Showing posts with label pelaburan. Show all posts
Showing posts with label pelaburan. Show all posts
AbgZan
Ok berbalik kpd cerita lepas. Adakah skrg waktu terbaik utk beli emas?

Skrg ni, harga emas is moving in the range of USD1525 to 1800 per ounce. From the short term trend, it looks like it is moving downward.. kalau long term, masih menaik... tapi utk sambung naik price kena break USD2000 price barrier dulu, baru dia boleh pergi ke paras USD3000 per ounce.. tapi not in the near term i supposed...

Utk medium term, sy rasa there is more downside to go...skrg ni harga abour USD1650 per ounce... sy rasa dlm 2 minggu ni dia akan retest USD1525 barrier... dan sy yakin support tersebut akan broken, dan menuju ke paras USD1300 - 1400.. siapa berani, itu harga terbaik utk nak accumulate more golds. Siapa tak berani tunggu ia turun lagi ke paras USD1200, baru beli...

Kalau saya, memandangkan tiada siapa dapat guess dgn tepat, dan tiada siapa tahu what is going to happpen in the future, better beli sikit2.. dgn kaedah DCA (dollar cost averaging).. Antara kaedah boleh buat adalah, spend 1/3 dpt money allocation utk beli pada harga USD1530... kalau dia turun lagi ke paras USD 1300 -1400, spend lagi 1/3... dia turun lagi USD1200, beli lagi another 1/3... average jadi le about USD1350...kira okler tu... tapi persoalannya kenapa nak kena beli sikit2...napa tak tunggu aja dia turun ke paras USD1200?

Jawapannya mudah jer, sbb nobody knows where is bottom... buatnya kita dok tunggu, last2 dia tunggu ke paras USD1201 dan tak cecah USD1200 pon... dan kita dah ready dgn wang yg banyak ni... last2, price tak cecah 1200 dan terus naik mendadak ke 1900-2000...tak ke berguling ketensenan nanti, hehe...

Tapi apa pon... selain daripada emas, sy lebih berminat dgn silver... nanti ada masa sy smbg citer yer :)
AbgZan
For the past 6 months, kita tgk harga emas bergerak dlm range USD 1525 - 1800 per ounce...

Drpd Nov 2008, harga time tu merudum ke paras USD680 per ounce... siapa yg beli time tu memang tersenyum :) hehehe.... kalau dlm RM, harga time tu about RM78 per gram (emas 999, atau emas 10 org panggil)....

By the way, all the price yg i mentioned here, i am not referring to the price of Poh Kong / Tomei / Habib Jewels punya price emas 916 yer... so harap u all tak keliru... sbb harga 916 memang different dgn harga emas sepuluh atau emas jongkong yang bank jual, atau certain2 kedai jual.. harga emas 916, kedai susah nak turunkan harga walaupon harga emas semasa dah merudum... tapi kalau harga emas semasa naik, laju aja kedai2 tersebut naikkan harga... hanya kedai2 tertentu saja kadang2 yang berani turunkan harga banyak.... yg itu nanti ler sy citer, kedai mana yg bes kalau nak beli emas...

Ok, sambung balik...selepas harga bottom pada Nov 2008 aritu, time tu sy duduk call Maybank semua cawangan di Lembah Klang utk beli emas kijang, tapi semua claim stok takde...tak tau betul ke tak, hampeh betul, hehe.. kadang2 nak deal dgn bank ni payah jugak...better deal dgn kedai atau distributor lain... Selepas harga bottom pada USD680.... harga mula naik pada paras USD1100 - 1200..lepas tu, tak lama lepas tu, ada berita kata negara China nak kumpul emas.. time tu sy ada ler citer kat kwn2 dan family, utk beli lg emas kalau nak, sbb ia mgkin akan naik lagi ke paras USD1400..tapi tak ramai yg berani..tak lama pastu emas mula naik sampai ke paras almost USD2000 per ounce... dan time tu, adalah waktu terbaik utk jual... sbb memang itu la paras peak...

dan skrg range nya adalah spt disebbutkan tadi, USD 1525 - 1800 per ounce... kalau dlm RM per gram, abour RM160 - 185 per gram...

