Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Thursday, December 19, 2024

Yeo's Yeogurt Mangga

Assalamualaikum
Hye semua..

Sha beli air ini dekat kedai ECO, dua kotak dengan harga RM2.40.. Rasa mangga yang sangat mewah dan sedap.. Nak lagi sedap, sejukkan dahulu kemudian minum.. Pergh!! Melegakan tekak.. Jarang ada air yogurt dari jenama Yeo's ini di kedai ECO.. Bila jumpa haruslah kita beli sebab sedap..

Yeo's Yeogurt Mangga (200ml) RM1.20

Sunday, December 8, 2024

Drinho | Soya Milk Corn Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali cuba soya campur jagung ini.. Tak sangka pula ngam dan sedap.. Paling best sebab airnya tak manis.. Memang puaslah minum..

Soya Milk Corn Flavour (250ml) - RM1.70

Saturday, December 7, 2024

Calpis Soda: Anggur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan pasal Calpis Soda Original kan.. Kali ini Sha kongsikan perisa anggur.. Minuman yogurt ditambah dengan karbonat berperisa anggur yang ohsem.. Rasanya agak manis namun akan jadi seimbang bila ditambah ais.. Memang sedap di minum sejuk.. Sha beli dengan tawaran harga 2 tin untuk harga RM5.. 

Calpis Soda: Anggur (320ml)

Friday, November 8, 2024

Pokka Ice Strawberry Tea & Ice Lychee Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli 2 ini dengan harga RM6.90.. Kalau tak satu tu RM4 lebih.. Kira berbaloilah kan.. kikiki.. Perisa strawberi tu baru lagi, yang laici tu dah lama ada.. Gabungan teh dengan strawberi memang best.. Tambahan pula dia guna jus strawberi, memang lagi asyiklah..

Teh dengan laici, gabungan yang menarik dan sedap.. Tambahan pula menggunakan jus laici, memang asyiklah melayannya.. Minum pula sejuk-sejuk, melegakan tekak dikepanasan hari.. Gitu..

Pokka Ice Strawberry Tea (500ml)
Pokka Ice Lychee Tea (500ml)

Wednesday, November 6, 2024

Pokka Lemon 1000

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okay.. Sha nampak dan teruja nak beli sebab lemon tapi tak kenalah pula dengan tekak.. Hahaha.. Beria lah ingat rasa dia best.. Sekali rasa dia macam pelik sikit.. Tak macam air lemon yang kita biasa minum.. Jaranglah Sha ini tak suka air lemon, tapi kali ini memang tak boleh nak pergi.. Lain macam rasam dia dekat tekak sha.. kikiki.. Rasa ini memang terpulang pada tekak masing-masing.. Anak Sha suka tau.. Dia minum sampai habis.. Nampak tak.. 

Pokka Lemon 1000 (500ml) - RM4.90

Tuesday, October 15, 2024

Richman Coffee: Milked Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Secawan kopi panas yang mengancam.. Sha suka ja kopi macam ini.. Mudah kalau nak on the go.. Biasanya kedai jual minuman macam ini akan sediakanair panas sekali.. Bolehlah terus bancuh dan minum..Kopinya agak kuatlah pada Sha.. Memang syoklah layan waktu pagi.. Segar tetus mata dibuatnya..

Richman Coffee: Milked Coffee (200ml) - RM5.80

Ada penanda aras untuk bubuh air..

Premix kopi, gula dan pengacau air..

Sunday, October 6, 2024

Acacia Honey Sparkling Drink

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tanpa gula katanya tapi masih ada rasa manis dari madu.. Menggunakan madu acacia semulajadi.. Okaylah minuman ini, karbonat dia tak terlalu keras.. Sha minum dengan tambah ais untuk kurangkan rasa manis dia tu.. kikiki.. Sha beli dekat Segi Fresh, tak ingat harganya berapa.. Kalau tak silap dalam seringgit lebih macam tu..

Acacia Honey Sparkling Drink (320ml) 

Tropicana Twister Blackcurrant

Assalamualaikum..
Hye semua..

