Showing posts with label Car. Show all posts
Showing posts with label Car. Show all posts
AbgZan
Just nak share aktiviti aku last weekend, sabtu malam...saja bosan, join satu group pi Auto Show kat Dataran Shah Alam...kepada yang kaki kereta, yang minat SPL, SQ, atau minat tgk hiasan lampu pada kereta...boleh ler datang Dataran Shah Alam dari pukul 10mlm sampai 12mlm Sabtu mlm Ahad....ramai gila orang di sana...




Konvoi ramai-ramai menuju ke Dataran Shah Alam....

Mula parking, masing-masing mula buka boot...


Antara SPL yang dipamerkan...

Yang ni tak kurang menariknya..


Yang ni pulak siap ada TV lagi tu...


Itu dia hiasa lampu, berapa meter LED agaknya....mungkin lebih 30m LED..




Click play tengok mamat ni show off....

Ok guys...saja share...mana tau sini ada kaki kereta ker.....gila kereta ke...leh ler datang sana...hehe...

AbgZan
"Encik, encik free tak skrg?" Begitulah pertanyaan yang terpacul dari mulut seorang mamat ni, sebaik sahaja aku meletakkan kenderaan di tempat letak kereta berdekatan PKNS...

"Alamak, saya ada hal la skrg..." saya mengelak, sebab saya sudah masak dengan orang-orang sebegini, sure mahu jual barang punya...padahal saya memang ada hal nak pergi PKNS ni...kalau depa dah mula bukak cerita, for sure sekurang-kurangnya 30 minit habis kat situ...

"Encik tau tak, macamana pencuri mencuri kereta, senang jer....meh sini saya tunjuk kat kereta encik..."

Erk...kata-kata tersebut, membuatku terpaku...perasaan ingin tahu, berbaur dengan perasaan bimbang yang tiba-tiba muncul di benak fikiranku...terusku "mengangguk" bagaikan terpukau dengan helah salesman tersebut....

Salesman tersebut, tanpa membuang masa terus mengeluarkan dawai, dan tidak sampai 2 saat, pintu keretaku terbuka....tidak sampai 10 saat, enjin dihidupkan....kebetulan keretaku takde alarm...menurut mereka, kereta yang ada alarm pun, mereka boleh matikan dengan mudah...

Begitulah introduction salesman-salesmen tersebut, yang tidak kurang 6 orang jumlah mereka bergelegar di perkarangan letak kereta berdekatan PKNS...tujuannya tak lain dan tak bukan hanya untuk jual product mereka, iaitu product security system, bagi mengelakkan kereta dicuri orang...tidak perlulah saya namakan apa nama syarikat tersebut....

Nak dipendekkan cerita, aku tak beli product diorang, sbb agak mahal...pastu aku terus pi PKNS...then, aku balik rumah...sedar-sedar jer....ARGGHHHHHHHHHH.....ipod sudah ilang...di mana yer??? tercicir kah?? tak mungkin...jadi di mana ye??? baru kuingat, kali terakhir anakku yang berusia 3 thn lebih bermain ipod di seat belakang kereta, dan memang selalu dia main dan tinggalkan saja di seat kereta....dan nak dijadikan kereta, kbetulan, haritu, aku terlupa nak cek, barangkali disebabkan diluru oleh salesman2 tadi....

Apa kesimpulan/ ramalan ku buat???

Ramalanku, dan aku yakin 98%, bahawa ipodku dicuri oleh "pakar-pakar" tadi...tujuan cerpenku ini, bukan untuk menuduh, atau mengadu, tetapi untuk mengingatkan semua bahawa:

1) Hati-hati dengan salesmen-salesmen tersebut, jikalau diapproach, kalau boleh, cepat-cepat blah....

2) Pastikan tiada barang berharga dalam kereta, kerana "pakar pencuri kereta" tersebut, hanya memerlukan 2 saat untuk membuka pintu...renungkanlah....

3) Jikalau kereta yang ada alarm, mereka akan buka kereta cara lain, iaitu, dengan cara membuka bonet depan, diikuti membuka "lock" kereta dengan bermain2 dengan alarm/bateri di bonet...(aku tak pandai nak cerita, sebab tak pakar)

4) Kalau boleh, parking ler di tempat lebih selamat, dan lebih dekat dengan ramai orang, biarpun lebih mahal kos parking...

5) kalau mampu, pasanglah alarm yang lebih selamat

Kesimpulannya, aku TENSENNNN sbab Ipod Touch mainan kgemaran anakku dicuri orang...kena cari lain, arghhh, tesennnya la...

Wallahu'alam...
AbgZan
Harini gua hantar kereta ke workshop utk tukar gear box dari Manual kepada Auto Transmission. Dia kata hantar Sabtu, boleh siap hari Ahad atau Isnin...

Okler, dia charge Rm1,550..kedai2 lain semua nak charge RM2k, atau RM3k ke atas...second hand recon la tapi...harap2 ok la....

Gua nak tukar ni bukan pasal gua tak suka manual (as a matter of fact, gua prefer manual dari auto), tapi sbb my beloved wife nak practise2 bawak kereta, kalau auto dia berani bawa katanya.....skrg ni belum ada urgent need utk beli kereta kedua lagi, so boleh saving sikit duit, hehe....

Ada sesiapa sini pernah tukar gear box? Ada sesiapa ada komen?
Labels: , 4 comments | edit post