Showing posts with label Beli Online. Show all posts
Showing posts with label Beli Online. Show all posts

Friday, January 31, 2025

[Kopi Patah Hati] ZUS SPECIALTY LATTE

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nampak je ada kedai jual kopi Zus dalam botol ini tapi harga sebotol mahal sangat sampai RM5 lebih.. Masa cari barang dekat Shopee ternampak iklan Zus.. Sekotak ini ada 6 botol dia jual RM15 lebih ja.. Satu jatuh RM2.50.. Rugilah kan kalau tak beli.. Tak payah bayar pos lagi.. Makanya Sha pun terpengaruhlah.. Belilah sekotak dengan harapan kopinya sedap.. kikiki.. 

Kemain ayat kat kotak dia 'Kecemasan Untuk Patah Hati'.. Tak patah hati pun boleh ja minum.. Ye tak..

[Kopi Patah Hati] ZUS SPECIALTY LATTE - Buttercreme Latte/Kopitiam Latte (250ml x 6) bottles - RM15.53

Zus Buttercreme Latte (250ml x 3)
'Butter Late Than Never'

Zus Kopitiam Latte (250ml x 3)
'Manis Macam Janji Ex You'

Tuesday, July 16, 2024

CAPTAIN GRANOLA - GIFT BOX

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dengan tawaran harga yang murah.. Sekotak ini RM10 sahaja sia diskaun penghantaran.. Sha belikan untuk anak-anak dan juga Sha..

CAPTAIN GRANOLA - GIFT BOX (FOC CANVAS BAG) EXP NOV 2024 - RM10

4 pek granola pelbagai rasa dan 1 beg kanvas..

Cantik kan design dia..

Monday, July 1, 2024

Penebusan Voucher Buku Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu kan ada pengumuman voucher buku untuk budak sekolah.. Masa awal-awal pengumuman tu memang tak payah beranganlah nak akses.. Loading je website nya.. Jenuhlah nak masukpun.. Sudahnya kami anak-beranak putus asa.. Sampailah minggu lepas, saja cuba.. Eh!! Boleh masuk.. Teruslah kami anak-beranak pilih buku yang sesuai.. Imani punya je yang dah sampai.. Amani masih belum di proses lagi.. Nanti Sha kongsikan buku yang Amani beli pula..

Sekolah rendah pun dapat tapi yang tahap 2 sahaja dan dia bagi RM50.. Sha tambah sikit termasuk kos penghantaran RM6, menggunakan DHL.. Tak kisah berapa buah buku pun tapi kalau kedai berlainan kena bayar kos penghantaran tu ikut berapa kedai.. Kalau dua, RM6 tu kalilah dua kedai.. Camtu.. Sha carikan dia buku di satu kedai sahaja, mudah.. Sha belikan dia buku dari kedai Buku Hasani, cepat dan semua buku yang dia nak ada disitu..

Tempahan dibuat pada 23.06.2024 dan pada 26.06.2024 dah terima buku..

5 buah buku termasuk sebuah untuk Sha..
Perempuan Busana Merah by Ramlee Awang Murshid (RM25)

Komik Sains Informatif: Kembara ke Dunia Hidupan Laut (RM20) & Komik Sains Informatif: Kembara ke Dunia Serangga (RM20)

Adik-beradik Gaza: Resipi Istimewa Ramallah Dicuri! (RM12) & Kadokawa Siri Candy G26 Sahabat Prihatin (RM12)

Jomlah membalut.. Pembalut tu dah nak habis, nak kena beli lagilah nampaknya..

Friday, June 7, 2024

Ubi Keledek Ungu Japan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bukan tak ada jual dekat pasaraya tapi ubinya tak berapa cantik.. Jadinya Sha beli atas talian dengan harapan ubinya sampai elok-eloklah.. Beli 2kg terus, barulah berbaloi.. Alhamdulillah bila sampai memang berbaloi sangat.. Ubinya cantik dan manis.. Sukalah Sha dengan Imani.. Kami dua je peminat ubi ini.. kikiki.. Rebus atau kukus, dua-dua sedap..

