Showing posts with label minyak. Show all posts
Showing posts with label minyak. Show all posts
AbgZan
Salam all,

Nampaknya, harga minyak dah mula turun balik, Crude Oil price skrg USD85.37 per barrel...Harga minyak skrg ni bergerak dlm range USD80-USD100...Harga yang boleh dikatakan rendah....Jadi tidak hairanlah kenapa kerajaan turunkan harga RON97 10 sen daripada Rm2.90 kepada RM2.80 seliter berkuatkuasa hari ini (rujuk artikel yang dipetik dari Utusan di bawah....

Tapi tu untuk RON 97 aja...saya rasa RON95 pon patut diturunkan...mungkin tak lama lagi..
_________________________________________

RON97 turun 10 sen

KUALA LUMPUR 6 Jun - Harga petrol RON97 diturunkan sebanyak 10 sen seliter bermula esok.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan menurunkan harga tersebut adalah ekoran purata harga minyak di pasaran bagi bulan lalu telah menurun.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 berkuat kuasa esok.
"Harga runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara 'urus apungan' iaitu harga bulanan berubah mengikut harga pasaran.
"Dengan penurunan ini, harga bahan api itu menjadi RM2.80 seliter berbanding RM2.90 seliter sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kali terakhir harga bahan api tersebut dinaikkan adalah pada 4 April lalu iaitu sebanyak 10 sen seliter.
Labels: , 0 comments | edit post
AbgZan

Semalam kerajaan decide untuk kekalkan harga minyam RON 95, dengan menambah subsidi sebanyak extra Rm0.10... itu keputusan yang tepat, kerana jika kerajaan naikkan harga minyak kepada RM2.00 maka natijahnya amat teruk dirasai oleh rakyat....mana taknya, harga minyak naik RM0.10 aja, tapi kedai2 runcit, restoran semua cekik darah dengan menaikkan harga barang, naikkan harga nasi, harga ayam goreng, roti telur dan teh ais, etc....

Memang tak dinafikan harga minyak naik, maka kos transport bertambah, tetapi, kos transport hanya la "FIXED COST" dan bukannya "VARIABLE COST"... tapi apa bole buat, peniaga nak jugak buat duit..

So bg mengelakkan perkara tersebut berlaku, maka gomen decide utk tak naikkan harga buat masa ni...

Akan tetapi, kalau harga minyak dunia kekal naik, adakah gomen akan tetap mengekalkan harga? Sukar utk kita predict...

Apa pun, kerajaan ada bagi hint, akan HAPUSKAN SUBSIDI dalam masa 5 - 7 tahun dari sekarang, secara beransur-ansur...

Baca artikel dari Utusan di bawah

---------------------------------------------

Harga RON95 kekal RM1.90

PUTRAJAYA 27 Mac - Harga petrol RON95 kekal RM1.90 seliter walaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran global ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.

"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.

"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini.


Takkan baca aja kawan2, komen ler sikit ok? :)

AbgZan
Nampak gayanya, memang betul harga minyak terus melambung, as expected...didorong oleh huru hara di Libya yang merupakan negara yang mempunyai oil reserves terbanyak di South Africa dan antara negara pengeluar minyak terbesar di dunia...

1/5 daripada pengeluaran minyak Libya yang berjumlah 367,000 barrels sehari nampak macam dah di shutdown....kalau ini berterusan memang sah-sah akan affect supply...

Sebagai kesannya, oil price in New York passed 2 year highs, iaitu menghampiri USD100 per barrels, price last time seen pada tahun 2009....

Dlm post terdahulu saya ada sebut harga minyak mungkin pass USD96 per barrel by end of 2010 (bole baca sini: http://kakilabur.blogspot.com/2010/12/harga-minyak-dunia-naik-lagi-oil-rises.html ), tetapi ia hany cecah paras USD93 aja...dan skrg sudah melampaui harga tu, dah cecah USD99.5 meghampiri USD100....dan i believe will continue to increase to at least USD104 within a week from now....

Kalau kita tengok Brent Crude Oil pulak, ia sudah break USD110 per barrel...about USD111.11 paling tinggi tadi......

Dan harga akan terus naik ni selagi masalah di Libya berterusan...

What I am trying to express here adalah, sekarang ni dah nak masuk bulan March 2011....bak kata kerajaan, kerajaan akan revise harga minyak sebulan sekali....so, minggu depan dah masuk March 2011...

Maka, bersiap sedia lah untuk kenaikan harga minyak seterusnya...KEEP YOUR TANK FULL next week, hehe :)

Any comment, kasi aja...:)
AbgZan
Harga minyak di Malaysia mungkin naik lagi bak kata news....aku tgk harga minyak di New York tak naik byk mana pon....tapi Brent oil dah naik hampir 109....masa gomen naikkan dulu kononnya harga minyak cecah 105...skrg ni 109...so pandai2 la kira kalau gomen naik berapa sen dia akan naikkkan nanti....kira pro rate aja :)

Ish ish...kenapa la gomen ikut Brent....:D

Apa pon kena hati2 ni....ekonomi boleh effect tu kalau harga minyak naik mendadak sgt....