Air twister baru.. Rasa blackcurrant yang ohsem.. Minum sejuk-sejuk memang best.. Menghilangkan dahaga gitu.. kikiki.. Sha beli dekat Kedai Mesra Petronas..

Tropicana Twister Blackcurrant (355ml) - RM3.50

Tuesday, October 1, 2024

Aik Cheong It’s Cup White Choco Biscuit Crumbs

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa coklat putih.. Tak manis dan tak adalah pelik rasanya.. Bila bubuh serbuk biskut tu, macam tak ada impak apa pun.. hahaha.. Mungkin sebab bila kena air dia jadi kembang kot.. Tapi menariklah.. Selalu air coklat biasa kan.. Kali ini dia buat guna coklat putih.. Macam rasa susu pun ada..

Aik Cheong It’s Cup White Choco Biscuit Crumbs (45g)

1. White Choco Premix
2. Biscuit Crumbs

Putih airnya.. Lepas tu yang serbuk tu, serbuk biskut..

Saturday, September 28, 2024

Dong Ma: Tradisional Sarawak Kopi O

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi Selasa, masa tengah bertugas dekat Kaunter Nombor ada staff bagi sepeket comel kopi.. Kopi Sarawak pula tu.. Wangi betul aroma kopi ini.. Memang sedap.. Mungkin sebab biji kopi tu dipanggang dengan mentega, rasa dia pun lebih berlemak.. Kopi ini kosong, jadinya terpulanglah nak tambah gula atau krim ataupun susu.. Sha tambah creamer dan sesudu gula.. Baru syok layan..

Dong Ma: Tradisional Sarawak Kopi O
(Kandungan: Kopi, gula & Mentega)

Wangi betul bau bila bubuh air panas..

Sunday, September 15, 2024

F&N Seasons Barley

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap juga airnya.. Tak manis.. Terasalah barli tu.. Cuma kurang best sebab tak ada ketulan barli tu tapi ada serdak dihujung-hujung air.. Kurang menarik.. Namun begitu rasa barli tu adalah walaupun tak ada isinya.. Beli lagi? Mungkin tidak.. kikiki..

F&N Seasons Barley (300ml) - RM3.50

Aik Cheong It’s Cup Sakura Latte Marshmallow

Assalamualaikum..
Hye semua..

Keluaran khas Aik Cheong bersama AEON.. Cantikkan corak pada cawan tu.. Bau dia pun wangi.. Bau sakura, rasa pun sedap.. Sha suka sebab tak manis.. Owh ya, Sha tak tambah marshmallow tu, Sha minum macam tu saja pun dah sedap.. Rasa dia unik tapi tak pelik.. Sedap..

Aik Cheong It’s Cup Sakura Latte Marshmallow (43g)

1. Sakura Latte Premix (40g)
2. Marshmallow (3g)
3. Pengacau

Friday, September 13, 2024

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Lychee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa laici ditambah madu dan berkorbonat, memang ngam.. Tak terasa sangat pun madunya.. Lebih kuat rasa laici dia.. Tapi bestlah pda Sha sebab gas dia tak adalah kuat mana..

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Lychee (250ml) - RM3.80

Tuesday, September 10, 2024

Kopi Cerok @ Taman Wangsa Behrang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah perasan kedai ini lama dah.. Awalnya nampak iklan dekat Facebook tapi tak pasti dekat mana kedainya.. Minggu lepas baru perasan dekat laluan harian Sha hantar dan ambil anak.. Petang ahad tu baru termelencong untuk singgah.. Awalnya nak beli pastry tapi dah habis.. Jadinya kita cuballah Spanish Latte dia.. Alhamdulillah, sedap.. Kena dengan tekak Sha.. Harga pun berbaloi..

Sha cuba Spanish Latte (ice) - RM7

Kopi Cerok @ Taman Wangsa Behrang, Behrang, Perak (https://maps.app.goo.gl/xwcpWY2AaMUjsnmK9?g_st=iw)

Menu air yang ada disini..