Ubi Keledek Ungu Japan (2kg) - RM23.74

Cantik-cantik ubinya.. Saiz pun tak adalah besar sangat.. Selalu Sha rebus je, bubuh sikit garam..

Friday, March 8, 2024

Shopee | Enaq Sambal Kicap & Hansung Honey Tea: Citron

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak beli Enaq Sambal Kicap untuk Amani sebenarnya tapi bila nampak kedai tu ada jual Hansung Honey Tea, kita belilah sekali.. Baru berbaloi bayar.. Tambahan pula dapat pos percuma dan diskaun kedai.. Lagilah rasa berbaloi-baloi.. Cuma tu lah.. Pilihan Hansung Honey Tea tu tak banyak.. Ada Lemon, Ginger, Jujube dan Citron saja.. Ginger dengan Jujube tu macam tak berapa yakin nak cuba, jadinya kita ambilah citron.. 

Enaq Sambal Kicap (250ml x 2)
Selalu tu, ada je jual dekat TF Valuemart tapi sekarang dah tak ada.. Jadinya.. Kenalah beli atas talian..

Hansung Honey Tea: Citron (1.15kg) 
Okaylah rasa dia.. Sedap..

Thursday, March 7, 2024

Persiapan Ramadan 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun ini awal sikit Sha beli kurma.. Tapi tetaplah tak berjaya beli kurma yang Sha selalu beli..Jadinya kita cubalah kurma yang lain.. Selalu Sha beli Safawi tapi tahun ini habis pula.. Makanya kita cubalah kurma yang lain.. Beli sikit-sikit.. Bila beli atas talian ini, harga lebih murah.. Tapi tak adalah murah melampau.. Bolehlah, yang ianya Sha malas nak cari dekat pasaraya.. Kadang tu tak kena dengan kehendak Sha.. Kedai atas talian ini memang jadi pilihan Sha untuk beli kurma sebab kurma dia kena dengan Sha.. Biasanya tak terlalu kering dan keras.. Sambil tu Sha beli juga buah Aprikot yang menjadi kesukaan Sha, badam dan chickpeas.. Badam tu, anak-anak Sha pun suka makan..

Mariami (500g), Medjool Jumbo (250g), Mabroom VIP (260g) dan Ajwa AA (250g).. 

Perbezaan saiz, warna setiap kurma.. Dari kiri Mariami, Medjool Jumbo, Mabroom VIP dan Ajwa AA..

Apricot (500g)

Badam (1kg) & Chickpeas (500g)
Walaupun dia tulis salty tapi badam tu tak adalah masin.. Adalah rasa garam tapi hujung-hujung je.. Paling penting rangup dan tak lemau.. Chickpeas tu pun rangup dan sedap dikunyah.. Pertama kali sebenarnya Sha beli.. Tak sangka sedap dan mengenyangkan.. Memang ohsemlah..

Tuesday, February 27, 2024

Shopee | Buku Rujukan Matematik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memenuhi permintaan Amani.. Katanya ada subjek dia masih lemah jadi nak buku ini untuk buat latihan.. Amani minta belikan satu sahaja yang Vol 1 tapi bila Sha tengok semua tajuk dalam set tu bagus dan boleh digunalan sampai tingkatan 5, teruslah Sha belikan 1 set.. Tambah best bila beli dekat Shopee dapat diskaun RM35, memang bayar teruslah.. Pembungkusan cantik dan penghantaran pun cepat.. Sha bayar pada 23/02 dan terima buku pada 25/02.. Memang lajulah..