Kena cari cara2 nak jimat minyak ni...
http://kakilabur.blogspot.com/search/label/Jimat%20Minyak


-----------------------------------------------------

Harga petrol mungkin naik? (Utusan)

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.

Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.

Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.

"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.

Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.

Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.

"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.

"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.


Komen aja apa2 pon ok guys :)

AbgZan
Assalamualaikum semua,

Aku ada buat kajian sedikit....kajian tentang kenapa harga minyak dunia yg aku tengok mengatakan harga sekarang dalam USD90-USD92, tetapi akhbar tempatan dan berita mengatakan harga minyak dunia meningkat kepada USD105 daripada USD100, dan sebab itu harga minyak RON 97 dinaikkan....

You all boleh baca kat sini posting aku yang lepas:
http://kakilabur.blogspot.com/2011/02/harga-minyak-ron-97-nail-lagi.html

Lalu aku dapati ada kemungkinan Malaysia is referring to Brent Crude Oil, sebab kebanyakan negara Asia merujuk kepada Brent Crude Oil....tapi even kalau aku refer kepada Brent Crude Oil, walaupun betul ia mencecah USD100, tetapi mengikut chart, aku tengok maximum price for this week and for the last 2 years, adalah about USD102++...dan tak cecah USD105 pun....dan itu pon first time cecah dalam 2-4 hari lepas....

Selain itu,correct me if I am wrong, tapi daripada berita yang aku baca sblm ni, kerajaan kata hanya akan revise harga minyak sebulan sekali, dan mengikut sebulan punya harga...tetapi apa yang berlaku lately seolah-olah macam kerajaan naikkan harga serta-merta sejurus selepas harga naik mendadak....tapi bila harga turun, adakah harga akan diturunkan secepat-cepatnya?

Aku akan watch closely dengan Brent Crude Oil ni....sebab dalam UTUSAN (yang memetik dari BERNAMA), harga RON 97 naik kepada RM2.50 disebabkan harga minyak dunia cecah USD105 per tong....so, aku nak tengok kalau harga turun USD100 atau USD95, kerajaan akan turunkan harga tak....dan macam aku cakap tadi, harga minyak dunia (BRENT) baru USD102 pon, tak cecah USD105 pon lagi...

Bila aku post ni, bukan bermakna aku anti gomen, tapi just aku keliru dengan tindakan kerajaan sebegini...kalau lah kerajaan atau berita atau akhbar dapat jelaskan lebih terperinci, bukankah bagus....:)

Anybody ada komen tak? Atau anybody ada yang lebih tahu, boleh ler share2 di sini :)
AbgZan
Hari ni petrol RON 97 naik lagi rm0.10 kpd rm2.50. Kononnya kerana Harga minyak dunia telah naik kpd usd105 setong..satu statement yg aku rasa memalukan diri penulis dan akhbar yg menyiarkanya..

Harga minyak dunia skrgni belum cecah uSD100 per tong pon..malah dlm 92usd aja...kurang dr tu pon...kali terakhir aku cek smlm USD89....Tapi hari ni aku tgk harga dah naik USD92 per barrel...

tapi aku tak paham kenapa akhbar tempatan leh buat silap buat statement harga petrol naik sampai USD105 per tong? Atau kerajaan yg salah tafsir, lantas naikkan harga...sbb setahu aku, daripada kenaikan RM0.10 kepada RM2.40 beberapa minggu lepas, sampai ler hari ni, aku rasa harga minyak dunia tak ler naik pon, tapi maintain aja, atau even turun ada larr....

Diorang kena cepat buat correction...sama ada akhbar tempatan atau kerajaan yg silap ni...

Mari kita baca petikan dari Utusan di bawah (Bernama):

--------------------------------------------------
Harga petrol RON97 naik 10 sen

01/02/2011 2:53am

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Mala
ysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.

"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Zulkifli berkata harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.

Pada 4 Jan lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen pada menjadikannya RM2.40 seliter.

— BERNAMA

Any komen guys?
Labels: , , 1 comments | edit post
AbgZan
Salam all,
Just quick update....seperti yg saya expect dalam posting minggu lepas di:

http://kakilabur.blogspot.com/2010/12/harga-minyak-dunia-naik-lagi-oil-rises.html


harga minyak di Malaysia naik lg, tapi buat masa ni hanya Ron 97 saja yg naik...tak lama lg mungkin Ron 95 pulak naik sekali....

So mari kita cari mana-mana fuel saver yg boleh digunapakai...antara yg aku tgk effective adalah Nanotech Fuel Enhancer ( boleh didapati disini: http://autopartsales.blogspot.com/ )


Ikuti petikan dr Utusan di bawah:

----------------------------------------
Harga RON 97 naik 10 sen lagi

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.

Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.

"Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.

"Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.

Wallahu'alam....


kalau siapa yang belom FOLLOW, follow ler my blog...sesiapa yang ada blog sendiri, masukkan la LINK BLOG aku ni kat blog korang, hehe.... supaya tak terlepas ikut kisah hidup aku anak beranak sekeluarga dan kisah2 menarik pelaburan dan cara-cara aku menjimatkan wang ringgit di samping beberapa kisah-kisah teladan...hehe....

Till then....wassalaam....

