sampai ke sini sebab polis buat sekatan.. Lepas tu lancar sekejap dan kembali sesak bila polis minta kenderaan dari highway turun ke jalan lama.. Sepanjang-panjang jalan tu ada polis cuma tu lah.. Sikap manusia yang pentingkan diri membuatkan kesesakkan jadi lebih teruk..

Pagar yang nak dicat semula.. Runsing Sha tengok dia karat.. Beli cat Ocean Grey dekat Shopee je, 1 tin (1l) - RM30.00 (postage 60 sen).. Memang ngam-ngam satu liter untuk pagar depan ini.. Patutnya Sha cat juga pintu utama tapi bila dah penat, memang tak ingat langsung.. Masa buat entry ini barulah teringat.. 

Tu dia.. Seketul Sha sedang mengecat.. Penat owh.. hahaha.. Tapi pagar ini kalau tak ada Amani tolong, memang tak siaplah.. Encik suami pun ada tolong touch up sikit-sikit..

Ini juga antara yang kami buat.. Encik Suami menampal semula lubang-lubang pada bumbung yang bocor.. Buang cat pada dinding yang rosak dan plaster semula..

Selain itu, encik suami juga tolong tambahkan satu plug point di dapur.. Lupa pula nak ambil gambar kerja yang ini..

Masa dalam perjalanan balik, ada sekumpulan motor rempuh kereta kami sebab mereka break mengejut.. Hampir jatuh hanya kerana terlalu suka dan tak peka dengan isyarat lampu yang sudah bertukar merah.. Geram je Sha.. Memang sempat marahlah.. Habis bercalar dan kemek.. Sha paling risau diorang jatuh dan cedera, dah jadi satu kerja pula nak telefon ambulans dan polis.. Mujurlah kereta Sha je yang cedera sikit.. Lepas marah bebudak tu, kami blah.. Malas nak fikir, badan dah penat kan..

Separuh jalan, baru perasan tertinggal bekas ais yang baru di beli.. huhuhu je lah kita.. Sha bawa kereta dari Ipoh ke Behrang sebab encik suami kepenatan.. Kerja beliau lagi banyak dari Sha..

Wednesday, January 24, 2024

Tragedi Petang 23 Januari 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang semalam lepas ambil dan hantar anak-anak balik rumah, Sha pergi tunggu encik suami sampai dekat pejabat dia.. Tunggu sebab selisih dengan bas yang encik suami bawa, lagipun hujan.. Risau encik suami kebasahan sebab beliau ke pejabat dengan motor.. Nak dijadikan cerita, Sha dengar bunyi keletak keletak masa kereta bergerak.. Memang pelik.. Sha berhentikan kereta tepi jalan, tak nampak apa-apa.. Jalan lagi.. Kali kedua Sha berhenti baru nampak skru terpacak dekat tayar.. Makanya ke kedai tayarlah kita.. Elok sampai kedai tayar, skrunya dah hilang.. Pekerja kedai tayar tu periksa tayar dan tampal.. Bayar RM5.. Mujurlah.. Kalau tak melayang entah berapa ratus.. 

Tu dia.. Elok je tercacak..

Saturday, August 19, 2023

Coretan 19 Ogos 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha bantu encik suami untuk service kuda merah Sha.. Awalnya ada benda yang encik suami nak buat selain tukar minyak hitam tapi ada masalah sikit untuk buka.. Makanya kita tukar minyak hitam sahaja lah.. Sha tukang hulur spanar, kain dan yang sewaktu dengannya..

Sarapan dulu sebelum mula kerja..

Jomlah kita mula ierja.. Gitu..

Lepas tu encik suami bawa pergi makan dekat Besout 4.. Kedai nasi vanggey Melayu.. Pergh!! Lauk pauk dia mengancam..

Singgah bergambar dalam terik panas.. kikiki.. Gi naik motor je kan..

Selesai ganti minyak dan filter baru.. Barulah ringan nak memandu..

Friday, June 9, 2023

Coretan 08 & 09 Jun 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pengalaman semalam.. Kereta Sha keluar asap dekat bahagian enjin belah penumpang.. Lepas tu air meleleh-leleh dekat bahagian bawah.. Nak buka bonet depan, takut.. Ada orang lalu cakap kereta akak terbakar.. Lagilah Sha panik.. Cari kaca mata tak jumpa.. Mujur ada kawan tu suruh Sha telefon encik suami.. Dia nak bantu, dia pun tak tahu nak buat apa.. Sha pun telefon encik suami maklumkan.. Encik suami tanya, suhu naik ke.. Sha cakaplah naik sampai no 4 je.. 