Master Your Algebra 2023 Buku Latihan Matematik Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5

Saturday, February 10, 2024

Infinix Hot 30

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli jugalah teefom bimbit baru selepas telefon Redmi Note 5 ini tak boleh kesan kad sim.. Sha guna telefon ini dah lama dari Feb 2019.. Memang tahanlah.. Guna untuk hotspot dekat rumah je.. Bila rosak ini memang stresslah tambah dah mula cuti sekolah.. Anak-anak duduk rumah kan.. Nak berhubung tu payah.. Tu yang beli juga telefon bimbit baru.. Bila dah sampai, dia tak kesan kad sim juga.. Ah!! Sudah.. Tak kan kad sim rosak kot.. Bila jadi macam ini, baru terfikir nak cuba dekat telefon lain.. Sah.. Kad sim tu pula yang rosak.. Halah.. Halah.. Geram je rasa.. Mujurlah Sha memang ada kad sim extra untuk internet.. Ish.. Ish.. Lepas telefon, kad sim pula buat perangai.. Februari ini betul-betul menguji.. huhuhu..

Sha beli dekat Shopee je.. Cepat juga penghantaran dia.. Encik suami buat pembelian pada jam 1.16 pagi (09.02.2024) dan jam 4.33 petang (09.02.2024) seller pos barang.. Hari ini jam 1.56 tengahari (10.02.2024) Sha terima telefonnya.. Pantaskan..

Infinix Hot 30 (8+8GB Extended RAM l 256GB ROM)
Harga Asal RM499 + RM4.90(postage) = RM503.90 tapi Sha bayar RM423.90 sahaja selepas diskaun RM80 =  RM50(kedai) + RM30(shopee)

Wednesday, September 20, 2023

Zus Coffee Signature Mixes

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ada kongsikan Sha beli kopi Zus di entry Zus Instant Coffee: Buy 1 Free 1 sebelum ini kan.. Hari ini kopi da sampai.. Cepat juga penghantarannya.. Sha beli hari Sabtu dan hari ini Rabu, Sha dah terima kopinya.. Kopi ini Sha tak minumlah lagi sebab sampai petang kan.. Nantilah Shaminum dan review ye..

Sampai sudah bungkusan yang ditunggu.. 

Yeah!! Memang dapat 2 kotak.. Nanti Sha review tau..
Salted Caramel Latte & Caffe Latte

Saturday, September 16, 2023

Zus Instant Coffee: Buy 1 Free 1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Padah bila iklan ini keluar dekat timeline FB Sha.. Buat pengetahuan semua, Sha tak pernah sekali pun beli atau minum kopi dari Zus ini.. Tapi bila dia keluar dalam bentuk sachet macam ini dengan promosi beli satu percuma satu, haruslah Sha cuba.. kikiki.. Bahaya betul iklan-iklan pasal kopi ini.. Kita tunggu ketibaan dia ye.. Nanti Sha update sini..

Ini iklan dia guys.. Terus Sha tekan link dia.. Kalau dia acah, kita pangkah je balik.. Bukan susah pun.. Ye tak..

Eh!!! Betullah guys.. Memang bayar untuk satu je.. Satu lagi tu dia bagi percuma.. Tapi kena bayar untuk postage RM6.. Jadi semuanya RM20.50.. Satu sachet tu RM2.05.. 

Sunday, June 11, 2023

Shopee | Pokok Durian Tekka Hybrid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami beli anak pokok durian melalui shopee.. Terbaiklah penjual ini punya pembungkusan.. Penghantaran pun cepat.. Saja je encik suami cuba beli melalui shopee.. Beliau nak cuba tanam di rumah lama arwah ayah.. Tapi nak kena buat kandang betul-betul supaya tak dicerobohi kambing.. kikiki.. 

Pembalutan yang kemas menggunakan kotak, kemudian di wrapping dengan baik..

Pokok dibungkus  menggunakan wire mesh untuk mengelakkan kerosakan.. Pada bahagian tanah tu dia balut dengan extra plastik supaya tanah tak berterabur.. Memang bestlah tengok..

Anak pokok durian tekka hybrid - RM16.50 (penghantaran percuma)

Pokok kaedah kahwin cepat berbuah katanya.. Kita cuba tanam tengok hasilnya.. Nanti Sha kongsikan kalau dah tanam di tanah ye..