KOMEN LE SIKIT CEK KAK / CEK ABANG OI...takkan baca jer, cuma 2-3 patah pon ok ler...hehe
AbgZan
Salam Semua,

Harga minyak dunia naik lagi, cecah paras tertinggi dalam masa 2 tahun..ia berada pada paras $91.48 ketika blog ini ditaip...kali terakhir ia cecah paras sebegini adalah pada October 2008...selalu kenaikan oil price sebegini, diimbangi oleh matawang USD yang menurun...tetapi kali ini, no significant USD/RM drop...

Apakah maksudnya ni? Apa yang tuan-tuan rasa saya nak sampaikan ni...apa yang saya nak sampaikan adalah, harga minyak di Malaysia mungkin naik lagi...jadi bersiap sedialah, hehe....

Sebenarnyer lebih 6 bulan lepas, saya dah sentuh tentang kenaikan minyak dunia mungkin mencapai paras USD96 per barrel by end of 2010...anda boleh baca di sini:

http://kakilabur.blogspot.com/2010/04/crude-oil-minyak-successfully-break.html


Dalam posting lepas, saya kata, kalau USD85 break, the next resistance adalah USD90...now USD90 pon dah break...so my target to touch USD96 is on the way...adakah my aim itu tercapai sebelum 2010 berakhir? hehe...mari kita lihat...:D

Kenaikan minyak kali ini, didorong oleh 2 perkara:
1) falling US crude oil supply
2) US stock market yang memberangsangkan...

ANtara sebab-sebab lain, boleh baca dalam post sebelum ini yang aku bagi link kat atas tu....

So, apakah persiapan kita kali ini?
1) Isi tangki minyak kereta kasi penuh2, everyday kasi full, sbb anytime gomen mungkin naikkan harga minyak, hehe
2) isi dalam bekas2 tong2 minyak hitam ke apa ke...buat stok simpanan, hehe...
3) beli stock market berkaitan minyak!!! goood idea ke ni?? I think NOW IS NOT A GOOD IDEA...but if you bought stock seperti SAPCRES, DIALOG, Tanjung Offshore, Kencana, Dayang,Deleum, Saag, Perisai, KNM, Shell, Petdag dan sebagainya pada bulan April time aku suggest hari tu, mungkin anda akan senyum skrg, hehe...

Anyway, apakah effect kenaikan harga minyak dunia sekarang ni? gua rasa ni permulaan tanda-tanda, BIG CORRECTION of stock market akan bermula...so sesiapa yang tngah trade or invest in stock market, just BE CAREFUL ok!!!

WAllahu'alam....
AbgZan
Salam all,
Dah lama betul tak update blog, busy dgn kerja...

Anyway, harini gua nak sentuh sikit ttg harga minyak dunia...sblm ni gua ada mentioned dlm previous post (http://kakilabur.blogspot.com/2010/02/oil-rises-again-towards-80-per-barrel.html ) bahawa harga minyak akan terus naik...gua ada mentioned bahawa, resistance pertama pada USD80, diikuti USD82....then USD85 diikuti USD90...lepas tu USd100....

Skg ni kita tgk USD85 dah dengan jayanya ditembusi. Harga minyak bergelegar sekitar USD85-USD87 utk sekurang-kurangnya seminggu hingga 2 minggu...ini bermakna uptrend akan terus berlaku dlm harga minyak...kalau breakout USD90 berlaku, USD100 menyusul..kalau benteng USD100 jugak berjaya ditembusi....alamat pergi balik ke paras USD148 dan seterusnya USD200....

Persoalannnya bilkah ia akan berlaku? We never know...maybe thn ni....atau thn 2011....tapi gua rasa by end of year USD120 will be on track...

Apakah puncanya kenaikan harga minyak ni? Tu antara soalan yg mungkin ditanya....ada 3 sebab utama:

1) Demand yang tinggi, supply kurang...selalunya kalau berlaku perang ke atas negara-negara pengeluar utama, harga minyak akan melambung la...sbb tu saya harap US tak perang dgn Iran....bahaya oo....bukan saja harga minyak akan naik, tapi juga ekonomi dunia sure akan menjunam...not to mention perang nuklear, yg impaknya amat teruk..

2) dimanipulasi oleh sindiket...seperti yg berlaku sblm ni,di mana ia naik terus menerus sampai USD148 per barrel...lepas tu terus menjunam ke paras about USD36 per tong, and now USD86 per tong....tak ke volatile tu??? siapa lagi kalau bukan kerja2 puak yahudi yang mempermain2kan ekonomi dunia....mereka banyak duit...senang control harga....

3) ekonomi dunia sudah pulih...antara sebabnya jugak kenapa harga minyak menjunam dari USD148 kepada USD36 pada 2008, adalah disbbakan ekonomi dunia yang merosot....so what?? bila ekonomi dunia merosot, kilang-kilang, manufacturer2, dan lain2 akan kurang production sbb demand kurang...so, penggunaaan minyak kurang. Maka demand minyak kurang, so harga pon menuruun...tapi skrg ekonomi dunia sudah naik, maka sbb tu harga minyak pon turut naik....nak senang citer, harga minyak agak sejajar dengan ekonomi....TAPI TAK SEMESTINYA....di mana apabila harga minyak dah naik tinggi sgt, ekonomi pulak akan menurun balik, sbb kenaikan minyak affect harga barang2, harga kos, etc.....benda ni agak complicated....hehe....

