Showing posts with label Richest. Show all posts
Showing posts with label Richest. Show all posts
AbgZan
Sudah berapa tahun, Robert Kuok masih lagi kekal sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan sebanyak RM50.04 bilion, diikuti T. Ananda Krishnan dengan nilai RM45.78 bilion, semakin rapat dengan Robert Kuok (rujuk Malaysian Business)…Apa rahsia Ananda Krishnan mempertingkatkan kekayaan sebanyak hamper 70%? Senangnya, beliau jadikan 3 syarikatnya sebagai milik persendirian…selain tu, nilai Maxis pun makin bertambah…
Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow di tempat ketiga (RM12.77 bilion) diikuti Tan Sri Lee Shin Chen, Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Bhd. dengan kekayaan sebanyak RM12.74 bilion, sikit aja beza dengan No. 3 tu…

Pengerusi Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay (tokey judi) kekal ditempat kelima (RM10.89) bilion dan tempat keenam, Pengerusi Kumpulan Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan, meningkat daripada kedudukan ketujuh dengan kekayaan RM7.09 bilion.
Dan yang ditunggu-tunggu, hanya SEORANG individu Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pula berada pada kedudukan ketujuh dengan nilai kekayaan RM8.84 bilion, menngkat hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya (sebelum ni hanya abou RM4billion plus) ..

Balu Tan Sri Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua pula berada di kedudukan kelapan dengan anggaran kekayaannya RM7.43 bilion. Tan Sri Tiong Hiew King, Pengerusi Rimbunan Hijau nombor sembilan dengan harta sebanyak RM4.77 bilion dan hartawan Singapura, Ong Beng Seng di tempat ke-10 dengan nilai aset RM3.98 bilion.

Beng Seng Berjaya rampat kedudukan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent sebab kekayaan dia menyusut (sekarang di tempat ke-12).

Senarai individu-individu terkaya menerima tiga nama baru dengan kemasukan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum dan Pengerusi Eksekutif Supermax Corporation Bhd. , Datuk Seri Stanley Thai serta Naib Pengerusi Eksekutif Tan Chong Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew.

Kalau kita baca Malaysian Business, jumlah kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia meningkat lebih daripada 30 peratus disebabkan oleh peningkatan pasaran saham dan peluasan ekonomi.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu itu berdasarkan nilai pegangan saham dalam syarikat-syarikat tersenarai sehingga 21 Januari lalu.

Jumlah kekayaan kesemua individu itu sekarang bernilai RM206.27 bilion sehingga 21 Januari 2011 berbanding RM156.7 bilion tempoh yang sama tahun lalu, tetapi kalau kita tengok masih tewas dengan kekayaan Bekas Presiden Mesir, Mubarak, di mana dia seorang aja ada harta lebih RM210 billion…hehe…

Keseluruhan pertambahan itu adalah sejajar dengan kenaikan 20 peratus FBM KLCI sejak tinjauan terakhir.

Jangan lupe komen yer guys, and FOLLOW my blog ok...:)
Labels: 2 comments | edit post
AbgZan
About 5-10 years ago, orang paling kaya di dunia adalah Bill Gates, kadang2 dia bersaing dengan Warren Buffett, trader saham terhebat yang disegani ramai yang mula main saham bermodalkan hasil titik peluh dia jual benda yang berharga kurang USD100, dan membeli saham pada umur yang amat muda. Beliau beli share ketika saham merudum ketika orang lain semua gerun nak masuk market...

Lepas tu, about 3-5 years ago, muncul satu nama yang menjadi saingan hebat Bill Gates, iaitu Carlos, orang Mexico, kalau tak silap aku, dia ni telco tycoon...once dia pegang Rank no.1, susah jugak Bill Gates nak kalahkan depa ni...

Sekarang ni nama yang sedang meningkat naik yang bermula from scratch adalah Mark Zuckerberg, founder Facebook....bermula dengan pakai duit orang lain kalau tak silap aku...skrg kekayaan dia bernilai about RM20 billion....

Ok, enough dengan mereka ni semua...tetapi, tahukah u all, rupa-rupanya, ada orang yang lebih kaya daripada mereka semua....tak lain tak bukan adalah orang yang namanya tertera pada tajuk di atas, Presiden Hosni Mubarak...

Siapa sangka kekayaan Presiden Mesir, Hosni Mubarak melebihi USD 70 billlion, atau melebihi RM210 billion....mahsyuk betul...

You all boleh baca lebih lanjut artikel aku kepilkan dari Kosmo...

--------------------------------------------------------------

Harta Presiden Mesir AS$70 bilion?

SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak berhampiran Terusan Suez di Mesir.

KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.





Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi


Any comment?komen aja apa pon..