Friday, June 9, 2023

Shopee | Stainless Steel Vacuum Flask

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asalnya Sha belikan untuk Imani sebab dia nak bawa air sejuk.. Sebelum tu Imani pakai botol air Sha yang Tyeso Thermos Cup ini.. Macam payah pula dia nak bawa sebab besar sangat.. Jadinya Sha belikan dia Thermos ini warna merah.. Eh!! Cantiklah pula dan mudah nak bawa travel.. Teruslah Sha beli untuk Amani dan Sha juga.. kikiki.. Alasan kan.. Tapi tu lah.. Kali kedua beli tak dapat warna yang diingini.. huhuhu.. Tapi okay je.. Sha suka beli di Shopee sebab harganya jauh beza dari di kedai.. Thermos ini harganya RM17.45 (800ml) dan RM18.42 (1000ml).. Sha dapat postage percuma dan diskaun tambahan RM1 dari kedai.. Memang berbaloi sangat-sangat pada Sha..

Sha test letak ais batu jam 6 pagi dan jam 6 pagi esoknya ais tu masih ada tapi da tinggal suku.. Kira lama jugalah ais tu bertahan dalam plus tu..

Imani punya (800ml)

Amani punya (800ml - patutnya warna biru) dan Sha punya (1000ml) memang warna coklat..

Saturday, May 6, 2023

Shopee | HL Bamboo Shoe Cabinet

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah teringin nak beli rak kasut besar dan bertutup.. Bila cari dekat sekitar kawasan tempat tinggal Sha ini, harganya mahal dan saiz kecil je.. Boleh muat dalam 10 pasang kasut.. Memang tak berbaloi sangat.. Sudahnya Sha cari dekat shopee, itu pun jenuh juga nak pilih dan beli sebab kos penghantaran yang terlalu mahal dan tak berbaloi.. Akhirnya jumpa rak kasut buluh ini.. Ringan dan berpintu.. Kemas sikit bila letak di tepi pintu.. Nak pasang pun mudah, dia bagi tatacara di kertas dan juga qr code untuk kita scan dan tonton video..

Rak lama dah melendut dan kembang papannya.. Tak bertutup, bila tetamu masuk nampak rak kasut ini dulu..

HL Bamboo Shoe Cabinet (3D-7layer*88*33*115) - RM188.50 (Postage RM12)

Kemas sikit semua kasut dalam rak.. Ada 6 layer..

Thursday, April 20, 2023

NESCAFE Classic Kopi Kedah Edisi 2022-2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi Kedah muncul lagi dengan design terbaru.. Ini design ketiga Kopi Kedah keluaran Nescafe.. Cantik sangat kali ini punya corak.. Rasa kopi dia sama je macam sebelum ini.. Sha beli sebab tertarik dengan corak dia.. kikiki.. Simpan sini untuk kenangan.. 

Edisi mula-mula tengok SINI.. Edisi 2021 tengok SINI..

NESCAFE Classic Kopi Kedah (170g)
RM25.29

Pek plastik dia pun corak yang sama.. Buat hadiah pun ohsem juga ini..

Friday, April 14, 2023

Shopee | Barley Peanut Candy: Kopi & Bijan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana pembelian Sha sebelum ini Sha tak berja beli perisa kopi dan bijan, encik suami belanja bila dia beli kurma di kedai lain.. Bila Sha usha kedai tu, eh ada jual perisa kelapa juga.. Tak apa, nanti nak beli kurma lagi kita beli sekali kacang perisa kelapa pula.. hehehe.. 

Putih tu kacang bijan dan yang coklat tu kacang kopi..
Kedua-duanya sedap sebab kacang kan.. hehehe.. Memang layanlah.. 

Barley Peanut Candy Kacang Kopi (500g) - RM12.90

Barley Peanut Candy Kacang Bijan (500g) - RM12.90


Thursday, April 13, 2023

Shopee | Sambal Belacan Goreng Merecik Dapoq Surihati

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sambal ni buat tambahkan selera makan masa bersahur sebab anak-anak tak makan pedas.. Jadi menu sahur selalunya lauk tak pedaslah.. hehehe.. Sha pun bukan makan pedas sangat.. Buat rasa rasa je.. Okaylah sambal dia.. Dah siap goreng, tinggal makan je.. Sha simpan dalam peti ais tapi sambalnya tak beku.. Elok je macam sos.. 

