Showing posts with label Tempat makan. Show all posts
Showing posts with label Tempat makan. Show all posts

Sunday, January 19, 2025

Temujanji Sarapan di Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi lepas ke pasar pagi dan meninggalkan tugasan ringkas buat Amani, Sha dan encik suami keluar bertemujanji.. kikiki.. Tak ada ke mana pun.. Naik motor ke Tanjung Malim ja.. Makan Mee Kicap Ayah Din.. Lama tak ke sini.. Lepas makan, pusing Behrang cari buah.. Alhamdulillah, rezeki pagi ini dapat jumpa buah mangga dna buah naga.. Memang lama Sha tunggu kemunculan penjual menggunakan hilux ini.. Akhirnya muncul juga.. Buah mangga dia manis.. Kali ini saja beli buah naga.. Sedap manis isi dia.. Begitulah aktiviti pagi ahad..

Air kopi o (RM1.20) dan Lemon panas (RM2.50)..

Mee Kicap (RM9X2) Istimewa hari Sabtu, Ahad dan Isnin sahaja - Sedap dan rasa dia serta kualiti dia sama ja.. Tak berubah dari dulu.. Sup dia pun sedap.. Cili kicap tu pun padu..

Wantan goreng (RM8) - Baru pertama kali cuba.. Menarik dan sedap..

Tuesday, November 26, 2024

Cendol Atok, Sg. Besar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas ke Lumut, kami gerak ke Sungai Besar cari Cendol.. Pergh!! Memang berbaloilah singgah sini makan cendol.. Sha suka sebab cendol ini dia meriah dengan bahan.. Oleh kerana kami tak adalah lapar sangat jadinya beli satu cendol dan satu kudapan.. Owh ya, selain cendol ada je makanan berat.. 

Cendol Kacang Shantong - RM6
Boleh tengok meriah kan kacang shantong yang dia bubuh.. Rasa lemak santan tu ngam-ngam dan tak manis.. Memang sedaplah..

Soto @ Pecal Jawa - RM10
Meriah dengan bahan.. Ada ayam juga ye.. Berbaloi sangat dengan harga cumanya Sha tak makan banyak sebab agak pedas..

Cendol Atok
Lot 9495, batu 8 1/2, Jalan Besar, Sg limau, 45300 Sungai Besar, Selangor.

Antara pilihan cendol yang ditawarkan..

Antara pilihan cendol yang ditawarkan.

Monday, November 25, 2024

989 Kopi di Pekan Lumut, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu (23.11.2024) Sha keluar berdua dengan encik suami.. Kami ke Lumut menikmati kopi, kek dan lasagna di Kedai 989 Kopi.. Kedai yang comel dengan aneka pilihan kopi serta pastry.. Syok lepak sini sebab tepi laut.. Memang tenang dan relaks betul.. Cumanya sekarang musim hujan kan sempatlah merasa dibasahi hujan.. kikiki.. Puas hatilah Sha dengan tempat ini.. Santai betul..

Hazelnut Coffee - RM11
Butter Avacado Milkshake - RM14
Air avacado tu pergh!! Power.. Kopi tu memang balancelah bila gabungkan dengan kek..

Nutella Burnt Cheese - RM15
Sedap betul kek dia.. Memang sedang eloklah saiz dia tu untuk Sha makan..

Beef Lasagna - RM13
Pasta Bolognese - RM13
Makanan dia okaylah.. Sha suka lasagna dia.. Memang sedap.. Bolognese tu banyak daging cuma masam sikit..

989 Kopi
Bangunan Taman Bandaran, Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut, Perak

Antara pastry yang ada masa Sha datang..

Ada scone juga tapi Sha tak beli walaupun minat scone sebab ada cranberry.. Sha lebih suka plain scone..

Ini menu air dan makanan yang ada..

Tuesday, September 10, 2024

Kopi Cerok @ Taman Wangsa Behrang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah perasan kedai ini lama dah.. Awalnya nampak iklan dekat Facebook tapi tak pasti dekat mana kedainya.. Minggu lepas baru perasan dekat laluan harian Sha hantar dan ambil anak.. Petang ahad tu baru termelencong untuk singgah.. Awalnya nak beli pastry tapi dah habis.. Jadinya kita cuballah Spanish Latte dia.. Alhamdulillah, sedap.. Kena dengan tekak Sha.. Harga pun berbaloi..