So adakah sekarang waktu terbaik utk beli?

Nanti i sambung yer, penat pulak menaip... nantikan episode seterunsya...
AbgZan
Happy holiday semua,
Harap kepada semua yg bercuti dapat memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada. Kepada yang tak bercuti, selamat bekerja... Sy tahu mesti ada yg terpaksa bekerja walaupon public holiday, samada bos tak kasi cuti, atau office anda tak beri cuti, atau pon anda sendiri yang apply utk kerja masa public holiday sbb dpt triple payment, hehe...

Anyway, saya nak kongsi sikit ttg limit ASB. Berapa agaknya limit saving? Kebanyakannya yang diketahui ramai, limit adalah RM200k. Ada pulak teori yang kata, limit boleh dinaikkan kepada paras RM400k, atas permohonan daripada PNB. Tapi teori ni saya rasa tidak betul sbb saya ada tanya sendiri dgn PNB, PNB kata bukan begitu.

Limit yang betul adalah RM200k seorang. Akan tetapi limit tu akan naik setiap tahun, setiap kali bertambahnya dividen. Bermula daripada tahun pertama kita bukak akaun ASB. Contoh, katakanlah anda ada saving RM2k saja pun...

Tahun pertama: RM200k
Tahun kedua dpt dividen RM150 (2k x 7.5%=RM150) --> limit baru = 200,000+150 = RM200,150
Tahun ketiga saving anda ada lebih sikit, RM10k misalnya (dpt 7.5%, dpt ler RM750)---> limit baru RM200,150 + RM750 = RM200,900
Tahun keempat anda dpt bonus dr syarikat, so saving dah jadi RM100,000 (dividen RM7,500) --> limit baru akan jadi RM208,400 ...

Dan begitulah seterusnya, limit anda akan bertambah2, the same amount dividen anda dpt... Walaupun saving anda tak cecah RM200k lagi pon.... So, kalau anda duit nak masuk ASB atau nak buat ASB loan ke, anda nak fullkan akaun ASB anda, perlu diingatkan limit anda BUKAN LAGI RM200k, tetapi telah exceed that amount...

Anda bole kira sendiri berapa limit baru anda = RM200k + (dividen anda dpt setiap tahun) ... ataupon nak senang lagi, pergi PNB diorg leh cekkan :)

Hope this helps :)
AbgZan
Alhamdulillah,
ASB baru aja announced smlm, dengan dividen 7.75%. Bonus pula sebanyak 1.5%. Secara jujur, saya tak galakkan untuk kita campurkan terus 7.75 + 1.5 = 9.25%. Sebab, 1.5% bonus tu dikira untuk 10 tahun baki dalam simpanan. Kalau average 10 tahun kita lebih daripada saving sekarang, mungkin in favor utk kita... tapi kalau average jauh lebih rendah, 1.5% tu kira macam nothing...

Contohnya, kalau 10 thn lepas kita ada RM0, 9 thn lepas kita ada RM0, 8 thn lepas ada RM100, 7 thn lepas RM500, bla bla bla....thn lepas ada RM100k, dan tahun ni ada RM120k... cuba kira berapa average saving kita utk 10 thn...? darab dgn 1.5%... kira punya kira hanya about 0.1% aja kot, hehe...

Tapi sebaliknya kalau mereka yg dulu ada RM100k, pastu skrg dah tingal RM0, mgkin dah dikeluarkan utk buat bisnes atau education anak dan sebagainya. BONUS tu positive utk mereka....walaupon skrg saving zero pon...

Apa pon, dividen agak banyak...alhamdulillah...

----------------------

ASB: Tertinggi dalam 5 tahun (sumber: utusan)

 KUALA LUMPUR 21 Dis. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Agihan pendapatan itu meningkat 0.10 sen seunit berbanding 7.65 sen seunit yang dibayar tahun lalu.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun iaitu sejak 2008 dan bakal memberi manfaat kepada 7.82 juta pelabur yang melanggan 110.2 bilion unit ASB.