Apa pun, gua rasa sblm 2nd Half of 2010, harga minyak akan cecah USD96-USd98 per barrel.....that is my target...

Apa patut kita sbg org kebanyakan boleh buat? tak byk boleh kita buat..

1) kumpul minyak dlm tong besar, sblm harga minyak naik
2) beli stok saham minyak...kalau kat BSKL boleh beli SAPCRES, DIALOG, Tanjung Offshore, Kencana, Dayang,Deleum, Saag, Perisai, KNM, Shell, Petdag dan sebagainya....hehe....

Wallahu'alam....

Takkan baca aja kawan2,komen ler sikit, hehe
AbgZan
Sejak kebelakangan ni macam macam rumor mengatakan kerajaan akan menarik subsidi minyak. Ada yang kata harga akan mencecah RM3 hingga RM4 se liter. Ada pula golongan yang argue mengatakan kalau subsidi minyak dihapuskan, tax kereta import juga patut dihapuskan, kerana tax tersebut dianggap sbg subsidi rakyat kepada PROTON, untuk membantu PROTON, kereta buatan Malaysia...

Masalah yang ketara jikalau harga minyak naik, kita semua sudah sedia maklum. Bila harga minyak naik, memang sah-sah, harga barang2 akan naik melampau. Bukan sebab apa, tapi sbb peruncit-peruncit, kedai2 semua ambil kesempatan utk kaut untung. Padahal, harga minyak naik, kos pengangkutan aja yang naik, effectnya besar, tapi tak la sampai "TERLALU BESAR"....

Ada juga golongan yang menyokong kenaikan harga minyak, bagi menaik taraf Malaysia menjadi negara bertaraf hidup tinggi dan maju....

Apa pun pendapat kalian, kerajaan telah membatalkan niat untuk menarik balik atau penstrukturan semuala subsidi minyak...mari kita baca artikel ringkas Utusan di bawah:


Penstrukturan semula sistem subsidi petroleum dibatalkan
04/03/2010 1:18pm


PUTRAJAYA 4 Feb. - Kerajaan hari ini membatalkan rancangan pelaksanaan penstrukturan semula sistem subsidi petroleum, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob. - Utusan



Ada komen tak? Komen sini ok...
Labels: , , 1 comments | edit post
AbgZan
Harga minyak kita tgk sekarang ni bergerak di bawah USD80 setong....

Sejak beberapa bulan lepas semasa saya menjangkakan harga akan melambung, ia bergerak dari USD69 sehingga USD82, seblm ia jatuh kembali ke paras lebih kurang USD71. Kejatuhan ke paras USD71 saya predict hanya sementara. Kalau kita kaji, kejatuhan tu disebabkan oleh kerisauan dunia kemerosotan ekonomi gelombang kedua akan berlaku (selepas gelombang pertama pada 2008-2009). Di mana kalau ia berlaku, demand kepada minyak mungkin berkurang....tapi gua rasa ia news2 sementara...harga minyak tetap akan naik balik...

Ketika post ini dikarang, harga minyak telah naik balik ke paras USD77....resistance pertama pada USD80, diikuti USD82....then USD85 diikuti USD90...lepas tu USd100....kalau breakout berlaku....alamat pergi balik ke paras USD148 dan seterusnya USD200....

Bilakah ia akan berlaku? We never know...maybe thn ni....atau thn 2011....

Apa pun get prepared ler....dengar ura2 Kerajaan akan kurangkan subsidi kepada kita, di mana harga minyak boleh pergi ke paras RM3 - RM4 satu liter...about double dari sekrg tu....dan skrg di paras USD70+...

Kalau harga minyak dunia pergi ke paras USD140 nanti, maka harga minyak Malaysia menuju ke paras RM6-RM8 le gamaknya...perghh....teruk tu...

Takpe kita tgk aja la.....kalau ia berlaku, ekonomi akan merosot kembali.....

Wallahu'alam....ikuti artikel saya petik dari The Star


Saudi Arabia preparing for oil demand to peak


JEDDAH, Saudi Arabia:
A top Saudi energy official expressed serious concern Monday that world oil
demand could peak in the next decade and said his country was preparing for that
eventuality by diversifying its economic base.

Mohammed al-Sabban, lead
climate talks negotiator, said the country with the world's largest proven
reserves of conventional crude is working to become the top exporter of energy,
including alternative forms such as solar power.

Saudi Arabia was among
the most vocal opponents of proposals during the climate change talks in
Copenhagen.

And al-Sabban criticized what he described as efforts by
developed nations to adopt policies biased against oil producers through the
imposition of taxes on refined petroleum products while offering huge subsidies
for coal - a key industry for the United States.

Al-Sabban said the
potential that world oil demand had peaked, or would peak soon, was an "alarm
that we need to take more seriously" as Saudi charts a course for greater
economic diversification.

"We cannot stay put and say 'well, this is
something that will happen anyway," al-Sabban said at the Jeddah Economic Forum.