Sha cuba Spanish Latte (ice) - RM7

Kopi Cerok @ Taman Wangsa Behrang, Behrang, Perak (https://maps.app.goo.gl/xwcpWY2AaMUjsnmK9?g_st=iw)

Menu air yang ada disini..

Sunday, June 9, 2024

Calf Kopi, Kuala Kangsar, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha singgah sini minum kopi saja.. Memang kalau jalan-jalan naik motor atau kereta, mesti nak cari kedai kopi.. Bila jumpa Calf Kopi ini, Sha beli Signature Calf Kopi.. Kita cuba kopi dia lah kan.. Memang berblaoi dan sedaplah.. Puas hati rasanya dapat minum kopi.. Padu gila kopi dia.. Calf Kopi ini comel je, ruang terbuka.. Lepak minum kopi dan makan kek, memang berbaloi.. Santai je.. Cuma bising sikitlah sebab tepi jalan besar..

Calf Kopi, Kuala Kangsar, Perak

Ruang lepak dan santai

Signature Calf Kopi (Upsize) - RM13

Tuesday, May 14, 2024

Pio'kopi Lenggong, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini kedai kopi yang sangat cantik.. Tepi jalan.. Kalau laju memang tak perasan.. Tempat ini ohsem sangat.. Suka Sha tengok suasana dia.. Kalau bertemu janji dengan encik suami pun ngam ini.. Vibe dia tu tenang sangat.. Singgah sini sekadar untuk alas perut, jadinya tak adalah beli banyak.. 2 air, 1 kek dan 1 brownies.. Harga okaylah..

Chocolate (RM10) - Air ini memang bestlah.. Rasa coklat dia mewah dan padu.. Pergh!! Puas hati..
Caramel Latte (RM10) - Rasa kopi yang ringan dan tak manis.. Latte kan.. Boleh layanlah..

Pio'kopi, A6, 33420 Lenggong, Perak

Tempat duduk kayu.. Klasik okay..

Bahagian dalam.. Belakang tu ada tapak khemah tau..

Menu yang Sha beli
Caramel Latte, Chocolate, Brownies dan Butter Cake - RM31
Kek butter dia lembut dan light.. Brownies dia sedap..

Harga untuk air..

Monday, April 29, 2024

Big Bear Burgers & Tacos, Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali makan tacos ini di Bidor.. Sedap rupanya.. Tu yang encik suami cari kedai yang jual Taco.. Jumpa di area Selangor.. Lepas makan kenduri, kami ke sini.. Encik suami cerita, pemilik kedai ini bermula dengan kedai kecil sebelum pindah ke kedai besar ini.. Memang speciality dia makanan Mexican.. Berbaloilah kalau datang sini untuk makan Tacos atau Quesadillas dia.. Memang best..

Big Bear Burgers & Tacos
No 22-G, Jalan Aman Tiara 8 Triana, Bandar Tropicana Aman, 42500, Selangor.

Minuman kami ambil 4 sahaja iaitu
Teh O Ais (RM3), Lemonade (RM5), Rootbear Float (RM7), Soda Herbs (RM8.50)..

Quasadillas (Large) RM20 - Pergh!! Memang mantaplah yang ini.. Puas hati sangat.. Terasa rempah pada daging dia tu..
The Bigbear (Combo) RM30 - Angah Sha makan yang ini.. Memang puas hatilah tengok daging dia tu.. Besar, juicy dan buatan sendiri.. Kentang goreng pun banyak..

Chicken Chop (RM17) - Amani makan yang ini.. Bolehlah.. Amani tak berapa minat salutan tepung dia.. Keras katanya.. Salad dia pun tak berapa best.. Sos black paper dia terlalu banyak lada hitam..

2pc Chicken Tacos (combo) RM19 - Ini pun best.. Mengancam.. Ketulan ayam dia banyak, rasa rempah dia.. Memang padu..