Dalam pukul 10 lebih encik suami datang ambil kereta.. Bila periksa tak ada pula kebocoran dekat paip atau radiotar pecah.. 

Berdasarkan video boleh nampak coolant nya membuak-buak keluar ke spare tank (reservoir) apabila engine mula panas.. Masalah ni berlaku bila engine mula panas. Bila panas ada tekanan. Bila ada tekanan mula tinggi, tekanan tu akan mencari jalan keluar.

Itu antara sebab minyak engine bercampur coolant sekiranya gasket head bermasalah sama ada overheat atau torque semasa ikat tak ikut spec..

Tapi dalam kes kereta Sha ni temperature masih normal cuma coolant je yg keluar ke spare tank..

Bila tengok cap radiator, sebahagiannya dah tak ada..

Tu dia.. Barai.. kikiki..

Beli baru untuk ganti cap tu dengan harapan kereta akan okay.. RM18 harga cap ini..

Malangnya masih sama.. Malam tadi encik suami periksa semula dan tengok kipas tak berpusing.. Nampak gayanya memang kena bawa ke kedai juga.. Pagi tadi bila kedai dah buka, encik suami bawa kereta.. Rupanya relay yang bermasalah.. Sebenarnya ini kali kedua kereta Sha mengalami masalah Relay ini.. Boleh baca entry Aircond Kuda Merah Meragam.. Cumanya kali ini dia meragam di dua tempat.. Kosnya RM80.. 

Thursday, April 20, 2023

Kuda Merah Bercermin Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini kan ada Sha kongsikan di entry bertajuk Coretan 17 Januari 2023, mengenai cermin kereta yang dihentam batu.. Semalam baru encik suami bawa ke kedai untuk tukar cermin.. Awalnya Sha nak biar je, sebab rekahan tu tak membesar pun.. Encik suami yang sakit hati tengok kesan pecah tu.. Setelah bertangguh, akhirnya semalam berjaya juga tukar.. hehehe.. Mujurlah Sha memang berkeras untuk ambil insurans kereta yang ada cover untuk cermin sekali.. Jadinya tak payahlah keluarkan duit.. Kedai tuntut dengan syarikat insurans je.. Lega.. Kalau tak memang lebur RM500.. huhuhu..

Cermin raya.. hehehe..

Tuesday, January 17, 2023

Coretan 17 Januari 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini rasa nak gugur jantung.. Memang terkejut Sha sampai sepanjang pemanduan menggigil.. Pertama kali jadi macam ini.. Tengah elok-elok memandu, bedebam.. Ada seketul batu menghempas cermin bahagian depan.. Tergamam namun tak berlaku apa-apa.. Sha masih lagi memandu walaupun terkejut.. Alhamdulillah.. Pecah hanya di bahagian terkena batu.. Cermin tak pecah berderai.. Tapi memang menggigillah sebab kuat betul dentuman batu ke cermin tu.. Sha da rasa macam batu tu tembus kena ke dalam.. Huhuhu.. Kebetulan pula encik suami tak ada.. Jadinya kuatkan semangat dan pergi kerja macam biasa.. hehehe..

Pecahan pada cermin..

Saturday, September 10, 2022

Kuda Merah Meragam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi nak start kereta, tapi tak boleh.. Ingatkan kenapa.. Rupanya bateri dah sampai masanya.. Usia bateri ini dah 2 tahun lebih, dah masanya untuk tukar.. Buka bateri dan bawa pergi kedai untuk beli yang baru.. Tolak bateri lama dapatlah RM20.. 

Bateri lama ini dah berusia 2 tahun 5 bulan..

Bateri baru RM160

Monday, July 25, 2022

Kuda Merah Berkasut Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi bawa kuda merah tukar kasut.. Kasut lama dah teruk sangat dah.. hehehe..

Dulu kos dalam RM400 je untuk 4 biji tayar.. Sekarang dah jadi RM500.. Nak buat macam mana, keperluan.. Tak tukar, merbahaya tambahan pula Sha dah berulang jauh.. Lagipun tayar ini dah 2 tahun.. Last tukar masa sebelum PKP.. Memang wajib tukarlah kan.. Ini pun dah survey beberapa kedai.. Kedai yang terakhir ini menjadi pilihan.. 40 minit jugalah menunggu.. hehehe..

Bersedia untuk ditukar..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com