The "world cannot wait for us before we are forced to adapt to the
reality of lower and lower oil revenues," he added later.

Some experts
have argued that demand for oil, the chief export for Saudi Arabia and the vast
majority of other Gulf Arab nations, has already peaked.

Others say
consumption will plateau soon, particularly in developed nations that are
pushing for greater reliance on renewable energy sources.

With oil
demand only now starting to pick up after it was pummeled by the global
recession, some analysts say consumers may have learned to live permanently with
a lower level of consumption.

The Organization of the Petroleum
Exporting Countries, as well as other international energy organizations, is
forecasting a slight rise in oil demand this year, based mainly on increased
consumption in Asia after last year's sharp hit.

Either peak oil
scenario presents grave challenges for the Gulf region and OPEC, whose countries
rely on oil sales for as much as 90 percent of their budgets.

Al-Sabban,
who also serves as the chief economic adviser to Saudi Oil Minister Ali Naimi,
said an oil demand peak would be "very serious" for the country.

Saudi
has about 264 billion barrels of crude reserves and currently produces about 8
million barrels per day out of its overall output capacity of around 12 million
barrels per day.

The kingdom, widely seen as the de facto leader of the
12-member OPEC, has embraced an ambitious expenditure program aimed not only at
further developing its oil base but also expanding and diversifying its economic
base.

Its expansionary policies came even as other nations were
tightening purse strings in response to the world's worst financial crisis in
over six decades.

The outlays included billions of dollars for a new
research university that opened last year, as well as major ventures such as the
construction of new economic cities and other infrastructure.

Oil's
pre-recession price boom also helped pad Saudi Arabia's foreign reserves, now in
excess of $400 billion, and have helped the government weather the worst of the
global crisis.

International ratings agency Moody's, in a reflection of
the country's macroeconomic position, on Monday upgraded Saudi Arabia's foreign
and local currency government ratings to Aa3 from A1 citing "the continued solid
state of government finances which have largely withstood oil price volatility
and the global economic crisis."

Al-Sabban said that along with
investing in education and economic diversification, Saudi must ensure that it
become the top energy exporter, including in solar power, to keep moving
forward.

The country recently launched its first solar-powered
desalination plant and al-Sabban said oil giant Saudi Aramco was working on a
pilot project to inject carbon emissions back into wells to help boost output.

The carbon sequestration project, which he said would be operational by
2012, was a sign of Saudi Arabia's commitment to environmentally sound energy
development.

The push for cleaner technology is pivotal for the oil rich
kingdom. - AP



Komen le sikit ye kawan-kawan...:)
Labels: , 0 comments | edit post
AbgZan
Salaam,

Dah lama gak tak update blog ni....

Seblm ni saya ada mentioned bahawa harga minyak akan start naik menuju ke USD100 per barrel, sejak dia cecah USD69 per barrel haritu...Boleh baca kat sini sbg rujukan:

http://kakilabur.blogspot.com/2009/12/oil-price-back-to-above-70-per-barrel.html

Skrg ni harga minyak bergelegar di area USD79-USD80 per barrel, tgh tungu masa nak break USD80 dan sterusnyer USD90 dan USD100...

USD pon tgh menaik against RM....

Sudahkah anda semua bersedia menghadapi kenaikan harga minyak?

Dah pasang NGV ke blom? hehe....dah simpan minyak dlm tong banyak2?

Kalau tak silap saya, government ada mentioned takkan naikkan harga minyak sampai thn depan....bilakah tahun depan? Esok la...Esok sudah tahun baru, 1.1.10 ....

Kalau harga minyak mula naik mendadak nanti, kita dpt agak apa yg akan berlaku, antaranya STOCK MARKET akan mula ambik kesempatan utk PROFIT TAKING....ku nantikan saat itu...

Sbg saguhati anda boleh baca artikel yg dipetik dari Yahoo Finance ni:



Oil rises in Asia after US crude stockpiles fall
Oil heads toward $80 a barrel in Asia after US crude stockpiles fell for 4th week


Buzz up!
2 Print..On Wednesday December 30, 2009, 11:06 pm EST
BANGKOK (AP)


-- Oil prices headed toward $80 a barrel Thursday in Asia, the final day of
trading for
2009, after U.S. crude stockpiles fell for the fourth week in a
row.

Benchmark crude for February delivery was up 28 cents at $79.56 a
barrel
at late morning Bangkok time in electronic trading on the New York
Mercantile
Exchange. The contract added 41 cents to settle at $79.28 on
Wednesday.

The Energy Information Administration said U.S. crude
supplies shrank by
1.5 million barrels last week, less than the expected
drop of 2.2 million
barrels. Gasoline supplies also fell.

The drop
in inventories isn't
necessarily a sign of fundamental improvement in demand
for crude.

It is
typical to see crude draws at this time of year
because many companies empty out
storage facilities for tax purposes. While
supplies have fallen nearly 14
million barrels over the past four weeks,
they remain relatively high compared
with past years.

Oil prices
have more than doubled from their crisis
lows of a year ago, and most
analysts are forecasting crude will average between
$75 and $85 in 2010.