Katanya, pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion yang dibayar pada 2011.
AbgZan
Saya nak kongsi kisah yang saya baca di Metro dan Kosmo... saya tak pernah dengar daripada RM50 boleh membiak sampai RM17 juta... kalau dikira, wang tersebut membiak sebanyak 340,000X ganda... wow.... memang perkara sebegini AMAT jarang berlaku...lebih2 lagi apabila ia melibatkan nasib dan judi...

Nak dijadikan citer, seorang mamat ni main judi, masuk RM50 jer, tapi daripada RM50 dia dpt biakkan kepada RM1,400 dan seterusnya RM140,000. Lepas tu, tamak punya pasal, dia main lagi, dapat RM17 juta...wow...

Memang jarang berlaku perkara camni, lebih2 lagi bermain judi... sebab selalunya pusat-pusat judi ni, diorang dah ada sistem diorang yang merugikan pelanggan... tetapi macamana pemain judi ni boleh menang sampai RM17 juta...

Apa pun, apa yang nak dikongsi di sini, bukan nak galakkan kita bermain judi, tetapi nak bagi tahu main judi tu haram... kalau menang pon, duit haram... dan dalam kes mamat yang menang RM17 juta tu, walaupon dia berjaya menang RM17 juta pon, tapi dia tak dapat pon duit tu, malah dikejar Along lagi... tak pasal-pasal... mungkin sbb dia tere sgt kot, hehe...

So, kalau jangan ler main judi, sbb bukan senang nak menang, dan kalau menang pon, bukannya ousat judi tu nak bayar, malah depa marah kat kita ada la, haha....

--------------------------------------------------------

Menang RM17j nyawa terancam

KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.

Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.

Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.

“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.


“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.


Sumber: Metro
AbgZan
Baru-baru ini, aku ada berjumpa dengan sales executive dari Maybank. Beliau nak promote product ASB Loannya. Ni atas daya usaha sorang bos kat syarikat gua ni utk panggil beliau datang ke office dan kepada yang berminat boleh jumpa depa.

Mula2 saya ingat tak perlu la join, sbb hamba sudoh buat pon ASB loan ni. Tapi, memandangkan kawe ada pertanyaan to ask the officer (gua memang rajin bertanya), maka kuambil initiative utk datang jugak...

Pertanya gua adalah berbunyi begini:

"Saya dah buat ASB loan bulan July 2009, pakai rate BLR-1.35%, boleh tak kalau saya nak revise rate pakai rate baru bulan Ogos 2009 (BLR-1.65%)?"

Beliau kata boleh, tapi kena buat paper work. Beliau juga agak terkejut kerana patik tidak diberi offer oleh agent yg i dah deal mengunakan "Loyalty Package" = BLR-1.65% (rate ni boleh diguna pakai oleh customer yg dah sedia ada loan dgn Maybank)...Malah beliau skrg dalam usaha utk dptkan rate BLR-1.76% fixed for the whole tenure....

Wow, alangkah bagusnya....

So, dia suggest i tanya balik sales exec yg i deal bulan lepas....Memang i nak pi pon...tapi sblm ni bila tanya, dia kata tak boleh (sesedap ati aja kata takleh, tensen pulok)....tapi gua ni memang jenis tak mudah putus asa...sblm ni gua dah tanya pon dgn shah alam center di shah alam, diorg kata boleh....tak puas hati betulla dgn exec yg i deal ni, nak senang kerja aja....

hehe....moral of the story:

1) No harm to ask anything you want to ask
2) Jgn mudah putus asa utk menjimatkan duit, atau utk saving punya pasal
3) Rajin2 la nego dgn pegawai bank sblm deal ..

Wallahu'alam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi,

Ok, semalam kita dah bincang bagaiman ASB Loan mungkin membawa keuntungan yang lebih berbanding labur sendiri dalam ASB. Bagaimana pulak dengan issue membuat loan ASB secara percuma? Adakah ianye benar? Ianyer bergantung kepada anda, bagaimana anda menilainya...

Mari kita lihat....

Ok, lihat jadual di atas...tengok bulatan yang telah dilakar di ruang 25 tahun, RM170k...
Di mana anda kena bayar about RM921 sebulan...

Sejurus lepas anda buat loan nanti, bank akan kasi kita RM170k (tapi depa pegang dulu, depa takmo kita salah guna duit tu kottt...)....tetapi setiap tahun, anda akan dapat dividen secara percuma, dan dividen tersebut anda bole keluar setiap tahun....