Sambal Belacan Goreng Merecik Dapoq Surihati
RM15 (250g)

Inilah rupa sambalnya.. Cicah dengan bendi rebus, sedap..

Wednesday, April 12, 2023

Shopee | COMBO Sambal Belacan Goreng Merecik Dapoq Surihati

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli kombo.. Ada sambal belacan tumis, sambal tumis dan juga rendang kerang.. Sekali yang sampai sambal belacan tumis je.. Pergh!! Terus rasa macam kena scam.. Sha pun mesejlah kedai tu.. Alhamdulillah, respon tuan kedai baik, terus sejuk hati.. Selepas berbalas mesej, akhirnya 10.11.2023, baki sambal dan rendang selamat Sha terima.. Lega rasanya..

Terkejut tau masa mula-mula tengok bungkusan ini.. Tak kanlah sambal tu kecik je sampai bungkus macam ini..

Tambah terkejut bila tengok isi dalam dia.. Tak kan lah hanya sebotol sambal.. Pergh!! Terus hangin satu badan.. RM52 untuk sebotol sambal ini.. Tak logik okay..

Sambal Belacan Goreng Merecik Dapoq Surihati - Dah selamat dah dimakan..

Pes Sambal Tumis Embah Amy
Rendang Kerang Nismilan
Inilah sambal yang sepatutnya Sha terima sekai dengan sambal belacan tu.. Pes sambal tumis dan rendang kerang.. hehehe..

Wednesday, April 5, 2023

Shopee | Kurma Medjoul

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu sebelum puasa, MIL Sha ada beli pelbagai jenis kurma termasuklah kurma Medjoul ini.. MIL bagi Sha rasa, pergh!! Lembut dan puas makan walau sebiji.. Terus rasa teringin nak beli.. kikiki.. Tu yang Sha beli juga.. Memang berbaloilah dengan harga dia.. 1/2kg RM43.. Makan sebiji pun dah cukup.. Saiz dia besar dan yang paling penting kurmanya lembut tak keras.. Sambil-sambil tu Sha beli juga Peanut Candy.. Sepatutnya Mix candy tapi yang sampai Peanut Candy je.. Kalau mix dia ada peanut coffee dan peanut sesame juga.. Sedih.. 

Peanut Candy (1kg - 87pcs)
Kurma Medjoul Palestine (Super Jambo 500g)

1/2kg dapatlah 17 biji

Beza antara 3 kurma..
Kurma Medjoul, Safawi dan yang kecik tu Ajwa..

Friday, March 17, 2023

Shopee | Ikan Bilis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah tak tambah stok ikan bilis kat rumah ini.. Bila nak puasa ini, kenalah ada.. Kalau tak lalu nak makan, goreng ikan bilis dengan bawang dan cili.. Memang syoklah sahur.. Sha beli melalui Shopee je mudah.. Pilih, bayar dan tunggu ikan bilis sampai.. hehehe.. Sha beli ikan bilis siap kopek.. Mudah kerja.. hehehe..

Ikan Bilis Mata Biru Kopek (500G)

Kita tambah sambal garing ini.. Buat kunyah dengan bubur atau nasi goreng.. Layan..

Serbuk Perasa Makanan Bayi (Ikan Bilis) - Ini sample percuma.. Masuk dalam bubur nasi sedap ini.. 

Shopee | Inner & Keronsang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua ini selalulah hilang atau tak cukup.. Bila nak buka sekolah je, mesti kena beli dan tambah.. Anak Sha tak suka pakai jenis serkup, tu yang Sha beli inner macam ini.. Sebelum ini dah beli dah, bila nak mula sekolah je tak tahu ke mana perginya.. Belilah lagi melalui shopee.. Kita tengoklah berapa lama bertahan.. hehehe..

5 anak tudung untuk Imani..

Beli 20 biji.. Harapnya lamalah tahan..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com