In other Nymex trading in January contracts,
heating oil rose 1.1
cent to $2.12 a gallon and gasoline was virtually unchanged
at $2.04 a
gallon.

In London, Brent crude for February delivery rose 41
cents
to $78.43 a barrel on the ICE Futures exchange.

AP Energy Writer Chris
Kahn contributed to this story.



Wallahu'alam..


Takkan baca aja beb, tinggalkan la komen sikit...
Labels: , 1 comments | edit post
AbgZan
We have seen oil price fluctuating from about $148 to $36 .... and now the price is hovering around $73, after reaching below $70 for about one to two days last week....My expectation, harga minyak dunia akan menuju ke $100, sometimes next year, sterusnya menuju balik ke $148...cuma persoalannya adalah bila?

Apa pun, kita kena get ready di mana kalau harga minyak dunia naik, ekonomi mungkin akan kembali teruk....bukan sahaja kesannya kepada dunia, tapi kepada Malaysia juga...kita tgk aja la, last year masa Kerajaan naikkan harga minyak kepada RM2.70, rakyat dah mula bising...peruncit, toke2 restoran mula ambik kesempatan naikkan harga mendadak....apakah kesanya kepada kita? sakitttt....

Kesannya kepada duit minyak kita camnaa pulak? lari budget...so apakah persediaan yg kita mampu buat?

Antara yang mampu kupikirkan adalah:
1) Start kumpul minyak dlm tong besar, haha...
2) Mulalah simpan duit (invest) dalam saham2 minyak
3) Invest dlm gold, sbb gold biasanya berkadar terus dengan harga minyak
4) Pasang NGV dalam kereta anda, sementara harga NGV system tgh murah, hehe....

Mari kita baca artikel di bawah:


Oil hovers above $73 ahead of OPEC meeting
(from finance.yahoo.com)


Buzz up!
1 Print..By Pablo Gorondi, Associated Press Writer , On Monday December 21,
2009, 9:06 am EST
Oil prices hovered above $73 a barrel Monday ahead of an
OPEC meeting where investors expect the cartel to keep production levels
unchanged.

By mid-afternoon in Europe, benchmark crude for January
delivery was up 14 cents to $73.50 in electronic trading on the New York
Mercantile Exchange. The January contract, which expires later on Monday, rose
71 cents to settle at $73.36 on Friday.

Traders also have begun to watch
the February contract, which was up 43 cents to $74.85 on Monday.

Leaders of the Organization of Petroleum Exporting Countries reiterated
Monday that the group doesn't plan to change output levels at its meeting
Tuesday in Luanda, Angola,

OPEC Secretary General Abdalla Salem El-Badri
of Libya said there is consensus within the oil-producing bloc to maintain its
production targets into 2010, indicating the group plans to hold output steady.

"There is a consensus that there is no change," el-Badri told reporters
when asked about OPEC's output plans at the upcoming meeting in Luanda. Even for
next year, he said, changes to output are "not on our radar at this time."

El-Badri said prices are "very comfortable" for now, reflecting a
sentiment sounded by several of the group's oil ministers in recent weeks.

Crude prices have staged an incredible turnaround in the past year, more
than doubling from a low near $35 a barrel to trade to a zone many producing
countries say they're happy with.

"The market would be surprised if
there was any change to output," said Clarence Chu, a trader with Hudson Capital
Energy in Singapore. "At near $75, the price is high enough to fund governments
and investment, but not so high it damages the global economic recovery."

Iraq took back a remote oil well from Iranian forces over the weekend, a
confrontation that briefly sent oil prices higher Friday on investor concerns
about a wider conflict, although analysts quickly excluded a lasting impact on
the market.

"There are continued issues on the exact positioning of the
Iranian-Iraqi border but there will not be a new Iraq-Iran war," said Olivier
Jakob of Petromatrix in Switzerland. "While it does create some nice headlines
in a holiday market, the market reaction on Friday shows the risk of buying oil
on such hyped headlines."

A slight recovery of the euro against the
dollar also helped oil prices, as crude valued in dollars becomes cheaper for
investors holding other currencies when the greenback weakens.

On
Monday, the euro was up to $1.4345 from $1.4329 in New York on Friday.

"In a holiday environment of low liquidity for commodity markets, we
will this week mainly focus on the dollar," Jakob said.

In other Nymex
trading in January contracts, heating oil advanced 2.23 cents to $1.9790 while
gasoline rose 0.84 cent to $1.9032. Natural gas gained 2.4 cents to $5.806 per
1,000 cubic feet.

"The weather has been cold and the U.S. East Coast has
seen some of the highest snowfalls since 2003, but ... there are enough stocks
of distillates and refining spare capacity to answer any surge of demand without
necessarily creating any imbalances," Jakob said.

In London, Brent crude
for February delivery rose 58 cents to $74.33 on the ICE Futures exchange.

Associated Press writers Alex Kennedy in Singapore and Adam Schreck in
Luanda, Angola, contributed to this report.


Takkan baca aja kawan2, berilah sepatah dua komen, utkku, hehe..
AbgZan
Assalamualaikum,

Perasan tak kalian, sebelah tepi kanan blog ni terdapat carta Gold Price and Crude Oil Price? Chart tersebut baru aja diletakkan beberapa hari lepas, hari Rabu, 2 Sept 2009 kalau tak silap...