Saturday, March 9, 2024

Jom Dim Sum x 21Grilled, Tanjong Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjaya juga beli kopi disini petang semalam.. Sha cuba Mocha Frappe sebab beli pun dah petangkan.. Tapi tetaplah minta rasa kopi yang keras.. Memang mantaplah air dia.. Dulu Sha pernah je pergi Jom Dim Sum ini tapi masa tu tak ada kopi.. Okaylah.. Cuma kali ini bila ada kopi, terasa lebih meriah pula dan memang boleh jadi tempat untuk lepak santai.. kikiki.. Cumanya Sha taklah makan di situ.. Sha beli dan bungkus.. Singgah pun dah petang.. 

Mocha Freppe - RM8.00
Rasa kopi dia padu dengan sentuhan coklat yang sipi-sipi.. Gitu.. kikiki.. Harga pun berbaloilah pada Sha dengan rasa dia..

Hot Prawn Dumpling - RM7.90
Memang terasa ketulan udang dia tu.. Ada sedikit rasa pedas tapi hujung-hujung je..
Mushroom Gyoza - RM7.90
Pergh!! Walaupun cedawan, tapi sedap.. Memang bestlah untuk tekak Sha..

Beancurd Skin Chicken - RM7.90
Unik betul rasa dia.. Memang lain dari biasa.. Pada Sha kulit tu berikan rasa yang unik pada inti dia dan sedap..

Tuesday, January 2, 2024

MYE Warung (Celup Tepung), Jeram Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah kali ini singgah, warungnya buka.. Encik suami memang dah lama nak bawa kami ke sini sebab kawan dia cakap harganya berbaloi dan makanannya sedap.. Memang berbaloi sangat pada Sha.. Makanan laut dia pun sedap.. Padanlah dengan tepung goreng tu.. Kami makan berempat kat sini termasuk air dan aiskrim baru RM49..

MYE Warung (Celup Tepung), Jeram, Selangor

Set Jimat Celup Tepung - RM35
Tiga ekor ikan, sotong, udang dalam 5 ke 6 ekor dan dua ekor ketam..

Udang Celup Tepung (6 ekor kalau tak silap) - RM5

Kopi.Peng Jeram x Nomad.kopi, Jeram Selangor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami yang carikan kedai ini.. Tersembunyi namun keadaan dan suasana kedai tu ohsem sangat pada Sha.. Kopi dia biasa-biasa sahaja.. Tapi air coklat dia memang padu.. Berbaloilah beli.. Suasana pula memang A lah.. Cantik sangat kalau nak bergambar dan simpan sebagai kenangan..

Signage tepi kedai..

Stall dia depan rumah je..

Ada tempat lepak dan minum..

Ini pandangan dari depan..

Waktu operasi..

Menu yang ditawarkan..

Air yang kami beli:-
Oh My Chocolate (RM7)
Kopi Peng Signature Iced Shaken (RM5)

Friday, December 1, 2023

Makanan Eksotik Sungkai, Sungkai Perak.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa kedai ini masa lunch date dengan encik suami.. Kedai makan yang selau kami pergi tutup, jadinya merayaula cari kedai lain.. Kedai ini tak ada dalam Google Maps.. Kalau nak ke sini landmark yang paling dekat ialah Petronas Sungkai, Jalan lama.. 

Perkataan eksotik pada papan tanda kedai menarik perhatian kami.. Sha bayangkan daging arnab atau landak tapi yang ada ialah daging rusa dan daging burung unta.. Oleh kerana tak cukup adventure, jadinya Sha cuba daging rusa dulu.. Encik suami pula ambil tomyam makanan laut.. 

Sha bayar RM31 untuk makanan dan minuman yang kami pesan..Kalau ada rezeki, Sha nak singgah untuk rasa daging burung unta pula..

Daging Rusa Masak Pedas + Nasi putih separuh
Masakan dia memang sedap.. Sha suka betul masak pedas dia ini sebab tak terlau pedas untuk Sha.. kikiki.. Ngam-ngam je dan cukup rasa..

Tomyam Seafood + Nasi putih
Tomyam seafood dia pun sedap.. Cukup rasa dan meriah dengan sotong dan udang.. Memang berbaloilah.. Selak-selak jumpa udang dan sotong.. Gitu.. kikiki..

Teh o ais dan limau ais..

Papan tanda kedai..

Senarai menu dan harga.. Ada daging burung unta juga tau..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com