Berapakah dividennya???

Ok, sekali lagi kita anggap kerajaan baik bagi kita 8.5% dividen secara pukul rata (purata)....

Mari kita kira:

Setahun: 8.5% x 170k = RM14, 450

Sebulan: RM14,450 / 12 bulan = RM1,204 sebulan...

Ini bermakna, bole dikatakan setiap bulan anda akan dapat dividen RM1,204...SECARA PERCUMA !!!!

Cuba recall balik, berapa anda kena bayar bank bulan2?? Hanya RM921 sebulan....

WOWWW!!! Kiranya, secara teknikalnya, setiap bulan anda dapat percuma RM1,204, daripada ASB secara percuma, tetapi anda hanya bayar loan RM921 aja??? Maknanya anda buat LOAN ASB NI PERCUMA LA YER????

TIDAK!!!!! BUKAN SAHAJA percuma, MALAH anda dapat profit hampir RM300 sebulan tu....Rm300 x 12 bulan,hampir RM3k ++ untung secara percuma...takmo ke??

So, bagaimana? Tertarik tak?? hehe....

Tapi sekali lagi, diingatkan, bayaran RM921 tu assuming BLR kekal...kalau BLR naik, maka loan naik la...kalau BLR turun, maka bayaran loan turun la...

Wallahu'alam, anda nilaikan sendiri dan untung anda punya, saya tak minta satu sen pon...risiko pon atas diri sendiri juga la yer, saya hanya memberi idea untuk u all pikir2kan aja, hehe... :)

Wassalaam.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Salaam all,

Ada macam-macam pendapat..ada yang kata haram,ada yang kata halal....ada yang kata haram sbb terlibat dalam pelaburan tobacco, ada yg kata haram pasal terlibat dalam pelaburan bank yg mengamalkan riba...Ada yang tidak labur dlm ASB sbb takut haram, tapi pada masa yang sama dia sendiri buat loan dari bank conventional dan merokok...wallahu'alam...

Saya tak berani nak buat apa2 ulasan ttg hukum-hakam ni, sbb kalau salah bg hukum, besar dosanya, saya pun bukan hebat mana dalam bab-bab agama ni....tapi saya nak pastekan keputusan FATWA KEBANGSAAN:

http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Labur ASB, ASN harus – Majlis Fatwa Kebangsaan

KUALA TERENGGANU 3 Feb. – Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).

Katanya, ia turut meliputi dividen atau bonus yang diberikan kepada mereka yang melabur dalam ASB dan ASN.

‘‘Masyarakat Islam kini tidak perlu ragu-ragu lagi dengan status pelaburan dalam ASB dan ASN serta dividen yang mereka terima hasil daripada pelaburan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-80 di sini hari ini.

Muzakarah yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini turut dihadiri Setiausaha majlis itu, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan 14 mufti dari seluruh negara.

Abdul Shukor berkata, muzakarah itu juga memutuskan pembangunan ke atas tanah wakaf am dan khas diharuskan jika ia mengekalkan niat asal pewakaf.

‘‘Pembangunan tanah wakaf khususnya, masjid dengan tambahan projek pembangunan serta beberapa penambahbaikan dibolehkan tetapi ia hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh wali amri iaitu majlis agama atau kerajaan negeri terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, muzakarah itu turut memutuskan pemakaian lambang agama lain oleh masyarakat Islam adalah dilarang.

‘‘Umat Islam dilarang memakai atau menggunakan lambang-lambang agama lain jika ia dinyatakan atau tertera dengan jelas,” katanya.

Di sini juga saya nak tambah link daripada Ustaz Zaharudin yang tidak berapa setuju dengan fatwa kebangsaan:

http://www.zaharuddin.net/content/view/805/72/#maxcomment84257

Apa pun keputusan di tangan anda, untuk menilainya..Kepada yang tak yakin boleh la menjauhinya, dan yang yakin, up to you utk berfikir semasak-masaknya...yang di tengah-tengah boleh la solat istikharah...