Apakah maksud chart tersebut?

Gold price kalau u all tengok, adalah harga emas dunia semasa yang diupdate secara "almost" real time, tapi ada lagging sikit ler. Harga emas tersebut adalah harga dalam USD per ounce (31.1 gram). Jadi berdasarkan harga tersebut, pandai2la u all convert ke harga semasa di Malaysia dalam RM per gram.

Crude Oil Price pula merujuk kepada harga minyak dunia per barrel dalam USD, iaitu harga minyak setong....So dari situ bole le convert ke RM. Crude oil price juga diupdate secara hampir real time, tapi mungkin ada juga lagging sikit ler....

Rujukan harga emas dan harga minyak di chart tersebut boleh dijadikan rujukan kalau u all nak beli emas sebagai pelaburan (gold as an investment).

Chart tersebut kalau u all perasan, boleh diubah scalenyer kepada 1 month chart, 1 quarter, 1 year or 5 years, mana lah tau kalau u all nak buat technical analysis ke sblm u all invest into gold or oil, hehe :)

Ok, harap dashboard tersebut useful for u all.

Salaam.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
4) Increase of gold price (Harga emas naik)

Selalunya harga emas akan naik kalau minyak naik. Kenapa camtu? Bila harga minyak naik, kebiasaanya confirm harga-harga barang naik. Harga barang naik, inflasi akan naik. Bila inflasi bertambah, value duit akan berkurang....Contohnya, RM0.10 zaman dulu 1960an misalnya, berbeza dgn RM0.10 skrg. RM0.10 dahulu bagaikan RM5 skrg, hehe....

Bila value duit susut nilai, pelabur akan fikir macamana nak "LOCK value" duit mereka. Cara yang paling berkesan adalah dgn invest in gold. So orang pon berpusu-pusu beli emas. Bila orang beli emas, demand is more than supply, therefore, gold price will increase.

Kenaikan harga emas ini jugak menyokong POINT no (3) di mana, bila harga emas naik, pelabur akan lari dari stock market, dan labur dalam emas pulok. Hatta bursa saham akan merudum.

5) Etc

Ada apa-apa lagi kalian nak tambah kat point no (5)? Dipersilakan...ehehe...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
3) Bursa saham merudum

Kebiasaanya, kalau harga minyak naik berterusan dan mendadak, harga minyak akan merudum. Contohnya pada Jun 2004, time tu, harga minyak dunia hanya naik dari USD35 macamtu kepada USD40 macam tu, pon ramai dah panik.....

Tak lama lepas tu, bila harga minyak terus naik ke paras USD100 dan seterusnya USD140, market dah mula tak menentu....

sbb apa?

Bila harga minyak naik:

i) Banyak harga barang akan naik, harga barang naik, inflasi naik, inflasi naik, ekonomi tak bagus...bila ekonomi tak bagus, bnyk pelabur lari dari stock market...

ii) Harga barang naik, pelabur yang ada byk savings setiap bulan, terpaksa keluarkan savings dari investment stock market, sbb takde duit dan memerlukan duit utk beli barang2 yg harga sudah semakin naik dan mahal

iii) Ada pelabur yang keluar dari stock market dan melabur dalam minyak pulok...hehe....

Nanti kita smbg Effects keempat pulok...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Seperti yang dijanjikan saya akan bincangkan serba sedikit kesan kenaikan harga minyak kepada kita. Apakah kesan-kesanya kepada kita?


1) Harga barang-barang naik

Harga barang keperluan harian akan naik, spt gula, beras, ayam, lembu, topi, garam, dan sebagainya. Kenapa harga barang akan naik? Logiknya sbb bila harga minyak naik, kos minyak lori utk nak hantar barang2 akan naik. Contohnya, kalau sblm ni, harga minyak RM1.92 per liter, apabila minyak naik kepada RM2.70. Cuba kira berapakah kenaikan dlm percentage?

(2.70-1.92) / 1.92 x 100% = 40.6%

wOW!! Banyak tu....so peruncit-peruncit akan naikkan harga...contohnya, kalau dulu ada beras yang harganya RM20, skrg dia jual RM35...

Cuba kira berapa percentage kenaikan utk kes tersebut:

(35 - 20) / 20 x 100% = 75%

AIKKK?? Kenapa kenaikannya melebihi kenaikan harga minyak? Minyak naik 40.6% tapi harga beras naik 75%?? Wow....untung penjual beras...

Itu belom lagi barang-barang lain. Contohnya, ada pasar yang dulu jual sayur RM1, skrg jual RM2, alasannya pasal harga minyak naik!! Naik 100%!!! Lagi tak masuk akal bukan? Patutnya naik 40.6% aja la daripada harga pasal, betul tak???

Pun SALAH! hehe...sbb apa....sbb kalau harga minyak naik 40.6%, itu kos penghantaran aja...apa kaitan dgn harga barang naik?