Thursday, August 29, 2024

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Lemon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa madu dan lemon yang ngam.. Owh ya, airnya sedikit tajam dan agak berkarbonat.. Namun rasa lemon tu tak tenggelam disebabkan madu.. Masih kuat menguasai.. Pembungkusan yang menarik dengan warna kuning yang menyerlah.. Memang memikat mata dan tekak.. Ada rasa pahit lemon tertinggal di lidah selepas minum..

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Lemon (250ml) - RM3.80

Saturday, August 24, 2024

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Yuzu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tapping Tapir ini keluarkan siri sparkling madu.. Unik betul rasa dia.. Sedaplah.. Cuma mungkin rasa madu tu melebihi rasa yuzu tu.. Manislah.. Kalau campur ais, kurang sikit manis dia.. Sha beli dekat Kedai Mesra Petronas.. Reka bentuk pada tin dia cantik betul.. Mengancam..

The Tapping Tapir Sparkling Honey: Honey Yuzu (250ml) - RM3.80

Friday, August 23, 2024

Pokka Low Fat Milk: Melon, Mango & Banana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedaplah yang rasa melon tu.. Sha sejukkan dekat tempat beku, lepas tu minum.. Rasa macam minum ais kisar.. kikiki.. Rasa melon dia memang best dan tak manis..

Mangga pula rasanya agak kyrang.. Ada rasa mangga tu tapi tak kuat, lebih pada manja-manja saja rasanya tapi masih lagi sedaplah pada Sha.. Tambah minum waktu sejuk.. Lega saja tekak bila dia lalu.. 

Pisang pun sama, rasa pisang tu tak berapa kuat tapi adalah.. Kiranya kalau korang yang tak berapa suka rasa buah yang kuat, susu ini memang ngam dengan korang.. 

Jujurnya Sha memang tak sangka yang susu dari jenama Pokka ini sedap, memang boleh beli lagilah..

Pokka Low Fat Milk: Melon (250ml) - RM2.00
Pokka Low Fat Milk: Mango (250ml) - RM2.00
Pokka Low Fat Milk: Banana (250ml) - RM2.00

Sunday, August 18, 2024

F&N Seasons Botanical: Hibiscus & Lemongrass Ginger

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cantik betul reka bentuk tin dia.. Halia dan serai tu punya rasa yang unik.. Anda mungkin suka dan mungkin juga tak suka.. Sha pula biasa-biasa sahaja dengan rasa dia.. Okaylah.. Tak manis dan rasa halia dan serai tu ngam.. Minum sejuk-sejuk, sedap.. Lepas minum asyik sedawa saja.. kikiki.. Bunga raya tu pula wangi dan sedikit manis walaupun dia kata kurang gula.. kikiki.. Airnya warna pink.. Sedaplah.. Unik juga rupanya rasa bunga raya ini..

F&N Seasons Botanical: Hibiscus (300ml) - RM3.50
F&N Seasons Botanical: Lemongrass Ginger (300ml) - RM3.50

Saturday, August 17, 2024

Lactel Bliss Low Fat Yogurt Drink: Strawberi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mantap airnya.. Rasa strawberi dia memang licinlah.. Suka Sha minum.. Kebetulan tengah promosi, kita belilah buat lancarkan sistem perkumuhan gitu.. kikiki.. Rasa strawberi yogurt yang tak masam memang best.. Selalu tu mahal je.. Ini harganya runtuh, belilah buat minum.. Sebekas ini selalunya tahan 3 hari je..

Lactel Bliss Low Fat Yogurt Drink: Strawberi (700g) - RM4.99

Warna pink airnya..

Monday, August 12, 2024

Fernleaf Greek Style Yogurt Drink: Tropica Fruits

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Berjaya juga rasa.. Okaylah tapi ada rasa tajam lepas minum dia mungkin sebab campuran pelbagai buah tropika tu kot.. Sedap, airnya warna kuning.. Air ini percuma sebab beli saiz besar.. Saiz besar tu Sha beli rasa mangga.. 

Fernleaf Greek Style Yogurt Drink: Tropical Fruits (200g)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com