Tuesday, March 1, 2011

Hadiah




Assalamualaikum..

Salam satu Malaysia. Kepada semua pembaca yang dihormati, diharapkan semuanya dalam keadaan sihat belaka, semoga kita dijauhkan daripada malapetaka, bencana alam, wabak penyakit, perselisihan faham, ketidakadilan dan sebagainya.

Bila nak disebutkan, terlalu banyak perkara negative yang ingin kita hindari dalm hidup kita ni, tapi tak semuanya mampu kita hindari. Ada perkara yang diluar kuasa kita, dan ada juga perkara yang memang dalam kuasa kita, tapi kita lalai, kita abaikan kuasa kita dan sebaliknya memberikan jalan mudah untuk anasir-anasir negatif ini untuk menguasai hidup kita.

Dalam usaha untuk mengatasi perkara-perkara negatif tersebut, kita akan bertindak mengikut kemampuan, dan sekiranya berjaya, maka kita akan di'hadiah'kan dengan kepuasan..

Menyentuh dengan "hadiah". Apakah yang dimaksudkan "hadiah" yang sebenarnya??

Pada dasarnya, hadiah adalah satu pemberian ikhlas daripada seseorang kepada seseorang dengan hati yang ikhlas. Kita sudah dibiasakan sejak kecil untuk diberikan hadiah, terutama pada waktu tiba nya sambutan hari kelahiran, juga pada ketika kita memenangi pertandingan, waktu kita mula-mula cukup puasa sebulan, dan macam-macam lagi.

Namun pandangan masyarakat kita hari ini mungkin sudah sedikit berubah. Kalau dahulunya kita berikan hadiah apabila selesai sesuatu peristiwa, tapi kini kita berikan "hadiah" sebelum sesuatu peristiwa berlansung... apakah???

"ambil lah ini, x banyak pon, hadiah.." macam tu la lebih kurang nya. Semakin biasa diamalkan dalam kehidupan. Bukan sekadar di peringkat kecil-kecilan, bahkan sehingga peringkat tertinggi dalam masyarakat. Nampak macam sama seperti hadiah, tapi kaedah yang dilakukan itu tidak bertepatan dengan istilah "hadiah". Mungkin orang dah keliru antara rasuah dan hadiah. Dari ejaan saja dah berbeza kan?? Inikan pula pada pengamalan.

Tapi itu lah yang berlaku dalam masyarakat kita kebelakangan ini. Bila tiba suatu pertandingan, maka semua pihak akan berebut-rebut untuk memberikan segala yang terbaik kepada pihak yang menilai kemenangan mereka. Mereka menggelarkan pemberian mereka sebagai hadiah, atau tanggungjawab mereka. Namun timbul persoalan pula. Mengapa bila tiba sangat seperti itu, baru mereka mahu menghulurkan bantuan, pemberian, atau pun "hadiah" yang sebenarnya boleh diberikan pada masa-masa lapang mereka (itu lebih sesuai untuk digelarkan hadiah yang ikhlas), baru lah kita boleh mengiktiraf itu sebagai pemberian oleh pihak yang bertanggungjawab.

Banyak perkara yang menjadi keliru. Masyarakat semakin memerlukan, namun hanya diberikan pada masa penting, mungkin ade kepentingan disebalik pemberian. Maka itu sudah tidak lagi dianggap hadiah sebenarnya. Itu adalah rasuah bagi menarik hati pihak penerima.

Dan sememangnya "rasuah" dan "hadiah" itu adalah sgt berbeza, dari berbagai segi, Halal versus Haram. Tak jelas lagikah??

Ingat lah, sesungguhnya, apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging yang akan diturunkan kepada anak cucu kita kelak. Hidup senang tapi x lenang. Hati sentiasa curiga. Doa tak dimakbulkan. Password doa kita sentiasa salah.

Sampai masa akan datang. Semoga kita dijauhkan daripada gejala rasuah.


*pilihanraya datang, rakyat dapat macam2, bila xde pilihanraya, rakyat x dpt apa2...
*johor ni kan kubu kuat BN, Batu pahat dlm Johor kan?? Kenapa Batu Pahat lambat sangat nak membangun?? Xde ke sasaran Johor Maju 2021 ke ape ke?? Sampai bila rate gaji org2 Batu Pahat ni nak tahap ni je??

Sekian..

Assalamualaikum..~

No comments:

Post a Comment