Contohnya, kalau lori hantar beras sebanyak 10,000kg per trip. Katakanlah 10kg harganya RM20. Kalau 10,000kg, harga kos berasnya akan jadi RM20,000 per trip. Kos minyak berapa pulak? Katakanlah, masa harga minyak RM1.92 per liter, kos caj hanya RM300, bila naik RM2.70, harga kos katakanlah menjadi RM500. RM500 tolak RM300, baru naik RM200. RM200 kenaikan nak dicomparekan dengan RM20,000 kos beras, = 1% aja kenaikan.....

So kenapa harga beras nak dinaikkan sampai 75% seperti yg kita kira tadi?

Itu satu contoh. Belom dicontohkan dengan harga-harga barang lain, terutama barang-barang yg "BUKAN HARGA KAWALAN".

2) Kenaikan harga makanan di restoran

Perasan tak, bila harga minyak naik, secara tak langsung, harga makanan dan minuman di kedai-kedai mamak ke, atau mana-mana restoran, mesti naik. Ada yang naik double, ada yang naik 50% dan sebagainya....

Tapi bila harga minyak turun, depa pi dok bersiul pandang ceiling, buat dek aja...kenapa begitu? Sbb depa nak ambik kesempatan dgn kenaikan minyak utk buat untung lebih....

Nanti kita smbg Effects ketiga pulok...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: , , 2 comments | edit post
AbgZan
Good morning everybody.

Sedar tak sedar kerajaan dah naikkan harga minyak beberapa hari lepas...sblm ni kita menggunakan RON97, dan ada beberapa stesen minyak yang masih membekalkan RON92 spt di Shell berdekatan rumahku (sempadan Seksyen 26 Shah Alam dan Putra Heights) dan di kawasan2 luar bandar...

Tetapi bermula awal September 2009, RON92 yg berharga RM1.75 telah digantikan dengan RON95 yang berharga RM1.80 (naik + 5 sen). Manakala RON 97 tetap dijual tetapi dengan harga lebih tinggi, iaitu daripada RM1.80 seliter kepada RM2.05 (naik + 25 sen).

Kita ikuti petikan berita di bawah (http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/31/mstar_berita/20090831173820&sec=mstar_berita)


Minyak petrol RON95 ganti RON92, 5 sen
lebih mahal
(31 Ogos)

KUALA LUMPUR: Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92
dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok.

Minyak RON95 kini lima sen mahal berbanding paras sebelum
ini iaitu RM1.75.

Dalam pada itu, RON97 pula dijadikan produk premium dan harganya RM2.05 seliter berbanding RM1.80 sebelum ini. Ketika mengumumkan
keputusan itu petang tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar baru ini ditentukan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Walaupun harga sekarang lima sen lebih tinggi, kerajaan masih memberi subsidi 33.81 sen bagi setiap liter (produk RON95) yang bersamaan dengan RM304 juta sebulan," kata beliau selepas melancarkan produk Primax 95 keluaran Petronas di sini.
Kini kerajaan menyediakan subsidi 42.72 sen seliter bagi minyak RON97.
Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini.

Kata beliau, jika terdapat sebarang perubahan harga pasaran global, kerajaan akan mengkaji semula dengan sewajarnya.

"Ia akan ditentukan Majlis Ekonomi," katanya.

RON95 juga selaras dengan spesifikasi EURO2M di mana ia boleh mengurangkan pencemaran, kata beliau sambil menambah, pengguna
akan memperoleh produk berkualiti pada harga yang disubsidi.

Katanya, dengan penetapan harga baru, RON92 akan dihentikan jualan.
Penggunaan RON92 hanya melibatkan lima peratus jualan di negara ini.

Logikkah kenaikan harga minyak ini? Should the oil price in Malaysia increased?

Mari kita kaji ungkapan ini:

"Kini kerajaan menyediakan subsidi 42.72 sen seliter bagi minyak RON97.Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini."

Mari saya buat sedikit simple calculation (dengan hanya menggunakan "kaedah ratio"):

Harga minyak di Malaysia dikatakan diberi subsidi 42.72 sen. Ini bermakna, harga minyak di Malaysia sepatutnya adalah RM2.05 + 42.72 = RM2.477.

42.72 sen subsidi dibahagi dengan RM2.05 dan didarab dengan 100% = 20.84%

Mari kita kaji pulak....Menurut harga minyak dunia skrg adalah = USD68.34 setong.

Kerajaan kata harga minyak dunia pada December adalah USD82.30 setong.

(82.30 - 68.34) / 68.34 x 100% = 20.42%...

20.42% ni adalah hampir sama dengan 20.84% di atas....ini bermakna adakah 42.72 sen subsidi di atas berdasarkan harga minyak pada December yg berjumloah USD82 setong? Harga sekarang dah turun menjadi USD68 aja setong....

Kalau diikutkan harga sekarang, seolah2 tiada subsidi,hehe...

That's my opinion aja...Wallahu'alam....Masalahnya sekarang adalah kita tak tahu 1 tong = berapa liter, hehe....kalau tak senang aja nak kira berapa harga minyak yg sepatutnya berdasarkan harga minyak dunia....

Ok, persoalannya skrgp erlukah kenaikan harga minyak? Mari kita ikuti kesan2 kenaikan harga minyak kepada kita, esok.

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

Labels: , , 7 comments | edit post