Saya yang sudah sekian lama masuk ASB, pun agak keliru, tetapi pro sedikit kepada fatwa kebangsaan, di atas manfaatnya kepada kita dan ekonomi Islam. Apa pun kita harap agar ASB dapat mengimprovekan sektor-sektor yang diceburinya, jika terdapat kesangsian yang dapat diperbaiki....

.Wallahu'alam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Assalamualaikum dan selamat pagi,

Pernah dengar tak ASB Loan? Saya rasa semua readers pernah dengar. TInggal nak ambil tau aja..Mungkin ada jugak reader yang dah buat ASB loan ni....Berdasarkan analysis yang saya dah buat, ASB loan ni adalah satu loan yang menguntungkan pengguna. Malah kita ia boleh dikatakan satu loan yang percuma.

Mengapa percuma? Itu saya akan terangkan next time. Tapi skrg saya akan berbincang macamana ASB Loan boleh menguntungkan....

Ok, cuba lihat jadual di bawah (jadual yang disediakan oleh Maybank untuk bulan Julai 2009,BLR-1.35% (jadual kuning)....Bulan Ogos, lagi best, BLR-1.65%):

Cuba tengok bahagian2 yang dibulatkan. Bulatan itu dibuat secara random utk bayaran yang lebih kurang RM920 sebulan utk bayar loan. Comparison kesemua pilihan yang ada di atas akan dibuat berbanding dengan, "anda melaburkan RM920 secara manual kepada ATSB anda tanpa buat loan".

Contohnya, anda nak buat perbandingan anda invest RM921 sebulan selama 25 tahun ke dalam ASB. Masukkan ke dalam excel (maaf, ikutkan hati, saya nak attachkan di sini, tapi tak reti camana pulak), anda buat pengiraan berdasarkan "compound interest" sampai 25 tahun, assuming ASB akan beri 8.5% annual dividen secara purata (takde sapa dapat predict exact, tapi just ramalkan purata), anda akan dapati, duit anda akan membiak sampai RM906k selepas 25 tahun, WOWW! Dalam masa 5 tahun, jadi RM68k...15 tahun, RM325k!!! Sounds impressive kann????

Tapi bagaimana prestasi tersebut dicomparekan dengan ASB Loan sebanyar RM170k, di mana anda kena bayar RM921 sebulan kepada bank. Bayaran tersebut dibuat kerana bank akan beri RM170k up front utk dilaburkan ke dalam ASB (RM170k walaupun depa kasi kat kita, tapi depa pegang dulu sampai 25 tahun, hehe)...

masukkan dalam excel pengiraan dividen 8.5% pulak...anda akan dapati, selepas 5 tahun, jumlah pelaburan sudah jadi RM255k termasuk RM170k atau jika nak diabaikan pokok, hanya ambik kira dividen semata, anda sudah dapat RM85k (255k-170k)...Wow, ini sudah lebih dari kaedah labur sendiri yang dibincangkan sebelum ini....Bagaimana pulak selepas 15 tahun? RM578k !!! Kalau ditolak RM170k, RM398k tu, PUN LEBIH DARI KAEDAH PERTAMA tadi....

Selepas 25 tahun pulok? RM1.3 million (termasuk RM170k yang akan dipulangkan kepada customer)!! Wow, sudah jutawan !!! Benarkah?? Ianyer benar, tapi dengan syarat, jikalau ASB maintain kasi konsisten 8.5% setahun dividen...kalau kurang,kurang la, kalau lebih, even better!!

Akan tetapi ada risiko jugak, di mana risiko jikalau BLR naik, kita akan kena bayar lebih la loan nanti...

Tapi nasib baik, Maybank sekarang sudah ada Islamic rate, yang ada capping 9.55%...

Ok, comparision di atas dibuat untuk package loan ASB 25 tahun...kalau anda nak buat 20 tahun ke, 15 tahun ke, pun still untung....anda kena buat sendiri ler...seperti saya cakap tadi, kalau reti attach excel, dah lama attach, tapi tak reti pulok....

So, anda pikir2kan lah.....

Lepas ini, insyaAllah saya akan bincangkan lagi, bagaimana pulak, untuk membuat Loan ASB tanpa keluarkan duit....WOW, possible ke bro?? hehe...

Nantikan....

Wallahu'alam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe