Showing posts with label Syed Mokhtar Al-Bukhary. Show all posts
Showing posts with label Syed Mokhtar Al-Bukhary. Show all posts
AbgZan
Mark Zuckerberg, adalah seorang budak muda, yang mendapa inspirasi untuk mencipta Facebook, hasil daripada pemikiran INOVATIFNYA terhadap Friendster dan Myspace....daripada value RM0, ia secara perlahan2 naik valuenya....naiknya bukan hanya kepada RM Juta, tetapi RM billion...dan bukan hanya RM2-3 bilion, tetapi RM 151 billion...foundernya hanya seorang budak muda berumur 26 tahun, 3 tahun lagi muda dari aku..memang superb betul...murah rezeki dia....Mana taknya, dari kekayaan ZERO kepada kekayaan RM151 billion....

Memang one in a billion nak cari orang macam ni...

kalau di Malaysia, kita ada seorang hartawan billionaire yang juga bermula dari ZERO...malah kalau tak silap, beliau bermula dengan berhutang lagi...macam2 hidup ssah beliau dah tempuhi, daripada bercucuk tanam tolong ibunya sampai la tolong ayahnya jual dagig.....kalau tak silap macam2 kegagalan beliau alami, sehinggai pernah ditipu dan rugi banyak wang....tapi berkat kesabaran beliau, beliau juga sekarang kaya raya...billionaire...beliau tak lain tak bukan adalah Syed Mokhtar Al-Bukhary..beliau juga seorang yang AMAT PEMURAh dan DERMAWAN...

Aku sebenarnyer jeles betul dengan diorg ni....bila la agaknya aku dapat dikurniakan rezeki macam diorg ni...tak perlu RM1 billion, RM1 juta pon jadi la...hehe...

-----------------------------------------------
Facebook kini bernilai RM151.68 bilion

NEW YORK 4 Jan. - Kekayaan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg meningkat dua kali ganda kepada 9 bilion (RM42.66 bilion) selepas menerima pelaburan daripada firma kewangan, Goldman Sachs.

Akhbar New York Times melaporkan bank berkenaan melaburkan 291 juta (RM1.379 bilion) dalam laman web sosial itu dengan syarikat pelaburan Rusia, Digital Sky Technologies turut melabur sebanyak AS$32 juta (RM99.2 juta).

Facebook kini bernilai kira-kira 32 bilion (RM151.68 bilion), menjadikan kedudukan Zuckerberg yang berusia 26 tahun meningkat daripada tangga 212 ke 40 tempat teratas dalam senarai bilionair Forbes.

Pelaburan terbaru tersebut akan membenarkan Facebook menarik dan mengekalkan kakitangan, menghasilkan lebih banyak produk dan mungkin membolehkan pencarian pemerolehan tanpa diperdagangkan.

Goldman Sachs merancang untuk mewujudkan sebuah entiti khas yang membenarkan pelanggannya yang bernilai tinggi melabur dalam Facebook, menurut akhbar itu.

Pelaburan 32 blion pound menjadikan Facebook bernilai lebih daripada Yahoo!, eBay dan Time Warner.

Zuckerberg yang memiliki satu per empat saham Facebook, menjadikannya seorang daripada bilionair termuda di dunia dan antara yang terkaya di dunia tanpa mengira faktor umur.

New York Times berkata, perjanjian tersebut mungkin meningkatkan sebanyak dua kali ganda harta peribadi Zuckerberg yang dijangka sebanyak 4.5 bilion (RM21.33 bilion pound) apabila Facebook dinilai pada 14.9 bilion (RM70.626 bilion).

Zuckerberg yang tidak gemar menceritakan hal peribadinya baru-baru ini, 'membuka' rumahnya dan memperkenalkan teman wanitanya kepada dunia serta lebih lantang dalam mempertahankan syarikatnya daripada kritikan yang mendakwa ia menyalahgunakan data peribadi pengguna.

Wakil Facebook, Goldman Sachs dan Digital Sky Techologies enggan mengulas lanjut berhubung pelaburan baru itu. - Agensi


Komen ler sikit kawan2 k :)